Harta yang berharga

Mereka ni lah harta saya yg tak ternilai.  Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki dari Ilahi.

Semakin membesar dengan semakin banyak kerenah yang perlu saya tangani. Terutama yg baju hijau dengan baju Harimau Malaya tu.


Sekarang, bila saya kejutkan bangun tidur utk bersiap ke sekolah. Tak lain tak bukan yang saya kena hadap adalah tangisan mereka bermula dari atas tilam sampai la di bilik mandi. 

'Tak nak mandi mamaaaaaaa! tak nak mandiiiiiiiiiiiiiiii! " jerit yang baju kuning.

'Tak nak bangunnn..nak tidur lagiiii!!! " jerit yang baju hijau.

Bila dah siap mandi dalam keadaan terpaksa dan penuh rayuan, tangisan akan berhenti. Waktu pakai baju "Kenapa asek sekolah je? " "Sekolah tu bukan nya best pon"

Pandai komplen dah. Huhu. Long way to go. You have to go to school sampai umur 17tahun tau tak. 

Sekarang baru 4 tahun. Jangan la anak mama cepat bosan pergi ke sekolah. Kalau mama tak kerja pon, u still have to go to school. Mama tak konfiden nk conduct HomeSchool sendiri lagi.

Waktu sampai depan pintu tadika, drama lagi. Menangis tak mau ditinggalkan. Yang duduk dalam stroller tu pon dh pandai cebik-cebik nak nangis bila mama passkan dia pada cikgu. 

Yang baju hijau request mama angkatkan beg dia bawak masuk sampai dalam kelas. Sampai la abes semua ritual saying bye-bye (salam dan cium tangan, saling cium pipi mama-anak) baru la dilepaskan mama pergi. Kalau tertinggal satu, kompom menangis tak hengat. 

Yang baju bola, takmo keluar dari kereta. Tak nak tanggal selipar. Cakap nak balik rumah dulu. Huhu.

Kekadang sebak je hati ni bila start keluar dari perkarangan tadika. Tapi kalau diikutkan ragam mereka, alamatnya mama tak sampai la ke opis. Bila tanya cikgu, lama ke dorang menangis. Cikgu bagitahu sekejap je. Dah tak nampak mama dorang boleh je main/belajar dgn kawan-kawan.

OK itu melegakan kegundahan mama.

Saya ceduk tips daripada blog Ayu utk rujukan saya sendiri dalam menangani kerenah anak-anak saya.

1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...

2.kita kena sabar bebanyak...pendekatan moden sekarang ialah jgn menangan anak...tapi slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah mintak dilembutkan hatinya.

3. bangun pagi..peluk anak sebanyak 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati(bergantung pd niat kita utk si anak)

4. baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAULEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalau anak masih menyusu..hembuskan pada susu.

5. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

6. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
 
Insya allah saya akan cuba amalkan. Pendekatan rohani memang amat membantu dalam bidang keibubapaan ni. Semoga saya dan suami berjaya menjaga dan mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna.
 

5 words from u:

kemma said...

betul tu lydzar...pendekatan tangan tu dh x bpe jln ..lg keras jadinya..sentiasa kna memujuk n slowtalk...sabar n doa kna banyak..cabaran makin bertambah bila ank makin besar...camtula mak bapak kita susah payah besarkn kita..sekarang baru sedar yg paling penting bykkn doa..n sentiasa cakap yg baik2 as doa.mmg emola cakap pasal didik ank2 ni.:)

Cho Zila said...

memang kena selau bersabar dengan kerenah anak2 ni sebab mereka semakin bijak ... semoga kita semua akan dapat kekuatan untuk mendidik mereka... doa memang terapi yang terbaik...

Iela Fazielah said...

hmm mcm2 kan??? tp ada kemungkinan sekolah dia mmg xbest pun ada kot...kalau sekolah best mesti dia bersemangat nak gi sekolah...tp akak rasa2 jelah...neway...tq sharing the tips....

akuzle ayu said...

tips yg baguih tp biasanyer terlupa ajer kalo x ingat btui2

Sharinginfoz said...

memang tak syak lagi mereka adalah harta yang paling berharga

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®