Weekend Stories

agak terlewat ucapan ini, but still, i would like to wish frens and families yg datang bertandang ke blog ini ..

SELAMAT HARI RAYA HAJI



raya haji kali ni disambut serupa tak beraya oleh kami satu keluarga :D sungguh tiada pengertian KORBAN pada raya tahun ini.
mana tak nya, semasa orang bertakbir di masjid, kami pergi test drive Perodua ALZA di Seksyen 11 Shah Alam. Semasa orang lain sedang sibuk menyediakan juadah raya, aku berada didalam kereta menghayati keindahan bandar Shah Alam yg dah lama tak kujejaki sehingga lewat malam. Dan ketika orang lain menghidang juadah dan santapan raya, aku masih tidur di atas katil bersama anak-anak sambil Abg pergi menunaikan solat raya di masjid Shah Alam.
Kami bermalam di hotel tempat Abg menginap. Santapan raya kami pagi itu adalah buffet breakfast. Dalam pukul 11pagi, baru la kami sampai dirumah MIL. dan keadaan tiada suasana raya juga menyelubungi. Abg iparku dan biras juga masih tidur - mereka berniaga malam dia downtown Cheras.

Cerita tentang ALZA. Kami memang ternanti-nanti kehadirannya. Dan akhirnya pada minggu lepas telah diadakan majlis launching nya. tak kesah la tu kan. ape yg penting KERJASAMA kami nk tengok dan test drive kereta tu. Alhamdulillah, khamis lepas Abg dah arrange appointment utk sesi test drive..petang itu, Abg ambil aku dan anak-anak utk ke sana. sebab itu la, raya haji kami berada di ShahAlam.

Abg sorang yg mengujipandu kereta ni. aku tak try sebab tak reti bawak kereta auto. risau plak kalo terjadi apeape, terlajak ke, tertekan lebih minyak ke, blabla..padahal orang kata bawak kereta auto lg senang dari manual. tunggu KALAU kereta ni dalam genggaman je nnt, baru nk drive :)

*sumber gambar - http://auto-akasia.blogspot.com*

nak ambil gambar sendiri tak dapat sebab gelap, terpaksa mintak belas ihsan blog orang



overall, aku puas hati dengan kereta ni. memang agak kecil kalau dibandingkan dengan MPV lain. nama pon compact MPV kan. utk orang yg tak biasa dengan kereta besar macam aku ni, mmg sesuai la kot. so KALAU nk berubah pon, macam tak ambil masa lama, i guess :D

memandangkan anak-anak juga masih kecil, belum ramai, dan juga kemampuan kewangan kami, ini adalah kereta terbaik utk our upgrading transportation system. sementara menunggu anak-anak membesar sampai tak muat kereta, ALZA ni adalah pilihan tepat.
Jenuh dah travel dengan si comel Kelisa kami tu. sesungguhnya Kelisa itu memang amat berjasa kepada kami sekeluarga. tapi akan sampai suatu ketika, kami perlu berubah kepada sesuatu yg lebih praktikal bergantung pada keperluan kami.

Mungkin kata sepakat antara aku dan Abg dh dicapai, tp ALZA masih belum boleh kami sambar dalam masa terdekat. kena tunggu aku dapat ape-ape kerja yg boleh membantu menampung keperluan harian kami.

"Ya allah ya tuhanku, murahkan la rezeki dalam bentuk pekerjaan atau sumber kewangan kepadaku."
insya allah, aku yakin rezeki itu Allah tetap akan beri suatu hari nanti. Jangan berhenti berusaha.

Sabtu petang yg bosan. Abg macam hooked je depan laptop. Pandai-pandai aku buat date ngn Syifaa :) Nk jumpa dia and pegi visit baby Arissa and Mummy Kyra yeay!! dan YEAY lagi bila abg on jer dengan plan aku buat ni. So petang tu, kami gerak ke Shah Alam lagi.

Syifaa datang fetch kt lobi hotel and brought us to rumah Mummy Kyra.
Sebelum turun dari bilik, sempat aku tanya "Abg keluar ke tak ni?" Abg jawab " tak kot, kawan-kawan diam je"
ehehe so kami keluar dan tinggalkan Abg sorang kt bilik. takper la, dia boleh concentrate study masa kami keluar ni.

Lepak dengan mereka ni (Syifaa, Kyra, Arissa, Hannah dan Hadif) kt Pak li Kopitiam dekat Seksyen 7. dah kalau namanya bawak kids keluar, memang tak boleh lama. dan ala-ala chaos jugak ler. nk bersembang sakan pon susah. end up, lepak tak sampai sejam. Arissa sudah ngantuk. Hannah pon dh mula nk berlari dan pergi sane sini. sebelum keadaan semakin sukar dikawal, maka kami decide utk beransur pulang. Lepas hantar Arissa and Mummy balik, Syifaa hantar kami pulak balik hotel..A BIG THANKS to Syifaa. nnt lainkali kita arrange lagi pertemuan yer.

HAPPY..

Training CISCO our beloved PAPA

seperti tajuk diatas, pujaan hati kami sedang menjalani satu training di Shah Alam. Uniknya training kali ini adalah Abg tidak berulang-alik Kajang-Shah Alam seperti selalu. Sebaliknya tinggal di sebuah hotel di Shah Alam dan meninggalkan kami di Kajang. Untuk 3 minggu lamanya kami akan ber PJJ (PJJ lagi !!). Abg hanya akan pulang ke pangkuan keluarganya di hujung minggu.

Dengan alasan, Abg tak larat nak ulang-alik sebab tiap-tiap malam Abg perlu study demi lulus exam di akhir training nnt. Yer, aku maklum keadaan itu. Dulu semasa aku sedang pregnantkan putera hensem kami, aku dah tengok Abg melalui masa-masa yg meletihkan. meredah jam..badan lesu tp masih perlu membuka laptop utk mengulangkaji. sampai waktu exam, Abg terpaksa cancel sebab aku dah begitu sarat dan risau kalau aku terbersalin semasa dia tiada. Abg kenselkan pergi amek exam demi kemaslahatan kami semua. dan hadif dilahirkan pada tarikh exam Cisco dijadualkan. Aku amat hargai pengorbananmu itu.

Maka kali ini, dengan redha kami iringi doa supaya Abg tenang belajar dan mengulangkaji. Good Luck my dear.

Bermula lagi epilog rindu kami (dan yg paling beria rindu, AKU ler)
Berjauhan walaupun dekat. SObs Sobs..




Cuti Masak

malam td memang dh perasan stok ayam kt fridge dh abes. tp time g jenjalan kt Jusco (malam td kami jenjalan ke Jusco cuci mata walaupon takdek sale), tak terpikir pon nk beli stok baru. yer la, aku mane la penah shopping groceries kt Jusco. setakat tempat jalan-jalan jer.

pagi ni, puas perah idea nk masak ape utk lunch merangkap diner. alih-alih aku surrender. bfore abg left to work kami berdialog

aku : hari ni syg tak masak. ayam abis..
abg : abis tu anak-anak nk makan ape?
aku : nnt syg goreng la nasik. hadif makan bubur
abg : ok

dia maklumla tu, yg malam ni dia kena bawak kami diner kt luar.
actually aku ada sket jiwa tersentuh sbb dah 4hari bekerja ni, abg tak sentuh pon masakan aku. mana taknya, hari-hari balik lambat pastu dh siap-siap makan minum ngn kawan-kawan bfore balik rumah. so masakan aku kt rumah ni akhirnya masuk ke tong sampah aje lah. jadi aku rasa amat tidak bersalah utk tidak mahu menyediakan makanan pada hari ini. wajar kan aku merasa begitu.
dan hari ni adalah hari cuti masak aku!!

ini reason why..copy from my FB :)

Lydzar Rusman
syif ..

kronologi :

monday - konon2 ada game boling ngn TM, sekali tersalah hari so terus g makan ngn member yg temankan dia g boling tu..
tues - bowling day. lepas game, g makan ngn member dia yg outstation kt sini...
wed - blk opis lambat nk settlekan issue kt opis, dan terus g makan ngn brother yg dtg dr shah alam
thurs - dia diner nasik/lauk yg dibawak balik dari kenduri sorang staff

so friday - sila bawak saya pulak diner kt luar hokeh. jgn asek nk makan ngn member je kat luar!! :P

hehe details youuuu




Layan Gambar jer

dah lama sangat tak amek gambar both myluvlykids nih coz bateri kamera dh abes. aku tak leh handle betul hidup tanpa kamera ni. sbb terasa asek terlepas moment indah dalam hidup.

semalam, aku terlupa nk beli bateri dan aku dh balik dari beli breakfast kt kedai di seberang jalan tu..sanggup aku patah balik ke kedai semata-mata utk membeli bateri. hehe! exercise dipagi hari gitu.



*anak-anak ucuk-acam baru bangun tido*

memang masam sgt bau dorang tapi time ni lah paling sedap nk digomol2 dan dicium2..

*watak utama kali ni adalah hero kegilaan ramai - Hadif*

*dan si kakak yang takmo ketinggalan*


*mama pon takmau ketinggalan juga!*

gambar ni aku snap-snap pagi semalam. ada lg yg aku nk upload. tp tunggu dulu lah..hiasan utk next entry pulak

ALHAMDULILLAH - HADIF 6 BULAN

18hb Nov 2009
Genaplah umur Hadifku 6bulan. Alhamdulillah, dia dikurniakan kesihatan yg baik oleh Allah yg maha Esa. Rezekinya membesar dengan jagaan
mama dan mendapat susu mama sepenuhnya.
Syukur ku panjatkan lagi kerana kami telah mencapai targetku utk 6bulan pertama exclusive breastfeed hadif..happy tak terkata rasanya.
Jadi ini lah yg ku war-warkan semalam. sesuatu yg ingin aku celebrate. walaupon kejayaan ini nmpk kecil je dimata orang lain, tp bagi ku ianya amat bermakna. alhamdulillah

aku berdoa agar allah terus melimpahkan rezeki susuibu buat hadif sehingga dia lengkap penyusuan selama 2 tahun. semoga Hadif sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, membesar sebagai anak yg soleh, taat, bijak, aktif, berperibadi mulia dan sentiasa menyejukkan hati kami mama dan papanya.

Dengan ini aku nk award diri sendiri..hehe!


Align Center
*award ciptaan sendiri ^^0^^ *


p/s : cheesecake aku terlembik sket, but the taste is stil there. sad part, aku dh siap potong utk abg..dia g biar je atas meja and bantai tido


Tak sabarnye esok..

hari selasa yg happy bagi aku.

malam tadi, abg dh belikan aku ampaian baru. ampaian lama yg dah berkarat tu, tiba-tiba hilang dari tempatnya. malaon mana lah yg amek. dah la semalam banyak hasil pendobian aku. bila ampaian kena curik, maka segala kain baju tu tak dapat disidai dgn baik. terpaksa sangkut kt tali yg ada kt luar tu je. mana nk kering elok.

dan pagi ini, sebaik saje bangun pagi aku terus sambungkan ampaian tu. sambil mesin basuh dekat yard tu melakukan tugas mendobi pakaian kotor stok hari ni. siap pasang, terus aku sidai baju semalam yg masih sejuk dan lembap. dan sidai sekali basuhan hari ni. wah by 8.10am aku dh siap keje-keje basuhsidai baju. nmpk sangat excited ngn ampaian baru!!
apekah!!

dah 2-3hari aku bermimpi2 nk buat cheesecake. sesuatu yg aku tak pernah buat lagi so far.
aku happy lagi sekali sebab malam td, masa beli ampaian aku sempat capai bahan-bahan utama nk buat kek itu. insya allah nk buat non bake punye resepi. sempena sesuatu esok yg aku sgt happykan juga..apekah itu. aku akan update esok.

jadi, kita nantikan update esok yer.
ada lagi bahan yang aku nk kena beli, termasuk lah bateri energizer.


Pulang ke sarang

malam td kami bergerak pulang ke sarang penang. sayu hati aku mempacking semula baju-baju kerja/kurung yg kononnya akan digunakan utk pergi ke training itu.sgt terasa mcm peserta AF yg telah terpaksa keluar dari akademi setelahtidak mendapat byk undi. menolak beg besar keluar dari rumah. haha perasaan apekah? :P

sampai penang jam 2.45pagi. biasala kalo dh bergerak malam-malam ni. amek masa utk tidor kt RnR utk sejam dua. cian abg. dia pon dh tak larat sgt nk memandu malam. nk suruh aku take turn driving, susah juga sebab hanya aku yg ada kuasa menenen anak-anak. ikikikiki!

hari ini sgt malas.

@10am, hannah masih tidur.
hanya hadif yg dh bangun dan sedang bermain dgn playgym nya.
aku perlu berhati-hati dengan keadaan rumah sekarang. @5months and half last week, hadif dh mula pandai menjulur kedepan. jadi lantai perlu bersih daripada kotoran dan habuk. serpihan makanan dan mainan-mainan kecil juga perlu dipantau supaya tidak berada dimerata-rata. kawasan dapur juga mungkin perlu dikepung. kalo perlu, nk mintak abg belikan gate la.

ok, makan time for hadif. update later




Hannah turns 23rd months today!

hari ni 12hb 11, 2009 ..
hari ni hannah dh menginjak 23 bulan umurnya.
hari ni mama hannah dok pk, cemana rupa celebration birthday hannah yg kedua bulan depan.
yang pasti tiada lah party birthday jemput kawan-kawan dtg umah makan kek segala, mcm tahun lepas juga. cuma celebrate berempat bersama adik pula.

as at her 23rd months, byk juga perkembangannya. motor skills like berjalan, berlari etc develop seperti kanak-kanak lain juga. cuma masih perlu banyak latihan utk melompat. dia belum confident agaknya.

and dari segi vocabulary juga semakin hari semakin sayang bertambah adanya.
sangat aktif bertanya itu ini pada mama especially bila dalam kereta dan juga apabila sedang menonton tv.
mmg mcm adik yg dalam iklan "itu ape? ...murai..itu ape? murai.."

bila dia taburkan mamee, dia cakap "mama sepah..mama sepah.."
bila dia tumpahkan air, dia cakap "mama tumpah, mama tumpah.."
bila adik main buku dia, dia cakap, " jangan koyak..jgn koyak.."
bila dia nk nenen, dia cakap, "mama duduk sini..mama duduk sini" sambil tepuk2 tempat yg nk disuruh mama duduk..
bila tengok mama nk gosok baju papa, dia cakap, "ishh panas mama, hot hot.."
bila dengar bunyi anjing kt luar rumah, dia cakap, "oh dog.. nak geget hanna.."
dan banyak lagi la scene nya..

tp yang tak best, hannah dh mula membuli adik.
tengah elok baring berdua, tiba-tiba dia cubit pipi adik. tiba-tiba dia letak kaki kt muka adik. tiba-tiba dia tolak kepala adik. dan hari ni tiba-tiba dia gigit adik

adehhhh!!




Hadif and His Food

Memang aku berniat nk entrykan cerita hadif and his food. cuma tak sempat nk mengarang. tadi baru je jenguk blog aini, my ex-semestarian friend. anakandanya sara sebaya je dengan hadif. dan dalam latest entry aini cerita pasal nk start sara on solid juga.

so mari ku mulakan alkesah hadif dan food nyer.
remember my outing to alamanda on friday? masa tu la aku beli blender baru. dikhaskan hanya utk keje-keje memblender food hadif.
so hari sabtu, before aku bawak anak-anak lepak di rumah my sister aku preparekan dulu food hadif. and his first solid food was Apple Puree. bila dah siap, terus aku suapkan hadif. he likes it! masa otw ke rumah mysis, mmg dia tersandar kekenyangan dalam car seat. and it made my driving to my sis's house very easy peasy.

aku mmg teringin nak capture gambar step by step tp almalang kerana kamera ketiadaan bateri. maka steps nya aku sekadar dapat tulis je lah.

Bahan-bahan :
Sebiji epal
Air secukupnya

Cara-cara:
::Epal dibasuh dan dikupas kulitnya lalu dipotong kecil-kecil
::rebus (nk steam pon boleh juga) sekejap diatas api yg besar, dlm 2-3minit
::blender epal
::isi dalam bekas-bekas kecil utk tujuan frozen puree
::siap dan campurkan sedikit EBM sebelum dihidangkan kepada anakanda terchenta

utk permulaan ni, aku frozenkan puree epal tu utk 4kali feeding (4hari). dan setiap bekas cuma ada 2sudu besar puree saje. tak banyak. takut dia tak suka.

oh ye, hari tu aku ada copy dan simpan panduan pasal baby food ni. aku nk paste dalam entry ni sebab aku rasa amat berguna utk aku sendiri nnt. yer la, aku nak beberapa org anak lagi. so panduan mcm ni mmg elok disimpan buat pekasam panduan.


Catatan Program "It’s So Yummy, Mummy! - Easy & Healthy Recipes for Young Children"
Posted on Tue 04 Jul 2006 (12092 reads)
It’s So Yummy Mummy!

Panduan menyediakan makanan kepada bayi.

Peringkat pemakanan bayi


Peringkat 1 (5-7 bulan)
• Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).
• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.
• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.


• Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:
1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).
2. Lenyekkan atau blender buah.
3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.

Peringkat 2 (8 – 11 bulan)
Bentuk makanan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti bayam, saleri (boleh membuatkan makanan menjadi wangi dan menyelerakan) sawi, carrot, brokoli, labu, keledek dan kentang.
Boleh beri bayi makan campuran sayur-sayuran yang direbus atau di steam sahaja atau boleh juga ditambah ke dalam bubur nasi.
Pastikan sayur-sayuran tersebut separuh masak sahaja bagi memastikan vitamin dan khasiatnya tidak hilang.
Ikan bilis, ayam atau ikan salmon juga boleh ditambah ke dalam bubur. Pastikan bubur dilenyek atau diblender terlebih dahulu.

Peringkat 3 (12 – 18 bulan)
Pada peringkat ini, air kopi, teh, dan kekacang masih belum sesuai diberi.
Jus buah-buahan yang segar seperti oren atau apple boleh diberi kepada bayi tetapi pastikan dicampur dengan banyak air masak.
Yogurt buah-buahan bukan citrus boleh mula diberikan kepada bayi sebagai campuran ke dalam fruits puree atau dimakan begitu sahaja semasa tea time.
Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner). Contoh makanan yang sesuai:
• Breakfast (7.30 – 8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)
• Lunch (11.30 – 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon atau ayam

• Tea (3 – 4 ptg): Fruits puree + yogurt
• Dinner (6 – 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.


--------------------------
1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.


2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.


3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.


4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.


5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.


6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.


7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.


8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.


9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.


10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.


11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.


12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.


13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.


14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.


15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.

so pada sesapa yg nk copy panduan ni, silakan la yer..





Cepatlah Esok tiba


(mode mama exagerrate hokehh!! )

kami sgt ternanti2kan kedatangan hari esok. sebab esok, lelaki pujaan hatiku akan pulang kepangkuan setelah 10hari terpisah. lama kan? rindu tak terkira..

setiap hari bila bangun pagi, secara automatik akan teringatkan dia walaupun dia tidak menjelma dan melawat dlm mimpi. anak daraku selalu sebut "papa je.." sebaik terjaga. anak teruna je yg masih belum mengerti apa-apa. masih tersenyum riang setiap kali bangkit terjaga.


*king-of-our-hearts*
pic ketika zaman muda-mudi dulu laa

(mode mama exagerate off)

sabtu lepas, aku bawak anak-anak habiskan masa and stay overnite dirumah makcik mereka (my 1st kakak) kt area Jln Reko. 1st xtvt kami, lepak kt alamanda. abg ipar tak ikut. jadi kami pegi, 2 adults with 4kids (nazrul - 5yo, hannah n yasmin - plusminus 2yo dan hadif 5months)..hoho mmg terasa somi-istri mcm bawak 4 orang anak la. gamat! kelam kabut..
kelam kabut sebab mcm bawak twins plus si kecik.. yg masih nk kena dukung, yg masih nk kena pegang. kecuali nazrul, dh boleh mintak tolong tolak hadif dlm stroller. hannah pon ligat berlari bila dpt space yg luas mcmtu. bwk dorg main kt playground sblh parkson. let them happy.
petangnya balik dan my sis masak nasi ayam. while me siapkan anak(s) mandi petang. takdek ape xtvt pon malamnya, just tengok sehati berdansa.

my sis baru je beli rumah sauna.ye ke panggil mcm tu ek? hehe, i gave it a try..huyooo berpeluh-peluh. buat dalam 20mins. rasa sgt best dan rasa mcm puas hati bila tengok peluh meleleh-leleh. its been such a loooong time aku tak berpeluh macam tu. ermm tp kan, bila balik rumah MIL semula, and i pump for stock, tak dpt byk la pulak. not even 1 ounce!! ada kaitan ke ek buat sauna dgn kemeruduman amount collection yer.. muskil. kalo ada, kompom lepas-lepas ni tak yah buat sauna lagi dah..







Blender Baru

hari ni aku pegi lepaskan gian nk ke alamanda di waktu lunch hour pada hari jumaat seperti yg aku selalu buat dulu, masa stil kerja dgn Teliti. aku pergi dgn hannah. hadif pulak stay at home with nenek. plan asal (sebelum training dibatalkan), nak buat trial kids-stay-at-school while mama enjoy-girls-day-out. sekali batal plak dah. plan mama-enjoy-girls-day-out tetap berjalan, tp perlu bawa salah sorang dari HM tu.
tak boleh nk tinggal dedua, nnt nenek pitam melayan kerenah 3orang cucu (termasuk sepupu HM iaitu Arif).
tak boleh juge nk bawak dedua, nnt mama pulak pitam nk kontrol mereka. sbb tak bawak balik stroller ke sini. nnt sudahnya, mana nk kendong hadif, mana nk kejar hannah.
last-last paling baik, is bawak salah sorang. setelah ditimbang pro n cons, hannah dipilih utk join mama's outing. lgpon, last time, hadif dh join. so u both kena la take turn.

so dekat alamanda, jumpa ngn mak buyung aini yusnina dan juga kak zila. yg lain tak dapat join, ada hal masing-masing. comels je perut aini yg dah 5bulan preggie tu. impian dia nk maintain betis langsing mmg tercapai kot. sbb perut dia ala-ala comel-mini jer. tp ada 4months to go, mana tau tetiba dia turn mcm aku dulu masa preggiekan hannah. the lady with big-swollen leg haha!! chit-chat here and there je. masa makan, hannah g bantai nenen sambil tido. sampai aiskrim yg aku order (includes in my set dishes) cair. fries yg
aini order, konon nak makan ngn hannah pon akhirnya dihabiskan oleh 3orang bini orang ni jer.

lepas makan, kami separate sbb aku dah teringat-ingat my lil handsome-hero kt rumah. tu la masalah para ibu-mama-mommy-umie-etc ni kan, kalo outing ke keje ke mesti nk cepat cepat balik sebab teringat kt anak. but bfore tu sempat lagi aku singgah ke carrefour membeli blender baru.

my lil handsome hero tu dh almost 6months umurnya. so i have to prepare foods pulak utk dia. blender sedia ada dh aku guna utk blend cili-bawang. tak seswai digunakan lagi utk blend foods hadif. i wish aku dapat beli food processor Faber yg cun itu, tp memadai lah dgn blender Pensonic berharga rm59.90. Rasa makanan tidak berubah menjadi sedap atau tidak berdasarkan penggunaan alatan yg canggih kan? yang penting makanan itu disediakan dengan bahan yg segar, cara yang bersih dan penuh kasih sayang dan keikhlasan dari mamanya, betul tak? aku juga beli buah epal, sebab aku bercadang nk prepare epal puree as his 1st food.

dan sekejap td, aku baca artikel pasal Growth Chart ni dekat blog Sue-Lunatots.
Dia citer situ pasal berat breastfeed baby yg tak meningkat mendadak. macam kes Hadif la kan. rupa-rupanya chart yg direfer oleh nurse tu dh tak releven ngn baby sekarang esp fully-breastfeed baby. dan yg penting ada statement kt artikel tu kata, berat fully-breastfeed baby mmg tak naik banyak start umur 3months to 12months. aku kena tunjuk artikel ni kt abg. aku juga boleh tarik nafas lega. kira bukan salah aku bila berat hadif cuma naik 200gram for this 2months..tp harapnya, lepas hadif makan nnt..berat dia bertanbah byk sket la daripada angka 200 tu. kalo 400 ke 500 ke, kira orait la.
kita tengok masa umur dia 7bulan nnt cemana ok.

hmm bateri kamera dh abes last week. until today, tak beli lg yg baru. boringnya update blog tanpa gambar mcm ni..



PJJ Day-3




Regret to inform that applications for Nov 9th batch are not approved by
Ministry. Hence there will be no classes this year. We will start fresh
batches again next year. You can contact us if you are still interested.

Regards,
Jyothi

ok, maknanya alkesah PJJ akan berakhir dihari ke-3. training yg aku nak join tu telah ditidak-approvekan oleh ministry.

perasaan aku masa dapat feedback ni, adalah..sangat hampa. kecewa extravaganza.
sebab aku dah bersedia nak PJJ, dah ready nk letak anak kt taska, dah ready nk travel jauh-jauh, dah ready nk belajar semula..dan dh ready nk bersusahpayah dan meninggalkan comfort zone aku..dan, dah la aku dah mcm heboh satu kampung kt kawan-kawan..
abg punya ayat pulak mcm ni sambil dia gelak " alamak, tak jadi ke. ni kita dah buat kenduri doa selamat semua, dah jemput satu kampung bgtau, sekali tak dapat plak ijazahnye.."
haha sekali tak jadi la pulak..cisss dan ciss sungguh la..

bila aku post status kt FB bahawasanya aku kecewa, ramai yg bertanya dan bersimpati. thanks frens for ur support. ape ape pon aku tak boleh la nk kecewa lama-lama, sbb bukan rezeki aku kot disitu. stiap yg berlaku ada hikmahnya. call mak tadi, dia cuma pesan teruskan cari kerja.

maknanya aku masih boleh berjingga-ramba dengan anak-anakku..yahoo!

walauapepon, usaha utk bottle-train hadif masih berjalan seperti biasa. cuma car adapter takperlu la dibeli lagi. bajet utk itu, aku nk beli blender baru. plan esok nk start feed him.
fruit puree is the best menu for the start.

PJJ Day-2

nothing much to update. cuma aku perasan hannah mcm rindukan papa.
bangun pagi, dia tanya "papa mana?" dan dia jugak yg jawab "papa je (keje).."

bila dia tengok kereta kelisa kelabu tu ada parking kt depan rumah pon dia tanya lagi, "papa je? tu car papa?"
alahai cian nya anakku. mmg dia rindu papa la tu.
perangai pon agak berubah. dia sensitif, bertambah garang dan senang merajuk pulak. kalo ada yg tak kena, mula la dia memberontak. bila ditegur, dia menjeling tajam. haih!

hadif pulak, aku tak tau la dia dh mula separation anxiety ke ape..bebila dia nmpk mama dia ni, mula la dia merengek-rengek dan nangis mintak aku angkat. dah la masa nangis tu, bunyi manja sangat. so mmg tak sampai hati la nk biarkan dia menangis mintak dukung. syahdu nya bila pikirkan dia akan dihantar kepada orang lain utk dijaga. setelah hampir 6bulan dia dibawah pengawasan aku sendiri.isk isk

esok aku bercadang nk pegi MLO dekat Sri Kembangan, nak beli car adapter. walaupon ia tak termasuk dalam senarai bajet aku, tp aku rasa aku amat memerlukan car adapter supaya aku dapat merealisasikan misi EBM stock dengan jayanya. juga bercadang nk bawak hannah keluar mengubat kerinduan dia pada papa. dia memang selalu temankan papa pegi Giant bila papa saje-saje nk g jalan pada hari siaran 'Nur Kasih' ditayangkan. sebab mama hannah ni akan terpaku depan tv tanpa hiraukan ajakan sang suami keluar pada masa itu. hehe!

p/s: ouh..rupa-rupanya, aku juga rindukan si dia..


PJJ Day-1

*PJJ = perhubungan jarak jauh

girang hati aku sebab dapat gak connected to internet guna Celcom Broadband ni. naseb baik la aku sempat amek broadband ni daripada abg. berhari-hari yang lalu, bila aku cuba connect internet dengan laptop-buat-macam-harta sendiri ni, asek ada error je. kecewa sungguh masa tu, sbb kompom sepanjang PJJ ngn abg dan laptop serta broadbandnya, aku membayangkan hidup aku akan sepi dan sunyi dari internet..tak sangka pulak malam ni, dapat juga aku online dan hapdet blog aku ni. oh ye, bab PJJ ni, actually PJJ pon tak lama mana. in this one month, abg tetap akan balik ke kajang next week sebab dia ada training juga. so PJJ ni, tak la menyeksakan seperti yg aku konon-konon bayangkan.

semalam, aku dah pegi ke Astrum di Kelana Jaya utk isi borang pasal train n place program ni, dan dgr sket briefing. lepas tu, barulah borang application aku utk TnP ni disubmit pada JTK-Jabatan Tenaga Kerja, dan jika application aku diterima dan diluluskan baru la aku akan menghadirkan diri ke kelas tersebut. kalo tak diterima, maknanya life aku goes macam biasa la. balik penang, pegang semula jawatan fulltime housewife dan jaga anak dan suami. so friends, wish me luck ok!

basically training tu adalah dalam aspek technical utk SAP, ada ABAP(programming) dan ada BASIS (infrastucture). takde sentuh bab FUNCTIONAL pon. thats fine with me. mmg aku takdek knowledge pon dalam dedua technical tu. kalau dapat join the class, mmg it is something great and worth for me for my future. the class is just for one month. start from 9.30am to 5/5.30pm, monday to friday.
perjalanan kajang-KJ, aku akan lalu LDP. agak jauh tp itu je laluan yg munasabah. kalo lalu federal, kompom tekanan hidup paras tinggi sebab kompom stuck in jam.

aku perlu prepare byk benda juga sekarang ni. especially regarding the kiddos.
tadi pegi survey 2 taska.
satu di impian jaya (IJ). taska ni just on my way keluar dari impian murni menuju ke highway.
here, it will cost me rm200 (hannah), and rm240 (hadif). registration fees rm100. lepas diskaun rm10 dapat la rm530..huh rm10 je diskaunnya..aku dah explain pasal hadif yg exclusive breastfeed. the kakak kata, dorang pon mmg penah handle fully-breastfeed baby, so dia tau la the how to's. lega aku. and kt sini, baby below 1year cuma ada sorang je. means good for hadif coz nnt the carer tak la terkejar sgt nk handle EBM dia.
yg sebaya hannah pulak ada la dlm 8-9 orang kot. plus abg-kakak tadika, ramai jugak dalam tu tadi. utk hannah aku tak risau sgt, sebab dia dh besar sket. boleh kot nk bercampur-gaul nnt.

dan satu lagi lebih dekat dgn rumah aku stay skg ni. dalam taman ni juga.
for the fees, lebih kurang je. rm190 (hannah), rm240 (hadif) plus rm50 registration for both. total will be rm480. di sini ada about 4 babies below 1year old. and more than 10 sebaya hannah. penuh jugak la aku tengok tadi.sini takdek budak-budak tadika. and aku tanya juga pasal handling EBM. lucky juga sbb mereka pon tengah handle salah sorang baby with his/her EBM. again no worries pasal isu ni.

aku tengah menimbang nak hantar ke taska yg mana satu. both nampak mcm equal je. yg differ cuma bab
1)registration fees, for both Impian Jaya (IJ) = rm100 / Impian Murni (IM) = rm50
2)Jumlah baby below 1year, IJ = 1orang, IM = 4 orang
3)Jarak dari rumah MIL, IJ = jauh sketla walaupon just otw keluar ke highway, also need to patah balik/uturn.
IM = dalam satu taman.

agak-agak yg mana satu aku patut pilih yer. and dah diskas ngn MIL, dia+pakngah akan amek the kiddos in the evening..
tp tanya ngn abg tadi, dia kata better p IJ, sebab cuma ada sorang baby je. make sense ke ek, bilangan baby tu. 1 vs 4.
nmpk mcm better if letak the kiddos kt IM je.

progress hadif bottlefeed masih tak memberangsangkan. dia keep on menolak teat dengan lidah. dan kelihatan sangat rimas dan marah bila aku/nenek dia suruh bottlefeed. last-last aku suap dengan sudu. barula nmpk dia menelan sambil senyum. tp amaun tak banyak mana, each training session aku cuma panaskan 1.5 oz je. sayang kalo panaskan byk, sbb nnt last-last terbuang juga.dia ni pon nk ikut kakak dia agaknya, makan/minum sket. risau fikirkan dia akan kelaparan nnt. agak-agak, dah boleh ke aku bg dia makan sekarang ye? he's now 5month and half. or patut tunggu dia sampai umur 6bulan nnt.

hannah pulak, ku tak berniat nk hantar EBM utk dia. akanku bekalkan Sustagen Honey. since adik lahir, dia juga dah melupakan botol susu. reject bila aku bagi susu dalam botol. even if EBM inside. so dia ni pon nk kena bottlefeed train juga. setakat ni pon tak penah berjaya lagi nk suruh dia habiskan susu dalam botol. dia sekadar letak teat kt mulut dan kemam. tp hannah suka ikut kawan, if kawan makan, dia pon nk makan. mayb nnt dia tgk kawan minum dalam botol, dia akan ikut juga. sebab dia tadek pilihan lain. and mama is not around, kalo dah dahaga, mayb dia akan minum juga la. :pray:

dan preparation aku pula, adalah utk mengepam dan mengumpul stok susu utk hadif. mayb aku perlu beli car adapter. so nnt, sambil drive boleh mengepam juga. aku terasa mcm agak leceh juga nk kumpulkan stok bila hannah asek mintak nenen je. terasa tak dapat nk kumpul byk2 during daytime. nk pam malam, kena kuatkan semangat bangun lah :P
harap-harap in these few days, aku dapat buat stok byk-byk

ok itu saje update utk kali ni..nk pegi pam pulak


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®