Panduan Pertolongan Cemas - Part 1

Salam Jumaat ya Sahabat!

Bestnya lah. Pejam celik tak terasa pon hari berlalu begitu cepat. Esok cuti lagi. Masa utk mengulit anak-anak dan suami heheh!

Hari ni nak tepek sesuatu yg agak berilmu setelah setiap hari merepek meraban pasal hal sendiri jer.

Hari tu aku subscribe free email dari Pertolongan Cemas.

Yer la kan, malang tak pernah berbau Kentut je yg berbau. Mana tau suatu hari nanti aku terpaksa berdepan dengan situasi situasi tak terjangkau dek akal dan kemampuan aku. So at least tak la nebes dan menggelabah nak mati bila berhadapan dengan situasi itu. 

Espesially kalau berkaitan dgn hal anak-anak. Tak terkecuali la kalau ianya terjadi pada hasben atau ahli keluarga juga. Lagi especially kalau terpaksa berdepan sendirian.

So hari ni nk share 3 tips utk panduan kita semua bersama:
Perkara Yang Anda Rasa Betul Tapi Sebenarnya SALAH! berkaitan dengan anak-anak kita.

1. Anak anda mendapat kecederaan di kepala hingga tidak sedarkan diri.

Tindakan awal anda mungkin membawa mangsa tersebut balik ke rumah atau mengejarkan mangsa ke hospital. SALAH! 

Mengikut pakar, tindakan bijak yang perlu dilakukan ialah menghubungi 999 untuk bantuan kecemasan. Ini kerana dengan kecederaan kepala, anda tidak tahu betapa seriusnya kecederaan yang dialami. Mangsa mungkin turut mengalami kecederaan otak atau tulang belakang, dengan mengubah kedudukan mangsa mengakibatkan keadaan bertambah buruk. Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan mangsa masih bernafas dan mempunyai nadi. 

Jika jawapannya ya, anda boleh menepuk mangsa sedikit dan memanggil namanya untuk melihat samada kanak-kanak itu masih sedar. Jika mangsa tidak bernafas mulakan CPR dengan segera.


  Pic credit to : blog ABGnet

2. Anak anda hilang di tempat awam.

Tindakan awal anda mungkin mencarinya sendiri. SALAH! 

Dalam keadaan dunia sekarang, kita harus mengandaikan yang terburuk. Mencari seorang diri di tempat yang luas dan besar akan mengambil masa yang panjang. Tindakan yang sewajarnya ialah meneliti di kawasan sekeliling anda dan menjerit memanggil namanya.



Jika itu tidak berhasil, minta pertolongan dan bantuan daripada kakitangan di tempat tersebut dengan segera. Pekerja dan kakitangan gedung-gedung yang besar selalunya telah dilatih untuk mengatasi situasi sebegini. Mereka boleh memantau laluan keluar masuk, memeriksa tandas-tandas dan sebagainya. Jika tindakan itu gagal untuk menemui anak anda, hubungi polis dengan segera.

3. Anda melihat anak kecil anda memegang botol ubat atau bahan keperluan rumah yang merbahaya

Contoh barang berbahaya adalah seperti sabun liquid, spray nyamuk ataupun racun serangga, dan juga baja. Dan anda tidak tahu samada ia telah menelannya.



Tindakan awal anda mungkin menyimpan bahan tersebut dan memerhati keadaannya samada jika dia mula jatuh sakit. SALAH! 

Pakar-pakar mengesyorkan supaya anda tidak tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. Sebaliknya, bawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan atau hubungi bantuan kecemasan dengan segera. Mereka boleh memberi nasihat samada bahan tersebut tidak beracun atau pun membawa anak anda ke bilik kecemasan.

Dan pastikan barang-barang merbahaya ini disimpan di tempat yg selamat dan tidak boleh dicapai oleh anak-anak anda.

So ini lah dia 3 perkara yg amat dekat dgn kita sekarang. Ada lagi, nnt lenkali aku sambung yer.

Nanti kalau tetiba berlaku salah satu daripada situasi cemas ini..
Jangan Menggelabah, Jangan Nervous! Tarik nafas dan berfikir lah secara tenang dan logik dan mulakan langkah-langkah Pertolongan Cemas ini.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)


2 words from u:

ad said...

tapi kalo kal 999...mesti diorang lambat sampai...kita yang dalam keadaan cemas dan tak sabar ni mesti terus nak bawa si anak tu terus dapatkan rawatan kan????huhuhu....harap situasi ini tidak terjadi kepadaku...

Unknown said...

hmm yg tu nk kena cek 999 kot baper lama emergency help boleh sampai.

kalau lambat sgt, mayb kita kena check condition anak kita sendiri bak kata artikel tu, dan seterusnya bawak jer ke emergency hospital..

tu la mintak dijauhkan dari kita

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®