Pulut dan kuah Durian, apakah namanya?


Ni lah dia aktiviti jam 11pagi tadi sebelum meneruskan aktiviti memasak lunch. Ada lagi baki 2bijik durian, kalau dibiarkan kompom busuk tak boleh dimakan dah. Rugi ohh..nk dapat bukan senang. Harap nk carik dan beli sendiri, macam tunggu bulan jatuh ke riba jugak la lagaknya. Lepas tu penat2 carik, beli dgn harga mahal..isi tak elok pulak. Isk!

Stok durian yg opis aku beli tu boleh kata kualiti terbaek punya. S.E.D.A.P!!

Isi dalam 2 bijik tadi, 2, 3, 4 or 5 ulas masuk perut aku hehe! 2 ulas masuk perut Hannah.  Ada lagi 4ulas simpan dalam peti. Kot-kot Abg nk makan nnt. Selebihnya semua masuk periuk Corell ni.


*blup blup..buih buih cinta menjelma*

Meh aku type kan sket bahan-bahan dan cara membuatnya. 

Bahan :
Pulut - 2 mangkuk cukup utk 2 orang makan
Santan pekat - 1/2biji kelapa
Durian - Ikut kamu la nk letak berapa byk ulas
Gula - 1 senduk
Garam secukup rasa
Air

Cara buat.

Pulut.
1. Basuh beras pulut. Letak garam sikit
2. Masukkan dalam rice cooker. Sukat air secukupnya. - Aku sukat air kurang sikit dari air aku masak nasi biasa tu.
3. Tunggu je la rice cooker tu buat kerja dia

Kuah

1. Masukkan perahan santan pekat dalam periuk
2. Letak periuk atas dapur. Nyalakan api dapur
3. Masukkan gula dan durian.
4. Biarkan dia sampai buih-buih cinta menjelma
5. Kacau-kacau sikit sementara dia mendidih.
5. Tutup api dan siap

Bila dua sekawan tu dh siap masak. Cedok la sikit bubuh dalam pinggan. Kalau nk tangkap gambar dia, kena letak cantik sket la..kalau setakat terus nk ngap masuk perut, presentation tu tak penting mana.

*ready to eat*

Aku try la suap anak-anak aku makan benda ni. 
Hampes dedua tak selera. Hannah nk makan pulut je. Hadif terus lari. Abg pulak, bila aku tanya nk makan tak? Dia jawab nanti. Hmm semua tak suka kaaaaa??

Ni yg malas nk buat benda lain dari nasik berlauk ni. Merajuk takmo masak kang!!

21 words from u:

Sharinginfoz said...

alamak sedapnya really sedap, teringin sangat nak makan benda alah ni.... macam mana ni

Kancilbiru said...

meh hantar sini ada org nak...hahahah

juelee said...

ya ammpunnnn.. terliur plak menengoknye.....

btw, thanks singgha belog kiter.. heheh salam perkenalan...

Iela Fazielah said...

ala.. biasalah.. hubby akak pun xminat mkn pengat durian ni... sib baik ada geng mkn dorian kan.. hannah.. good gurl... kakak syafiqah pun suka mkn dorian gak...

nosembilanbelas said...

dulu..ingat ini makanan orang kelantan sahaja..rerupanya bila datang manjung..orang utara pun makan yang nih gak...suka jugak..tapi kureng la..pasal nampak terus 'kesantanannya'

Unknown said...

@Sharinginfoz alamak, nmpk mcm dah mengidam tu..ada pape ke ni heheheh! suruh la orang rumah masak

Unknown said...

@Kancilbiru hehe hasben pi training kt kl pulak hari ni. kalau dia p kerja mcm biasa kt psmb tu, boleh jugak kirimkan kt dia :)

Unknown said...

@juelee diampunkan hehehe

Unknown said...

@Iela Fazielah huhu rasa2 mcm seme jenis makanan bubur manis2 ni din mcm tak suka. selamat den. tak yah susah payah nk kena masak..wakakakaka

Unknown said...

@nosembilanbelas oo ye ke. taktau pulak kot2 pengat durian ni makanan org kelate. sbb dari dulu mmg tgk masyarakat majmuk kt area rumah mak tu makan. maklumla duduk felda kan, tu yg panggil majmuk tu..orang dari serata malaysia ada

Ina Hashim said...

walla...my fav!!!!

Unknown said...

@Ina Hashim nyam nyam!

Sumijelly said...

waaa............saja jer kan..
balas dendam kat sumi..
tau la sumi dpt makan sikit jer durian temph hari...waa....nak gak pengat durian tu...
jeles..jeles...huhuhu

Sumijelly.com

maslinamansor said...

sedapnya...
adeh... mendidih perut...

~YUN~ said...

sdpnye..mouth watering..apakan daya diri ini xblh mkn durian,kene tnggu perut besa skit kot blh mkn,hehe~

Unknown said...

@Sumijelly sumi, nnt soh hubby beli lagi yer..

Unknown said...

@maslinamansor alamak..mendidih? hehe jom siram ngn pengat durian ni

Unknown said...

@~Yun~ ic yun tengah peknen eh..rasanya kalau makan durian tak bahaya lah. makan seulas dua dah la kot

Unknown said...

salam..lydzar
mmg teringin nk buat kuah doyan nie
tapi nak cecah roti jerk..
Tak sabar nak tggu abis pantang, nak try..thanks

Unknown said...

@zarina cecah roti pon sodap..td lunch pon makan roti ngn kuah ni ler..selamat abeskan pantang yer

Rozana Razali said...

sedapnya, terliur ni, dh la tgh posa.. T___T

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®