myMetro | Pekerja sektor swasta mungkin nikmati cuti bersalin 90 hari

KUALA LUMPUR: Pekerja sektor swasta dijangka menikmati cuti bersalin sehingga 90 hari sama seperti penjawat awam melalui satu usaha penyelarasan dan pindaan terhadap Akta Pekerjaan 1955.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya akan memasukkan kertas Kabinet untuk mendapatkan kelulusan supaya Kementerian Sumber Manusia meminda akta pekerjaan bagi menentukan cuti bersalin diselaraskan dengan perkhidmatan awam.
Menurutnya, cadangan cuti bersalin selama 90 hari bagi pekerja sektor swasta akan dibawa ke Kabinet pada Januari depan.

“Perkhidmatan awam, kita sudah beri 90 hari mengikut pilihan pekerja. Kita nak bawa polisi yang sama kepada sektor swasta. Kita tak mahu sektor swasta tertinggal di belakang,” katanya.

Pendek je berita kt Metro ni  ..Baca kt sini Pekerja sektor swasta mungkin nikmati cuti bersalin 90 hari.

Tapi dh cukup buat hati ku girang :)

Mana lah tau ada rezeki diapprovekan. Tau je la kan, swasta ni depends pada majikan masing-masing. Yang bisnes kecik-kecik tu mesti ramai yg tak setuju nk tanggung kos extra. Lain la kompeni yg ada projek juta-juta. Dorang mesti boleh consider. Hmmm utk anak no 3 ni, mmg kompom la tak sempat tertakluk dalam akta baru. Tapi mana tau, next one mama dpt cuti panjang.

Ahaks!! No 3 belom keluar lagi, dh pikir yg seterusnya. :P


19 words from u:

wahida said...

mudah2an approve kan? kesian kat para wanita yg keje private ni...

amirah said...

takpe..semangat tu penting..hihi

ayukhairy said...

saya sokong 100%..
kalau dah apporve nanti,
terus ON la yg ke3 nanti..
hehe

Mek Rose said...

okla tu kan..at least ade lagi harapan..mintak2 ur company nnti appove la..eeh

cam bank2 dah approve kan cuti bersalin 90 ari

cam gomen lak..even dpt 90 ari cuti tapi still sama aje sbb tolak campur bahagi berbalik ke asal gak..hampehhhh

Unknown said...

insyaallah..akan dpt la tu..

Anonymous said...

mamasue masa kerja dgn private dulu pun cenggitu lah...mengharapkan ada bantuan2 utk sektor swasta ni je lah br merasa...

Atia Adina said...

kalo kerajaan....hanya dibenarkan 300 hari sepanjang perkhidmatan...kalo swasta brp hari plak????sama ke???

Kancilbiru said...

takpa perancangan tu yang penting...hehehe

Unknown said...

@wahida insya allah, cuma masa akan menentukan bila..

Unknown said...

@amirah semangat apa? semangat tambah anak? hahahahaha

Unknown said...

@ayu wah ye ke..ala takyah tunggu approve pon ayu boleh on kot..hehe

Unknown said...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- rasanya mcm same polisi la kot.

Unknown said...

@*azni* doa doakan laa sekali

Unknown said...

@mamasue mana lg seronok mamasue, keje private ke keje gomen?

Unknown said...

@Atia Adina rasanya macam sama je la..kita nantikan discussion seterusnya dari pihak2 berkenaan

Unknown said...

@Kancilbiru hehe kita hanya merancang, allah yg menentukan.. :)

Unknown said...

haa...ari tu kuar berita ada bank apa ntah..xingat plak nama bank tuh...diorang pon dah implement cuti 90 hari nih...

Unknown said...

tapi depend pada majikan jg kan.. harap2 approve la yek.. kesian kat kita yg keje private nie..

Iela Fazielah said...

wah2.. terlebih pikir tu lydzar.. papepun mudah2an kot dpt cuti 90 hari tu...

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®