Home sweet home

walau dimana pon rumah kita, di KL, di pahang, di penang..yg pasti bila dah tinggalkan rumah dalam masa yg lama then bila kembali ke rumah itu, akan wujud satu perasaan yg amat best dalam diri..itu bagi aku la, tak tau la bg org lain.
sebab. kt rumah sendiri ku boleh buat ape je yg ku suka. ku biarkan barang-barang tak brkemas pon, abg tak marah. ku basuh kain tunggu bakul penuh pon, abg tak kisah. so mmg sgt cozy bila berada dirumah sendiri. :D
dan ku amat gembira sebab hari ni dh sampai dirumah kami di penang.

hari ni ada curhat sket mau buat.
wajar ke ek ku merasa sangat annoying dengan perangai seorang budak kecik? dengan budak kecik yg sorang ni, ku mmg tak rasa langsung dia comel dan menggembirakan hati. malah ku tak boleh langsung rasa nk dukung or peluk dia, mcm ku jumpa budak-budak kecik yg lain. ku memang tak teringin langsung nk beramah mesra dgn dia. mmg setiap kali ku jumpa dia, perasaan nk 'takmo tengok dia' mmg membuak-buak. dpadahal dia memang adalah seorang budak yg memang masih kecik, berumur 2tahun plus.

memangla sewajarnya sebagai sorang budak, dia ni nakal. lelaki pulak tu kan. mmg nakal. dan memang ku tak boleh nk terima nakal dia tu, walaupon nnt mesti orang cakap 'ala biasalah budak-budak'. dan sebab nakal dia ni la ku rasa dia cukup annoying. rasa menyampah sgt bila dia buat nakal. mmg rasa nk rotan-rotan je kt kaki dia. dan mmg kadang-kadang ku piat jugak telinga dia bila nenek dia tak nampak hahaha!!!
kijam betul aku. ye la, kalo ku piat depan nenek dia, kang nenek dia marah pulak.

dalam masa seminggu hannah berkawan ngn dia, hannah dh boleh tiru kebanyakan perangai nakal dia. haih hannah, apesal la absorb yg tak elok tu. geram. bila hannah buat perangai nakal yg sama mcm budak tu buat, mmg ku naik darah sungguh. sbb teringat kt budak tu. tp dgn budak ni la, yg paling kerap hannah jumpa diantara ramai-ramai sepupu dia.

and dulu ku cukup risau nak dapat anak lelaki sebab ku takut anakku juga nakal mcm dia. harap-harap hadif, kalo nakal pon, nakal yg tak buat mama rasa annoyed sangat2 ok.

aku tak tau la macam mana nk buang perasaan annoyed ni. cemana eh?

tukar topik pulak. so far dah 3hari berpuasa. alhamdulillah, 2 hari sebelum ni ku mampu berpuasa dgn baik.
hari pertama, pagi hingga tengahari ok je. menyusukan hannah dan hadif pon tak dek masalah. tp bila menjelang petang, ku mula rasa dahaga yg amat. dan sebenarnya sepanjang hari pertama berpuasa ni, ku tak dapat rasa letdown reflex langsung semasa menyusukan HMs. risau juga. nasib baik hadif tak meragam menunjukkan kekurangan susu.
so selepas berbuka, ku makan pil ASI. ku makan lagi sebelum tidur dan semasa bersahur. hasilnya hari kedua berpuasa ku dapat rasa semula letdown ketika menyusukan mereka. alhamdulillah.

semalam, ingatkan nk pegi beli melilea soy drink kt MLO. tp bila ku call kedai, unanswered. macam tadek org je. maklumla weeken semalam, ada parenthood expo kt MV. mayb dorang pon sibuk kt sana. so tak jadi la pegi. kt mana yer ada jual benda ni selain online.
then ku teringat pasal air sengkuang cina yg penah mommy lyna citerkan dalam blog dia. dgn segera ku pegi giant carik. ada. ku beli 2 tin. sedap juga air ni. nnt boleh beli lagi buat stok :D
kesan minum air sengkuang cina ni pon alhamdulillah sesuai dgn badanku. ku conclusionkan begitu sebab malam dan time sahur tadi ku tak makan pil ASI. tp sepanjang hari ni, letdown reflex dapat ku rasakan malah susu meleleh-leleh laju keluar. so harus ku simpan dalam list makanan menambah susu ku. utk digunakan utk anak-anak seterusnya. 3more to go! :P

















0 words from u:

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®