Minyak panas!

Tepi tepi!! Lalu lalu! Minyak panas ni!!!

..dulu time kt UiTM, masa berhimpit-himpit naik bas nk ke kelas, aku selalu dengar;

"Lalu lalu..sup panas..sup panas..bagi laluan!!"  korang penah dengar??

Dengan segeralah orang bagi laluan, padahal tu trick jer..Orang tu nk keluar dan turun dari bas yg penuh sesat. Dh sampai destinasi :) Dan selalunya budak-budak laki la yg buat ni..

Takdeknya nk cakap.."excuse me..nak lalu..nak lalu. Aku nak turun ni"

Hehe yg sebenarnya aku nak bertanya pada sesiapa yang berkaitan..sapa ada cadangan utk minyak or losyen panas utk aku pakai masa berpantang nnt..

Masa deliver Hannah, pakai minyak Mestika kaler hijau tu..masa Hadif, pakai losyen Syifa. Aku suka losyen Syifa tu sebab selain panas, dia jugak wangi :)

Kali ni, tetiba macam nk try minyak/losyen lain pulak. Yang belum pernah aku guna.

So meh la tinggalkan komen dan cadangan yg bernas daripada kawan-kawan semua. Minyak/losyen brand apa korang pakai, harga, ktmana korang beli..

Sudi-sudikan la yer bersharing bersama ku :)


Secret Recipe cake - BESARRR PUNYA!!

Tu diaaaa!! 

Penuh coffe table dekat lobi PBJV ni dengan sebijik kek Secret Recipe yang ohhhhsooooyuummmeeehhh!! BESAR PUNYA!!


Actually hari ni ada birthday gathering utk staff PBJV for month of December and January.  Double celebration :) 

Menu utama adalah nasik beriani. Tak dan dah amek gambar sebab malas nk bawak henpon ke pantry. Makan adalah lebih utama dari bergambar kan :)

Sementara tunggu kawan-kawan beratur amek nasik, dh 2 slices cake SR ni selamat masuk dalam perut. Suruh cake SR kawan dgn baby HM. Suka sungguh dia. Kickboxing perut mama dengan sungguh bersemangat.

Setelah berhari-hari mama dia tak menjamu selera penuh perut. Bila tiba-tiba dapat kawan especially cake dari SR, mmg lain sungguh reaksi dia sejak tengahari tadi. Dusssshh sana dussshhh sini..! ~tp ada kaitan ke eh sebenarnya???~

Waktu solat zohor dan solat hajat berjemaah tadi, memang mengah tak hengat ~hari ni, acara makan  dijalankan dulu memandangkan azan Zohor lewat sket..so tau-tau  la mengah lepas kekenyangan cemana kan~

Dan diketika ini, 2 slices lagi duduk menunggu sebelah laptop mama. Saksikan coklat cair yg menggiurkan kt cake tu...Ohhhhhh...


Dan baby HM terus melompat melonjak kegirangan dari dalam bila ada kawan lagi utk sesi petang pulak :)

Alhamdulillah. Kalau tak amek dinner pon, rasanya masih kenyang sampai ke subuh esok nih


Memahami cemburu wanita

Hari ni kita share artikel motivasi yer.

Topik adalah CEMBURU.

Rasanya semua manusia pon ada cemburu tersimpan dilubuk hati masing-masing. Cuma tahap cemburu itu mungkin kecil, sederhana atau besar ataupon tahap extreme. Yang tahap extreme ni memang bahaya sebab boleh menyebabkan malapetaka dan bala yg terjangkau dek akal kita. Contohnya, kes bunuh dan bakar mcm yg terpapar kt akhbar2 tu laaaa..

Kalau tak dikawal, boleh buat hati berdarah, hati pecah dan sebagainya..

So sekarang aku nk share something berkaitan cemburu. Lepas baca sampai habis, sapa setuju sila angkat tangan. 


Apa itu cemburu?

Ditinjau daripada satu sudut, cemburu ialah manifestasi hilangnya rasa selamat dari dalam hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu, tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.


Kepuasan pada kacamata seorang wanita

Menurut pakar-pakar pikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila dia berkahwin, dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. 

Sumber kepuasan wanita yang pertama :
Tingkah-laku suaminya kepadanya. Dalam erti kata yang lain, dia mendapat kepuasan daripada cara-cara suaminya melayan dirinya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara yang positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah-laku positif. Setiap kali si suami membasuh pinggan selepas makan, maka si isteri berasa sangat puas. Ini bermakna, untuk memuaskan hati isteri, lelaki digalakkan membuat banyak perkara-perkara yang positif.

Sumber kepuasan wanita yang kedua : 
Datang daripada makna yang diberikan olehnya ke atas tingkah-laku suaminya. Mana-mana perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mecipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita. Hasilnya, setiap kali seseorang suami melakukan perbuatan-perbuatan begitu, maka isterinya berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan lelaki memuji masakan isterinya diberi makna dan yang tinggi oleh si isteri. Setiap kali seseorang suami memuji masakan isterinya, maka isterinya berasa sangat puas. Ini bermakna lelaki perlu mengetahui pelbagai tingkah-laku suami yang diberi makna dan nilai tinggi oleh isterinya, dan mereka digalakkan banyak menunjukkan tingkah-laku jenis itu kepada isteri.

Penilaian wanita terhadap suami

Katakan suami melakukan berbagai-bagai perkara. Setiap perkara yang dilakukannya diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa puas yang sangat tinggi. Begitu juga yang sebaliknya. Setiap kali suami melakukan perkara-perkara yang diberi nilai rendah oleh isterinya, maka si isteri akan berasa amat tidak puas. Sebagai contoh, perbuatan balik lambat diberi nilai yang amat rendah oleh wanita, maka setiap kali lelaki balik lambat, isterinya akan berasa amat tidak puas.

Kriteria Penilaian

1. Eksklusif dengan isteri

Bagi wanita, tingkah-laku suaminya yang bersifat eksklusif, iaitu ia hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri seorang sahaja, diberi nilai yang amat tinggi oleh wanita. Contoh perbuatan eksklusif yang dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja ialah seks. Jadi, semua tingkah-laku seksual si suami diberi nilai yang sangat tinggi oleh isteri selagi tingkah-laku seksual itu hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri sahaja. Tingkah-laku seksual termasuklah semua perbuatan yang mengiringi nafsu seks, dengan persetubuhan sebagai perbuatan yang paling tinggi nilainya. Itulah sebabnya setiap kali suaminya melakukan perbuatan-perbuatan seksual ke atas si isteri, maka si isteri mengecapi kepuasan yang sangat tinggi.

Kajian pakar-pakar mendapati lain-lain perbuatan lelaki yang dianggap eksklusif oleh wanita ialah:

a. Bercakap-cakap dan berbual-bual mesra lama-lama


Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita-wanita yang menjadi rakan-rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi, bagi wanita perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu yang kuat apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang bercakap-cakap dan berbual-bual mesra dengan wanita lain, tanpa mengira siapa wanita itu kepada suaminya.


b. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa


Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.


c. Mencurahkan masalah peribadi


Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Oleh yang demikian perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat.


Apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah-laku itu jatuh menjunam-junam di mata si isteri. Kepada si isteri, kini tingkah-laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu. Itulah sebabnya, sebarang tingkah-laku seksual suaminya yang menyebabkan perbuatan itu kini tidak lagi ekslusif dengan dirinya seorang, ia menimbulkan reaksi cemburu yang sangat kuat daripada isteri.


2. Eksklusif tanpa isteri


Lelaki juga melakukan pelbagai perkara dengan orang-orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah-laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai yang rendah oleh si isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki-lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

3. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan-perbuatan baik dengan isterinya, mahupun dengan orang-orang lain. Sebagai contoh ialah perbuatan makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya dan juga dengan orang-orang lain. Perbuatan jenis ini diberi nilai yang sederhana tingginya. Setiap kali si suami makan bersama isterinya, si isteri berasa sederhana puas. Jadi perbuatan suaminya duduk makan semeja dengan rakan-rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.


Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah-laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah-laku itu turun, ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah-laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya. Sebagai contoh, jikalau suaminya menciumnya, dia berasa sangat puas kerana perbuatan itu adalah eksklusif. Apabila suaminya juga mencium wanita lain, dia akan berasa sangat cemburu. Akibatnya, apabila suaminya mencium dia, ciuman suaminya itu tidak lagi memuaskannya.

Itulah sebabnya, setelah seseorang lelaki berkahwin lain, seks yang serupa tidak lagi memberi kepuasan yang serupa kepada isteri tuanya. Malah ia mungkin tidak memberikan apa-apa kepuasan lagi kepadanya, kerana kini seks bukan lagi tingkah-laku suaminya yang eksklusif dengan dirinya seorang. Kini suaminya juga melakukan tingkah-laku seksual itu dengan wanita lain. Inilah faktor yang membuat nafsu seks isteri tua menurun ataupun hilang sama sekali apabila dia mengetahui bahawa suaminya melakukan hubungan seks dengan mana-mana wanita lain. Jadi, walaupun seseorang lelaki masih memberikan seks yang serupa kepada isterinya, si isteri tidak lagi mengecapi nikmat yang sama, kerana kini nilai tingkah-laku seksual suaminya sudah turun amat rendah, ataupun hapus sama sekali.


Tetapi apakah faktor yang sebenarnya menurunkan ataupun menghapuskan nilai tingkah-laku si suami?


1. Perubahan tafsiran


Nilai itu turun kerana setelah suaminya melakukan seks dengan wanita lain, kini si isteri memberikan tafsiran yang berbeza kepada semua tingkah-laku suaminya. Perubahan tafsiran itulah yang menurunkan nilai tersebut.


Kalau dulu si suami membelikan kain batik untuk si isteri dan pemberian itu ditafsirkan oleh si isteri sebagai “Tanda kasih suaminya kepada dirinya”, tetapi setelah suaminya kahwin lain, kini si isteri mengatakan “Dia belikan kain batik sebab dia hendak menutup rasa bersalahnya.” Tafsiran seperti itulah yang menyebabkan si isteri tidak lagi mendapat kepuasan yang sama daripada kain batik itu.


2. Perubahan penilaian


Kepuasan wanita juga hilang disebabkan cara-cara bagaimana dia kini menilai hubungannya dengan suaminya. Nilai itu berubah apabila dia tahu bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dulu si isteri berasa puas dengan apa yang dinikmati dalam perkahwinannya. Dulu dia puas kerana sebelum suaminya curang kepadanya, dia menilai mutu hubungannya tanpa membandingkan dengan hubungan lain. Kini, dia percaya hubungan suaminya dengan dirinya tidak sebaik hubungan suaminya dengan wanita lain itu. Akibat perbandingan itu, si isteri percaya dia tidak menikmati hubungan yang sebaik apa yang dinikmati oleh suaminya dengan wanita tersebut. Dia percaya kini suaminya menikmati lebih banyak kepuasan dengan wanita itu, manakala dia sendiri berasa dia tidak sepuas suaminya. Dia juga percaya suaminya tidak berapa puas dengan dirinya dan suaminya lebih puas dengan wanita itu.


3. Ramalan negatif


Dengan persepsi seperti itu, si isteri yakin suaminya akan melabur lebih banyak ke dalam hubungannya dengan wanita lain itu. Malah dia percaya ada kemungkinan suaminya akan meninggalkan dirinya sama sekali. Itulah sebabnya kini dia tidak lagi menikmati rasa puas dengan hubungannya dengan suaminya, walaupun suaminya masih memberikan layanan yang sama seperti dulu.


4. Perubahan persepsi


Rasa tidak puas juga datang daripada persepsinya bahawa kini kasih sayang suaminya sudah berkurangan, walaupun suaminya beria-ia mengatakan itu tidak benar. Rasa tidak puas hati itu datang daripada perasaan bahawa dirinya kini sudah tersisih dan terkeluar daripada sebahagian aktiviti suaminya. Dalam lain perkataan, dia kini tahu bahawa ada kalanya suaminya melakukan aktiviti-aktiviti di mana dia tidak diberi tempat sama sekali, seperti apabila suaminya berada bersama-sama dengan wanita lain itu.


Dia juga juga membayangkan bahawa di dalam aktiviti-aktiviti tertentu, suaminya mendapat lebih banyak keseronokan apabila aktiviti itu dilakukan bersama wanita itu. Seterusnya, dia juga tidak puas hati lagi dengan apa-apa yang diterima daripada suaminya kerana kini perkara-perkara itu tidak lagi eksklusif baginya seorang.

So dh habis baca??
Hehe panjang kan main lagi..

Oleh itu, sama-samalah kita..baik kaum isteri ataupun suami utk memanfaatkan sudut pandang artikel ini. Yang aku rasa memang benar dari persepsi seorang wanita. 

Kawal perasaan kita dan jangan cemburu buta yer kawan-kawan :) ~peringatan utk aku jua~



Suapan Kasih

Ini senario biasa ~makan dalam polistrin~ bila ketiadaan Papa kat rumah. Outstation lah dia macam selalu.

Sekarang ni tetiba hilang selera. Beli sebungkus nasik goreng saje utk 3 orang makan. Dulu selalu rasa tak cukup, tp sekarang makan 3-4sudu pon dah rasa enough. 

Anak-anak pon tak makan banyak mana, so memang amatla tak berbaloi nk bersusah payah masak nasik etc kt dapur tu. Dapur tak bersepah. aku pon dapat berehat lebih lama bila bercuti masak.

Nak makan sendiri. Dah ada improvement pada selera Hannah.
Hadif geleng bila mama nk suap, tp bila kakak suap dia menganga

Kesian mereka berdua ni. Since Sabtu lagi Hadif terkena cirit birit. Makin kurus anak bujangku. Makan tak selera dan takmau, tp asek 'keluar' saje. Dah pegi klinik on Sunday, tp kalau berterusan lagi maybe nk kena repeat visit ke klinik.

Si kakak pulak berjangkit since malam tadi. Get well soon my dear kids.

Mayday mayday..payday..payday..kutuday!!!

Huahuahua..yg paaaaaaaling penting adalah perkataan kedua dan terakhir dalam tajuk entryku ini ..

Girang weh bila tengok akaun Maybank dh berpenghuni..

Girang lagi bila bulan ni aku bakal dpt extra sket income. Bukan dari side income tp dari hasil tabungan bersama-sama kawan-kawan. Ala sapa yg tak tau konsep main kutu, kan :)

So utk pembukaan tahun 2011 ni, aku adalah penerima pertama setelah mendapat ehsan dari rakan-rakan. Masa undi hari tu, turn aku adalah no 11..alih-alih terus jump ke no 1. Big THANKS to Kak Liza dan Puan Puteri yang sanggup mengsacrificekan turn mereka.

Alhamdulillah, segala TOP PRIORITY list akan aku langsaikan proses pembeliannya dalam masa 2-3hari ni. Takut terguna duit tu utk benda-benda yg kurang penting pulak nnt.

Hajat-hajat lain yg WAJIB ditunaikan kali ini adalah kunjungan ke ICEROOM KD dan juga membeli sebakul durian..HAhA! takla..takkan la sampai sebakul..maybe 3-4bijik la kot..


Memulakan Penyusuan Ibu

Sekarang ni perasaan sangat membuak-buak nk menyambut kelahiran our 3rd bundle of joy..Haa kau..berbundle-bundle sampai dh nombor 3 dah..hahaha!! 

Weekend baru ni, dh berjaya setelkan kerja cuci-cuci baju, mitten n booties, towel, selimut, napkin dan yg seumpama dengannya. Bila tengok semua yg tergantung kt ampaian tu, rasa bahagia menyelinap seluruh anggota badan. Tambah seronok bila Hannah dan Hadif pon sama-sama enjoy tengok baju-baju comel.

"Mama, ni baju baby kan?? " soal Hannah berulang kali. Dia pon tak sabar nk tengok baby keluar agaknya.

Selain perasaan bahagia tengok pakaian tu semua, perasaan tak sabar nk memulakan perjalanan penyusuan pon sama berlumba-lumba nk join sekaki.

Tip Untuk Memulakan Penyusuan Susu Ibu untuk kita kongsikan dan manfaatkan bersama; 



Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin -kaedah rooming in bersama baby adalah cara paling tepat utk berjaya dalam misi penyusuan-
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa -jangan kecewa andai si anak lebih suka tidur dari menyusu diawal kelahiran. Kejutkan dan beri galakan padanya-
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu -minta izin dari pelawat jika sudah sampai masa utk menyusu. Rakan dan ahli keluarga tentu boleh memahami keinginan utk menyusukan bayi itu-
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama. -mungkin ada sedikit masalah timbul jika anda berpantang bersama anak-anak lain yg turut memerlukan perhatian, cuma pastikan ada orang lain di sisi yang boleh membantu dan pastikan anda dapat rehat yg cukup-
  • Jangan guna nipple artificial -boleh menyebabkan nipple confusion-
  •  
  • Menyusu ‘on demand’. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan. -boleh expect penyusuan setiap 1 atau 2jam dari newborn baby. Jika bayi mudah tertidur, si ibu digalakkan mengepam menggunakan breastump yg sesuai bertujuan mengosongkan payudara-
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala. Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang. -ketidakselesaan boleh mengundang perasaan stress pada si ibu-
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi -posisi yg betul agar anda dan bayi selesa sepanjang penyusuan-
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda -posisi yg betul boleh membantu bayi anda latch dengan betul dan dapat mengurangkan risiko sore nipple-
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.

Credit info to : AlamHamil.com


pssst : tulisan biru tu, serba sedikit ulasan aku yer..

Pregnancy - week 31

Last friday, settle urusan di 2 buah bank dan Maxis Centre, kami berdua terus ke Klinik Soraya utk monthly checkup.

Macam biasa check urine dan ambik timbangan kt luar tu. My current weight is 66.4kg. ~alamak!! beratnya!!!!~ Tapi cuma naik 1kg dari last check up.

Masuk bilik doktor buat scan. Berat baby sekarang dh around 1.5kg which is normal utk usia kandungan aku. Then Doktor bagi satu dos ATT injection dekat lengan.

Aku tanya dgn doktor apa prosedur masa nk ke hospital nanti. 

Doktor kata kalau aku nak ke Hospital Sg Buloh, aku boleh terus ke hospital bila dh start rasa sakit..Hanya perlu bawak rekod monthly checkup dan segala jenis result test yg penah buat dekat klinik tu. 

Semoga nanti semua berjalan lancar. 


Wanita dan stress

Petikan artikel dari Utusan Online semalam. Banyak jugak point yg aku setuju :)


Wanita lebih banyak alami stres mental?


Oleh Dr. Sabitha Marican


BARU-BARU ini kita telah didedahkan dengan maklumat bahawa pesakit mental yang menerima rawatan di Hospital awam telah meningkat ke 15.6%. iaitu seramai lebih 400,000 orang. Malah angka ini dikatakan telah meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya. Membaca kenyataan ini rakan sekerja saya tersenyum lebar sambil berkata "hai sebenarnya banyak lagi diluar sana yang dok tunggu giliran nak masuk hospital mental ini, cuma dia orang tak sedar". Dan beliau terus ketawa terbahak-bahak. Walaupun kenyataannya itu nampak seperti bergurau, tetapi mengikut beberapa kajian yang dilakukan di negara kita, komen itu ada kebenarannya. Ini kerana ramai yang mengalami stres tetapi tidak menyedarinya.


Dwi kerjaya


Amnya ramai yang menghadapi masalah mental dikaitkan dengan masalah kekeluargaan dan ketidakpuasan di tempat kerja. Kini, 50% dari tenaga buruh adalah wanita dan 70% dari dari mereka sudah berumah tangga. Oleh yang demikian, salah satu golongan yang berhadapan dengan gejala penyakit mental ini ialah pasangan dwi kerjaya. Dwi kerjaya bermaksud individu itu mempunyai dua peranan iaitu di rumah dan di tempat kerja. Realitinya ialah pasangan dwi kerjaya kini adalah satu keperluan memandangkan kos hidup yang semakin meningkat.


Benarkah wanita lebih stres?


Mengimbas semula data kementerian kesihatan pada tahun 1996, didapati wanita secara umumnya menghadapi stres mental 1.5 kali lebih tinggi berbanding dengan lelaki.. Mungkinkah wanita lebih stres dari lelaki?


Status kesihatan


Antara punca stres di kalangan pasangan ini kerana terpaksa berkejaran untuk mengimbangkan antara kerjaya dan tanggungjawab dirumah. Dapatan kajian dari 1000 orang wanita kerjaya, didapati 55% peratus dari mereka mengalami lebih dari satu bentuk masalah kesihatan.


Penyakit yang dihidapi adalah seperti kencing manis, sakit lutut, migrain, sengal sengal badan, insomnia, pening, sakit pinggang, kemurungan, sering selesema dan demam, rasa kebas pada bahagian badan tertentu dan darah tinggi. Selain dari itu seramai 40% mengatakan berat badan mereka telah meningkat disebabkan kecenderungan untuk makan bila stres dan penglihatan mereka semakin kabur (32%) disebabkan oleh penggunaan komputer.


Secara keseluruhan 10% sahaja wanita yang mengaku mereka sihat, dan 71% merasakan mereka agak sihat, 16% bersetuju mereka tidak berapa sihat dan 3% mengatakan mengatakan mereka langsung tidak sihat. Ini adalah satu tanda amaran yang memerlukan tindakan segera.


Menurut kajian yang dijalankan di Korea, wanita yang menanggung pelbagai jenis penyakit disebabkan oleh dwi kerjaya jika berterusan selama 10 tahun akan mengalami sindrom kemurungan yang digelar sebagai Whabyung. Apa yang membimbangkan ialah hampir 17% dari wanita dalam kajian ini mengatakan mereka telah mengalami kesemua penyakit ini lebih dari 7 tahun. Berkemungkinan ada wanita dari kajian ini mewakili sebahagian dari 400000 ribu yang mempunyai penyakit mental ini?


Konflik dalaman


Secara terperinci, wanita dwi kerjaya ini menghadapi konflik dalaman disebabkan oleh pelbagai permintaan dari ahli keluarga, iaitu suami, anak, ibu bapa dan tidak ketinggalan majikan di tempat kerja. Kajian menunjukkan hampir 70% mengatakan ia berlaku kerana berkejaran untuk menghabiskan kerja pejabat dan kerja rumah.


Masa tidur


Seramai 34% dari wanita tersebut terpaksa mengorbankan waktu tidur mereka untuk memastikan kerja rumah mereka dapat dibereskan. Malah ada yang bangun seawal lima pagi dan tidur lewat satu malam setiap hari. Mereka tidak terdaya menjadi superwomen yang perlu menggalas hampir semua tanggungjawab dirumah di samping mengejar kerjaya.


Kerja Rumah


Lebih 80% mengaku bahawa mereka terpaksa melakukan kesemua kerja rumah secara sendirian. Hanya 17% sahaja suami yang sedia membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Kerja yang dilakukan oleh suami adalah dikategorikan sebagai kerja sampingan atau "bantuan bila perlu". Maka tidak menghairankan jika seramai 78% merasakan kelesuan mental apabila berada di tempat kerja. Sehubungan dengan itu juga, apabila menghadapi masalah dirumah maka besar kemungkinan stres ini akan dibawa bersama di tempat kerja. Apa yang berlaku ialah rakan rakan di tempat kerja juga akan merasakan bahang dari stres individu tersebut.


Bersama Anak dan Ibu Bapa


Ramai wanita (70%) dalam kajian ini mengalami konflik dalam diri kerana merasakan tidak berlaku adil dalam menjaga kebajikan anak anak mereka. Beban ini lebih terasa kerana hampir 90% wanita dalam kajian ini tidak ada pembantu rumah atau keluarga terdekat untuk membantu menjaga anak anak mereka.


Malah wanita ini juga mengalami dilema bukan sahaja mereka tidak dapat memberikan penjagaan yang secukupnya pada anak anak tetapi juga untuk ibu atau bapa mereka yang uzur. Wanita kerjaya seumpama ini dikenali sebagai "wanita generasi tersepit", kerana mereka terpaksa mengimbangkan antara tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan anak. Di negara China disebabkan terlalu banyak sangat kes pengabaian orang tua, maka satu polisi telah digubal dimana ibubapa dibenarkan untuk membawa anak-anak ke muka pengadilan jika mengabaikan kebajikan orang tua mereka. Namun jika dilaksanakan di negara kita, apakah cara ini dapat melahirkan sebuah masyarakat penyayang?


Masa untuk diri dan Bersama Kawan


Kajian turut mendapati 40 % wanita mengatakan mereka tidak ada masa untuk bersantai dengan kawan. Bukankah menonton drama terkini, malah mendengar berita pun sudah tidak kesempatan. Malah lebih 50% wanita mengatakan bahawa tidak ada masa untuk memanjakan diri dengan urutan, ke Spa ataupun pusat rawatan kecantikan. Sehinggakan ada wanita dalam kajian ini yang mengeluh kerana masa cuti minggu adalah paling stres bagi mereka. Cuti dua hari itulah mereka gunakan segala tenaga untuk membereskan kain baju belum bergosok atau dibasuh, mencuci tandas dan membeli barang keperluan dapur. Menurut kajian juga masa santai untuk diri adalah penting untuk kesihatan mental seseorang diri. Apakah pengalaman seumpama ini boleh dikatakan sebagai satu deraan fizikal tetapi juga mental bagi wanita tersebut?


Bersama suami


Dalam hal suami pula, seramai 55% bersetuju mempunyai masa yang terhad untuk bersama pasangan mereka, kerana terlalu banyak kerja rumah maupun urusan pejabat yang perlu di laksanakan. Seramai 15% menjawab mereka tidak ingat bila kali akhir mereka bermesra dengan suami mereka. Seperti kata salah seorang responden "terlalu banyak tugas overtime di tempat kerja sehingga suami dirumah menjadi part time".


Malah 3% dari responden menjawab mereka mula sangsi dengan perubahan tingkah laku pada suami mereka yang tidak semesra dulu. Antara perubahan yang dimaksudkan ialah suami mereka kurang berkomunikasi, suami lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah bersama kawan, kurang ucapan kata kata mesra mahupun hadiah "kejutan" untuk hari jadi, hari ulang tahun berbanding dengan sebelum ini. Belaian mesra dan gurau senda juga amat kurang dalam hubungan harian mereka dan kecewa dari segi hubungan intim dengan suami mereka.


Sebuah lagi kajian yang dilakukan di kalangan 160 orang professional juga mendapati di hampir 11% mengalami konflik nafkah batin di kalangan pasangan kerja yang sudah berkahwin. Masalah dalam perkahwinan seumpama ini boleh mengganggu emosi dan boleh memberi kesan ke atas kerja mereka.


Benarkah pekerja wanita adalah toksik di tempat kerja.


Dengan adanya ramai graduan wanita, kini di tempat kerja kebanyakan jawatan pengurus atau pentadbir mula dipenuhi dengan wanita. Sebuah kajian yang dijalankan pegawai kerajaan menunjukkan bahawa jika ada pilihan, 90% dari responden, tidak kira lelaki atau perempuan lebih suka berkerja dengan bos lelaki. Antara sebabnya ialah bos lelaki dipandang sebagai lebih memahami masalah pekerja, tidak atau "angin pasang surut" boleh berkomunikasi secara berhemah. Tidak kurang juga yang memberikan pelbagai gelaran pada bos wanita mereka seperti singa betina, Hitler dan seumpamanya. Apakah ini petanda wanita lebih stres di tempat kerja? Atau permintaan ditempat kerja yang menjadikan mereka stres?


Wanita dan kerja


Seterusnya 50% wanita dalam kajian ini menyatakan hasrat mereka untuk berhenti kerja jika diberi peluang kerana kesukaran untuk mengimbangi tanggungjawab antara kerja dan keluarga. Tetapi pada hakikatnya 80% mengatakan mereka merasa gembira jika mempunyai kerjaya serta dapat membantu dalam ekonomi keluarga. Lebih lebih lagi yang mempunyai anak, kerana perlu mengasingkan sekurang kurangnya 7% dari pendapatan untuk perbelanjaan anak-anak. Jelas sekali menunjukkan bahawa wanita akan mengalami stres kerana tersepit antara dua keadaan


Pendek kata wanita dwi kerjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran iaitu penjagaan anak-anak, menjaga ibu bapa, beban kerja rumah, masalah dalam perkahwinan dan prestasi kerja.


Mengatasi pesakit mental tanggung jawab siapa?


Menurut Institut Kesihatan Mental di Amerika Syarikat dianggarkan 17 juta penduduk atau seramai 10% dari penduduk golongan dewasa mengalami kemurungan setiap tahun. Namun jika mereka diberi bantuan seramai 70% menunjukkan perubahan yang positif dalam masa beberapa minggu sahaja.


Malaysia adalah salah sebuah Negara yang memperuntukkan belanjawan untuk tujuan kesihatan yang besar untuk rakyatnya. Namun pesakit mental bukan tanggungjawab kerajaan ataupun majikan sahaja, malah setiap ahli keluarga. Ini kerana kerajaan dan majikan boleh mewujudkan pelbagai bentuk bantuan untuk kesejahteraan pekerja seperti perubatan, bantuan kaunseling, pusat penjagaan anak-anak, potongan cukai untuk ibu bapa dan sepertinya.


Tetapi satu perkara penting yang perlu diingat ialah bahawa setiap keluarga itu berbeza. Oleh itu adalah tanggungjawab setiap individu dalam keluarga untuk mencari resipi tersendiri dalam mencari penyelesaian bagi keluarga. Umpamanya kerajaan hanya boleh memastikan kesemua rakyat mendapat bekalan beras yang cukup, tetapi untuk memastikan nasi tidak menjadi hangit, keras ataupun bubur bergantung pada individu itu sendiri.



On leave today :)

Hari ni we are on leave :)
I mean, me and Abg la hehe! Anak-anak tetap kena pegi taska. Papa and mama nk berdating dan berhoneymoon berdua..WEEEEEEEEEEEHUUUUUUUUUUUUUU!!!

Haha..takdek lah. Bukan sebab nk berdating dan berhoneymoon. Tapi sebab nk pegi menguruskan sesuatu di beberapa tempat yg rasanya mcm leceh aje kalau bawak dan usung HMs sekali. Tempat-tempat tu pon bukannya shopping complex pon. So anakandaku, sila lah bersukaria di taska bersama rakan-rakan yer.

Sesuatu yg nk diuruskan tu, amek masa dan ada beberapa prosedur nak kena ikut. Ia adalah utk our financial freedom for a short term time :) Tapi korang jgn pikir aku pegi usahakan sesuatu like doing business yer. 

Insya allah nnt dah setel semuanya sampai last step, aku sharekan apakah dia.


Halia hutan boleh rawat kanser

Artikel dipetik dari Harian Metro.
SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) menemui teknologi perubatan baru bagi merawat penyakit kanser serviks (pangkal rahim) dengan menggunakan herba semula jadi yang dikenali sebagai lempoyang atau halia hutan.
Penyelidiknya, Dr Ahmad Bustamam Abdul, berkata penemuan membuktikan bahan itu sesuai digunakan untuk merawat pesakit kanser serviks dengan selamat apabila penggunaannya hanya mematikan sel tidak normal saja.

Katanya, walaupun menggunakan dos yang tinggi ia tidak membahayakan pesakit kerana ia tidak memberi kesan kepada tisu normal manusia.

 Bacaan lanjut, klik saje di SINI - Halia hutan boleh rawat kanser

pic source : ceputelecenter

Dikenali juga dgn nama kampung dia iaitu Lempoyang..Cantik gak kan rupa bentuk bunga dia ni kan?

pic source : ceputelecenter

Yang ni gambar isi dia plak. Ala-ala halia dan kunyit jugak la..

Mak abah memang ada tanam pokok ni ke tepi rumah. Selalu jugak dorang amek dan blender isinya dan minum air extract dari lempuyang ni. Bagus utk kesihatan kata mereka. 

Kadang-kadang aku minum jugak tanpa tau apa khasiat sebenar lempuyang. Walaupon pahit, ku telankan jua :P 
Rupa-rupanya, boleh digunakan utk merawat kanser serviks. Selain tu ada beberapa lagi khasiat lain yg aku google jap tadi. 

Antaranya ;

-mengurangkan bengkak kaki selepas delivery.
-menambah selera makan.
-anemia
-gatal-gatal kulit

Kesimpulannya, lepas ni tiap kali balik kampung or mak abah datang visit cucu2 kt KL..nk amek stok lempuyang ni dan simpan kt rumah dan dijadikan minuman amalan harian.
 

Yang Ku Mahu..TOP PRIORITY

The clock keeps ticking, time passing by..and I am now feeling more and more excited!

Achewahh! Tetiba je nk speaking..ok kembali kepada bahasa omak den haaaa..

Cerita hari ni tak lain tak bukan..about preparation nk sambut baby HM. 
Sekarang 30 weeks and counting.. Baby HM kan main lasak lagi berjoget mari menari dalam perut nih. tu yg buat tak sabar-sabar nk tengok muka budak yg buat perut mama dia ni tetiba bergerak dgn hebat. Hehe!

Rasanya macam takdek la beria sgt membeli-belah utk HM Jr ni since barang-barang kakak dan Abang HM pon ada yg boleh diperturunkan. 

Antara my top priority adalah ; 

1) Confinement Set


Bakal ku beli dari MommyLyna at her online shop, ShakleeTrialPack. Tapi aku nak beli Confinement full set sebab memberi lebih nilai kepada uwangku :) Set ini berharga RM 225.

Sekarang aku lebih yakin dgn pemakanan supplement sahaja berbanding jamu utk berpantang. Jamu akan di makan lepas kes-kes expected jaundis. Itu pon kalau perlu :D

2) Breastmilk Storage


Masa sale Fabulousmom  dah beli sedozen (12pcs) storage bottle brand JingleJungle. Nak tambah koleksi yg dh sedia ada kt rumah tu je lah..dan nk try milk storage plastic nih plak..best ke tak best :D
Yang ni dalam budget terdekat nk spend RM100 saje.

note for mamasue : yg ni ku dok ushar kt website Autumz
Tapi sebenarnya ada byk lagi web/blog yg jual online. Contohnya OneBabyWorld, Lunatots, Sarakids, MLO...

3) Nursing blouse


Dah jadi mak orang since tahun 2007, tapi aku belum pernah lagi jadi tuan tanah pemilik nursing blouse nih. Selalu pakai baju button shirt, kemeja atau baju kurung saja. So kali ni, perasaan membuak-buak nk beli sehelai dua baju macam ni..

Design sekarang pon banyak yg cantik-cantik kan. Nursing blouse ni aku dh reserve dari kedai Ci-ku-cak. Blouse ni berharga RM49.00 each. Ada sesapa berminat, terjah blogshop kawan aku tu okeh..!

4) Baby wet wipes

Yang ni boleh didapati dimana-mana supermarket je. Nanti sambar 3-4 botol buat stok.

OK setakat ni, itu TOP..yg less top banyak lagi..huhu!

Dialog with Hannah ~Berkahwin~

Setiap hari sebelum tidur, Hannah mesti ajak mama borang-borak kosong dulu. 
Ni dialog kami malam tadi.

Hannah : Mama, selimutkan la Hannah.
Mama : Ok..mama selimut adik sekali ye. (sambil tarik selimut tutup badan mereka berdua)
Hannah : Dah selimut, nanti nyamuk tak gigit Hannah dgn adik kan
Mama : Haah..nyamuk tak gigit..
Hannah : Adik selimut dengan Hannah kan..Mama selimut dengan Papa ke?
Mama : Yer, nnt mama selimutla dgn Papa (papa masih di hall layan game football)
Hannah : Mama sayang Papa ke?
Mama : Sayang...
Hannah : Mama berkahwin dengan Papa ke? (Hikhikhik gelak-gelak gedik)
Mama : Memangla mama kawin dengan papa..

Lepas tu, aku diam je tak bersuara sebab malas nk layan soalan-soalan dia lagi dah.. kalau terus layan, sampai kol 12malam pon tak tidur-tidur lagi..

hehehe! aku pon tak paham apa yg Hannah paham tentang 'berkahwin' LOL

The Reds @ Taman Tasik Shah Alam

Happy monday!! Hehe!

Gambar kanak-kanak dan papa merah ni diambil pada hari Sabtu. 

Punya lah excited tengok playground dari tempat parking. Tak sabar-sabar nak pegi main. Tapi bila dh naik, dorang gayat plak. Playground kt Tasik Shah Alam ni kan agak tinggi dan besar. So for my kecik kids nih, dorang terasa yg playground ni agak extreme lah. Naik sekali, dan takmo naik lagi..hihihi! Apedaaaa!!



meniti playground

muka nk cepat turun

xtvt merentasi jambatan

mama out of frame
Letih jugak aku berjalan merentas dari playground ni sampai ke area Wet World tu. Papa jalan laju-laju sambil tolak stroller, pastu berenti tunggu mama yg berat dan semakin berat ni sampai..Exercise exercise..

Setel exercise kt Tasik Shah Alam..kita sambung exercise kt Subang Parade pulak. Lepas solat Magrib, kita isi perut dengan McDonald Prosperity Burger dulu..

Then pegi belanjakan voucher RM50 yg aku dapat hari tu. Absolutely lah bukan beli barang mama. The HMs dapat la baju Anakku MickeyMouse sorang sepasang. Dan HM Jr dapat sabun basuh Pureen A-B-D hihih! 
Total cash aku kena keluarkan utk shopping hari itu cuma RM1.50 :)

Ada sesapa lagi nak bagi kami voucher pasaraya?? 
Jusco ke, Metrojaya ke, Sogo ke..kecik tapak tangan..nyiru kami tadahkan. Tapi katmana yer nk carik nyiru LOL..



~Our 8th Anniversary Giveaway by Ratuhatinya~

Time for contest and GA lagi!!! Kali ni, dianjurkan oleh my ex-schoolmate Adlin.

Kalau nk join sekaki, boleh klik kt banner GA ni utk details yer.




SOALAN- SOALAN WAJIB DI JAWAB (just for fun!) :

Soalan 1 : Bila tarikh nikah lin and en suami and brape tahun dah kami together as wifey and hubby..?

Tarikh : 01.02.03 ~wah canteknya tarikh nih!!!~ dan 8 tahun korang dh bergelar suami isteri

Soalan 2 : Citer sikit..pendek je pun takpe.. macamana korang jumpa en suami/en tunang/ en boipren masing2.. citer yang paling best..yang may be ada persamaan dengan citer lin and en suami, bakal diberikan hadiah istimewa ..

..cerita pendek aje lah kan.. 

EnSuDin jumpa CikLydzar buat pertama kalinya kt depan kolej Teratai 3, UiTM Shah Alam pada tahun 2003. Masa tu ada hari kolej ke apa ntah. So kami masing-masing berjalan dgn kawan masing-masing. Yg mana secara kebetulan 2 orang daripada kawan CikLydzar tu adalah coursemate EnSuDin. Dorang pon tegur menegur dan berborak-borak la. CikLydzar malu-malu sebab tak kenal para bujang berempat tu so dia tak borak. Dia diam je.

Paling tak tahan, orang tu claim dia femes kt FTMSK ~konon2 semua orang kenal dia~ masa tu tp malangnya boleh pulak sorang gadis bernama Lydzar ni tak kenal dia.  Hahaha!! Sorry tak cukup glemer la tu kan??

Sejak dari itu la, EnSuDin mula mengorat CikLydzar hehe! Hari-hari cikposmen akan menyampaikan kiriman salam dari EnSuDin. 

Ok..Sekian cerita pendek kami. 

Dan letakkan gambar masa korang kahwin atau gambar berdua dengan pasangan sekali ye..

25.12.2005 - EnSuDin dan rombongan datang menyunting CikLydzar

Mau Tag : Emme buat yer dear..hihihi!

Good Luck!!!!


Blur

Terasa macam blur je nk update apa hari ni :D

Randomly;

-Semalam baru aku perasan yg aku dh mencecah 30weeks pregnant. Punya la ingat masih 28weeks..Dah tak lama dah..Checklist final preparation utk baby pon dh dibuat, cuma menunggu duit masuk ke poket utk dibelanjakan secara berhemah nnt. 

-Idea utk nama baby pon dh lalu lalang kt dalam fikiran. Nanti nk bawak bersidang dgn cikAbg pulak.

-Dapat baucer Parkson RM75. Boleh la beli something utk baby or mama nnt :D


Ok daaaaaaaaaaa..tu je 

Hadiah sempena Food Giveaway Mommalydzar

Korang nk tau tak?? Aku dah nampak berlonggok-longgok durian sepanjang perjalanan balik kerja 2-3hari ni. Sebab tu aku baru teringat yg aku tak tayang lagi hadiah yg aku bagi kt pemenang GA aku iaitu Erawati

Nanti bebila boleh la aku singgah membeli sebijik dua buat lepas mengidam :) YEAY!!

Sorrrryyyy sangat! Actually ini boleh dikatakan entry basi kot sebab dh berlalu berhari-hari. Tapi aku rasa aku wajib jadikan cerita ni satu entry aku :)

Boleh baca entry Thanks Mommalydzar yg Erawati buat sempena sampainya hadiah ke tangan dia tempohari.


Tadaaaaaaaaaaaaaa! Ini lah dia hadiah khas utk GA tersebut. Aku order dari MyChocs4U milik member aku, Aini si pengusaha coklat tempatan. Chewah!

Sila lah klik link tu kalau terasa nk order ye. 

Sekarang ni, Aini tengah buat promotion utk cheese tart. Promosi Januari

Harga bagi cheese tart adalah :
25 biji @ RM 28
50 biji @ RM 55

Filling available :
blueberry
strawberry
kiwi

* bagi Fruit tart, harga adalah seperti berikut :
36 biji @ RM45
50 biji @ RM60

sila sms/call 019-2992844 (Ain) atau email ke ain.rusli@gmail.com untuk tempahan dan pertanyaan..

Cepat cepat cepat..sementara stok masih ada!!

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®