Blender Baru

hari ni aku pegi lepaskan gian nk ke alamanda di waktu lunch hour pada hari jumaat seperti yg aku selalu buat dulu, masa stil kerja dgn Teliti. aku pergi dgn hannah. hadif pulak stay at home with nenek. plan asal (sebelum training dibatalkan), nak buat trial kids-stay-at-school while mama enjoy-girls-day-out. sekali batal plak dah. plan mama-enjoy-girls-day-out tetap berjalan, tp perlu bawa salah sorang dari HM tu.
tak boleh nk tinggal dedua, nnt nenek pitam melayan kerenah 3orang cucu (termasuk sepupu HM iaitu Arif).
tak boleh juge nk bawak dedua, nnt mama pulak pitam nk kontrol mereka. sbb tak bawak balik stroller ke sini. nnt sudahnya, mana nk kendong hadif, mana nk kejar hannah.
last-last paling baik, is bawak salah sorang. setelah ditimbang pro n cons, hannah dipilih utk join mama's outing. lgpon, last time, hadif dh join. so u both kena la take turn.

so dekat alamanda, jumpa ngn mak buyung aini yusnina dan juga kak zila. yg lain tak dapat join, ada hal masing-masing. comels je perut aini yg dah 5bulan preggie tu. impian dia nk maintain betis langsing mmg tercapai kot. sbb perut dia ala-ala comel-mini jer. tp ada 4months to go, mana tau tetiba dia turn mcm aku dulu masa preggiekan hannah. the lady with big-swollen leg haha!! chit-chat here and there je. masa makan, hannah g bantai nenen sambil tido. sampai aiskrim yg aku order (includes in my set dishes) cair. fries yg
aini order, konon nak makan ngn hannah pon akhirnya dihabiskan oleh 3orang bini orang ni jer.

lepas makan, kami separate sbb aku dah teringat-ingat my lil handsome-hero kt rumah. tu la masalah para ibu-mama-mommy-umie-etc ni kan, kalo outing ke keje ke mesti nk cepat cepat balik sebab teringat kt anak. but bfore tu sempat lagi aku singgah ke carrefour membeli blender baru.

my lil handsome hero tu dh almost 6months umurnya. so i have to prepare foods pulak utk dia. blender sedia ada dh aku guna utk blend cili-bawang. tak seswai digunakan lagi utk blend foods hadif. i wish aku dapat beli food processor Faber yg cun itu, tp memadai lah dgn blender Pensonic berharga rm59.90. Rasa makanan tidak berubah menjadi sedap atau tidak berdasarkan penggunaan alatan yg canggih kan? yang penting makanan itu disediakan dengan bahan yg segar, cara yang bersih dan penuh kasih sayang dan keikhlasan dari mamanya, betul tak? aku juga beli buah epal, sebab aku bercadang nk prepare epal puree as his 1st food.

dan sekejap td, aku baca artikel pasal Growth Chart ni dekat blog Sue-Lunatots.
Dia citer situ pasal berat breastfeed baby yg tak meningkat mendadak. macam kes Hadif la kan. rupa-rupanya chart yg direfer oleh nurse tu dh tak releven ngn baby sekarang esp fully-breastfeed baby. dan yg penting ada statement kt artikel tu kata, berat fully-breastfeed baby mmg tak naik banyak start umur 3months to 12months. aku kena tunjuk artikel ni kt abg. aku juga boleh tarik nafas lega. kira bukan salah aku bila berat hadif cuma naik 200gram for this 2months..tp harapnya, lepas hadif makan nnt..berat dia bertanbah byk sket la daripada angka 200 tu. kalo 400 ke 500 ke, kira orait la.
kita tengok masa umur dia 7bulan nnt cemana ok.

hmm bateri kamera dh abes last week. until today, tak beli lg yg baru. boringnya update blog tanpa gambar mcm ni..



1 words from u:

Precious said...

Berat anak yg dibreastfeed memang tak naik banyak tp badannya solid. Dia sihat!!

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®