AidilAdha 2010 @Jusco Cheras Selatan

Alkisah kami beraya haji di Kajang, rumah ibu mertuaku. AidilAdha kami memang simple. Simple sebab memang takdek apa-apa aktiviti berkaitan dengan raya. Selain papa pegi solat sunat AidilAdha dan breakfast makan makanan ruji raya ~nasik impit, kuah kacang dan rendang daging~ Aktiviti lepas jam 9.30 pagi tu adalah melepek depan tv saje.

Abg bukak chenel 8-series tengok Sukan Asia. Anak-anak bermain dengan sepupu dorang. Aku pulak, sungguh bosan taktau nak buat apa. So amek tempat tepi Abg, layan tengok TV jugak.

Tak kusangka, tak kuduga, kebosanan dapat dikesan. Abg pon ajak keluar berjalan-jalan. Destinasi adalah Jusco Cheras Selatan. Yeay!! Ini lah yang ditunggu-tunggu!!

Hannah tanya; "Mama kita nak beli apa? "
Mama jawab; "Mama nak beli spenda..." Hahahahha boleh gitu??

Actually bukan ada apa-apa nk dishoppingkan pon since duit pon takdak lagi Jusco belum mula sale. Jalan cuci mata saje lah. Abg pulak terus menuju ke area Men Department..rupanya dia nk survey sandal. Sandal lama dah putus.

Anak bujang kami ni pon takmo ketinggalan. Papa try-test kasut, dia pon join sekali. Papa tanggalkan sebelah sandal saje, tp Hadif nak bukak dua-dua belah kasut dia. Hahah! Orang test kasut, try sebelah je lah Hadif!!


Test sandal ni dulu..

Ma..kenapa macam besar sangat je ni?

Hadif : Kakak, adik pilih yg putih ni. Kakak cuba try yg coklat tu..
Hannah : Yang ni ke? Ok kakak amek ye

Hannah : Peace! Ma kasut sapa lagi cantik?
Hadif : Mesti la kasut adik. Macam kasut sekolah kan :)

Hannah : Dah dah, sini kakak pakaikan kasut adik semula. Kita tak jadi beli laa..
Hadif : Ok, kita tunggu duit gaji mama masuk kan..

Hadif : Adik nak beli kasut ni la kak..
Hannah : Boleh, nnt suruh la mama beli. Tp jom kita senyum depan cermin ni dulu nak?

Di akhir cerita, kami pulang dengan beberapa item Scarlet :)
Masin la jawapan dari mulut mama tadi kan Hannah :P


2 words from u:

amirah said...

comeynya gambar hadif peluk kasut tu..huhu..mcm tak merelakan perpisahan gitu

Unknown said...

@amirah tu la, kan main dia peluk kasut tu..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®