Aduh la..perlu kah ku mengeluh

mengeluh..
kadang-kadang mmg tak dapat lari drpd buat perkara yg satu tu..
sama ada sebab rasa tertekan, fedup atau boring, ku pasti manusia mudah mengeluh..mungkin cuma sebagai salah satu cara melegakan perasaan ketika itu.
ku pon tak terlepas..

ku tau ku yang pilih jalan ini..tp ku pilih kerana ku mau kan yg terbaik.
dan ku tau dalam mencari yang terbaik sudah pasti ada cubaan dan rintangan. sambil menghadapi cubaan dan rintangan dengan hati yg sabar dan kadang-kadang mmg hilang sabar tu, ku tetap selalu mengeluh juga..

ku dapat rasa dlm keterujaan ku bertandem nursing, ku juga rasa ku dah mula tension dengannya..mungkin sebab ku letak priority utk hadif, dan cuba limitkan utk hannah.
dan bila hannah asik mintak breastfeed, ku rasa tensen sbb permintaan dari nya lebih tinggi daripada hadif. selalu juga ketika hadif tgh menyusu, dia menangis hentak-hentak kaki nakkan juga. bila ku pujuk-pujuk supaya ambil turn, semakin kuat nangis nya..selalu la hilang sabar bila kejadian mcm ni berlaku.
dan sgt selalu dia refuse meals..taknak makan nasi, taknak makan roti..smuanya taknak. bila dah lapar, setiap 20-30minit mintak nk menyusu..sepatutnya diusia hannah sekarang,dia kenyang dgn makanan yg berkhasiat..buat bergantung pada susu badan semata-mata. habis akal ku memujuk dia makan. lagi abis kesabaran ku bila dia taburkan jer makanan yg ku cuba suapkan. memang sangat menguji..

sekarang ku masih SAHM, mungkin ku boleh layankan jer semua (tak semua sebenarnya) kerenah dia..ku tak dapat bayangkan kalau ku dah bekerja..mungkin waktu malamku habis utk dua beradik ni lepaskan gian menyusu agaknya - perkara biasa yg berlaku pada working breastfeed mommies..

macam mana yer ku nak buangkan perasaan irritated and annoyed by my dotter's pe'el nih..ku tak suka dgn keluhan ini..




aku : ya allah, kuatkanlah semangatku, kesabaranku dalam menjadi seorang ibu dan membesarkan anak-anakku..amin




Hadif's 2months immunisation jab

hari ni ku dan anak-anak ikut adikku halmi kerumah nya di PAKA, Terengganu..so dapatla ku mengapdet blog..

cerita kali ni adalah sekitar suasana kt kampung - chini
semalam, pagi klinik kesihatan chini utk immunisation jap hadif. tiba di klinik, ku letakkan kad hadif di kaunter pendaftaran dan beritahu, ku dtg nak imunisasi anak..lalu ku duduk menunggu. tak lama kemudian, seorang nurse panggil nama hadif.

nurse : akak nk cucuk 2bulan ke?

aku : haah, nk cucuk anak ni

nurse : ubat kt sini abis la kak

aku : ye ke? ermm..so bila stok ubat sampai eh?

nurse : tak tau la saya..2-3 bulan lagi pon belum tentu ada

ku confuse..betul ke nurse ni..takkanla nk amek stok ubat sampai 2-3 bulan kot..dahtu anak-anak yg lahir bulan 5-6 kt chini ni, tak dapat la imunisasi utk 2 bulan ke?

aku : laa takkan la macam tu..dah tu mcm mana ngn anak saya ni..saya nk inject dia kt mana?

nurse : tu la..akak kena la usahakan lain, pegi klinik swasta ke..

aku : ye ke, sampai 2-3 bulan ni. lambat nya..saya pon ada kt sini sampai awal bulan 8 je. lepas tu nk blk penang dah

nurse : ermm akak try la dtg lagi 2 minggu..

huh! aku rasa kecewa tiba-tiba..

mak ku bagi cadangan kami pegi ke klinik lain di chini 3..sbb kt kampungku ada 3 klinik.
ku tanya nurse yg ada di klinik tu, diapon ckp ubat utk 2bulan habis. siap suruh aku blk ke penang utk injection tu..haih bengong nyer la dorang ni..
kalo la aku ada kt penang, takdek aku susah payah bawak hadif keklinik chini!!!

then ku pergi pulak ke klinik swasta yg ada kt chini tu
klinik sulaiman - kehabisan ubat juga.,..klinik shahrom - tak buat imunisasi..
end up..blk rumah, mission not accomplished..
hadif tidak mendapat injectionnya pada hari tiu..timbangan beratpon tak dibuat..nmpknya kena tunggu balik penang jugak la mcm ni.

tp ku sg tak puas hati dgn alasan dan layanan nurse di klinik kesihatan. dan aku menuduh mereka sebenarnya taknak layan kes luar..huh cakap jerla, tak amk kes luar..ni pegi cakap ubattakkan sampai dlm 2-3bulan..dah tu budak-budak yg lahir bulan 5-6 kt chini semua nya kena pegi klinik swasta atau klinik luar chini ke utk injection tu...tak masuk akal betul la..
aku juga salahkan org yg bertanggungjawab menjaga stok ubat kt klinik tu..kerja k buat ape kt klinik..sampai abis ubat, tak re-stock??

atau mungkin betulkah, mmg ubat habis utk seluruh daerah pekan??
tak tau la sape yg nk jawab soklan ku ini..

utk mengubat kekecewaan ku hari ni, ku bawak diri dan anak-anak ikut halmi balik rumah dia di PAKA..hahaha
boleh gitu??

alhamdulillah, wife halmi - Jaa dah dapat kerja dgn TM. 3 minggu training..3 minggu juga halmi dan parents ku berdebar-debar menunggu dimanakah jaa akan di posting. kalo terpaksa posting di KL, maka jadilah weekend hubby-wifey mereka itu.

syukur juga, jaa dapat posting di kerteh..so dekat jer lah. halmi tak perlu pening dan berjauhan dgn isteri tercinta. mak abah juga tak perlu pening sbb anak lelaki mereka masih duduk dekat dgn mereka. maki ngn abah ada 6 anak..tp yg dah besar dan bekerja, cuma halmi sorang yg duduk paling dekat ngn dorang..jadi dia lah tempat bergantung harap jika ada ape-ape kecemasan.
















Cuti yang panjang

ku bercuti dari berblogging sbb balik kampung
9july - 5ogos...

disconnected from internet :D


x jadi la pulak

lelah ku berkemas..susun baju dlm beg..susun pinggan dlm plastik..susun toiletries dlm baldi, sambil hannah dok usik itu ini. nangis suruh bukak plastik-plastik yg ku dh ikat. haih budak perempuan ni, nk kena ngn mama ni...
ko abaikan je tangisan dia. ku teruskan berkemas. sepatutnya lepas office hour, cikabg akan ajak kawan-kawan angkat barang pindah semula ke rumah kami. 3 minggu lamanya menumpang di rumah tamu ni. ku dh rindu katil kami..paling ku rindu remote astro kami..
5.45pm, ku tunggu-tunggu kelibat cikabg muncul..tapi tiada
6.00pm..masih tiada. so ku sms je, dpt balasan..x jadi angkat brg. kawan-kawan dia dah blk awal, dan cikabg ada kerja..
ishhh td ku dh tanya kt YM..takmo jawab. bila semua baju/barang dh masuk beg..dah siap tersusun rapi..tak jadi la pulak..

apa nk mkn mlm ni. lunch td ku masak bubur je utk terus dihabiskan. kemudian nk kemas semua periuk kuali. dah jadi mcm ni, takdek ape pulak nk dimakan..
hmm nmpknya kena ajak cikabg makan kt kedai la.

barang2 ni, akan kubiarkan je dlm beg. abg, sila cari sendiri baju, kain pelekat, sependa etc kt dlm beg ok..hihihi

Mula risau

risau :
ku pam 2 kali dlm masa 7jam ni..kol 1am dam kol 7.15am
yg membuatkan ku risau adalah hasil utk sesi mengepam utk kedua-dua tu tak sampai pon 1 oz
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

what happened nih?
ku boleh accept hasil kutipan pada kol1 am tak mampu nk byk sebab mmg ku pam selepas dedua beradik ni tido kekenyangan. tp after 6jam plus, ku pam pon hasil tak memberangsangkan langsung.
hannah tak bangun nenen, hadif pulak bgn 2 kali. tp hadif nenen pon cuma from left B..
so ku sgt musykil kenapa hasil pengepaman kol 7 pon tak memberangsangkan
sedih wooo!!

seingatku, semalamku makan pegaga dan minum kopi radix (yg berbeza dari menu biasa )..
dan setahu ku, dua benda ni boleh tambah pengeluaran susu, bukan mengurangkan..

bila hannah bangun, ku suruh dia nenen. oh ya, masa ku pam, ku tak dpt rasa langsung let down reflex walaupon dah almost 15minit. biasanya paling lambat ku rasa letdown tu, after 5minit mengepam. apa masalahnya ni!!!
tp ku dpt rasa letdown tu time hannah nenen.

hmmm ape nk buat ni..harap-harap ni bukan masalah, dan bukan permulaan pada masalah penyusuanku terhadap anak-anak. baru je abes pantang, takkan susu dah kurang/kering kot.

ku kena monitor lagi keadaan. nnt kena pam lagi nk tengok progress. harap-harap dapat hasil macam sebelum ni. stok EBM tak banyak mana lagi, sebab ku lebih byk direct feeding. tak sempat dah nk pam, bila penat melayan dua beradik ni sepanjang hari.


Ahad yg biasa

mode : anak-anak tidur, cikabg pegi opis sekejap :

ku baru sudah makan. hari ni masak lauk ayam masak kicap dgn kerabu pegaga saje. 1st time buat kerabu..mmg dah lama teringin nk buat. resepi senang didapat, cuma pegaga tu lah yg susah nak dapat. kalo tak pegi pasar malam semalam, mesti tak jadi juga kerabu hingga ke hari ni. beria cerita pasal kerabu, macam la best sgt :P
sedap jugak la utk tekak sendiri makan. cikabg tadek komen ape, sbb masa dia lunch, ku tgh mandi..masa ku makan, cikabg pula bersiap nk p opis (keje ke hari ahad?? )

sejak ahli keluarga bertambah ni, mmg susah nk cari waktu utk mkn berdua-duaan mcm dulu.
sejak hannah lahir lagi, dh kurang peluang makan bersama. kecuali makan dikedai. tp itu pon, ala-ala bergilir juga. salah sorang akan menikmati makanan itu terlebih dahulu sambil yg seorang lagi menguis-nguis makanan utk merasa sedap ke tak makanan itu sambil memegang hannah.
bila hannah dh boleh makan dan boleh duduk sendiri di high chair, kami mmg sama-sama di meja makan. cikabg menikmati makanan sambil ku pula menyuap hannah. sementara nk tunggu hannah habiskan makan, cikabg pon dh siap dan kenyang. jadi dia akan kedapur mencuci pinggannya dan terus duduk didepan tv semula. maka ku mmg tetap akan makan sendiri juga nnt.

dan kini, hadif pun dah lahir. perkara yg sama lah berulang setiap hari. walaupon tak makan bersama, ku tetap gembira cikabg makan tanpa byk soal, sedap atau tak dan menu lauk yg berulang-ulang dlm minggu yg sama. haha!
(kalau tak dibelikan lauknya (ayam, daging or udang) dan bahan-bahan rencahnya(santan, kari, tomyam etc etc) cemana ku nak masak variasi kan? :D )

mlm semalam, ku dah pegi pasar malam..sepantas kilat habis pantang, ku ajak cikabg keluar jalan2..sgt boring tinggal dirumah, perintah berkurung mcm ni :)
jln2 kt luar mmg mudah dgn RS..dan hadif tidur sepanjang kami berjalan dipasar mlm. ku perasan, ku mendapat tolehan dan jelingan dari orglain yg turut berkunjung ke pasar malam..
haha nmpk pelik ke?
x kisah la kalo org anggap pelik, yg penting it ease my life.

sebenarnya, malam sebelum itu lagi, dah ku gunakan RS tu ketika pegi ke expo di Bandar Perda dan ke kedai LaiLai..nk beli bekas dadih u tk EBM storage. masa ku tengah tercarik-carik masking tape di area stationery, ada sorang pakcik tegur

pakcik : senang no bawak anak macam ni..tak kesah nk pegang dah (tersenyum)

ku : haah senang je (senyum juga dan berlalu)

dan ku mula konfiden utk menggunakan RS diluar. dan sesungguhnya ia adalah pembelian berbaloi. dan ada kemungkinan kemudian hari ku akan menggilai babywearing gadjets yg lain pula :P











Happy Birthday to all JULY people

ku nk wish all my friends yg lahir on JULY..excited sbb ku juga adalah july person.
i dedicated the wish and the cakes to :

  • izanurni - semesta - 1hb 7
  • amir - ise uitm - 1hb 7
  • du'a - semesta - 4hb 7
  • kak danor - semesta - 4hb 7
  • kak fazlin - AG - 5hb 7
  • yatz - semesta - 6hb 7
  • ijad - telitian - 8hb 7
  • lydzar - 9hb 7 (dedicate kt diri sendiri jugak..boleh gitu?)
  • erin - semesta -18hb 7
  • fuad azroy - teliti - 19hb 7
  • pit - my brother - 29hb
  • hanun - telitian - 31hb 7
We turn not older with years but newer every day.
HAPPY BIRTHDAY!!


*yummy cake isn't it?*

jemputla makan cupcake tu yer..itu je mampu kuhadiahkan :D





sayang adik!

amek clip ni semalam.

luahan hati hannah:

hannah selalu cuba main dgn adik..hannah selalu cuba pujuk adik menangis..hannah selalu nk kiss pipi adik..

tp mama tu yg selalu risau kalo hannah nk main ngn adik..asek risau kalo hannah kacau adik..takut sgt kalo hannah tertepuk adik tu..
kasik chance la mama, hannah jaga adik..hannah sayang adik...


video


Lari..lari..lari...

setiap hari akan ada adegan ini..

hannah : ayiiii...ayiii.ayiii!!
(tergedik-gedik dia berlari sambil dgn muka cuak, muka nk tergelak, muka takut dari aarah bilik melintasi ruangan menuju ke ruang tamu)

mama :kenapa hannah?

hannah : ipashh..passhh.. (tergelak-gelak dgn perasaan lega)

mama : mana?

hannah: tu..pash pashh pashh.. (sambil tunjuk ruangan itu)

mama & papa : gelak

ape lah yg hannah tu cuakkan sangat tiap kali lalu ruangan tu?

inilah dia fear factor hannah
jeng..jeng..jeng!!

*encik-cik-tuan-puan LIPAS*

since pindah ke penang ni, semua rumah yg kami tinggal, turut dihuni encik-cik-tuan-puan LIPAS..ada je dimana-mana..paling horror masa duduk kt apartment pesona (rumah pertama kami sewa). bila pindah ke apartment idaman ni pon, masih lagi berjiran dgn encik-cik-tuan-puan LIPAS malahan mereka adalah tetamu regular kami haih!!

mungkin jugak sebab rumah-rumah ni terletak diground floor..dekat dgn longkang, dengan pokok-pokok. actually kawasan apartment tu (pesona & idaman) mmg bersih. pengurusan apartment mmg jaga kawasan ni agar tak dicemari sampah. setiap hari akan ada cleaner sapu corridor dan kawasan sekitar. tp encik-cik-tuan-puan LIPAS ni pon ada koloni mereka tersendiri. ntah ktmana dia buat rumah yg sebenar ku pon taktau..

sbb dah selalu sgt tengok
encik-cik-tuan-puan LIPAS ni, maka hannah pon dh kenal rupabentuk mereka walaupon hanya dlm gambar. ku mmg sgt geli dgn lipas. tak sangka cikabg pon sama..family hours kami (sambil tgk berita dan drama-drama kt tv) selalu diselangi gelak tawa kegelian tgk lipas dan tgk gelagat hannah terhadap lipas..hannah selalu tgk reaksi ku kegelian dan takut terhadap encik-cik-tuan-puan LIPAS , dan dia pon meniru reaksi itu..

dan hari-hari adegan seperti diatas berlaku, menceriakan hidup kami sekeluarga



RingSling and ME

last week ku order ringsling ni..ada dlm entry ini. hari-hari ku practise make perfect. tp rasanya belum cukup perfect walaupon dah seminggu ku melakukan cobaan-cobaan memakai RS dgn betul
jadi kutepekkan gambar ku mengkendong dan membabywear anak-anak, jika ada rakan-rakan yg dah terer bab babywearing dan sling ni boleh tunjuk ajar ku.

p/s:abaikan rambut palsu ku itu ok..hahaha..ku tak pakai tudung masa amek gambar yg ni..so kena edit dan kasik make up sket la


*tummy-tummy hannah*

*tummy-to-tummy hadif*

*craddle carry hadif*

so tolong komen cara pemakaian ku yer pada sesiapa yg dh terer tu..tak berani dan tak konfiden lg nk keluar dgn RS..lgpn ku blom abes pantang 44hari..semoga by that time, ku dh masterkan penggunaannya dlm rumah dan sudah terer utk ku bawa keluar..i wish!





Koleksi video hannah

video

ku tak simpan byk video pasal hannah..sbb ku mmg takde videocamera pon..yg ni pon amek guna digicam nikon yg kubeli back 2005 dulu..nasib baik jugak la ada function utk record video.
cuma duration utk satu-satu video direkod limited..sgt limited ok..

setiap kali ku tengok video ni kt camera, akan mengalir air mata..tiba-tiba rasa sungguh sayu..sungguh syahdu..masa ni umur hannah 4 bulan..ku ambil masa dia baru bangun pagi. pada usia 4bulan, hannah belum boleh meniarap sendiri lagi..ape yg dia boleh buat, cuma gerakkan kaki-tangan macam dalam video ni je..kami mmg tak sabar nk tengok dia meniarap..sebab ramai yg kata, hannah berbadan kecil, so mesti cepat meniarap :)

tp itu bukan kenyataan..dia boleh meniarap sehari sebelum umurnya genap 6bulan..lambat kan.
tp tak pe, ku tak paksa..biarla dia develop at her own pace..no pressure. cuma ku ada la rangsangkan badan, kaki dia utk meniarap atas galakan dari Doc Nik dari Az-Zahra.

dan sekarang hannah dah boleh berlari pon..sebab tu la ku selalu rasa sayu..anak yg dulu nya kecil dah semakin membesar..how fast time flies..sure all momma kt luar pon rasa yg lebihkurang dgn ku bila tgk anak-anak membesar ni..bahagia, seronok, teruja semua bercampur aduk..



video

video kedua ni, masa umur dia 6bulan plus..hobi dia masa ni koyakkan buku, majalah, tisu, kertas dan masukkan semua benda yg dia pegang dlm mulut..nmpk yummy agaknya semua tu..
dan sampai sekarang pon, hannah masih lagi dgn hobi mengoyak tu, cuma dia dah tak masukkan dlm mulut utk dikunyah nyumnyum lagi..dia cuma kutip biskut, roti, butir nasi yg ada kt lantai yg ku blom sempat bersihkan..haih!!




Perasmian

maka pada hari ni ku rasmikan blog baru :potong riben: :tepuk-tepuk tangan: :sila mkn kt kafe opis masing-masing yer:

haha dah buat beberapa entry pon, baru nk rasmi kan

sebelum ni ku berblogging atau spesifiknya berfotoblogging dgn fotopages.com [lyeedzar.fotopages]
lately rasa blogshop mcm lagi best jer..hmm ada la pro-cons kedua-duanya..

so ku ambil langkah utk kekalkan [lyeedzar.fotopages] sebagai my online album dan berdiari dgn cerita panjang berjela disini..
ku masih sayangkan [lyeedzar.fotopages] sbb ku dh post gambar since 2005 lagi..dari ku bujang sampai la ke anak 2 ni..dari ku yang kurus amat sampai la terpaksa tukar saiz M/L skg ni..wehuuu i changed a lot!!!

papepon..selamat berblogging pada diriku..

The Unique Wedding Photo Contest


ku baru online pagi-pagi, tiba-tiba pop up YM message from ecar ajak join contest ni, bersempena anniversary dia dan hubby yg keempat..
maka ku tinggalkan skjap kain yg sudah didlm bakul..ku buat entry utk contest ni dulu lah..
this is my 1st contest i ever join hehe

i've done with the tampal-tepek banner contest..also link-link itu..

skg ni kena tepek gambar kawen yg unique ever pada pandangan ku..

so here the picture :

dan detailnya :

nama ku : lydzar
nama encik suami : dean

date-date penting dlm hidup kami:
date tunang : 25hb 12, 2005
date nikah : 10hb 3, 2007
date bersanding (umahku) : 11hb 3, 2007
date bertandang (kajang) : 31hb 3,2007

ku tambah satu lg date : penting gak nih!
date declare jd kasih-kekasih (tmn tasik titiwangsa ahaks!!) : 24hb 4, 2004


Sila jawab 2 soalan wajib:
i) kenapa uolls rasa gambar yang dipilih itu UNIK/UNIC/UNIQUE..??
gambar yg ku pilih tu ku rasa unique dan ku suka bangetttt kerana, ku bersungguh-sungguh belajar cara nk ikat kain samping dari mak andam ku dikampung..mmg telah dirancang masa kenduri bertandang takdek official mak andam..so ku dan encik suami pon mintak izin dari mak andam ku utk belajar cara-cara mengikatnya..
dan ini adalah permulaan kepada penyerahan tugas menguruskan diri cik abg (basuh-sidai-lipat-gosok-simpan dlm almari segala-gala baju/seluar nya) daripada emaknya kepada ku pulak setelah bergelar isteri..huhu hand-over session giteww!!
tak ke nmpk macam isteri mithali je tuh :P


ii) kenapa uolls suka membaca blog
e-caR NazRin aka ibuEiymann?

ku suka baca blog ecar sbb dia adalah salah sorang ibu dan wife yg best..alkesah hidupnya jadi inspirasi utk ku utk berjaya sepertinya esp bab menyusukan anak. dan ku suka sgt tgk hobi/kerja baru yg ecar buat - cupcake-ing..rasa nk makan-makan je cupcake tu semua..gerammm nyumnyum!!

kalau ada kawan-kawan yg nk join contest ni..boleh la visit blog ecar

link blog ecar: http://ecaRNazRin.blogspot.com/
link contest : http://ecaRNazRin.blogspot.com/2009/07/unique-wedding-photo-contest-sticky.html


ok done!
ku nk sambung sidai baju-bajans!!

tata!!




 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®