Girl's Day Out

as planned, ku pegi OneUtama tengahari tadi. A'a fetched me at home. kali ni ku cuma bawak hadif jer, while hannah stay at home with papa. jalan jam sket la since today is saturday, kami keluar time org tgh balik kerja and time orang keluar lunch. so kereta agak byk. tak kisah la.
sebelum pergi, dah siap-siap tanya ngn abg how to go. lalu highway ape..landmark ape. ku gelabah jugak sebab ku mmg tak penah drive sendiri ke sana. dan a'a bgtau, dia pon tak penah drive ke OU. seb baik jugak direction yg abg bagi memang clear dan ku tau landmark2 yg dia sebutkan tu. so perjalanan ke sana went smoothly. dalam jam 2.05pm kami sampai. carik parking. boleh tahan penuh jugak parking hari ni.
once dah park kami pon turun dan masuk kedalam OU. call syifaa' and emi. syifaa' on the way and emi tak angkat. syifaa ask us to decide on where to dine. so kami pon check la kt papan directory berkomputer yg ada kt tepi eskalator tu. sebelum tu, ku dan a'a dah cuba mengingati entrance kami pada masa itu. ARENA - kedai swimming wear.

mula2 decide nk makan kt kedai yg ada nama Peranakan. tak ingat exact name.sekali tengok restoran tu macam biasa je. mcm takdek yg best pon. so kami keep on walking to search for restoran yg konon2 menarik selera. at last kami sampai di area restoran di ground floor. so we opt for these two places - Chicken Rice Shop and Johnies.
time tengah nk decide, syifaa call lagi. so tanya opinion dia. dia pilih Johnies. so sebulat suara kami pon pilih Johnies as our tempat lepaking. hehe this is one of my favorite dine place.

dah masuk restoran, order seafood steamboat for two, nasik goreng for a'a and mihun tomyam for me. yg lain, tunggu tuan punya badan nk makan dan sila order sendiri. :D
later syifak sampai. erin pulak belum habis lagi game badminton, so mayb dia lambat sampai and we proceed makan dulu. emi on the way. yasmin pulak already in OU, tp dia tak tau kami bertiga dah sampai. then syifaa call and asked her to come to Johnies

so kami makan2 dulu sementara tunggu yg lain sampai.
makan-gossip-minum-updating stories-gelak-main ngn hadif-makan lagi-sembang-order air lagi-bergelak ketawa-order ais krim.
tu jer la xtvt nye :D

ku seronok betul hari ni sebab dapat jumpa my bestest friends. mmg selalunya kalau hangout, dengan mereka ni lah. sbb mmg selalu keep in touch. cuma yasmin je yg dah lama tak jumpa sebab few years back dia berada di oversea. ikut her mom study kt sana.
so kali ni ada kesempatan la nk jumpa sebab dia dah balik mesia and perjumpaan kali ni dibuat kt OU. mmg dekat dgn rumah dia.

almost 5, syifaa nk kena pegi main bowling plak. the rest pulak just pegi window shopping.and tak lama kemudian, baru la erin sampai. as erin belum makan, kami masuk pulak food court.erin nk makan dan kami yg kekenyangan tadi cuma minum dan makan waffle saje.

lucky me, hadif tak banyak ragam masa outing ni. masa makan kt Johnies, while we enjoy our steamboat,he also enjoys his meal. bak kata ecar - mama's breastaurant.its yummy anywhere and anytime.
and sementara kami window shopping pon, dia tetap enjoy his meal in the ring sling. sangat selesa dalam posisi craddle carry. sangat selesa tidur sambil menikmati susu mama. dan ku juga dapat menjimatkan masa menyusukan sambil window shopping. emi kata, orang tak perasan pon hadif tengah menyusu :D
i can say, these all things really ease my outing time. breastfeeding + babywearing.

tp kan, yg tak bagusnya..sebab terlalu ralit bersembang. 3 kali waktu solat kami terlewat dikerjakan. ku solat zohor, asar dan magrib dihujung waktu :D
tak leh diamalkan yang nih!!!

at 7pm, kami decide nk gerak balik. so pegi jumpa syifaa kt bowling to say goodbye. then carik kedai Big Apple Donut sebab semua org nak beli jajan bawak balik umah. then we wave goodbye to erin and yasmin. me and emi nk tumpang a'a balik.

menggelabah betul carik entrance masuk tadi. ku dan a'a tersangat lupa kt mana kami masuk tadi. dekat sejam jugak la berpusing-pusing dalam tu mencari tempat kami parking tadi. so bad. ingatan sungguh tak kuat. nasib baik jugak la a'a ingat kedai yg kami mula-mula jumpa tadi. at last jumpa jugak. kami pon keluar sambil mengejar waktu magrib yg dah nk ke penghujungnya.
dah terlupa parking satu hal, nk keluar carik jalan menghala ke rumah emi pon satu hal jugak.
asek buat U-turn je. sbb salah direction. kami berhenti solat dulu di masjid as-syakirin.
emi pulak dapatkan bantuan dari hubby nye bout the direction.
hehe tu la, lenkali solat dulu awal-awal, baru la tak menggelabah macam ni :P

dan akhirnya, kami dapat kembali ke jalan yg benar. dapat hantar emi kerumah dengan selamat. ku dan a'a meneruskan perjalanan balik ke kajang dan bangi. yg ni pon sempat jugak salah jalan dan kena jugak u-turn lagi. aduhai, asek-asek kes salah jalan je kan...

masa tengah sesat barat tadi, sempat sms abg, bgtau ku balik lambat sket sebab kes sesat2 ni. then reply 'ok, sekali sekala keluar ni, enjoy" nasib baik dia tak marah. sebab bfore keluar tengahari tadi, ku bgtau yg ku nk keluar sekejap je. just have lunch. tak sangka plak melarat sampai ke malam. nk wat cemana. mmg sesekali jumpa kawan-kawan, mmg byk la story-mory kan.

sampai kajang 9.30pm. thanks a lot to a'a yg dah bawak ku pegi dan balik dengan selamat :D

abg cakap, hannah asek carik mama je. minum susu pon sikit je. dia nk mama jugak.
pada asalnya, abg nk bawak hannah pegi kedai utk fotostat IC. bila dia nmpk ku dah balik. terus dia takmau ikut. mintak dukung dengan ku dan terus mintak nenen. rindu mama yer sayang.
dan dia nmpk sgt happy bila ku dah balik. menyanyi-nyanyi lagi.

ok sayang hannah, next time mama bawak hannah pulak girl's day out. kena take turn ngn adik la. tak boleh bawak dua-dua. mama tak terdaya nk kontrol dua-dua kt luar without papa around.

btw, i enjoy the outing. till we meet again ladies. :D

ok ni dia sket gambar atas ehsan syifaa..enjoy!


*emi, yasmin, syifaa, hadif and me - a'a the camerawoman*

*geramnyer tengok banana split tu*

*hadif with beautiful aunty syifaa*

*smile everybody!*

*ok, let's shopping*



1 words from u:

Syima ~Mama Kyra~ said...

salam lydzar..ketemu kembali..wah..sudah berpindah rumah :) bestkan berblog ni...btw keep in touch ye..

yr kids dah besar dah...kjp je kan..teruskan bf.. :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®