PENGHARGAAN

Ikuti kisah ini yang dipetik dari seorang pengirim mengenai satu kisah dalam liku-liku kehidupan……..
 
[Menjadi ibubapa bukan mudah, kan? Tetapi kita boleh lakukan.. DAN.. anak-anak hari ini sangat beruntung.. ATAU mungkin ibubapa hari ini terlalu memanjakan mereka]

PENGHARGAAN   

Seorang anak muda yang cemerlang akademik telah memohon jawatan pengurus di sebuah syarikat besar.Dia telah lulus temuduga pertama, pengarah syarikat telah melakukan temuduga terakhir, dan membuat keputusan terakhir.
Pengarah tersebut mendapati dari resume,  keputusan akademik anak muda itu cemerlang dalam semua perkara, dari sekolah menengah sehingga peringkat Sarjana, tiada setahun pun anak muda itu gagal mendapat keputusan tinggi.
 Pengarah itu bertanya, "Pernah anda telah mendapatkan mana-mana tajaan/ biasiswa di sekolah?" dan anak muda itu menjawap "tiada" 

Pengarah itu bertanya lagi, " Adakah bapa anda yang telah membayar semua yuran sekolah?" Anak muda itu menjawap, " Bapa saya telah meninggal dunia semasa saya berusia 1 tahun. Ibu saya yang membayarkan yuran sekolah saya."
Pengarah itu bertanya," Dimana ibu awak bekerja sebelum ini?". Anak muda itu menjawab, "Ibu saya telah bekerja sebagai pencuci pakaian." Pengarah itu meminta anak muda menghulurkan tangannya, dan anak muda itu pun menunjukkan sepasang tangannya yang halus dan sempurna kepada Pengarah itu.
Pengarah itu bertanya, " Pernahkah awak menolong ibu awak membasuh pakaian sebelum ini?" Anak muda itu menjawap, " Tidak pernah, Ibu selalu mahu saya untuk belajar dan membaca lebih banyak buku, tambahan pula, ibu saya membasuh lebih cepat dari saya.."
Pengarah itu berkata, " Saya ada satu permintaan, bila awak balik hari ni, pergi dan bersihkan tangan ibu awak, kemudian datang jumpa saya pagi esok.." 
Anak muda itu merasakan, peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu tinggi, dan bila dia balik ke rumah, anak muda itu ingin membasuh tangan ibunya. Ibunya berasa sedikit pelik dengan kelakuan anaknya itu tetapi gembira bercampur takut ketika menyuakan tangannya kepada anak lelakinya itu.
Anak muda itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan, dan airmatanya tumpah ketika dia melakukannya. Inilah pertama kali dia mendapati tangan ibunya telah berkedut dan lebam/luka. Sesetengah lebam/luka itu membawakan kesakitan sehingga tubuh ibunya menggeletar ketika dibersihkan dengan air.

Inilah pertama kali anak muda tersebut sedar dan menyedari bahawa sepasang tangan inilah yang telah membasuh pakaian setiap hari untuk mendapatkan wang bagi perbelanjaan sekolah, lebam/luka-luka di tangan ibunya adalah harga yang dibayar oleh ibunya untuk pengijazahan dan kejayaan akademik dan kemungkinan masa depannya.

Selepas membersihkan tangan ibunya, anak muda tersebut secara senyap-senyap meneruskan kerja mencuci pakaian untuk ibunya pula.
Malam itu, si ibu dan anak lelakinya telah berbual untuk tempoh waktu yang panjang. Keesokan pagi, anak muda itu telah pergi ke pejabat Pengarah tersebut.

Pengarah itu menyedari ada air mata bergenang di kelopak mata anak muda, lalu bertanya,: "Boleh awak beritahu saya, apa yang telah awak lakukan dan belajar semalam di rumah?"
Anak muda itu menjawap," Saya telah membersihkan tangan ibu saya, dan juga menyudahkan kerja membasuh saki baki pakaian."

Pengarah itu bertanya, " Ceritakan perasaan awak.". 

Anak muda itu berkata, "Pertama, saya tahu erti penghargaan/rasa terima kasih. Tanpa ibu saya, saya tidak akan berjaya hari ini. Kedua, saya tahu bagaimana bekerja bersama ibu saya, setelah itu saya sedar bagaimana susah dan sukar untuk menyiapkan sesuatu tugas. Ketiga, saya tahu betapa penting dan bernilainya ikatan kekeluargaan.". 

Pengarah itu berkata," Inilah apa yang saya minta, saya ingin mengupah individu yang boleh menghargai pertolongan orang lain, seseorang yang tahu bagaimana kesusahan dan kesengsaraan orang lain untuk menyiapkan kerja, dan seorang yang tidak meletakkan wang sebagai matlamat semata-mata dalam hidupnya, untuk menjadi pengurus bawahan saya. Anda telah diterima bekerja.".

Kemudian, anak muda telah bekerja dengan rajin dan menerima penghormatan dari semua pekerja bawahannya. Setiap pekerja bekerja dengan tekun dan berpasukan. Syarikat  telah menunjukkan reputasi yang terus menerus meningkat.

Seorang anak yang selalu dilindungi dan secara tabiinya diberikan apa sahaja yang dia mahu, akan membina 'mentaliti hak/kelayakan'  dan sering meletakkan dirinya sendiri yang paling utama. Dia tidak mempedulikan usaha ibu bapanya. Apabila dia mula bekerja, dia meng-andaikan semua orang mesti mendengar/mengikuti dia, dan apabila dia menjadi seorang pengurus, dia tidak pernah tahu kesengsaraan pekerja-pekerja  dan selalu menyalahkan orang lain. Bagi orang bersikap begini, dia mungkin boleh mempunyai 'keputusan' yang baik..mungkin akan berjaya buat sementara, tetapi akhirnya dia tidak akan merasa erti kejayaan, dia akan bersungut dan penuh rasa kebencian dan berjuang mahukan lebih dari itu. Jika kita tergolong dalam golongan ibubapa yang 'terlalu melindungi anak-anak', adakah kita menyayangi atau memusnahkan anak itu?

Anda boleh menyediakan rumah besar untuk anak anda, memberikan makanan terbaik, memberi latihan piano, menonton skrin TV besar. Tetapi apabila anda sedang memotong rumput, benarkan anak anda merasai pengalaman memotong rumput bersama-sama (dgn pengawasan anda). Setelah makan, benarkan mereka membasuh sendiri pinggan dan mangkuk bersama adik beradik mereka. Perbuatan ini bukan kerana anda tidak mempunyai wang untuk mengupah pembantu rumah, tetapi ini kerana anda menyayangi mereka dengan mendidik cara yang betul. Anda mahu mereka memahami, tidak kira betapa kayanya ibu bapa mereka, satu hari nanti rambut mereka akan beruban sama seperti ibu kepada anak muda tersebut. Matlamat paling utama ialah, anak anda belajar untuk menghargai usaha dan merasai kesukaran dan belajar untuk boleh bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan sesuatu tugasan/kerja. 

Anda tidak boleh mengubah destinasi semalaman, tetapi anda boleh mengubah arah tujuan bila-bila masa. 
Wallahualam……..


10 words from u:

Unknown said...

terharunya baca cite ni..sob sob sob..

Mek Rose said...

betul tu..sokong artikel ni!

Iela Fazielah said...

setuju sgt dgn kenyataan dr cerita ini....

amirah said...

terharu..tp inilah hakikat kehidupan kan..

ZR said...

setujuuuuu

Anonymous said...

mamasue dok terbyg dhiya tgh cuci pinggan, dan sgt hepi main air kt sink...pastu abes meleleh2 air satu dapur...

ayukhairy said...

syahdunya entri ini.....

Eliss said...

besar sungguh pengorbanan seorang ibu kan..

Unknown said...

@mamasue mamasue, memula je kot dia main air. nnt lama2 dia tau la, kena basuh pinggan, bukan bersukaria disinki :)

apik's said...

sedih nyer bace entri ni.. T_T

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®