Aman Seketika

wah wah..hari ni best sangat..
sebabnya aku n abg dapat makan berbuka dengan sangat aman. sangat kosentret dengan hidangan. anak ku yg berdua tu dah ngantuk sangat. so dedua tido 10minit sblm waktu berbuka. sangat suka!!
actually dorang tak nap (tido siang), mana tak nya, bangun pagi dah kol 11. lepas mandi dan siap-siap, kami bawak pegi tesco beli barang. balik rumah kol 2.30pm. hadif ada la tido sekejap2..hannah plak mmg langsung tak tido. lepas je masak tadi, dlm kol 6.30 hadif dah mula mengantuk. hannah pulak, ku bagi makan dulu. dan tak lama lepas tu, dua-dua tido.
dan sekarang mereka masih tido. dapat la duduk mengadap laptop dengan aman lagi.

semalam ku masak mee berkuah, bila abg tengok udang timbul dalam kuah tu. dia cakap 'wahh mama masak mee udang sungai tiga la'. utk pengetahuan, dia merefer mee udang sungai dua yg cukup dikenali kt penang ni. penah tengok iklan mee udang Ibumi, 'betul-betul Hoa Liaw' tu tak?
kiranya dia nak cakap mee kuah aku tu sedap macam mee udang sungai dua kah? atau aku yg perasan enterpret mee ku masak tu sedap ..
hihihi..wutever!!
hari ni pulak masak nasi ayam. abg cakap 'best nye bulan puasa ni kan, mama rajin betul masak'.
memang tengah mood nak masak memasak. lagi-lagi bila dipuji dengan tukang makan, terasa semangat makin membara je nk masak :D
so kepada suamiku sayang, sila la puji hari-hari walaupon hidangan telur goreng je yer..

*sekadar hiasan - hadif nak terbang!! *


0 words from u:

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®