Alkesah Papa dan anak

Lega rasanya bila melihat keakraban anak-anak dengan papa mereka sekarang.

Seronok tengok Hadif yg selalu datang dekat papa utk bermanja dan bergolek-golek bersama. Papa pon suka je nk geletek si anak dengan misai dan janggut tajamnya tu. Mengekek dia gelak ketawa. Bahagia.. 

So dapatla mama berehat sikit daripada melayan semua kerenah mereka berdua tu.

Aku perasan sejak Hadif tidur setilam dan sebantal dengan papa seminggu yg lalu, keakraban mereka lebih terserlah. Sebelum ni, Hadif tidur diposisi paling hujung tilam, bersebelahan dgn almari baju. 

Tapi kesian dia, jadi mangsa nyamuk yg menginap dalam almari tu pulak. Setiap pagi mesti ada gigitan cinta dari sang nyamuk dekat mana-mana bahagian badan Hadif. Then, Abg tukar susunan tidur kami. Dia letakkan tilam bujang dekat tepi tilam queen diruangan solat kami. So Hadif tidak lagi tidur ditepi almari. Oleh kerana tilam bujang tu paling hampir dengan kipas berdiri tu, Abg pon suka tidur dekat situ. 

So mama and Hannah conquer tilam queen berdua, manakala papa dan Hadif share tilam bujang berdua. Hehe takpa, dorang kan kurus. Bagi chance kt mama yg semakin membesar ni tidur dengan selesa.

Yang pasti Hadif adalah seorang yg sangat senang dijaga. Nak tidurkan pon senang. Dengan mama ke papa ke, dia ok je. Nak makan je susah...Haih!!

Sekarang papa selalu hantar Hadif pegi sekolah naik motor. Hadif sangat suka naik motor! 

Setiap malam, papa akan cakap.."Sape nk pegi sekolah naik motor dgn papa, meh sini tidur kt papa"
Dan beralih la itu budak hensem ke sebelah papa dia.Tidur sampai ke pagi.

Sesungguhnya semua perubahan ini melegakan hati mama yg tak lama lagi perlu concentrate dekat baby pulak. :D


2 words from u:

Anonymous said...

bagus gak idea tu..at least bila dah beradik nnti..si kecik tu takdela meragam nak berkepit dgn maminye :D

amirah said...

bagus la latih dr sekarng supaya hadif tak terkejut bila baby dah mai nanti

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®