Maria gagal tuntut RM5j

 
KUALA LUMPUR: Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri gagal dalam permohonan tuntutan saman RM5.5 juta terhadap ahli perniagaan, Datuk Wan Johani Wan Hussin berhubung pelanggaran perjanjian berkahwin dengannya.
Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya dengan alasan Maria ketika perjanjian dibuat masih bersuami sekali gus, menyebabkan kontrak dibuat itu bersifat pramatang dan tidak sah.


Peguam yang mewakili Wan Johani, Akhbardin Abdul Kader ketika ditemui di luar mahkamah berkata, keputusan itu dibuat Zabariah mengikut Seksyen 14 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 jelas menyatakan seorang perempuan Islam tidak boleh berkahwin lagi selagi perkahwinan lama masih wujud.


“Mana-mana wanita beragama Islam yang ingin diceraikan perlu mengikut prosedur sama ada menerusi cerai fasakh atau talak. Tetapi kedua-duanya perlu dirujuk kepada undang-undang syariah,” katanya.


Sementara itu peguam Maria, Sangeet Koir Deo berkata, sama ada rayuan akan dibuat atau sebaliknya akan diberitahu kemudian berikutan perlu berbincang dengan anak guamnya itu.


Maria dan Wan Johani bagaimanapun, tidak hadir ke mahkamah.


Pada 2004, Maria yang juga pengacara program ‘Jalan-Jalan Cari Makan’, memohon dikuatkuasakan perjanjian antara Wan Johani dan dia untuk membayarnya RM5.5 juta kerana Maria tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan itu kerana enggan mengahwininya seperti dijanjikan.


Maria sebelum ini mendakwa Wan Johani mengingkari penyelesaian perjanjian pembayaran pampasan RM5.5 juta kerana tidak berkahwin dengan Maria.


Dalam pembelaannya, Wan Johani menafikan wujud kontrak dan mendakwa perjanjian itu tidak sah dan mempunyai unsur ugutan dan pujukan.
[Petikan dari Harian Metro]

 Pelik jugak aku ngn peel Maria ni. Sudahnya yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran.

Kesimpulannya, setialah pada yang satu. insya allah, berbaloi kesetiaan itu.
Jika timbul perselisihan, cuba la selesaikan secara aman



6 words from u:

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

ye la liza...masa mula2 baca kisah dia saman menyaman org yg x jadi kawen ngan dia ni, lin baca 2 3 kali..pk lama nak paham apa kes..tiba2 rasa pelik..tapi benar tejadi...dia tinggalkan husband dia utk datuk tu ke..hmmm...dah elok2 ngan famili and anak2, mak pulak buat perangai...pelik tp benar~~~ :)

Zaidah said...

memacam keslah selebriti nie...buat pening kepala...lepas satu..satu...

Kancilbiru said...

terpikir gak... adakah dia tak terpikir, berbaloi ke tindakan yang dia nak ambil tu?? ee jangan mudah percaya pada orang kan...

Unknown said...

@.::NiK's WiFeY n MoMmY::. memang pelik sangat kan lin

Unknown said...

@Zaidah salah satu cara nk naikkan nama yg hampir padam kot

Unknown said...

@Kancilbiru dia pikir pakai nafsu mata duitan kot hheheheh

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®