Spectra3 Kembali

Aku rasa sekarang ni, aku pulak yg terkena virus padu, eh bukan! hehe ampun puan viruspadu kite :P virus demam anak-anak la..

Satu badan sampai ke tapak kaki rasa berbisa. Uhhh dengan tekak kering, mata berair, kepala rasa panas..Takpa, mama rela, asalkan anak-anak cepat sembuh.

Alhamdulillah, masa otw balik dari Giant tadi. Terpaksa jugak pi sebab nk beli groceries yg hampir semuanya dah habis. Sabun mandi habis, obat gigi habis, sabun GLO habis, pendek kata mmg semua dah langsai lah! OK berbalik cerita masa otw bali dari GIANT tadi, dedua HMs tetiba batuk lalu muntah.

Ambek kau, abes bersepah atas seluar mama dan atas lantai kereta. Dah la memasing tak sedar diri semua dah semakin membesar. Semua nk duduk kt seat sebelah papa pulak tuh..Meriah la kekdahnya muntah mereka berdua tu. Uppss sorry kalau ada yg tengah makan. Beta tak berniat membuat cerita loya, cuma cerita tentang anakandas beta yg menunjukkan simptom-simptom mahu sembuh dari demam.

Mereka dah muntahkan lendiran dan kahak yg tiga-pat hari ni telah menjajah mereka. Syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi. Balik rumah ja, dedua pon tidur. Badan pon dh tak rasa panas lagi. Harap-harap esok dh boleh fully recover. Boleh la mama pi kerja dgn damai dihati.

Oh yer, Spectra3 ku dah pon selamat kembali kepangkuan. Runner Histopoint sampai jam 4.30pm. Kerosakan adalah disebabkan oleh overflow. Hmm bila zaman pulak susu masuk dalam tube eh??

Owhhh baru teringat, dulu bulan January mmg pernah termasuk sikit. Aku ingat aku dh operate sket. Lap-lap sket dalam tu, kira dh setel. Perasan McGyver gitu, nk operate sendiri. Haha hambek ko, akhirnya kemusnahan minor telah berlaku. Tp ok la, sebab itu pon selepas 6 bulan kan.. Menandakan bahawa Spectra3 adalah breastpump yg boleh diharap dan tahan lasak la.

Charge adalah RM 70 utk service. RM8 penutup lubang apentah namanya ni hah! RM 20 utk runner. Total adalah RM98. OK la kot utk pam yg tak pernah diservise selama ini..Cian ko Spectra3..Lepas ni akan ku jaga dgn lebih baik..

OK got to go..proses power pumping terpaksa ku tunda esok pagi pulak lah. Sungguh tak terdaya pinggang nk menampung badan supaya duduk dengan postur yg betul lagi dah..sad info, hari ni kt opis cuma dpt collect 7oz..hadeh! 

Chayo3! Go diego go mama!!




11 words from u:

Sharinginfoz said...

alamak kena virus ya.. nanti hilang le ya

Ilmu Keduitan

Iela Fazielah said...

ok la pump kena Rm92 mcm akak kena aritu...

alhamdulillah dua2 HMs dan beransur pulih... dpt dia muntahkan kahak tu diaorg legalah...

maslinamansor said...

teruskan usaha mengepam dengan jayanya... :)

mas sokong dari belakang...

Zaidah said...

alhamdulillah pam dah ok...klu batuk kuar lendir ngan kahak bagus untuk baby...

Srifairus said...

lydzar.. amount 7 oz tu amount biase sri hr2.. adus2.. mmg sikit kan.. tu yg kene mengepam kt umah nk cukupkan stok at least 8 oz..
anyway, anak kita mmg sebaya kot.. fahri lahir 30 april 2010

Unknown said...

@Sharinginfoz serangan virus seluruh keluarga..huhu..

Unknown said...

@Iela Fazielah mmg standard harga dia kot eh...ok la, next 6month boleh g servis lg

Unknown said...

@maslinamansor tq mas :)

Unknown said...

@Zaidah tu la, lepas muntah tu mmg nmpk dorang lega sikit..alhamdulillah si kakak dah recover hari ni

Unknown said...

@Srifairusye ke sri..so hari2 dia mmg cuma consume 8oz ke? ada top up ngn fresh milk or formula tak?

Srifairus said...

tak campur fm pon.. mmg fahri consume bnyk tu jer.. kadang2 tak sampai 8 oz pon bila ibu dia sll bg mkn benda lain.. cth mcm buah..

dia mmg tak kuat menyusu.. tapi kuat mkn..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®