Friday blues

Tq kawan-kawan atas kata dua anda.. 

Memang bersungguh aku melayan blues hari ni. Sampai terlupa dan terlepas satu sesi pumping. Tengah lunch baru teringat, apsal aku rasa aku miss something je..Rupanya aku tak pump utk 2nd schedule!

Ya Allah! Macam mana la boleh lalai ni..

Bila fikir-fikirkan, mungkin lagi 2-3bulan, aku akan bebas dari rutin ini di opis. Aku pasti rindu. Dah hampir 7 bulan surau dan beg Spectra3 jadi teman setia.

Paling aku takut nk terima kenyataan bila nnt Hadif tak mampu lagi utk ku breastfeed. Mesti lagi 2-3bulan, aku tak mampu menghasilkan titisan-titisan susu lagi. Berjurai-jurai air mata jatuh masa pump lepas solat zohor tadi. Membayangkan bahawa Hadif mungkin tak serapat dahulu dgn aku nanti.

Mungkin ramai orang akan menidakkan perasaan aku ni. Cuma perasaan sensitif seorang mama hari ni cukup mudah tersentuh.

Aku bukan tak happy dengan berita baru. Tapi aku rasa kecewa sebab aku memang takkan dapat lengkapkan 2 tahun penyusuan.

Ya Allah, kuatkan la semangatku..




Fakta-fakta yg anda kena tahu hari ni

Salam Jumaat!

Hari ni aku nk share beberapa fakta bukan auta dgn readers blog aku ni. Jom check it out!

  • Aku rasa aku bakal kehilangan semangat utk terus membuat power pumping. Sampai di sini sahaja mungkin.
  • Aku takkan menggunakan sample Libresse yg aku dapat aritu. Walaupon begitu aku tak berniat utk meng'giveaway'kan dia. Kalau korang nk, sila request di SINI.
  • Mungkin ragam Hadif akan berterusan sampai entah bila.
  • Mimpi aku hari tu telah menjadi nyata. 
Sekian fakta tentang Mommalydzar hari ni. Kalau korang klik dekat link-link tu, korang kompom dapat tau ia berkaitan dgn apa.

Sila berikan kata dua anda pada dia yg sedang keliru. Berikan kata-kata yg membina saja yer, bukan menghentam saya :)


I Smell Food Giveaway by Ibu Emir

Sebelum cau sin ci pulang ke home sweet home, aku nk siapkan task utk givaway makanan ni..hadiah-hadiah tersebut adalah faveret food aku..Woooweee kalau menang..!



Jom join korang. Kalau menang boleh buka puasa kt Domino, atau Nando's atau juga Pizza Hut!

Harap-harap ada rezeki

Korang nk join jugak? Meh terjah giveaway Ibu Emir

Jawapan dan result pemenang teka teki

So sekarang adalah masa utk mengetahui jawapan experimen sains takdek tingkatan  kita :)

Telur putih yg dibiarkan terlalu lama dalam bekas terbuka di dalam peti ais akan menjadi kering dan keras lalu berubah bentuk spt hablur kristal, seperti gambar di bawah.

Cuma teksturnya adalah lebih nipis bergantung pada luas permukaan bekas yg menjadi tempat menyimpannya.



Dan peneka pulak takdek yg dapat jawab dengan tepat. Tp ada 6 orang jawab hampir tepat. Mereka adalah :



So aku akan buat cabutan bertuah guna Random Generator, sebab hadiahnya cuma utk satu pemenang saje :) 


Jeng jeng jeng...jeng jeng lagi! 







Dan pemenangnya adalah!! Tepuk tepuk! Clap clap! Pheewwiiittt!!


Tahniah tahniah! Rezeki hari Khamis ni!

Wahai Aidanisme, sila lah berikan no akaun anda kt email ini : lydzar@gmail.com utk proses pentrasferan hadiah iaitu RM10 tunai :)

Lenkali aku buat contest/giveaway/teka teki lagi ok..Ada rezeki lebih, nnt aku bagi kt lebih dari sorang pemenang :)

Nantikan!!


Teka teki dari Mommalydzar


Sticky post until 29hb 7

Sape pandai jawab dengan tepat or hampir tepat aku bg 10 hengget di transfer direct to ur account.
NAK TAK?? 
Ajak la kawan-kawan korang jawab sekali soalan ni. Senang je. Takdek syarat pape pon...

Soalannya berbunyi :

Apakah yg akan terjadi pada putih telur yg diletakkan didalam bekas terbuka di dalam peti ais selama 2 minggu??

Mencabar tak soalan aku? Hahahah!! Ala-ala eksperimen sains gitu..

Lusa aku tutup teka teki ini ok. Sila tinggalkan jawapan kt komen di entry ini :)

Anak meragam tanda nk dapat adik?

Sekarang jam tinggi di dinding sane menunjukkan jam 2.35am.

Korang dh abes teka ke teka-teki aku tu. Siang nnt kol doblas tengahari aku tutup contest tu ok. Dan aku akan umumkan pemenangnya dalam entry petang-petang sket.

Apa lah yg Cik Puan Muda Mommalydzar kita ni buat pepagi buta depan laptop. Hangpa jgn tak tau, perjuangan aku memang belum selesai. Dah hampir dua minggu aku begini.
Bangun tetengah malam (12am -2am) dan awal pagi(5am) tuk satu tujuan.

Apa lagi kan. Pumping utk bekalan Hadif la. Dah masuk hujung minggu kedua hasil pumping kt opis tak cukup makan. Jadi aku memang terpaksa la bangun sepertiga malam macam ni :)

Dan yg tak tahannya, tiap kali aku bangun nk pump, Hadif kompom akan join bangun jugak. Tak pernah miss. Adeh la, bila dh bangun tu kompom dia jeles tengok dedua shield melekat kt B aku. Dan kompom dia merengek mintak salah satu..

Haih..so hasil pumping adalah dari sebelah saja yg selalunya cuma 1-2oz saja..

Korang rasa kan, betul ke perumpamaan tajuk entry aku ni?
 Anak meragam tanda nk dapat adik?
Sekarang ni Hadif memang la cengeng ya amat. Tak boleh langsung tengok mama dia bangun dari duduk. Nak pi dapur ka, nk pi bilik ka, toilet paling dia anti. Macam bilik larangan dah toilet tu kt aku. Menangis dgn maximum volume lah kalau nmpk aku masuk toilet tu. 

Koranng boleh cop aku memang mandi koboi hari-hari. Ciss!

Time masak pon sama ..Dok la bergayut kt kaki mintak dukung.. Aku risau dari baby boy hensem bertukar jadi baby goreng ja. Haha ..isk tak kelakar! Memang bahaya kan dok depan kuali panas sambil dukung anak. Tapi masak tetap kena abeskan. Takkan ayam goreng koboi gak kot..


Ni dia budak yg suka nangis sekarang.. Mama geget kang!


myMetro | Detik cemas dua beradik

SYUKUR...Fauziah mendengar cerita Farhana sambil meriba Siti Haidar.
 

myMetro | Detik cemas dua beradik


KAMUNTING: “Tak baik tinggalkan mereka (mangsa) jauh-jauh, kasihan mereka.” Itu antara perbualan tiga perompak yang sempat didengar seorang remaja perempuan, Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 17, yang menjadi mangsa culik hampir dua jam selepas kereta milik bapanya dilarikan penjenayah terbabit di pekan Kuala Kangsar dekat sini, kelmarin.

SYUKUR...Fauziah mendengar cerita Farhana sambil meriba Siti Haidar.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, Nurul Fatin Farhana bersama adiknya, Siti Haidar, 6, terpaksa melalui detik mencemaskan selepas dilarikan tiga lelaki yang merampas kereta bapa mereka ketika kenderaan itu ditinggalkan ibu bapanya di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor di sini.

Sebaik memasuki kereta itu, seorang daripada penjenayah mengarahkan dua beradik berkenaan diam jika tidak mahu dicederakan.


Selepas hampir dua jam berada dalam tawanan penjenayah terbabit, dua beradik itu ditinggalkan di tepi jalan sunyi dan gelap di Liman Kati, kira-kira 20 kilometer dari tempat kereta bapa mereka dilarikan.


Pada kira-kira jam 11.20 malam, dua beradik itu ditemui seorang lelaki yang kemudian membawa mereka ke Balai Polis Kuala Kangsar.


Kereta Honda Accord milik bapa mangsa ditemui semula di Rantau Panjang, Kelantan, kira-kira jam 1.40 pagi. 


Menceritakan detik cemas itu, Nurul Fatin Farhana berkata, dia sempat mendengar perbualan ketiga-tiga perompak terbabit sebelum dia dan adiknya ditinggalkan di kawasan terpencil selepas dilarikan hampir dua jam.

Menurutnya, ketika dilepaskan kumpulan perompak itu, seorang daripada mereka turut ‘bermurah hati’ memberi wang RM10, dua lampu picit dan kunci rumah.  



“Kejadian berlaku begitu pantas dan saya tidak merancang untuk melarikan diri kerana adik (Siti Haidar) nyenyak tidur di tempat duduk belakang.

“Ketika dilarikan, saya mematuhi semua arahan kerana bimbang dicederakan selain khuatir mereka merogol saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah di sini, semalam.


Katanya, penjenayah itu memandu laju kereta bapanya dan pernah satu ketika diberhentikan secara mengejut menyebabkan dia terkejut.


Ibu mangsa, Fauziah Saafie, 41, berkata dia bersama suami, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, keluar dari rumah kira-kira jam 8 malam ke pekan Kuala Kangsar bagi mengambil tempahan gambar di sebuah kedai gambar.


“Ketika tiba di tempat kejadian, saya dan suami meninggalkan kedua-dua anak yang tidur dalam kereta dengan enjin kenderaan tidak dimatikan dan pintu tidak dikunci.


“Selang lima minit kemudian, suami memaklumkan kereta kami dilarikan bersama dua anak yang berada dalam kenderaan itu,” katanya.


Katanya, dia hampir terduduk dan pengsan sebaik mengetahui anak-anaknya dilarikan perompak sebelum menghubungi polis.


“Kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.


Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak dicederakan dan mereka ditemui seorang lelaki sebelum dibawa ke balai polis berhampiran.

Pagi tadi Hot Chat kt Hot.fm pon topik pasal kes larikan kereta yg ni. 

Syukur alhamdulillah, anak-anak yg diculik tu tak ape-ape. Baik juga la si penjenayah sebab bagi torchlite dan RM10. Dan paling baik sebab si kakak yg anak dara sunti tu tak diapa-apakan. Memang risau kalau kena rogol. Nauzubillah..

Parents dia tu mesti la anggap biasa je dan tak ada pape akan berlaku sebab anak yg lagi sorang dh 17tahun. Boleh tengokkan adik yg lagi sorang. Bukannya dedua kecik lagi. Cuma yg silap. dia tak lock kereta tu. Memang senang sesapa nk terjah masuk dan larikan kereta.

Aku teringat satu masa dulu, masa Abg pegi Vegas. Aku penah buat kerja gila tinggalkan dua beradik ni dalam kereta kt parking apartment. Dengan tingkap yg dibuka sedikit dan pintu yg dikunci.

Aku terpaksa. Abg tak ada masa tu utk membantu aku angkut anak-anak dengan beg yg banyak tu. Beg Spectra3, beg susu Hadif, beg baju dan handbag aku. Masa tu Hannah pulak buat hal takmo berjalan kaki turun. Terpaksa la aku dukung dedua sekali. letak kt kereta dulu. Then kunci kereta sambil berkejar naik atas semula utk amek segala beg itu. Nasib baik, pergerakan tak sampai 5 minit.

Ok la sebab takdek pape berlaku. 

Tp bila baca artikel kt Metro ni, sumpah aku takkan buat lagi. Walaupon cuma di kawasan rumah saja. Takutnya kalau ada sesuatu yg buruk berlaku kt anak-anak. Menangis darah pon tak guna lagi.

Sekarang aku dh malas nk bawak handbag, sebab aku rasa handbag tu adalah salah satu beban je. So aku selitkan je purse aku dalam beg Spectra3. Takper la tak bergaya ke opis pon, asalkan semua dalam keadaan selamat. Dapat minima kan barang-barang angkutan ke taska dan opis.



MC

Good morning!

Dapat jawab tak teka teki aku tu? Takpa, ada masa lagi ni..Sila lah teruskan penekaan anda ye..

Semalam masa aku pi klinik. Yer semalam aku adalah MC. Sebabnya sudah terjangkit demam dgn anakanda tersayang. Sungguh berbisa seluruh anggota badan. Menusuk ke tulang. Virus apentah yg menyerang. Badan aku memang abes rasa sengal walaupon suhu tak tinggi. Biasanya rasa bisa sebab suhu tinggi kan?

Doktor dah check tekanan darah, temperature, check degupan jantung dgn stetoskop, last-last Doktor tanya,

"Ada pregnant tak ni?"

Hahaha! Nk tergelak aku. Apasal pulak tanya aku pregnant ke tak?

Aku pantas jawab,

"Tak kot" sambil tergelak.

Doktor tanya lagi "Dah ada delay period? "

Hmmm terdiam sejenak aku. Memang dah lewat pon. Tapi aku tak expect aku pregnant sebab last months pon period lewat seminggu lebih. So aku ingat memang cycle aku sekarang ni lebih panjang dari normal yg dulu.

"Memang ada Doktor. Tp last month pon mcm ni. Tak ikut tarikh pon.."

"So nak buat test pregnancy tak?"

Aku pandang Abg..Pastu Abg kata "Tak kot..Dia tak pregnant rasanya"

Hihihi so Doktor pon akur la dgn kata-kata suami ku itu.

"OK takpa, Kalau seminggu lagi pon awk tak period, awk buat check sendiri. So hari ni saya tak bagi antibiotik kt awk "

OOOOO patut la dia tanya aku pregnant ke tak. Rupanya dia tengah berpikir nk diagnose aku ngn antibiotik or tak..Yang aku ni pegi pelik-pelik dgn soalan pasal pregnant pulak..

Tapi kan, aku pon cuak gak ni..AKU PREGNANT KAH??

Balik dari klinik terus kami menuju ke Pizza Hut Kota Damasara. Orang demam teringin makan pizza :)


Kami cuba menu baru ni. Walaupon memang nmpk menyelerakan, tekak orang demam hanya menelan tanpa rasa..

Balik dari Pizza Hut, ku telan ubat dan terus tumbang bersama anak-anak. Dorang pon masih kena habiskan antibiotik dan ubat batuk/selsema. Sampai la ke petang kami tidur.

Thanks to Abg sebab tolong setelkan bab anak-anak dan kerja rumah sementara si isteri ni terbaring lesu sepanjang hari. I LOVE YOU VERY MUCH!


Spectra3 Kembali

Aku rasa sekarang ni, aku pulak yg terkena virus padu, eh bukan! hehe ampun puan viruspadu kite :P virus demam anak-anak la..

Satu badan sampai ke tapak kaki rasa berbisa. Uhhh dengan tekak kering, mata berair, kepala rasa panas..Takpa, mama rela, asalkan anak-anak cepat sembuh.

Alhamdulillah, masa otw balik dari Giant tadi. Terpaksa jugak pi sebab nk beli groceries yg hampir semuanya dah habis. Sabun mandi habis, obat gigi habis, sabun GLO habis, pendek kata mmg semua dah langsai lah! OK berbalik cerita masa otw bali dari GIANT tadi, dedua HMs tetiba batuk lalu muntah.

Ambek kau, abes bersepah atas seluar mama dan atas lantai kereta. Dah la memasing tak sedar diri semua dah semakin membesar. Semua nk duduk kt seat sebelah papa pulak tuh..Meriah la kekdahnya muntah mereka berdua tu. Uppss sorry kalau ada yg tengah makan. Beta tak berniat membuat cerita loya, cuma cerita tentang anakandas beta yg menunjukkan simptom-simptom mahu sembuh dari demam.

Mereka dah muntahkan lendiran dan kahak yg tiga-pat hari ni telah menjajah mereka. Syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi. Balik rumah ja, dedua pon tidur. Badan pon dh tak rasa panas lagi. Harap-harap esok dh boleh fully recover. Boleh la mama pi kerja dgn damai dihati.

Oh yer, Spectra3 ku dah pon selamat kembali kepangkuan. Runner Histopoint sampai jam 4.30pm. Kerosakan adalah disebabkan oleh overflow. Hmm bila zaman pulak susu masuk dalam tube eh??

Owhhh baru teringat, dulu bulan January mmg pernah termasuk sikit. Aku ingat aku dh operate sket. Lap-lap sket dalam tu, kira dh setel. Perasan McGyver gitu, nk operate sendiri. Haha hambek ko, akhirnya kemusnahan minor telah berlaku. Tp ok la, sebab itu pon selepas 6 bulan kan.. Menandakan bahawa Spectra3 adalah breastpump yg boleh diharap dan tahan lasak la.

Charge adalah RM 70 utk service. RM8 penutup lubang apentah namanya ni hah! RM 20 utk runner. Total adalah RM98. OK la kot utk pam yg tak pernah diservise selama ini..Cian ko Spectra3..Lepas ni akan ku jaga dgn lebih baik..

OK got to go..proses power pumping terpaksa ku tunda esok pagi pulak lah. Sungguh tak terdaya pinggang nk menampung badan supaya duduk dengan postur yg betul lagi dah..sad info, hari ni kt opis cuma dpt collect 7oz..hadeh! 

Chayo3! Go diego go mama!!




Visit pertama kami di DEMMMMMMMMMMM..its a very long queue

Semalam kan aku kata, kami akan duduk dirumah saje kan.

Ternyata itu bukan kami yg sebenarnya. UUhh not so me lah!

Mana mungkin weekend duduk terperap kt rumah je. Huh tertekan je jiwa dan raga bila berada di tingkat 5 ni sepanjang hari di hari Sabtu dan Ahad. Memang adalah rutin utk keluar barang 3-4jam dari sini, mencari angin luar dan waktu enjoy bersama keluarga :)

So lepas solat Zohor, aku pon siapkan lah the HMs. Papa dah pandai siap sendiri, tapi kalau papa nk suruh mama tolong pakaikan bedak, mama rela jer. Haha GEDIX!

FYI, Hannah bangun jam 12++..Lama sangat dia tidur. Aku pon tak la kejutkan dia sebab nk bagi dia enjoy sleep rest dia. Maklumla, malam tadi tidur pon dalam kepanasan. Memang tak selesa dan tak nyenyak. Sama mcm tidur mama and papa yg tak nyenyak. Especially papa yg bertugas khas memastikan temperature anak-anak tak tinggi.

Nak tau tak kami ke mana?

Party Arissa??? .... SALAH !
Jusco OneUtama??? ..SALAH !
IKEA???... SALAH !


Rupa-rupanya kami ke DEMC. First time nak pegi sana. Tercarik-carik jugak building baru DEMC. But at last jumpa jugak la, sebab memang tersergam indah dan besar bangunan tu di sebalik bangunan Affin Bank kt Seksyen 14, Shah Alam.


Sungguh ramainya orang tengah menunggu. Memang terbukti bahawa sekarang adalah musim orang tidak sihat especially kanak-kanak.

Dah 4 hari Hannah demam tak kebah, jadi Abg decide utk bawak dia ke klinik lagi. Klinik An-Nisa tutup. Sebab tu la kami ke DEMC. Abg mintak doktor buat check darah Hannah, takut kan kes denggi. Kan mmg kes denggi tengah glamor skg ni. Risau nya.

Alhamdulillah, ianya bukan denggi. Sekadar demam viral yg menurut doktor boleh last until seminggu or lebih. Ic ic, patutla Hannah demam tak kebah-kebah.

Kami berjimba di DEMC selama 3 jam lebih. Fuhhh! Lama betul.



Tengok betapa bosan nya mereka..



A Sick Weekend

Merujuk kepada tajuk diatas ~chewah mcm tengah karang surat rasmi plak!~ minggu a.k.a weekend ini adalah weekend my two little HMs tidak sihat.

Actually waktu siang, dorang a bit aktif jugak la. boleh la nak main-man berdua. tp bila petang menjelma, bibit-bibit kemarau mula melanda. Badan dorang mula panas. Sampai la ke pagi. Lepas makan ubat, turun la sket suhu..but then bila kesan ubat dah abes, naik lagi. Malam tadi aku bagi insert je kt Hannah. So kesan insert tu tahan 8 jam. Ke lebih eh, sebab sampai jam 11.12am ni pon dia takmo bangun lagi. merengek-rengek nak nenen, then tidur balik.

Maka segala plan hari ni, nmpaknya bakal terbatal. Kesian pulak nk bawak dorang pegi kenduri, party bagai.

So sorry to Idora my ex-SEMESTA mate. We cannot make it. Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU yer. Kami sekeluarga doakan kehidupan yg lebih sempurna utk kamu suami isteri :)

To Aryssa and mommy, mayb kami tak dapat nk sama-sama bergembira tengok Arissa tiup lilin 1st birthday. Kakak Hannah ngn Hadif tak sihat ni. Enjoy your special day yer dear. Mesti dapat baanyak hadiah kan!

Malam tadi pulak, mak aku call mintak wakilkan dia visit pak sedara aku yg baru admitted kt Hospital Sg Buloh. Wakilkan sebab mak-abah jauh nk datang visit sendiri, dan aku antara anak sedara yg duduk berhampiran. Yang ni aku rasa serba salah je. Nak visit ke tak eh? Risau je nak bawak anak-anak tgh demam ni.

ppsstttt : Plan mama nk pi IKEA sale, ushar meja makan pon sudah terkubur. Sekian terima kasih.


Demam secara berjemaah

Kesian anak-anakku..

Dedua dah demam. Hadif dh terjangkit dari kakak.

Akhirnya aku merasa Mc Donald's GCB


 
[Pic pinjam kt Malaysia Food Promotions]

Super Yummmmeeehh-licious bila lunch orang belanja kan kan kan?

Pastu dapat pulak menu baru idaman seantero Malaya. 
Uishh berganda-ganda kenyang nya. TQ Puan Puteri for the yummilicious meal. Alhamdulillah, lenkali kita pi drive-thru McD lagi yerr :D

Sedap gak GCB ni. Cuma dalam iklan, kan main lagi nampak BESAR. Macam tak muat je mulut kecik nak gigit. Padahal takdek la besar mana. Lebih kurang saiz burger lain jugak. Cuma dia macam oblong sebab panjang sket. Ok size doesn't matter. Bila dah combine makan dgn fries ngn air, kenyang jugak sampai ke petang.

Daging ayam grilled memang menusuk kalbu. Kalau tak makan dgn roti, boleh je letak dalam pinggan hias fries kt tepi. Amek sudu amek garpu. Boleh la nk feeling ala-ala makan Grilled Chicken Shah Alam kt Big Plate, Subang Permai..Haha! Sedap nya..

Apa la nak masak petang ni eh, U-Buntu rasanya. Stok dalam peti ais dah abes dah. Yang tinggal telur ngn ikan masin je. 

Eh korang, gaji orang keje gomen dh masuk ke?? 

Meh habaq mai sket!

Trial Pack Shaklee | Breastfeeding set dah sampai (Week 1)


Sebab beli benda alah ni la, duit dalam maybank aku tinggal rm6.80 aritu hahah!

 *Shaklee Trial Pack-Breastfeeding Set*

Tp takpa, aku tak nyesal pon. Sebab barang ni TERBAEK punya! Lagi-lagi dikala kesuraman stok EBM aku. Memang ini adalah pembelian berbaloi-baloi walaupon ia telah menyebabkan aku sengkek tahap durjana minggu ni.

Aku mintak Lyna customized sket trial pack kali ni, sebab aku dah ada stok Afalfa. 
So instead of bagi afalfa, dia bagi aku try soy protin. Yang lain-lain tu tetaplah sama. 

Antara benefit yg bakal badanku serap dengan memakan mereka ni adalah :

Vitalea (30biji) :

Ia sangat perlu demi memastikan si ibu mendapat cukup zat yang diperlukan iaitu 12 vitamin dan 7 galian untuk kesihatan optimum ibu, anak yang dikandungnya serta meningkatkan nutrisi dalam susuibu yang terhasil.

B-complex (30biji):

Penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang,  Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah dan perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).

Vitamin C (30biji) :
Ia penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu.
dan tak lupa, kena jugak cerita pasal afalfa 

Afalfa (aku ada satu botol hehe), dan maybe nk take over satu botol yg kakak-opis aku beli tapi dia tak boleh telan tu :

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim .
Sebaik sahaja aku dapat stok ubat bak kata Zaidi our office-boy, aku terus pegi amek satu tumbler air kt pantry dan telan mereka ni. 

Dulu Lyna pernah advise makan suplement ni waktu lepas diner untuk penyerapan lebih baik, tp oleh kerana aku sungguh tidak sabar, maka aku pon makan je ikut suka hati aku. 

Soy protien pulak, mayb tunggu tengahari sikit, sebab aku sedang sangat kenyang lepas breakfast tadi. Lagipon Quakes Shake ni pon belum abes diminum lagi. Kembung pulak aku karang kalau nk minum semua serentak.Haha!

  • Membekalkan tenaga
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan
Wah paling tak kusangka, ada pulak barang cute-miut ni. Nasib baik tak terbuang terus envelope dalam tong sampah. Keluar punye keluar..tadaaaa..fridge magnet berbentuk STAR.

Dan lagi satu kan, yg bestnya beli trial pack ni, sebab alkompom lah koleksi tapuwe kecik walaupun bukan brand Tupperware akan bertambah dan bertambah. Hehe..

Semoga badan aku akan mendapat manfaat dengan makanan kesihatan ini.Insya allah. 
Mulakan dengan Bismillah, sudahi dengan Alhamdulillah..





p/s: Ermm nak join daily ke weekly eh? Maklumla aku ni kan memang blogger tegar (iktiraf sendiri) suka update blog haha!!


Sumber informasi tentang kebaikan vitamin diatas adalah dicedok dari blog MyShakleeStore dan blog Better You Better World.

Potty training

Dah 2-3 menjak, eh malam Hannah refuse pakai PetPet a.k.a disposable diaper setiap kali lepas basuh YAK or kencing (before sleep). Nampaknya dia dah ready utk potty training.

Lepas make sure dia dh kosongkan isi pundi dia, aku ikutkan jer la permintaan "mama hannah taknak pakai pempes" dia tu.

Mula-mula memang agak cuak. Takut juga terbocor kat tilam. Dah satu hal nk bersih dan keringkan tilam tebal tu. Then secara aku pon tak sedar bahawasanya dia tidur malam tanpa diaper. Dah 3 malam berlalu dengan baik. Dia tak bocorkan tilam mama dia. Tp setiap pagi aku tetap pakaikan diaper sebelum hantar dia ke taska.

Hari ni pulak, since lepas balik dari klinik tadi dia diaper-less. Dah reti bgtau mama "Hannah nk kencing"

Wooow weeee..clap clap clap! Satu pencapaian yg bagus hari ni. Tak rugi Hannah demam dan Mama amek EL.

Tapi yg kelakar, bila dia mencangkung nk shishi kt toilet, dia suruh tutup pintu dan mama kena pegi jauh.

"Nanti dah siap Hannah panggil" amboi kan main arahan dia.

Overall, aku happy. Walaupon maybe a bit late nk potty train dia. Anak org lain dh berzaman diaper-less :P Aku cuma nk tunggu dia bebetul ready supaya dia dan aku sendiri tak rasa stress dalam proses potty training ni.

Lepas ni bolehla bgtau cikgu-cikgi dia supaya turut mempotty-train dia kt taska. Dan lepas tu slow-slow Hannah boleh lupakan diapers. Hehe tak sempat dia pakai diaper saiz XL..last size is L :)

Setakat ni aku belum belikan lagi dia potty a.k.a toilet khas utk kanak-kanak tu. Perlu ke eh?

*Cool sangat kalau Hannah mcm ni hehe*

Apa pulak cerita potty train anak korang? Care to share?

Pic credit to  Babble.com


Contest "Saya Sayang Adik" anjuran Mama IlahFazilah

Masa untuk contest lagi!!
Sementara HMs masih tidur, baik aku type laju-laju. Kalau tak nanti, jgn haraplah boleh duduk ngadap laptop. 


So ini adalah 1st giveaway anjuran Kak Ilah. Ingat tupperware yg aku dapat dulu? Yang tu giveaway murah hati dari Kak Ilah...takyah kena jawab dan entry bagai..Kali ni pon hadiah dia tupperware juga..So mari kita join ramai-ramai..

psst : Kak Ilah, nak bg hadiah steamer tupperware ke? :P 

Jom buat tugasan..

Ape perlu korang buat?

1.  Korang perlu (ala2 paksa rela lah ye) jadi follower blog Mama Ilah Fazilah ini...  
Dah follow dah

2. Sila letak blog Mama Ilah Fazilah ni dlm senarai bloglist korang okeh.... (kalau xde.. nnt penyertaan kena reject ye)
Sudah letak juga..dah lama dah ada dalam bloglist


3. Buat 1 n3 utk contest GA ni dan sila tepek banner di atas dgn tajuk "Contest "Saya Sayang Adik" anjuran Mama Ilah Fazilah" dan linkkan ke http://mamailahfazilah.blogspot.com/

Tengah buat entry la ni :)




4. Letak sekeping gambar yang menunjukkan kasih sayang abang/kakak pada pada adiknyer (sekeping udah le)... dan nama org dlam gmbar tu beserta  umor mereka...



My favourite dotter and son..
Sweet Hannah Marissa 2years 7months
Handsome Muhammad hadif Mifzal 1year 2months

5. Cerita pengalaman /kisah kasih sayang yang korang xboleh lupakan yang menyentuh jiwa....(xsemesti berdasarkan gambar tu... tp ape2 saja cerita tentang yg menunjukkan kasih sayang mereka.. owh...xsabar nak dgr kisah korang...)

Kalau nak ikutkan memang banyak sangat kisah yg touching pasal si kakak sayangkan adiknya. Hannah memang sayang adik. 

Hannah selalu pujuk adik kalau nangis.
"adik, jangan la nangis..mama kan ada tu..jangan nangis ye"   
sambil tepuk-tepuk bahu adik dia. tp kalau adik buat dono, nangis juga sekuat hati, hannah blah la sambung main semula.hihi
Hannah suka nk tolong suapkan adik makan.
"mama jangan la suap adik. biar hannah yg suap"

Hannah suka peluk dan sayang (cium) adik.
"ala manja manja adik"

Hmm sayang tu sayang jugak. Bergaduh semula dah lumrah alam. Maklumla adik beradik la katakan :)

6. Dah siap sila tinggalkan penyertaan korang dlm komen kat sini ye.. 
Sat lagi pi paste link kt sane

7. oh ye... sila tepek benner kat sidebar korang jugak ye... 
OK beres

OK Kak Ilah, dah setel.. :) harap ada rezeki menang tupperware lagi..
 
Goodluck Mommalydzar, Hannah dan Hadif!!

Kawan-kawan nk join?? Jomla masuk ramai-ramai. Syarat dia pon tak semestinya adik beradik jer..Sepupu sepapat pon boley..no prob punye ..

Update Pagi Khamis

Pagi tadi dalam kol 4lebih, temperature Hannah naik. Dari kepala sampai ke kaki terasa bahangnya. Rambut tak panas la.. :P

Lepas tu dia merengek nak nenen. OK mama dia turutkan aje lah. Abg pulak bila perasan anak dia kepanasan, dia pon pi amek towel dan semangkuk air. Nak buat tuam badan. Abg memang rajin bab-bab ni. Alhamdulillah, tiap kali anak-anak demam dia yg bersungguh-sungguh pastikan suhu anak tak terlalu panas. Mak budak2 ni pulak, mmg susah nk bergerak la, sebab badan dia terlekat ngn mulut anak.

Dorang tak suka kena tuam. Sejuk tiba-tiba kot. Mula la nk menangis bila towel mencecah kulit badan dorang. Bila dh nangis kuat-kuat, mula la nk muntah pulak. Adeh! Macam tu la adegannya. Mesti muntah. Nasib baik muntah air je.

Tp nampak la, yg dimuntahkan semula tu adalah susu nenen.
Uwaaa! Boleh tak aku nk terasa kerugian disitu sebab susu tak sempat hadam dah terkeluar..hukhuk

Sampai kol 7 tadi, badan Hannah masih panas. Aku rasa dia demam sebab terkena hujan kelmarin. Dah suruh berteduh bawah payung sementara mama nk amek adik dari seat kereta. Boleh pulak dia letak payung kt tanah dan berdiri dalam hujan. Payung berat katanya.

So dengan ini mommalydzar mengisytiharkan dia akan amek EL utk bawak Hannah ke klinik dan menjaganya dirumah.


*muka monyok Hannah adalah expected hari ni*


Panduan berhadapan dengan anak yg demam.
  • Selalu tuam badannya dengan tuala basah supaya suhu tidak terlalu tinggi yg kadang-kadang boleh menyebabkan sawan
  • Berikan ubat seperti saranan doktor mengikut aturan
  • Hadapilah kerenah anak yg tidak sihat dengan senyuman


Tutorial AddThis


Salam petang selasa..

Aku suka sebab runner from Histopoint dah pon datang kol 1.30pm tadi. Datang collect Spectra3 aku yg tenat dan hantar loan pump sebagai back up sementara. 

Alhamdulillah, Allah masih permudahkan perjalanan penyusuan ku. Mula tadi wanita di Histopoint kata, runner dorang akan datang kol 5..but end up datang lebih awal. Dapatla aku meneruskan perjuangan aku. Best lah loan pump tu. Senyap giler mcm pam baru. Yer la, selalu kena servis agaknya.

Oh yer, tadi aku tak buat apa-apa bayaran lagi. Cuma runner tu bgtau charge dia datang amek-pulangkan Spectra3 aku tu, RM10 x 2.

Syukur alhamdulillah.

Sempena kehappy-an aku ni. aku tetiba je nk buat tutorial.
Saje nk share ilmu yg boleh kita manfaatkan bersama-sama dikalangan bloggers. 

Korang pernah tengok ikon ni? Aku rasa mesti selalu kot. Kt surat(s) <--menunjukkan banyak yer~ online pon ada gak ikon ni.

Perasan tak, dia dah ada jugak kt entry-entry aku :) Baru letak tau...hehe

Tujuan utama dia supaya kita boleh share artikel or entry kita kt tempat-tempat lain seperti Facebook, Twitter, MySpace, StumbleUpon dan sebagainya lagi. 

Kalau korang nk tau, dgn share entry kita kt Facebook or Twitter (wadah terfemes abad ini) akan memberikan efek positif kepada blog kita. Iaitu akan dapat menarik lebih ramai reader datang bertandang. Especially jika anda memang dah ada wide network of friends kt Facebook dan Twitter tu. Let say dah ada almost 500 orang kawan kt Facebook, mungkin 30 orang dari mereka akan tertarik utk klik pada entry yg anda post dan share kan tu..jadilah kan..

ok kita proceed dgn tutorial yer 

1. Sila pergi ke website ini AddThis


2. Page diatas akan terpapar. Sila pilih service anda, samada wordpress, blogger etc.

3. Pilih juga jenis button kesukaan anda. Kena pilih daripada option yg ada sahaja ye.

4. Langkah seterusnya adalah optional jika anda mahukan analytic daripada website ini. Jika tidak hanya request for button sahaja. (Saya pilih button sahaja) 

5. Klik pada 'Get Your Button'

Jom proceed, seterusnya adalah proses meletak coding ke dalam blog template anda.

Kita grab a.k.a copy paste code yg diberi dulu.

Utk blogspot begini caranya utk letakkan codes di blog yer :

Langkah 1 : Log in ke akaun blogspot anda. Pilih Layout > Edit HTML.


Langkah 2 : Tik pada Expand Widget Templates checkbox.


Langkah 3 :

Korang kena Ctr-F utk carik code ini : div class='post-footer'

Kemudian sila paste coding panjang tadi selepas coding pendek tu.


Langkah 4 :

Last sekali klik button SAVE. Korang boleh preview dulu kalau mahu. Tiada paksaan ok.

Wallah! Siap!

Senang kan? Senang kan? Lepas ni lepas tiap kali publish entry, boleh la klik butang Share ni dan share kan kt memana yg korang mahu. 

Kompom tak lama lepas tu traffik ke blog anda akan ada UP gitu. Cuba lah yer


Spectra3 pulak rosak! Dugaan apakah ini YA ALLAH..

Dah la production tengah low, pump pulak buat hal..

YA ALLAH..DUGAAN APAKAH INI?


Subuh tadi, cadangnya nk buat power pumping. Tapi baru je lepas sesi 15minit pertama, aku notice dah tak ada suction dari Spectra3 tu. Nasib baik dah dapat collect 3oz utk 1st sesi tadi. OK takper lah. So pegi basuh flanges dan simpan susu dalam peti ais.

Aku harap itu bukan petanda buruk. 

Then aku teruskan la persiapan nk pegi kerja. Malam-malam malas nk gosok baju. Malas nk packing beg anak. Tau nk lepak dan tidur je. So pepagi buta baru la kepoh nk buat semua benda heheh..Jangan tiru yer aksi-aksi itu yer.

Perjalanan ke opis macam biasa walaupon ada sedikit kesukaran bila terpaksa angkut anak-anak sendiri. Abg keluar awal minggu ni, sebab ada training kt KL. Nasib baik dia dh tolong angkut beg sekolah dan beg Spectra masuk ke kereta sebelum dia berangkat pergi kerja.

Sesi pumping @work yg pertama bermula macam biasa. Baru je 5minit, sekali aku dah tak rasa apa-apa suction. Alamak! Apsal dgn kamu ni wahai pam ku sayang???

AKu cuba teruskan lagi. Tp memang sesungguhnya takde suction. Baru dpt 1oz :(
Aku cabut flanges dan buat mermet technique (perah ngn tangan). Tp hasil tak seberapa la utk aku yg tak terer ni..hukhukhuk!

Aku bawak bertenang. Teringat entry Kak Ilah pasal Spectra3 dia yg rosak.

Aku amek no tepon Histopoint dan call terus. 

 Histopoint Sdn Bhd : 03 5631 7288

Hehe opis belum bukak. Wanita yg menjawab panggilan disana suruh call kol 9 pagi nnt. OK takpa, aku pi makan nasik lemak dulu.

Eh sebelum p breakfast, aku roger and out Abg dulu calling for financial help. Duit dalam maybank aku tinggal RM6.80!!! Giler kentang punya sengkek aku bulan nih!!

So tepat jam 9pagi, aku call lagi. Tanya itu ini. Pasal service, pasal loan pump, pasal runner dan pasal charge. Wanita disana bgtau, runner dia boleh datang collect Spectra3 aku dan bg loan pump kol 5 petang nnt. Adehh! Lambat nau tu..Tp aku setuju ja, daripada langsung tak da kan.

So sekarang tgh pikir apakah langkah seterusnya utk menyediakan bekalan utk Hadif esok. Mau jugak esok aku amek EL..bernas tak?


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®