Visit ke DEMC lagi

Minggu kedua kami adakan lawatan ke DEMC. Kali ni bawak Hadif pulak. Kesian dia, demam bersambung-sambung.. Lepas makan ubat Klinik An Nisa aritu rasanya dah kurang sikit demam, batuk dan selsema dia. Sekali,petang Jumaat aku fetch dari taska, suhu naik semula. 

So petang Sabtu, lepas Abg balik dari game futsal dia kami pon gerak la ke DEMC. Fuh lega kali tak ramai. Tak sampai 15minit tunggu dah tiba giliran. Kalau la queue mcm aritu, kompom kami keluar dari situ dan pi carik klinik panel yg lain.

Pagi tadi kami ke klinik lagi. Turn aku pulak check. Kami ke Klinik Soraya kt SS3. Klinik panel UiTM juga ni. Senang ada kemudahan panel. Takyah la keluar duit sendiri. Duit sendiri boleh buat pi makan sup ekor :)

Lepas makan ubat selseme dan batuk, terus lalok. Letak je kepala kt lantai terus tak sedar diri. Sebab tu la aku menahan diri dari makan ubat hari-hari weekdays. Dan kesannya, walaupon dh hampir seminggu selsema, tetap tak baik-baik.

Abg ada bgtau mak dia nk datang rumah masa breakfast tadi. Aku angguk saja. Makan ubat dan masuk bilik. Sudahnya, masa dorang sampai rumah, aku masih lagi tidur. Dah agak lama, baru aku tersedar. Huhu apeda menantu. Mertua datang, hang bantai tidur. Tak boleh buat apa, I am on drugs :P

Sempat buatkan air oren suam saja kt dorng.  Masak jauh sekali. Sesekali dtg rumah, dijamu air bujang saje..Kesian..Jangan kena cop menantu hantu sudah la hik3..



1 words from u:

Iela Fazielah said...

xper.. dimaafkam tu.. almaklumlah.... sakit n berbadan 2... get well soon

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®