Check Up @ 36weeks..

Thank you pada komen kawan-kawan yg concern pasal kesihatan aku berikutan entry MC lagi semalam tu.. Terharu i tau :)

Ok pada hari ni, akan diceritakan alkesah yg berlaku..

Sebenarnya semalam aku diarahkan oleh doktor di klinik Soraya utk merujuk pada doktor pakar di Hospital Sg Buloh. So doktor kt klinik Soraya lah yang bagi aku MC utk tujuan ini.

~Flashback~

Petang selasa, macam biasa aku pegi ke Klinik Soraya utk rutin check up 2 minggu sekali. Doktor cantik bergaya di situ masih lagi risau akan berat baby aku, yang menurut pandanganya masih kecil dari yang sepatutnya. As per scan di Klinik Soraya, current baby weight is 2.27kg.

So Doktor cantik bergaya tanpa ragu lagi meminta aku pergi ke Hospital Sg Buloh utk check up lanjutan. Nak suruh doktor di hospital pulak mengesahkan keraguan yg bersarang dihatinya berkenaan kes IUGR ~ boleh baca kt ENTRY INI kalau nk tau kes apakah ..

Dia bagi aku satu refer letter dan mintak aku terus ke Emergency Department - Dewan Bersalin supaya aku boleh berjumpa dengan doktor terus. MC juga diberi beserta satu beg Anmum mengandungi sekotak susu Anmum Stage 1 dan Activity Book for baby :)

~Flashback edisi kedua~

Hari Isnin 21hb 2, 2011..aku pergi jugak check up di Klinik Alpha (my office panel clinic) utk second opinion. Ini kali kedua aku kesini. Sebab aku hanya datang check kt sini bila Doktor kt Klinik Soraya ada bagi komen yang merisaukan.

Doktor Tan buat scan bila aku menyatakan kerisauan doktor di Klinik Soraya. Menurut Doktor Tan, my baby weight is 2.35kg. Dia beranggapan baby aku normal cuma sedikit ringan. Sebab air ketuban cukup, uri berada di tempat sepatutnya, kepala baby pon berada di bawah. Dan baby juga aktif. So kesimpulan yg Doktor Tan bagi adalah baby OK.

Hmmm aku rasa tersepit jugak sekarang ni. Baby OK ke tak sebenarnya...confuse sungguh..

Next entry jap lagi, sepagi di Hospital Sg Buloh..

 

6 words from u:

eija_sweetmama said...

ermmm..nak bagi pandangan pun..x pakar ..hehe

insyaallah..selamat sumenya..
rasa mcm okey jerk berat 2.35kg tu.

Mek Rose said...

oo..tapikan..sy dulu time2 lydzar ni..sy dah refer kat spital yg nak bersalin..sbb senang kan, depa leh dpt tahu ape perkembangan terbaru kita..

ape2 pon harap2 takde apelah ye

Zaidah said...

zai doakan semoga kandungan n baby lydzar ok aje..

kemma said...

hope sume ok..tenang ye..:))

amirah said...

lorrr..mana satu yg betul ni?kitorng pun konpius jugak ni..moga selamat ye

mrs Fahmi said...

hopefully checkup turns out fine....baby dah 2.3 ok kot...cume slim and slender la sikit....still ade remaning weeks to add on weight....kena mkn byk2 ni...heheeh

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®