Busy Weekend

Memang la bz kan, sbb ni ler weekend terakhir before nk raya Jumaat kang. Tp aku ni bukan nya bz menyental lantai rumah atau bz gantung langsir baru dan tidak juga bz membuat kuih raya hehe..

Dahtu ape yg ko bz kan sangat cikpuan Lydzar oi!

Sebenarnya aku bz nak pegi menyibuk kt PKNS Shah Alam tu. Nak carik songkok dan sampin Hadif, nak carik tudung Hannah dan tudung mama dia ni. Sekali hajat tersebut tak berjaya pada hari Sabtu sebab keluar pun dah pukul 11am. Pagi tu sibuk kemas dapur. Nak kejar masa jugak la sbb kol 2.30pm nnt nak pi servis WUH kt Glenmeri. Dah kata keluar kol 11 tu, mmg dh lewat la kan. Parking disekeliling PKNS dan seangkatan dengannya amatla penuh, padat dan pack. Berpusing-pusing 2 kali. Aku tengok Abg dh give up carik parking. Sama la ngn aku.

Abg bagi idea pi Giant pulak. Aku setuju je. Lagipon barang-barang yg dicarik tu maybe ada dijual dimana-mana. Masalahnya kt area Giant Seksyen 18 tu pon PENUH! Redah jam ngan carik parking je pon memang dh makan masa. Jam dh pon pukul 1pm. So aku cakap kt Abg kita pergi Glenmeri jer lah. Servis kereta je terus. Sambung pencarian barang-barang itu Ahad je.

Appointment kol 2.30pm tp kami sampai 1.30pm. Belasah je lah register. Seb baik Service Advisor tu kata ok je. So menunggu lah kami WUH diservis. Baru pakai seminggu meter dah 1140km :) Mana taknya, dapat je kereta terus balik Chini. Then dari Chini balik Melaka sebab ada kematian. Termasuk aku pi-balik kerja, maka complete la penggunaan 1000km pertama Alza itu. Dan tiba masanya dia diservis.

2 jam lebih menunggu. Memang ramai! Nasib baik la Perodua Service kt Glenmerie ni agak besar. Ruangan menunggu yg selesa. Surau dan toilet yg selesa. Ada tempat anak-anak nk bergolek dgn selesa. Siap ada free refreshment provided. Seb baik jer la puasa. Kalau tak aku rasa tea and coffee tu terpaksa di refill berkali-kali ngn tea lady kt situ. But still, Hannah 2-3kali gak la amek kacang dalam balang tu :)

Lepas service settle, kami hunting for kedai RayBan utk WUH pulak. Buat appointment and datang semula esoknya. Kami buat dekat Auto Tint cawangan Shah Alam kt Seksyen 25.

Seawal kol 10pagi hari Ahad kereta kami dh masuk kedai. Kereta pertama pada hari itu. Alhamdulillah, dalam masa sejam je setel. Dapat la kami berteduh dari terik mentari lepas ni :)

Masa hand over WUH hari tu, kami dapat voucher RM200 utk tinted ni. So pakai jer la. Total caj RM630 utk keseluruhan tingkap. Lepas tolak voucher, kena bayar RM430.





Setel kt Auto Tint kol 11am..terus gerak ke PKNS yg penuh dgn lautan manusia tu. Pening kepala mak tengok ramainya orang. Dapat gak la songkok Hadif and tudung Hadif. Tudung mama je belum lagi. Tak nmpk langsung yg berkenan.

Kol 2pm balik rumah. Tak larat dah nk jalan lagi dah. Petang tu pegi rumah MIL pulak. Sepanjang Ramadhan baru sekali kami berbuka kt sana. campur ngn semalam. 2 kali laa Hihihi!

So mmg bz lah kan kami minggu ni :)


6 words from u:

maslinamansor said...

mas duduk kat rumah jer minggu nie... tak balik kampung, ngadap tv jer

kemma said...

smela kita lydzar..jumaat, sabtu n ahad..bz soping baju raya..smpikn nk elakkn jam n sesak kitaorg pegi soping baju melayu utk ammar, adam n abah dia kul 12.30 pg smpi kul 3pg..mujur ammar x buat hal..sok plak kul 10 dah tercegat lam jusco..mlmnya plak pg cari baju kurung..mmg penat..smpi nak gerak ank2 bangun sahur pon naik geram..lsg cam pengsan..hehe

Iela Fazielah said...

mmg jem kan area shah alam.. semua pakat shopping last minute.. sib baik kak ila dah prepare awal2... syafiqah punyer tudung beli kat jusco je... .. neway.. slamat beraya ye

Anonymous said...

PKNS tu mmg pack gila...mamasue pi pun balik tu lembek je badan...

Atia Adina said...

dah nak dekat raya ni....memang tak menang tangan dibuatnya....

Kancilbiru said...

kat pkns tu mmg crowded sungguhla...sampai bersimpang siur lalu haritu...

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®