Kekejangan dan kehamilan

Hai ladies and gentlemen. Afternoon! (sbenarnya dh draf entry dari pagi tadi, tp ada meeting, so sambung la petang pulak).

Today is a sweet 20102010..tarikh menarik, ada apa-apa yg menarik-tertarik berkaitan dengan korang tak dgn date hari ni?

As for me, mmg ada.
First time utk kehamilan ketiga ni, pada 20102010, jam 2 pagi, aku mengalami kekejangan ataupon dalam bahasa omputihnya leg cramp. Sangat menarik ke experience kena cramp ni? Huhu bukan setakat menarik. Bila diserang cramp ni lagi aku tarik kaki aku, lagi aku rasa nk menjerit. SAKIT!! Menarik ke tu? Owwhh sebenarnya sungguh tak menarik!

Sedikit fakta dan penjelasan aku ceduk dan translate ikut kepahaman level English form 5 aku tau dan sedikit tokok tambah sukak hati aku je..
Sumber : BABYCENTRE

KENAPA BOLEH DISERANG KEKEJANGAN KETIKA PREGNANT?

Tak siapa yg betul-betul mengetahui mengapa kekejangan boleh berlaku pada wanita yg hamil. Berkemungkinan otot kaki mereka agak penat membawa bebanan (wanita hamil mengalami peningkatan berat) yg lebih ke sana sini.

Kekejangan boleh bermula semasa trimester kedua dan mungkin bertambah teruk sepanjang kehamilan dan apabila perut anda semakin besar. Ia boleh berlaku siang dan lebih kerap pada waktu malam

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGELAK KEKEJANGAN INI?

Cubalah tips ini;

-Elakkan dari pada berdiri atau duduk dengan kaki bersilang utk jangkamasa yg lama.

-Regangkan otot kaki anda sekerapnya disiang hari dan beberapa kali sebelum anda tidur.

-Pusingkan pergelangan kaki anda semasa anda duduk, makan malam atau menonton tv.

- Berjalan la setiap hari kecuali anda dinasihatkan oleh pakar supaya tidak bersenam.

-Elakkan menjadi terlalu letih. Baring mengiring ke kiri utm meningkatkan peredaran darah dari kaki anda.

-Minum air dengan lebih kerap. Elakkan dehidrasi.

-Cuba mandian suam sebelum tidur utk merehatkan otot anda.

APA NK BUAT KALAU TIBA-TIBA DISERANG KEKEJANGAN?

Cepat-sepat regangkan otot kaki anda. Luruskan kaki, dimulai dengan tumit, perlahan-lahan tegakkan keseluruhan tapak kaki. Mula-mula memang sakit, tapi kesakitan itu akan hilang perlahan-lahan. Anda boleh urut kawasan kejang perlahan-lahan atau boleh legakan dengan sebotol air panas. Berjalan-jalan seketika juga boleh membantu.

ppsstt : alamak, hari ni mmg ada problem nk upload gambar kan 

18 words from u:

Iela Fazielah said...

iya.. fakta yg betul itu.... kejang kaki mmg xbest.. kata org.. sbb kurang kalsium..tu kata org tua2 la...

maslinamansor said...

mas masa pregnat jarang la kena cramp... cuma kaki selalu bengkak sebab kaki tergantung dalam bas...

eMMe said...

byk gak yg me tau ni lydzar...
ape2 hal leh rujuk lydzar, org berpengalaman kan...huhu..

Atia Adina said...

hmmm....ad pun selalu gak kene...terutama time bangun tido

Anonymous said...

mengandungkan tiga2 org anak rebina selalu kena cramp!..

ubat paling mujarab ialah menjerit..haha!

Zaidah said...

pernah skali kena kejang kaki masa peknen dulu...memang sakit...

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

ouhhh.. lin pun slalu kena cramp masa pregnant.. bukan berlari ke ape ke.. kdg2 nak alih badan je pun.. or nak menggeliat ckit.. langsung cramp! sakit kan~ lin faham tu.. gynae lin dulu suruh makan calcium...try la.. :)

kemma said...

dlu mse pegnnt yg 2nd mmg setiap mlm kejang..kat paha plak tu..sampai nangis2..baru nak tdo kejang lagi..tp mse pegnnt ammar x plak. but lepas ammar dah 5/6 bulan asik kejang je tgh malam..tp skg dah tak..mayb kalcium kurang

Liza said...

liza kalau pregnant mmg slalu cramp, teruk gak sampai tak leh tidur

Unknown said...

@Iela Fazielah hehe..seb baik la tak kerap kena

Unknown said...

@maslinamansor mas, sekarang ni kaki sy pon dh mula bengkak

Unknown said...

@eMMe boleh aje emme :)

Unknown said...

@Atia Adina so ad boleh la apply memana cara listed tu kan :)

Unknown said...

@makdara TERdiva hahahaa! jerit mengurangkan stress kt kaki ek :)

Unknown said...

@Zaidah huhuh seb baik la sekali je kan kak..tak larat nk kena byk2 kali

Unknown said...

@.::NiK's WiFeY n MoMmY::. mmg hari2 aku telan kalsium pon lin. tp dh kata nk kena, kena jugak la kot ;0

Unknown said...

@kemma aiks time dh tak peknen pon boleh kena kejang gak ek

Unknown said...

@Liza alamak ye ke? kesiannya..dh la time peknen mmg selalu tak dpt tidur lena kan

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®