Aidilfitri 2010 - Part 1

Salam Jumaat!
Hari ni aku dh masuk kerja. Takpa takpa hati masih bahagia sebab esok Sabtu dan Ahad boleh sambung tergolek-golek atas tilam semula :)

Perut aku tengah memulas-mulas gara-gara pekena sambal nasik lemak yg pedas time breakfast tadi. Dalam hati pulak tengah dilanda risau yg amat mengenangkan Incik suami yg dilanda eksiden pagi tadi. Jatuh motor time nk pi opis. Aku nak datang recue renjes dia kata tak payah sebab dia jatuh kt laluan motor. Kereta mana boleh lalu situ. So dia mintak tolong kawan-kawan dia je.

Katanya td motor dh tak boleh start. Skrin henpon pon dh bercalar balar sbb masuk air. Dan pada saat ini, aku call terus masuk voicemailbox..Dh padam gak la tu henpon dia. Hukhuk! Harap-harap dia OK je. Pray pray!

Aidilfitri 2010 - turn mertua dulu kt Kajang. Kami balik Kajang petang Khamis. Sempat bawak MIL pegi Jusco beli sandal baru. Sebelum keluar tu, dia mmg dah hampir siap masak juadah utk raya hari Jumaat esoknya. Ketupat Nona segera, ketupat palas, kuah kacang dan rendang dinding. Itu lah juga menu berbuka ramadhan terakhir kami. Aku tak tolong masak pon.. menantu dia tolong makan dan tolong basuh pinggan aje.

Setakat ni dh 2 kali beraya kt Kajang dulu. Memang takdek acara masak memasak bersama anak dan menantu busy dan buat-buat bz kt dapur. Yang anak menantu tau, makanan dh siap je..Best gak kot hihihi. Lagipon menu setiap tahun yg ada sama je seperti diatas. Simple je. Lepas tu masak pon cuma utk tak sampai 10 mulut nak makan. Tak ramai. Abg cuma ada 3 beradik, then kakak sulung dia tak balik beraya kt sini tahun ni.
Memang lain sgt la bila beraya kt umah mak aku sendiri. 

Bila mmg dah pasti takdek apa-apa aktiviti yg best di malam raya tu, aku decide nk ikut Abg pegi redah lautan manusia kt Jalan TAR. Dah bertahun-tahun dia dok cerita, kalau raya kt KL, acara wajib adalah pegi Jalan TAR di malam raya. Lelongan barang-barang terhebat la kononnya. Tp belum sekali pon aku dpt ikut. So tahun ni aku nk pegi laaa..Hannah dan Hadif tinggal dengan nenek. Lepas magrib kami gerak berdua ke KL dan singgah Kg Pandan amek kawan Abg, Omar.

Carik parking pon amek masa sejam lebih. Malam tu mmg byk ler saman yg abg polis keluarkan bagi kt kereta-kereta yg sesukak hati dorang park kt tengah jalan tuh.

Kesimpulan slps redah Jalan TAR, lelongan mmg hebat. Baju melayu dewasa semurah RM40, baju kurung dewasa semurah RM25, baju-baju merelip liplapliplap RM50 keatas, tudung, samping songket memang sangat murah. Nasib baik jer la aku ni bukan penerima bonus tahun ini, so duit yg ada dalam poket tu duduk diam-diam aje la. Dan tak terliur sgt nk membeli baju sebab tak dapat nk amek masa lama-lama memilih. Pack nya manusia kt situ. Berenti kejap dh kena sound suruh teruskan berjalan. Ciss! Tapi yg best, tangan Abg tak lepas la pegang tangan aku. Mesra-mesra gitu didalam kesesakan Haha!

Misi aku adalah nk carik kuih raya lelong. Tapi bab ni, tak meriah langsung. Ramai peniaga dh balik kampung la tu. Aku beli je mana yg terjumpa. Sebab nk tawaf kali kedua mmg malas dah. Lepas redah Jalan TAR, kami pegi Chow Kit pulak sbb tak puas hati lagi dengan hasil belian kerepek yg sikit tu. Kt situ beli biskut raya sikit. Then kami pon chow! Huhu tak larat ler nk redah lama-lama lagi. Rasa nk muntah je.

Kami sampai rumah semula dalam jam 2.45am. Lepas lepak minum kt Pelita depan Ampang Point. Kesian anak-anak..Tidur tanpa mama malam tu..

Abes part 1..nnt sambung lagi. Nak transfer gambar sat.

12 words from u:

Zaidah said...

zai doakan semuanyer baik2 belaka yer....

Iela Fazielah said...

mudah2an xde pape jadi kat din... wah... seronok gi soping mlm raya kat jln TAR... seumor hidup xpernah rasa kot.. hehe..

cepat lydzar... nak tgk aksi dipagi raya lak

abigemok said...

aku x biasalah masuk tempat sesak n ramai org. x selesa...

Mrs. Bee said...

Siannye din eksiden pulak..:( harap2 sume ok la hendaknya..

mcm bes je eh g jln TAR malam raya..tp aku ni kurang sabar sket g tempat2 sesak ni..hehehe

ayukhairy said...

pergi gak jalan tar seminggu sebelum raya..tapi tak tahan la ...ramai sgt.......dah tu, tgk polis main saman je..terus en suami tak mau berhenti..hehe

Unknown said...

@Zaidah syukur, luka dia sikit aje

Unknown said...

@Iela Fazielah hehe tu la kak, din kata mcm tu la beraya kt kl. akak try la pegi sekali tahun depan. kompom rasa nk pengsan

Unknown said...

@Kyuubi_85 mmg tak selesa. tp sebab teringin sgt nk rasa suasana malam raya kt Jalan TAR :P redah aje la

Unknown said...

@..::daria::.. hahahah..mmg tak sabar pon noma. nk balik cecepat je.

Unknown said...

@ayu masuk je bulan puasa mmg Jalan TAR tu dipenuhi manusia kan

Unknown said...

@ayu masuk je bulan puasa mmg Jalan TAR tu dipenuhi manusia kan

Unknown said...

@Sharinginfoz alhamdulillah tak teruk sgt accident tu

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®