Trip Adhoc ke PD

Trip ini adalah plan adhoc.
My initial plan adalah nk naik ke Genting Highland. Pagi sabtu lepas, Abg pegi servis aircond. Jadi masa telah agak terbazir disana. So Abg decide pergi PD saje. Jadi sebagai isteri yg taat setia, aku pon setuju kan aje. Yg penting dapat pegi jenjalan. So packing baju utk stok satu hari dan tunggu cik abg balik rumah.


*click-click dalam kereta*

masa ni tengah tunggu siPapa isi minyak. excited!

as kami tak book awal, so kami amek masa jugak la nk ronda2 carik no fon hotel/apartment bertanyakan harga bilik. At last kami pilih Cocobay Apartment. Apartment satu bilik, Rm126 per nite. okla tu.. :)

Abg sempat jugak lelap 15minit sebelum kami keluar ke pantai Teluk Kemang. ok kasik chance la, since dia sampai umah last nite nyer tu kol 2 pagi..kol 7 pagi dah bangun pulak. Dia tak cukup tido. Cuaca sgt baik, dalam pukul 5.30pm, kami bersiap nk kepantai. yes, really nice weather.

* ready nak pegi mandi*

*Teluk Kemang*

*excited tapi takut*




*main pasir*
*mama join sekaki*

Tak sempat mandi lama pon. Kol 7pm, dah berkemas-kemas nk balik apartment. Lagipon anak-anak takut ngn ombak!! tak thrill sungguh melayan hannah dan hadif mandi pantai. baru je dekatkan diri ngn ombak, itu dua budak sudah nangis. Tp ku paksa-paksa jugak si hadif berendam barang 5minit..haha mama kijam! aku tak tau la, kenapa la adik-beradik berdua ni sungguh takut dengan ombak, air.
malam. lepas solat magrib, kami keluar makan pulak. dan lepas diner, amek masa sekejap jalan-jalan kt pantai. air tengah surut. so mcm very nice jer walking along at the beach. huhu it will be more romantic kalau tak bawak kanak-kanak berdua ni. boleh pegang-pegang tangan dgn encik suami hihih (gelak gatai). tp mana mungkin 2 permata hati kami ni ditinggalkan kan. masa ni hadif dh syok tidur dalam ringsling pon 

pagi. bangun awal juga nk kejarkan keredupan mentari sebab nk g main kt pantai lagi.

alkesah semalam berulang. mereka berdua seronok main pasir (sampai tahap hadif nak makan pasir tu)..tp bila sampai part ajak berendam dalam air, dorang mula menangis.
hai laaa anak-anak ku..

 
 *main pasir lagi*

*one happy family*

abes je acara mandi pantai, kita beralih ke acara mandi swimming pool. kat swimming pool, ok sket reaksi dua beradik ni. baru la boleh nk letakkan dorang dalam pelampung tu. Hannah pon boleh la gelak ketawa..


 
 Acara terakhir adalah melawat Ostrich Farm plak.


*entrance and bayar tiket*

*pose dgn ostrich di belakang*
*Abg tunjuk berani, tp cuak haha!*
 *my turn, tp bagi pakai penutup bekas makanan*

*ostrich with black feather is a male, grey is female*
 *the most handsome ostrich-boy in town* 
 sekian lintasan langsung cerita di Port Dickson bersama keluarga kami..


Earth Hour Malaysia

Dengar topik pagi kt Hotfm pagi ni, Earth Hour. Esok rupanya Earth Hour 2010. Adakah anda akan bersama-sama menjayakan kempen Earth Hour ni?



Teringat last year, kami masih di kolej Mutiara, Penang. MPP Kolej memadamkan lampu, huh bukan setakat lampu, tp switch off keseluruhan bangunan punya electricity. Abes kipas, peti ais semua pon sama-sama padam. Jadi bergelap lah kami dalam kepanasan. Nasib baik jugak masa tu, Hadif masih berada di ruang legar dalam perut mama. So tak perlu risau akan EBM dalam peti ais yg telah diputuskan bekalan elektriknya itu. Kalau la tahun ni pon masih diKolej Mutiara, aku kena ambil langkah berjaga-jaga demi memprotect EBM ku itu.

Teringat lagi satu kisah bergelap. Tp ini bukan sambutan Earth Hour lah.
Kejadian blackout yg berlaku sejurus majlis akad nikah aku. Nasib baik la tak buat majlis akad nikah waktu malam. kalau tak, haru jugakla kot sebab terpaksa bergelap. Blackout tu tak tau disebabkan oleh masalah apa. start dari pukul 7pm sampai la ke pukul 5pagi keesokan harinya. kesian kawan-kawan mak abah yg datang nk merewang. buat kerja dan masak-masak dalam gelap bertemankan unggun api. jadual photoshoot malam tu pon terpaksa lah dibatalkan.

Kesimpulannya, jom la kita sama-sama tutup lampu dari jam 8.30pm sampai 9.30pm. 1 jam jer pon. Tutup lampu jer dahla..Takpayah la sampai nk switch off segala barang letrik yg ada kt rumah tu..kang cair plak EBM for those yg ada menyimpan :P





He will be back for GOOD :)

HE WILL BE BACK SOON!! and back for good..no more travelling back-fro to penang.
alhamdulillah, semalam Abg sampai kan this great news. dia dh dapat surat transfer dan akan mula bertugas kt Shah Alam on 1st April.. 

Welcome HOME dear..kembali kita semua dibawah satu bumbung :) ::happy::happy::

Saje nk tepek gambar-gambar kenangan masa kami masih disana. Antara tempat-tempat yg aku sempat jejaki..

 *Batu Feringgi*

 *naik feri malam*

*family day at Teluk Bahang *

 *Lepak kt Padang Besar*

*cat rumah RS kt Kolej Mutiara*

*Paradise Sandy Beach Resort*

*tengok monyet at Taman Botani*

*Celebrate 2nd anniversary at Jusco Perda*

*birth of Hadif at Bukit Mertajam*

 
*USMB Bowling tournament at Megamall Pinang*
 

Kangaroo Mother Care

Ever heard of Kangaroo Mother Care? 
Aku pon 1st time baca pagi td masa tengah surf kt SusuIbu. Boleh rujuk dengan lebih lanjut kt website Kangaroo Mother Care.

Kesimpulan daripada KMC ni adalah :

• Kangaroo Position - maternal infant skin-to-skin contact - sentuhan kulit ke kulit yg boleh memberikan rasa selesa dan tenang pada baby.
• Kangaroo Nutrition - early and exclusive breastfeeding - the best food ever for babies is breast milk. Start as one hour after delivery even though the baby cannot suck right from the breast, but the momma must express and give baby through tube (preemie cases)
• Kangaroo Support - never separate mother and baby, and ADD ON available technology. Walaupon baby terpaksa duduk dalam incubator for oxygen and suitable temperature, the momma should always be by baby side..sentuh tangan dan kaki dia for stimulation.

Teori dan method KMC yg diatas boleh diapply utk mempercepatkan proses mematangkan premie baby, dan ia juga boleh di apply pada full term baby yg kebiasaannya cranky dan suka menangis diawal kelahirannya. Biasalah kan, baru kenal dunia yg tetiba panas, tetiba sejuk, gelap, terang, dan bising. Dunia yg tak seaman mcm waktu duduk dalam perut momma dia dulu.

tengok gambar ni, sgt touching when the papa also wants to do KMC..
 

 *sweeeett*

teringat aku masa pantangkan hannah dulu. Punya la dia menangis on the 1st nite at home. Almost every hour dia menangis. Kuat pulak tu volume dia. Me as first time momma masa tu, mmg agak frust. Kejap-kejap dia nangis walaupon dh di breastfeed. Ada sekali tu, bila dh rasa letih sgt terjaga, aku pegang Hannah dan letakkan dia atas dada mcm dalam gambar diatas tu, bezanya aku and hannah berbaju la (no skin to skin contact pon) tp cara tu berkesan. Dia diam dan boleh tido. Bila Abg terjaga, dia suruh letak Hannah kt tilam semula. Dia takut cara aku pegang Hannah tu boleh menyakitkan dia. Tak sangka, rupanya cara aku tu ada betulnya.


Kalau la aku teruskan dulu,buat skin-to-skin contact, mayb setel problem momma-jadi-zombie sbb hannah asek nangis jer haha!! dan mungkin she gain weight faster..kerana hannah is a very small baby masa baru lahir dulu. only 2kg..


*hannah 5days young*
Its ok, boleh je apply kt next baby jika keadaan memerlukan nnt. Ilmu tak pernah habis utk dipelajari dan dikongsi


**Cedukan dari website KMC **

• A short history of Baby Care.
Oh Doctor, how should I look after my baby?
BC 2000 “Just carry it next to your skin. Breastfeed it whenever it is hungry.”
AD1660 “Breastfeeding is undignified. Hand it over to a wet-nurse.”
AD 1850 “Wet-nurses are low class and have an undesirable influence on the child. Get a good experienced nanny to bottle feed it cow’s milk, and wean it on to a cup as soon as possible.”
AD 1930 "Cow’s milk is unsuitable for babies. It must be bottle fed on a special infant formula.”
AD 1950 “Bottle feeding at all hours is bad for the baby. Follow a strict routine, let it sleep in its own room and ignore it when it cries at other times.”
AD 2000 “Bottle feeding is unsuitable, a strict time-table is nonsense, babies don’t like being alone, and crying is stressful.
Just carry it next to your skin. Breastfeed it whenever it is hungry.”

(Joan Norton, 2001)

Weekend kami..

Selamat hari isnin..

Ape nk update dalam blog hari ni yer..
Pasal weekend, Sabtu kami pergi setelkan hal ehwal rumah kt sri kembangan. Bayar kontraktor yg pasang grill dan buat sket renovation works tu. Lambat seminggu jugak la dari tarikh dia siapkan kerja. Nk buat macam mana, masa kami yg lapang hanyalah weekend sajer.. Then pegi jumpa dan berkenalan dengan penyewa kami, dorang dah masuk rumah tu awal (last thursday) tapi kami cuma sempat bagi kunci pintu depan saje, tu pon melalui ejen yg carikkan penyewa tu. Time jumpa tu baru bagi kunci-kunci lain dan terima pembayaran deposit sewa rumah. Okla akak tu, ramah juga orangnya. 

Dah setel, balik Kajang. Acara wajib la tu kan.

Petang sikit, bila semua orang dh bangun tidur, kami bawak anak-anak pegi tengok hot air ballon kt Putrajaya. Jam dah pukul 6 pon masa sampai Putrajaya. Ramai nya orang.
Masa kami masih di jambatan yg menghala ke Precint 2 tu, dah boleh nmpk belon terbang. Satu persatu. So kami decide tengok dari dalam kereta jer la, since mmg orang sangat ramai dan parking mayb tak ada dah..seronok Hannah tengok belon-belon tu. Mama dia pon sama jer excited :P Hadif jer yg buat dono. Belum paham lagi dia..Gambar tak dapat amek closeup pon. orang lain dok bawak kamera muncung panjang, canggih manggih..hehe

Abes seround, kami bergerak balik ke Subang. Singgah kejap Giant Kota Damansara sebab nk beli barang. Sebelum tu, pegi makan dulu. Apelagi, amek kesempatan paw si Papa yg poketnya tengah tebal tu kt Kenni Rojes..lgpon kami masih belum celebrate anniversary hari tu :) Lepas makan, ingatkan nk naik atas dan beli barang-barang, sekali kaki dan tangan hadif dh sejuk mcm ais. Abg decide balik sebab aku tak bawak stokin or kasut Hadif. Takut dia menggigil kesejukan plak kalo stay lama kt Giant tu. 

Kt rumah, lepak-lepak sambil tengok tv sambil Abg layan Hannah color buku Doraemon dia. Baru aku teringat, yg sepatutnya aku nk ajak Abg pegi visit Baya kt hospital Putrajaya. Terlupa la pulak!
Kesian Baya, dia accident masa on the way nk pegi kerja. Dorang naik moto. Biasala impak pembonceng lebih teruk bila accident melibatkan motor ni. Baya kena operate kt lutut dia. Term secara saintifik, aku tak reti pulak nk explain. Yang pasti nk kena pasang plat dan skru kt lutut dia tu. Ish ishh seram plak aku dengar..mesti sakit tu..after operation nk kena buat fisioterapi bagai pulak nnt..Nnt insya allah, nk jugak pay a visit ..

Ahad..asalnya nk lipat baju yg dh bertimbun-timbun tu. Siapkan dulu kerja rumah yg lain, vacuum, mop lantai, basuh/sidai baju then masak. Abg pegi bengkel kereta. Mintak doktor kereta tengok-tengokkan aircond kereta tu. Petang,aku baru je nk mula melipat kain, Abg ajak keluar. hehe. Pantang diajak, aku terus jer la bersiap, walaupon taktau kemana arah nk dituju lagi. kain duduk dalam bakul semula la nampaknya :D

Abg cakap nk bawak pegi tengok layang-layang kt taman,somewhere berdekatan selayang tu. tak tau nama tempat. aku on jer. sekali hujan lebat la pulak! dapat tengok layang-layang dari dalam kereta jer laaaa...
so kami teruskan perjalanan ke Wangsamaju. nk pegi wangsawalk yg belum pernah kami jejak lagi tu. Ermm ok la tempat ni, byk tempat makan jer kot.
Ronda-ronda sekejap. Bila hujan dh agak reda, kami pon berangkat balik.

Malam pulak, p hantar Abg kt LRT Kelana Jaya. Sebab dia nk pegi Puduraya. Nasib baik la Hadif tidur. Senang aku drive balik rumah.



Hadif 10 months

*the handsome-est guys in my eyes*

Semalam the handsome one yg botak tu dah berumur 10bulan. Yang sebelah tu dan rambut byk sket tu, dah byk dah umur dia hehehe!! Cepatnya masa berlalu. Tak sangka, lagi 2bulan dah nak setahun.



Sentap

Malam td Abg balik. Kami ambil beliau di Shell selepas tol Jalan Duta. Perjalanan ke sana amatlah membahayakan keselamatan. Kerana aku drive dengan Hadif diriba. Setelah laungan tangisan dan beberapa percubaannya utk keluar dari car seat, dan dia hampir tergolek jatuh kebawah, aku dengan pantas memerlahankan kereta, mengambil dia dari car seat dan memangkunya diribaan sambil meneruskan  pemanduan. Kalau la ada road block, sudah pasti aku kena saman.
Duduk diriba tu pon, dia masih nk protes dan nk menjerit sebab dia nak nenen ketika dan saat itu juga. Mama mintak maaf dik, mama terpaksa tengking adik supaya adik boleh behave sket. Bila dah kena marah, baru la dia duduk diam, sampai la ke destinasi. The toll gate girl/boy sekadar tergamam bila tengok aku memangku budak sambil driving. Seriously, keadaan memaksa. dah puas si mama dan si kakak pujuk supaya adik duduk diam-diam dalam car seat. lastly kakak giveup dan main sorang2 kt belakang.

Alhamdulillah, segalanya selamat. Tp mungkin ini kali pertama dan terakhir aku drive dengan cara ni. Selagi Hadif takmo behave, aku takkan drive jauh-jauh lagi dah. 

Diner time, kami makan dikedai je. Sambil-sambil sembang dimeja makan, topik adalah pasal Hadif yg kecil dan kurus. Tetiba ayat sentap ni keluar dari mulut dia..

Bagi jer la adik minum susu formula..


Kenapa pulak? Susu mama la paling bagus. Susah payah mama pam kt opis nk bagi adik susu mama..
Berderau darah aku bila ayat macam tu yg keluar dari mulut Abg. Aku bidas.
Tak puas hati betul bila dia cakap macam tu.

Adik ni tak minum kot kt taska.
Tp cikgu dia kata dia minum. Susu 5botol yg bekalkan kt taska pon hari-hari abes.
Cikgu tipu kot.. (Ada ke patut cikgu tipu??) 

Ermm hari tu time duduk ngn nenek, dia minum susu byk tak?
Tak banyak sangat kot. Tp dia kuat makan..

Tengok, dia kuat makan..okla tu. Problem dia cuma tak suka minum dalam botol susu je kot. Kalau kita bagi susu formula pon, sama je ending dia, tak minum jugak kan????


Adik duduk dengan nenek la, nak tak?  Konon-konon cakap ngn Hadif. Tp mama sentap lagi..

Apsal pulak nk duduk ngn nenek??? Hadif anak mama, duduk ngn mama la.
Tu la, dulu org tak keje, suruh carik keje. Kalo bagi duduk rumah je jaga anak-anak kan lagi bagus..  mama emosional :P

Ketibaan makanan mematikan perbualan.

Tp memang sampai ke tengahari ni, masih terngiang-ngiang lagi dialog tu.


Artikel Look at the Baby, Not the Scale dari Dr Jay Gordon ni ada betul nya. Kenapalah orang selalu melihat pada skala yg di set sendiri. Kalau baby gemuk gebu pipi boleh digigit-gigit tu orang kata comel dan sihat. Yup, mmg tak nafila mmg nampak comel. Tp yg kurus pon comel ape. Nnt dah besar, yg gemuk-gemuk tu berebut gak nk kurus!!!

Dalam artikel tu ada senarai panjang yg aku boleh check, tengok whether Hadif is ok or not.


If you have been told that weight gain is not acceptable, look hard at this list of questions:
  • Is your baby eager to nurse? - Yup, very eager. Pantang nmpk mama dia free.
  • Is your baby peeing and pooping well? Yes
  • Is your baby’s urine either clear or very pale yellow? Yes
  • Are your baby’s eyes bright and alert? Yes
  • Is your baby’s skin a healthy color and texture? Color ape yg healthy tu ek? Dia kulit sawo matang kot hahaha
  • Is your baby moving its arms and legs vigorously? Yes, he is very active
  • Are baby’s nails growing? Yes, cepat panjang! nk kena potong 2kali seminggu
  • Is your baby meeting developmental milestones? Yes
  • Is your baby’s overall disposition happy and playful? Yes, kalau mama attend his breastfeeding need cepat-cepat, mmg dia lebih-lebih happy la
Overall, aku percaya Hadif ok jer. Nothing to worry. But mayb aku nk kena carik lagi alternatif lain selain dari bottlefeeding supaya dia minum dengan lebih banyak sepanjang ketiadaan aku disisi.

So far, dia boleh je minum dalam cawan. Mayb nk kena introduce trainer cup as alternatif.

Trainer cup pon memacam jenis..Apa yg bagus ekkk??

And i really-really-really hope dialog Abg takkan kudengar lagi selagi aku masih berupaya mengepam dan mengumpul susu utk hadif minum.
 
 
   

 
 

 


Not another Telemarketer!!


fobia betul la nk angkat call dari unknown number sekarang ni..kisah benar ni berlaku 2kali pada aku. last 2weeks, dan last week.

korang mesti penah dengar telemarketer kan.. Telemarketer adalah seperti salesman bezanya dia mempromosi melalui telefon.
Macam macam jenis ada dan yang selalu call adalah seperti promosi kad kredit,kad perkhidmatan,pakej percutian dan macam macam jenis kad lagilaa. dan kes aku pulak, adalah perkhidmatan insurans kemalangan dari bank. 

Yg pertama, call aku terima waktu aku tengah diarrhea last two weeks.. sambil lewa je aku dengar call dari perempuan itu.. ayat manis dia, aku shortlisted utk ditawarkan perkhidmatan insurans ni sebab aku adalah pelanggan Publicbank. nk pujuk la tu kan.
aku dengar je tanpa minat, tp aku stil menjawab beberapa soalan yg diajukan. tiba-tiba perempuan tu cakap, "adakah puan bersetuju dengan perkhidmatan ini, dan saya akan mengaktifkan plan insurans puan sekarang melalui blablabla.."
aiseyyy, aku tak cakap papepon tetiba dia dh nk aktifkan..byk jugak ayat aku nk mengelak daripada bersetuju, tp ada je yg dia pangkah dan asek ulang yg dia akan mengaktifkan plan insurans aku. last sekali aku setuju jugak la sebab dah malas nk layan, tp dalam kepala otak aku..esok jugak aku akan keluarkan duit yg ada dalam akaun PublicBank aku supaya dia tak auto debit premiumnya nanti. sepatutnya aku tak patut layan dari awal kan? walaupun plan nmpk menarik, hospitalization claim up to rm600 per day hmm..premium yg perlu dibayar adalh rm95 per month..dan nasib baik jugak la, dia kata auto debit tu akan aktif pada 1hb 4, so aku ada masa nk larikan duit aku dalam akaun tu..yeeehaaa!!

dan last week, panggilan kedua dari Maybank pulak. 
katanya sempena ulangtahun Maybank yg ke-berapa-ntah, mereka menawarkan insurans plan yg  (rm1.6m gitu la)dengan kadar premium yg rendah (rm76 per month). dan aku dikatakan amat bertuah sebab shortlisted utk mendapat promosi ini. yg ni lagi hebat. lepas serba sedikit penerangan, terus dia tanya aku setuju atau tak, dan akan terus mengaktifkan akaun also akan autodebit duit aku sebanya rm76 pada hari itu juga!!
terpinga-pinga aku. tp mmg at last the telemarketer berjaya MEMAKSA aku bersetuju dgn plan tersebut. dan mmg bila aku check akaun maybank aku, memang ada deduction sebanyak rm76

pada sesiapa from maybank boleh tak bgtau aku betul ke plan yg ditawarkan ni. nama plan itu adalah Diamond Lifestyle Security Accident. benci betul la. takkan la aku nk keluarkan semua duit mcm yg aku buat kt akaun PublicBank pulak since gaji mmg masuk kt Maybank. dan dahla aku mmg suka online shopping, takkan nk biar akaun maybank kosong plak.. adei!!





Kemerosotan

ia adalah berkaitan stok susu.
walaupon ekonomi poket aku juga boleh dimasukkan dalam kategori yg sama semenjak rumah di sri kembangan siap, tapi aku tak mau cerita tentang itu pada pagi ini.

hasil pemerahan mula berkurang sejak aku kembali dijajah oleh bendera merah (read:period) pada 14 Feb 2010. setelah hadif berumur 9bulan baru la bendera merah itu kembali kepadaku. aku ingatkan boleh la bebas sampai hadif at least setahun plus, tp dia datang lebih awal tanpa diduga!
aku risau juga sebab kami tidak mengambil ape-ape contraceptive plan. bahaya ni weh!!

dan yg lebih menggusarkan, sejak dari tarikh itu, hasil pemerahan aku juga turut berkurang. dah tak dapat lagi jumlah 5oz ke atas utk satu sesi perahan seperti sebelumnya. plg byk pon 4oz. dan kebiasaannya cuma 3oz..utk mengatasi kekurangan ni, aku upkan jumlah sesi mengepam kepada 4kali di opis. dirumah tak dapat den nk buat sebab ada natural double pump yg dok keep on melekat sepanjang malam.tak aper la, direct feeding is better at home utk meneruskan stimulation. cuma stok dalam peti ais aku tak dapat la nak maintain lebih 10 botol setiap hari. 

supplement alfafa dan calcium tetap aku makan seperti biasa. kadang-kadang aku amek up to 6tablet of alfafa sehari. seb baik dalam satu botol ada 330bijik! dan aku minum semula kopi habbatusawda yg aku beli dulu.
 *walaupun aku tak berapa gemarkan ia, tp ia tetap membantu*

alhamdulillah, mmg membantu. setelah 3hari berturut-turut aku amalkan minum kopi tu 2kali sehari, hasil perahan kembali 4-5oz. gembira hati aku..
mungkin lepas ni, aku perlu tambah supplement habbatusauda dalam bentuk kapsul pulak. actually aku tak suka minum kopi..dan aku bukan penggemar kopi. minum kerana terpaksa huhu
 *Hadif @2months tidur kekenyangan lepas minum susu paling sedap dalam dunia*

p/s: aku sgt bersyukur bahawasanya aku cuma kembali bekerja bila hadif dah agak besar. dah 7 bulan. dan dh melepasi phase exclusive breastfeeding..sebab betapa ia sgt mencabar dan ia memerlukan kesungguhan daripada ibu itu sendiri utk meneruskan penyusuan penuh. 
ya allah, semoga aku akan terus berjuang dan berjaya dengan redhaMu

p/s2: macam mana pula dengan anak ketiga nnt yer?? mayb aku kena apply 90hari maternity leave..ups!! but it not soooo soon lahhhhh!


HAPPY ANNIVERSARY TO US

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adlh yg terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

Amin,amin Ya Rabbal Allamin..
adaptasi dari google. boleh juga diamalkan sebagai doa harian

HAPPY 3rd ANNIVERSARY !!

alhamdulillah, dgn rahmat allah usia perkahwinan kami dah pon mencecah angka 3 tahun.
a long way to go..
semoga kami suami isteri terus diberkati allah, dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang, dilimpahi rezeki, sentiasa bermuafakat dan saling bekerjasama dalam melayari bahtera bersama-sama.





 

Emosi

Last weekend, masa terpaksa dihabiskan di opis. I have to work for Saturday and Sunday, bak kata Abg, Bangla je yg keje hari ahad hahah!!
there goes my precious time with family. 
Weekend ni pulak, turn Abg jadi Bangla..kena kerja..So dia tak balik..sobs sobs!!

Hadif tengah demam . but aku terpaksa jugak hantar ke taska sebab  byk kerja nk kena buat sekarang ni. Nak amek leave pun blom boleh lagi sebab aku masih dalam probation period. Apedaa, probation sampai 6bulan, pastu tak boleh amek annual leave sepanjang tempoh tu. 

Actually I am counting for my anniversary date. So sad, tahun ni tak dapat celebrate sama-sama on the date. Sebab aku disini abg disana..1st time ever tak dapat celebrate date-date terpenting dalam hidup kami bersama. Sedih 

 

Diarrhea

Semalam aku diserang diarrhea dan muntah-muntah. Lepas kerja dalam pukul 8pm, dh mula rasa tak sedap badan. Sakit kepala, badan sakit-sakit. 8.30pm dah ajak anak-anak tidur sebab tak berdaya rasanya nk keep on waking up. Jam 10pm, dah mula berulang alik ke toilet. Dengan badan yg sakit dan bisa-bisa tu tak boleh nk lelapkan mata pon.
Jam 4 pagi, hannah pulak bangun. Mintak air sirap..Apekah?? ngigau ke ape. aku buat tak tau je sebab tak larat nk melayan. Ntah ape yg dia buat dalam masa tu aku pon tak pasti.tapi sedar-sedar je, aku tgk dia dh tertidur sambil pakai skirt, bukan lagi pakai seluar tido haha!!

Kol 6, bgn pagi mcm biasa. masak bubur utk hadif dan masih juga berulang ke toilet lagi. Ya allah tak larat nye badan aku masa ni. terasa dehydrate.
sms abg, tanya pendapat dia nk g keje ke tak. then dia reply suruh pegi clinic and amek mc.
aku pon terus siapkan anak-anak, dan aku tetap pakai baju kerja. konon kalau dh ok lepas hantar dorang ke taska, aku pergi je masuk kerja.
lepas hantar dorang ke taska, aku menuju ke klinik AlamMedic dekat Subang Galaxy. Doc prescribe aku ubat muntah, ubat cirit dan antibiotik. dan juga memberikan aku MC.
hehe bila doc dh bagi MC aku pon patah balik ke rumah la. sempat aku beli nasik lemak dan sket kuih utk breakfast.

sampai rumah aku makan sebijik kuih dan makan ubat. actually aku ragu-ragu nk makan ubat2 tu since aku terlupa nk bgtau doc aku ni fully breastfeed hadif. takut ada pape impact dan efek pulak kt hadif kalau aku consume ubat-ubat tu. tawakal aje lah.

lepas makan ubat, aku cuba tidur. sungguh tak lalu nk makan nasik lemak tu. sambil baring tu, terpikir pulak, mcm mana aku nk mengepam hari ni. aku tinggalkan spectra3 kt opis. mana nk jangka hari tu nk sakit. dah la aku takdek spare pam lain. sedih sungguh. kalo la dari awal aku ada spare kan bagus. kol 11pagi, aku cuba perah dgn tangan. huh lenguh gak wat keje pakai tangan ni. mmg respek la pada mommas yg berjaya perah pakai tangan tanpa bantuan pam-pam nih. tengah-tengah perah tu, boleh plak aku terlepas cawan plastik yg aku guna utk tadah susu. tumpah separuh!!uwaaaaaaaaaaa!!
lastly, dapat la aku kumpul 1.5oz. kalo tak tumpah tadi, mungkin dapat 2oz lebih..


ubat yg aku makan tu tak menunjukkan kesan positif. aku masih berulang ke toilet. telefon mak mintak advise. mak suruh beli pil chi kit. right after that aku keluar utk beli pil chi kit dan panadol. sempat jugak aku pegi isi minyak kereta :)
dan aku juga sempat singgah satu kedai baby kt puteri subang tu. carik manual pump yg murah. unlucky me, pam brand pureen takde. aku ternampak pam harmony. lepas diskaun, amoi tu boleh bagi rm210..tp poketku pulak tak mengizinkan..so aku keluar dari kedai dengan perasaan hampa. 


balik tu, terus aku telan panadol dan pil chi kit pulak. baru la dapat lelapkan mata sekejap dan tak berulang sgt ke toilet lagi.


lunch aku adalah maggi. sgt tak berselera bila tengok nasik lemak dan kuih yg aku beli pagi tadi. mmg akhirnya mereka berdua tu ku campak ke dalam tong sampah. 

petang kol 3.30pm, ku perah lagi susu. kali ni dgn lebih byk perasaan sabar. alhamdulillah dapat collect 4oz.


dh petang baru la pegi amek anakanda berdua dari taska. nk refreshkan diri, aku bawak dorang singgah pasar malam utk carik makanan utk diner. aku beli nasi beriani, keropok lekor dan pisang. bergegas-gegas sebab hari nk hujan.


balik tu, terus makan. tp sekali lg, tekak aku mmg tak selera dgn nasik. lauk ayam tu pon rasa tawar je. bila aku offer hannah, dia pon takmau makan. so apelagi, tong sampah dapat lg menjamu selera :P


dan malam td, aku masih juga lemah disebabkan muntah2 and diarrheaa ni. ajak anak-anak masuk tidur kol 8.30pm. aku sempat telan sebijik lagi panadol. lepas tu mmg terus lena. aku perasan hannah kejutkan aku, bgtau dia berak. tp aku tak larat nk bukak mata. at last dia pon tertidur dgn kotoran yg tak terbasuh. aku terjaga dalam kol 4pagi. hannah pon sama. so aku pon terus ajak dia ke toilet basuh berak. kesian sgt anak mama ni, tidur dalam keadaan tak selesa..sorry sgt syg, mama on drugs :P lepas basuh berak dia, aku susukan dan dia pon sambung tidur. 


dan pagi ni aku masih terasa loya dan nk muntah. adehai apesal la tak baik-baik lg ni..!!




Mari Kelih Gerai Ambo @My Super Kids Giveaway

Hari ni  :

Saya sertai giveaway di My Super Kids sponsored by Mari Kelih Store & Gerai Ambo.

kalau kawan-kawan nk join jugak, mai la tengok detail dia kt sini.
Senang sgt cara nk join dia kan..so ape lagik, jom la join!!
 

 

Monday Blues


Pagi tadi aku perasan handbag yg aku baru beli dari my sister terkoyak. terkoyak sebab tersangkut kt benda tajam agaknya. koyakan berbentuk V yg sgt membuat aku sedih. dah la baru je pakai tak sampai sebulan. aku tampal je dengan selotep utk menutup kecacatan beg tu. malas nk pegi carik beg lain dalam kotak-kotak tu. sedih sedih..

masa nk keluarkan kereta dari parking, bumper depan tersangat pada divider batu. punya lah aku berhati-hati nk elak kereta yg parking melintang kt belakang tu, sekali aku pulak yg terlanggar divider batu..adeh, bercalar! tak bgtau Abg lagi, aku dh cacatkan kereta dia.

 Blues berterusan utk aku sebab pepagi bukak internet, dah tak boleh bukak webmessenger, meebo.YM, gtalk mmg dh kena block since aritu lagi. giler la boring. no more chatting in the opis. seb baik byk gak keje arini.terpikir aku nk beli broadband la.
bila pikirkan kewangan yg masih terumbang ambing ni, aku rasa sekarang broadband bukan pembelian dimasa yg tepat. dahla wishlist aku pon terpaksa tangguh dulu. hai la duit..


Story-mory pasal anak-anak lah, kurang sket gundah gulana. Gambar ni aku amek last friday. Lepas dinerkan mereka, aku biarkan dorang main. Hadif sibuk sgt panjat tolo car ni. So aku pon letakkan dia atas tolo car ni. tak sangka, dia boleh tolak tolocar ni kedepan dan kebelakang. dia pon bukan main happy lagi, tesengih-sengih tunjuk gigi kapak bahawasanya dia seronok. Hannah pulak, amek kesempatan nk main bersama dgn masuk ke dalam walker yg dulunya mmg dia punya, sekarang ni dh bertukar tangan lah.tp dia mmg tetap  claim segala mainan yg ada dalam rumah tu sebagai kepunyaan dia..



 *hadif dah pandai bawak tolo car*


*aiks! kakak naik walker, adik naik car? terbalik ke ape ni?*


*ni kakak punya lah mama!*

Dan inilah gambar terbaru kami sekeluarga yg masih belum dapat bersatu dibawah satu bumbung. Si mama dan si papa yg mengalami sedikit penurunan berat badan setelah duduk berjauhan selama 2 bulan..

Masa gambar diambil, kami berada di Bagan Lalang sempena nk celebrate birthday kawan Abg, Saiful namanya. Rosmah, the dear wife ajak kami sama-sama sepraiskan her dear hubby. Kami on jer, lgpon orang nk belanja makan kan. :) Yang turut serta adalah azli, faezah dan khayra.

Hujan lebat time dah nk makan. Tapi tu tak menghalang kami makan beramai-ramai..aku tak snap gambar pon time acara makan berlangsung. Sbb kamera tak berapa nk menunjukkan prestasi cemerlang. nnt kita amek gambar dari facebook atau blog rosmah lah



*kenangan masa kt Bagan Lalang - celebrate birthday uncle Saipul*




 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®