Dah tengok Duyung Aridinata?

2 malam ni aku tertarik utk tukar chenel dari tgk berita TV3 ke TV9 sbb nk tengok slot baru Lagenda : DUYUNG ARIDINATA.. Slot asal TV3 jam 4.30pm, ulangan dia TV9 jam 8.30pm


Ni alkesah duyung jantan oppss ke nk kena cakap lelaki eh~ dalam percubaan bercinta dgn seorang wanita. Duyung jantan lakonan Zack X-Factor dan wanita bertuah nk kena bercinta dgn duyung jantan - lakonan Fasha Sandha.

 [Aridinata & Cleo]

[antara pelakon yg terlibat]

Barisan Pelakon:
PELAKON: Zack X-Factor (Putera Aridinata), Fasha Sandha (Cleo), Natasha Hudson (Puteri Antartinka), Rozie Rashid (Permaisuri Naratiwa), Iz Hirzi (Bumtara), Shakilla Khoriri (Tom Diana Sufi), Tony Eusoff (Raja Singratdinata), Jasmin Hamid (Jamie), Maria Farida (Mek Melusa), Eizlan Yusoff (Rosli), Zain Saidin (Daniel), Mat Over (Pak Man Selam), Azhar Baharuddin (Zali), Mizie Suhaimi (Mizi), Mohd Nurul Afiq (Que), Che Putih (Mak Lang Itam), Khairul Anuar Mat Noor (Mail), Azza Elite (Datin), Enny Ridwan (Seri), Yaser Zeb (Datuk Walid).


Sedikit sinopsis cerita aku import dari WanitaTV3

Ia antara lain mengisahkan perjalanan seekor duyung lelaki, Aridinata yang dikurniakan kaki untuk hidup di daratan dan mencari pasangan cintanya.Aridinata yang bertukar menjadi manusia biasa akhirnya berjaya menemui cintanya selepas bekerja di sebuah pusat peranginan, Hening Beach Resort. Namun tidak semudah itu dia menempuh kehidupan baru yang sangat mencabar kerana pelbagai konflik timbul.

Kisah bermula dengan Raja Singrattdinanta yang amat murka apabila putera tunggalnya, Putera Aridinata, enggan berkahwin dengan Puteri Antartinka lalu diusir dari Empayar Insangrumpair.

Justeru kerana terlalu kecewa dengan tindakan ayahandanya, Putera Aridinata bersama kawan rapatnya, Kurita yang juga seekor sotong, berjumpa dengan dukun Mek Melusa yang terkenal dengan kemampuan saktinya di Empayar Insangrumpair. Atas nasihat Dukun Mek Melusa, Putera Aridinata dinasihat meninggalkan Empayar Insangrumpair untuk mencuba nasib di darat. Mek Melusa juga akhirnya dapat memenuhi hasrat Putera Aridinata dengan memberikannya sepasang kaki. Namun, ia tetap bersyarat kerana ada pantang larang yang perlu dipatuhi.
Setakat yg aku dh tengok dan perasan, maklumla sambil tengok sambil layan anak-anak main, sembang, itu ini..kosentrasi cuma 65% jer..

Watak Aridinata yg sibuk mencari cinta manusia dan cuba melanggar titah ayahandanya.  Ditemani memandanya ke sana sini dan dok la bagi nasihat itu ini kt putera supaya jgn derhaka.

Watak ayahanda Raja Singrattdinata dan bonda ku tak tau nama yg risau anakanda melawan cakap. Siap nk sumpah anakanda dorang jadi duyung hamba abdi kalau tak dengar kata jugak. Macam biasa ayah agak veto, si bonda la yg kena jadi tukang pujuk anak supaya jgn engkar. Common la ni kan dalam kehidupan sejagat kita. Ibu lebih rapat dgn anaknya.

Watak Puteri Antartinka yg nampak agak jahat. Dia tensen sebab Aridinata takmo kt dia kot.

Dan paling comel watak dukun Mek Melusa..hihihi aku tengok olesan lipstik kt bibir dia tu comels giler! Nama watak dia tu pon aku rasa comel sangat.

Watak-watak lain tak keluar lagi.

Dialog dorang ni pon ala-ala bahasa jiwa bangsa jugak la. Macam zaman raja-raja punya cerita la. Korang tau kan :) Then lagi satu yg menangkap telinga aku, dalam cerita ni selalu guna perkataan 'INSANG' maklumla cerita pasal kerajaan Insangrumpair. Contohnya Insangjiwa. hihihi kamus baru kan.. 

Satu lagi tak dilupa, sambil2 dorang bersembang berdialog dalam air laut tu..naik la bubble-bubble ke atas. Feeling like in the sea lah kan..Hannah siap cakap, "Mama, tu mcm belon hannah je" hikhikhiksss

OK setakat 2 episod je aku tengok, tak boleh buat apa-apa komen sangat lagi.  Kalau korang rajin nk hadap cerita ni, tunggu la jam 8.30pm kt TV9 yer..

psssttt : Nak tengok ke Fasha Sandha berlakon? Hehe tengok jer la kan.. :P

All Pics and sinopsis credit to : WanitaTV3



4 words from u:

maslinamansor said...

layan cerita My Fair Lady kat TV8... hehehe

Unknown said...

@maslinamansor hehe sesekali layan tv kan..syok gak

Sharinginfoz said...

tak berkesempatan lagi tengok citer ni

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

teringin nak tgk..tp tak dan la liza...tgk la next week kot berkelapangan...hehehe

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®