Macam-macam Jumaat

Hujan rahmat di pagi Jumaat ni. Syok tengok anak-anak tidur lena. Mama dah tak leh nk tidur lagi lepas subuh, petua murah rezeki dan muka berseri lah katakan. Ahaks! 

Takdek lah, kalau tidur balik..kang terlajak-lajak plak. So baik gunakan masa ni utk update blog.

Cer tengok lukisan kt bawah ni. Cantik menarik tertarik tak?

Haaaaa..ni lah dia karya si manis Hannah. Ada gaya Picasso tak? 
Bila aku tanya apa yang dia lukis, dia kata 'ni orang'.. Ada mata, ada hidung ada mulut. Kepala botak.



Sebenarnya mama nampak macam alien je. Tapi tak boleh cakap kt dia macam tu. Buat masa sekarang, dia tidak boleh menerima kritikan. Kalau tak, mesti dia merajuk. Kekadang geram jugak, tapi takpelah..kecik lagi kot, belum pandai mengawal emosi lagi. Yang dia suka, bila kena puji je la.

Yang anak bujang sorang ni pulak. Kena ikat kaki dan tangan. Kena denda nih. 


Sebab asek mengacau baby Hilda tidur. Orang tengah lena tidur, si abang busy nak cuit-cuit mulut, cuit telinga, tarik rambut. Bila kena tegur dgn mama, dia senyum konon dia lah paling handsome di abad ni walaupon mama dh guna suara paling high pitching. Sambil senyum sambil usik lagi baby tu. 

Mama dah geram, mintak tolong kakak hannah amek towel atau apa-apa yang patut. Mari kita ikat tangan dia yang gatal mengusik dan kaki dia yang gatal memanjat baby cot.

Dah kena ikat pon boleh senyum lagi! Sebab dia tau, mama ikat manja-manja je. 2 minit je dah boleh lepas dah. So setiap kali dia buat perangai, inilah denda dia :)


Our latest edition ni plak, tak tau lagi apa peel bakal dia persembahkan nnt. Dah semakin tombam.
Semenjak dua ni, mama ajar dia tidur menerap. Memang senang tidurkan macam ni. Cepat lena dan nyenyak plak tu. So far, Hilda behave well. Siang tidur dan bangun utk susu. Kakak Hannah naik tension sbb tak dpt main dgn baby. Rules mama, boleh main dgn baby masa baby berjaga je. Baby tidur, dont disturb.

Ceria ~kekadang tensen gak hehe~ dgn ragam anak2 menghiasi hidupku :)
 


Bahaya air minuman (selain dari susu ibu) kepada bayi

Entry orang rajin. Saya menaip semula dari brosur yang diterima di Hospital Sungai Buloh masa check out hari tu.

Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu diberikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintifik membuktikan keburukannya.

Amalan ini telah dipraktikkan sejak turun-temurun dimerata pelusuk dunia. Di Malaysia juga, ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir.

Tanpa ibu sedari pemberian air sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan bayi.

Antara lain, air merupakan salah satu anasir yang boleh :
  • Merencatkan tumbesaran.
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
  • Merencatkan akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut Pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis sehingga menyebabkan 'Kernicterus; iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

  • Mengancam nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan, Pencemaran boleh berkalu dipelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yg tidak selamat ataupun bekas air dan puting yg tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
  • Mengakibatkan sawan tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur dibawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam didalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil oral water intoxication.

SEBENARNYA SUSU IBU SUDAH MENCUKUPI UNTUK BAYI TANPA PERLU DITAMBAH AIR ATAU CECAIR LAIN KERANA SUSU IBU MENGANDUNGI 88% AIR.


OLEH ITU JIKA ANDA FIKIRKAN BAYI ANDA HAUS, PANAS ATAU SEMBELIT..BERI BAYI ANDA SUSU IBU SEKERAPNYA.
psstt : Jika anda mendapati ada kesan berwarna putih pada lidah bayi anda, hanya lapkan dengan kain lembut yang basah utk membersihkannya. Tidak perlu beri air masak utk menghilangkan kesan putih tersebut.


Hari tanpa siaran TV

Aku memang boleh hidup lagi tanpa siaran TV. Tapi tak tau la apa reaksi anak-anak bila bukak TV nnt, tp hanya skrin gelap terpapar. 
Especially Hannah yang asek tanya "hari ni ada cerita Kejora dan Bintang tak mama?" ~berjangkit suka tengok citer sinetron dengan nenek dia~

Alkesahnya pagi tadi, macam biasa lepas solat Subuh..Abg bukak TV nak tengok berita pagi. Sekali takdak gambar keluar. Yang ada error bgtau smart card tak aktif. Pelik lah dia sebab bill tak pernah tertunggak. So baru kejap tadi aku call customer service Astro.

Check punya check, rupanya smart card ni memang telah disekat sebab ada tunggakan bil. Check punya check lagi, smart card tu bukan milik aku. Tapi milik abang ipar aku. Ntah bila zaman yang tertukar pon aku tak tau. Memang pernah dulu, Abg bawak balik smart card aku nk test dekat rumah abang ipar. Masa tu la kot yg tertukar. Rupa dia takdek beza kan..

Hmm nampak gayanya, sama ada terpaksa suruh Abg pi amek smart card aku kt rumah abang ipar ataupon suruh je abang ipar bayar tunggakan bil dia..
 


Tadika Delima Ilmu

Macam yang dh dirancang, hari ni aku bawak Trio HM ke taska yang bakal jadi rumah kedua dorang lepas ni. Lokasi tak jauh dari rumah. Tadika Delima Ilmu..ku ringkaskan jadi TDI dalam cerita seterusnya OK :)

Lama jugak la kami disana, almost 2jam. Sampai saje di TDI, kami disambut oleh the owner. Dijemput kami masuk ke dalam opis. Oleh sebab dh ada beberapa siri diskusi melalu telefon, jadi aku pon dh jelaslah tentang beberapa perkara. Aku saja datang lagi sebab nak tau berapa exact figure yang nk kena bayar dan nk tengok keadaan taska tersebut dgn mata aku sendiri.

Antara tips memilih taska. Sumber dari blog MySuperkids

Bagaimana Memilih Taska Terbaik?

  1. Berjumpa sendiri dengan pengusaha taska dan penjaga.
  2. Membuat research sendiri.
  3. Bertanya dan mengambil testimonial dari mereka yang pernah menghantar anak ke taska tersebut.
  4. Melihat sendiri cara penjagaan yang diamalkan di taska tersebut.
  5. Meneliti program yang ditawarkan di taska tersebut.
  6. Menjalin hubungan baik dengan pemilik dan penjaga di taska.

Sebenarnya TDI ni combination taska dengan tadika.. Salah satu faktor utama kenapa aku pilih TDI ni. Sebab aku memang plan supaya Hannah masuk belajar di Tadika selepas Hilda lahir. Kalau ikutkan tahun, dia dah pon 4 tahun walaupon hakikatnya dia baru berumur 3 tahun 4 bulan. Dah masuk sekolah, ada orang kesah ke dia lahir bulan berapa kan?

So kt TDI ni akan menggunakan buku bacaan Bacalah Anakku dan Read Easy. Aku tanya lagi, subject apa lagi yg kanak-kanak kt sini belajar. Cikgu besar bagitau, utk kanak-kanak 4 tahun hanya subject basic like Bahasa Melayu, English, Pendidikan Islam dan utk kanak-kanak 5 dan 6 tahun akan dimasukkan sekali silibus Bahasa Arab dan Sains. Yang simple la, preparing utk silibus yang sama macam Tahun 1 nnt.

Disamping tu, kanak-kanak juga diajar bacaan doa, bacaan surah dalam solat dan bersolat. Yang ni memang aku cari. :)

Beberapa program lain yang jadi acara tahunan TDI ialah sukan, penggambaran kelas dan hari penyampaian hadiah.

Tips Memilih Taska Terbaik, Sumber dari blog MySuperkids

  1. Pastikan taska tersebut adalah yang berdaftar dengan JKM - jumpa pengusaha taska dan minta dia tunjukkan sijil & dokumen berkenaan.
  2. Kebersihan dan susunatur perabot yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak – masuk sendiri untuk tengok keadaan dalam taska.
  3. Taska yang mementingkan nilai-nilai moral dan Islamik.
  4. Akhlak dan tatacara penjaga di taska hendaklah baik.
  5. Taska yang ‘membantu’ kita memberikan yang terbaik untuk anak, misalnya pro-breastfeeding.
  6. Operasi kebersihan yang dilakukan – misalnya sekali seminggu taska dinyahkuman.
  7. Makanan yang disediakan adalah yang berkhasiat.
  8. Program yang dilaksanakan sesuai untuk perkembangan bayi.
Alhamdulillah, berdasarkan sepintas pemerhatian aku, aku berpuas hati dengan cara TDI ini dikendalikan.

Habes je berbincang didalam opis, aku dibawa masuk ke dalam satu persatu bilik di bangunan berkenaan. Bangunan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Tadika dan Taska. Bersebelahan je. Aku dibawa ke setiap kelas utk kanak-kanak 6,5 dan 4 tahun. Di taska, kanak-kanak disini diasingkan mengikut umur masing. Aku juga sempat menjenguk ke setiap bilik kanak-kanak berumur 3tahun, 2 tahun dan bilik baby.

Sambil duduk dan memerhatikan Hannah, Hadif dan kanak-kanak lain main di mini playground didalam taska, cikgu besar terus bercerita. Jadual makan, jadual minum susu, dan jadual tidur.

Disini, kanak-kanak 4 tahun keatas tidur diatas katil portable, so ibubapa adalah wajib membeli katil tersebut. Pihak tadika la yg beli, parents cuma bayar saje. Menurut guru besar, katil macam tu lebih mudah diselenggara berbanding tilam atau comforter. Senang nk di bersihkan kot la tetiba ada yg termuntah ke, susu tumpah ke. Disamping mengurangkan bau kepam kalau pakai comforter. Aku pon setuju dgn pendapat cikgu besar. Siap mintak nk tengok lagi cemana rupa katil tu. Dalam kepala dok bayangkan katil yang keras je, sakit la badan anakku nanti. Rupanya tidak. Aku pon tak reti nak cerita macam mana katil tu. Yang penting, insyaallah anak masih boleh tidur dengan selesa. Harga katil RM124.

Lepas tu, cikgu besar bawak kami ke kantin plak. Idokla anak-anak nk kena bawak duit belanja seringgit dua nk membeli kt kantin ni. Dipanggil kantin sebab memang itu adalah ruang makan yang baru siap dibina. Diluar bangunan. Luas dan terbuka. Memang macam kantin sekolah la, cuma takdek meja..dorang makan sambil bersila je. Hannah dan Hadif join makan gak. Hihi tak malu betul anak-anak mama ni.

Dan tak lupa, beberapa kali aku tanya pada cikgu besar pasal handling EBM. Dia tau kot aku nk uji sejauh mana pengetahuan dia. So dia pon cerita la jugak cemana dorang buat pada EBM sebelum diberi minum pada baby. Hehe sorry kak, biasalah kan. Mak-mak zaman sekarang ni..extra concern pasal anak-anak dia.

Hmm memang nampak teratur juga sistem yang dipraktikkan di sini.  

Insya allah, Hannah dan Hadif akan mula ke sekolah hari Selasa depan ~3 Mei dan Hilda menyusul kemudian 12 Mei.. Hukhuk mama pulak menyusul ke opis pada 16 Mei. Huwaaaaaaa!!!

Dan mulai bulan Mei, yuran bulanan utk anak-anak ke TDI adalah RM700 tak termasuk kalau ada OverTime. Semoga Allah memurahkan rezeki papa dan mama..amin..

psstt : another thing yang aku suka, cikgu dan pengasuh kt TDI semuanya melayu..

Day 44 - Officially abes!

Tengok je angka 44 tu, mesti dah tau kan apekebendanya topik utama aku pagi ni.

Akhirnya kini pasti, hari ni adalah last day my confinement period kali ketiga. Hehe!

Esok tanpa ragu-ragu lagi aku dh boleh keluar g jenjalan ke sana ke situ ke mari. Walaupon sebenarnya dah 2 kali aku keluar tp yang itu dalam keadaan ragu-ragu sebab mengganggap blom abes lagi tempoh confinement -on day 36 dan day 42- Walaupon ragu-ragu aku tetap gak keluar ahahaha! 

Aku pon sebenarnya tak pasti berapa jumlah sebenar hari berpantang nih. Ada kata 40 hari boleh, 44 hari pon boleh. Jangan kata 100 hari sudah.. Kompeni den tak provide cuti maternity sampai 100 hari.

So esok adalah projek utk mengregister Trio HM ke taska baru. Later aku cerita bila dah setel.

Ok update breastfeeding pulak. Alhamdulillah, as at 44 day usia Hilda, stok EBM yg terkumpul adalah seperti gambar dibawah. Aku tak count pon berapa OZ jumlahnya. Penuh bahagian atas freezer sahaja. Freezer tu kan 2 level. Level bawah tu adalah space utk letak ayam ikan dan frozen food.


Sepanjang tempoh berpantang ni, aku cuma pam sekali atau dua kali sehari. Dan setiap pagi selepas mandi, aku train Hilda utk bottlefeed. Buat masa sekarang sekali sehari. Dan starting esok maybe kena up kan sesi bottlefeed supaya dia terbiasa. So far, dia menerima dengan baik. 2oz per session.

Tempoh latihan sebenar nnt, akan aku gunakan jadual macam ni sebagai panduan.

Info : myaishah.blogspot.com
 More on breastfeeding, akan diceritakan selari dengan perjalanan dunia BF kami.

HM, HM dan HM :)

psst : ada official acara ke ~berurut etc~ sebagai penutup hari berpantang bersalin ni yer? Previous confinement, aku takdek buat apa-apa pon :D

Sekejapan di DARC - SARAKIDS Grand Open Day

24 hb 4, 2011..macam yg diplan sejak 2 minggu yang lalu..kami datang ke event ini.


Sampai lebihkurang jam 11pagi..terlepas la sudah acara-acara perasmian majlis dan perasmian breastpump baru MODU. Terlepas juga sesi nyanyian ibu-ibu menyusu..

Sambil-sambil duduk, berjumpa juga lah dengan beberapa orang kenalan. Yang lain ku tak kenal, dan aku jugak agak pemalu orangnya nk menegur hiks!!

Nabilah and Adam
Sorry Nabilah, akak blom jumpa lagi url blog awk nak link. Nabilah datang dari jauh ~Penang~ menaiki bas bersama Adam utk attend event ini..Sangat bersemangat!
Nabilah adalah wife kepada rakan sekerja Cik Abg ku semasa di UiTM Penang dulu.
Geram sangat tengok Adam yg tembam. Rasa nk geget je pipi dan tangan dia tu..


Amni Khalisha
Amni dotter to Ila MyKhalish. Snap gambar anak dia je. Mak-mak tak entrefrem pon.

Abg pon terjumpa juga dgn kenalan lama dia.

Kids in red

Lena diulit intan walaupon dalam keadaan yg agak bising..
Sambil berkejar-kejar dgn anak-anak, sempat jugak aku meronda dikawasan booth jualan. Tak sempat pulak nk tengok demo MODU. Dan selepas je Fashion Show, kami gerak balik. Rasa rugi plak balik awal, tak sempat Hannah and Hadif jumpa Dinosour :(

Breastfeeding : YES YES YES!

Tak ketinggalan tinggalkan jejak kt board nih

BF RAWKSSS!!!

Bye bye belon!!
Overall, ramai jugak yg datang menjayakan aktiviti Sarakids. Menandakan semakin ramai BF momma sekarang. Harapnya tahun-tahun mendatang akan ada lagi event mcm ni, dan aku harap aku sempat beramah mesra dgn para momma yg lain nnt..

Destinasi seterusnya adalah lunch di Pizza Hut Kota Damansara dan some shopping at Ikano.


Pizza Hut Promo at 50%

WOW!!  Mau mau mau!! Macam best je ni..

Wow Saver prices applicable from Mondays to Fridays.
•  Valid for dine-in only.
•  Each person can choose one item at 50% discount.
•  Promotion not valid at Pizza Hut KLCC and Genting Highlands.
Menu adalah berbeza mengikut hari. 

Ai tak kesah, hari memana pon boleh aje..dh lama dah tak merasa makanan sedap-sedap nih. Hari ni dh day 40 of my confinement. Kompom next week boleh angkut anak beranak pegi Pizza Hut Subang 2.. YEAY!!

psstt : walaupon kerapkali upset dgn service Pizza Hut, tp tekak ni tak penah serik nk pegi lagi

Sendirian bersama mereka

Assalamualaikum..

Hari ni masuk hari kedua aku stay at home with kids without Cik Abg. Macam biasa lah kerja dia..Ke sana ke sini ke mari ku mari melaksanakan tugas dan terpaksa meninggalkan anak dan isteri. 

Pagi-pagi buta semalam dia dh gerak ke opis, driver menunggu jam 7pagi nak hantar dia ke KLIA. Flight jam 9pg destinasi adalah Sabah negeri dibawah bayu.

Alhamdulillah, sepanjang ketiadaannya, keadaan masih terkawal. Aku pon baru nak belajar adapt dgn life with-three-kids-n-papa always-outstation nih. Lepas ni kena belajar adapt dgn masa kerja dan situasi tadi jugak kan.

Alhamdulillah sekali lagi, Hilda is an easy baby. Bangun pagi jam 7-8pagi..borak-sembang dgn mama, nenen, sembang lagi then lepas mandi jam 9am+ akan ku bottlefeed dia. Dah kenyang dia akan tidur sampai tengahari. 

Si kakak dan abang pulak bangun agak lewat. 8am plus, kekadang terlajak jugak sampai ke jam 9am. Bila dorang bangun, mula la mengeluarkan segala jenis toys dari dalam bakul. Siap buat decoration kt lantai dengan meletakkan toys satu persatu, dari hujung pintu bilik mama sampai la pintu entrance rumah. Abes susun toys, mintak fridge magnet pulak. Macam la itu toys dorang hehe.

Lepas Hilda tidur, baru la aku setelkan budak berdua ni pulak. Kasik mandi ~yg ini amek masa lama especially Hadif~ dan prepare simple breakfast. Siap berbaju, kita makan!

Setelkan dorang breakfast, aku terus prepare utk masak lunch merangkap dinner. Anak-anak memasing dgn hal dorang. Sambil tu mmg kompom ada lah adegan tarik menarik, rebut toys macam takdek selambak toys lain, adegan mama marah-jerit sebab geram dorang bergaduh. 

Jam 12.30pm, suap dua beradik ni makan. Sambil online tak tinggal :)

Lepas lunch adalah aktiviti bebas. Mama baru nak mandi. Hehe!

Petang keadaan agak relax. Mama punya masa online, pumping, tgk tv or tidur.

Tapi kadang-kadang rasa haru jugak, bila mama tgh breastfeed Hilda, tetiba si Hadif buat 'projek busuk'. Kelam kabut la mama letakkan Hilda dekat dalam babycot, then bawak Hadif pi toilet. 

Si Hilda pulak geram dgn Abg yg rebut masa nenen dia, apalagi dia jerit la tak puas hati. Nasib baik mama ada little helper Hannah. Dia la yg tolong amekkan diaper dan towel utk Hadif.
Banyak kali juga dia mintak permission nak pakaikan Hadif diaper. OK la, mama izinkan tp dengan bantuan mama. Takut senget benget, next 'project' kompom jadi haru biru. TQ dear Hannah. Hari ni mama masakkan mihun sup utk Hannah yer.

Hadif jugak adalah yg paling suka mengacau Hilda tidur kt baby cot. Dia nk ajak main sama-sama kot. Masa ni Hannah akan berlari kt mama bagi report setelah tegurannya pada Hadif dipandang sepi. "Mama, adik kacau baby!!! "
Ape lagi, mama yg tengah syok blogwalking ni terhenti la sekejap menjauhkan Hadif dari cot Hilda. Adegan yang ni mmg berulangkali berlaku dalam satu hari. Dari pagi sampai la malam.. Layan je la walaupon mmg geram.


Semoga trio HMs sentiasa menjadi anak-anak yang baik dan mendengar kata mama. Takmo nakal-nakal yer time papa takdek ni. Kang mama stress tukaq jadi Hulk Hogan korang terpaksa masuk dalam 'bilik gelap'

Seronok juga jadi mak beranak tiga ni. Mulut tak henti-henti bercakap ~ke membebel?~ hahaha!

Nuffnang : My first cheque

Rezeki mari rezeki mari :)

Aku perasan surat yg mengandungi cek ni, semalam. Amaunnya tak seberapa pon. Rm100 pon tak sampai wakakakaka! Anyway, TQ NUFFNANG!! Tak sampai rm100 pon tetap boleh beli sesuatu utk anak-anak kan :)

Lepas cash out aritu, satu persatu BE bertukar menjadi ME. Dan sehingga kini belum merasa lagi dapat BE baru. Isk isk isk!!


Bukan satu, tp rupanya dpt dua cek. Lagi satu adalah dari Maxis. Refund utk my postpaid account aritu. Bayar deposit RM120, tp refund cuma dapat half dari tu. Apsal? 

Last bil lepas terminate pon kena bayar lagi RM30+.. haih! Memang langkah terbaek la aku terminate akaun dgn Maxis nih.



Tengah pikir nk beli barang utk anak or barang utk mama dgn cek nih. 

Kasut kerja pon ntah hilang kemana, handbag yang talinya menggelupas pon tak berganti lagi dari dulu. Nampaknya macam belanja utk mama aje lah..

Wordless Wednesday






Transporting EBM dari kampung ke rumah

Kehidupan hakiki sebagai mama beranak tiga bermula hari ni. Maklumla sepanjang 30 hari dan lebih berpantang, mostly emak yg tolong buatkan keje. Sekarang ni dh balik home sweet home sendiri, maka buat la kau semua sendirian berhad kan..hehehe

Ok nak cerita pasal transporting EBM plak. 

Hasil google-an, ramuan yg paling perlu utk menyelamatkan EBM dari cair ketika dalam perjalanan yg agak jauh adalah : ais / ice-pack, bekas utk menyimpan EBM, garam dan towel.

EBM yang bakal berpindah

ice cube
 Kegunaan ice - utk mengekalkan kesejukan dan suhu EBM supaya tak cair.

food flask kepunyaan mak
 Boleh jugak guna cooler box - Coleman etc, box streoform 

garam - dan si penabur garam
Garam utk melambatkan proses kecairan ice.

Cara-cara : Susun EBM berselang dengan ice cube sambil garam ditabur di setiap lapisan ice. Letakkan sehelai towel tebal diatas ice sebelum flask ditutup. Dan seal penutup flask dengan masking tape supaya tada kebarangkalian flask terbuka.

Setelah melalui perjalanan selama 6jam (11.30am -  5.30pm), alhamdulillah semua EBM masih beku.

Bakal berpindah ke fridge rumah kami :)
Tak lupa, zillion thanks to my parents yang menjaga dan menolong sepanjang tempoh berpantang kali ketiga ni.


Kru berpantang 2011

Kru berpantang 2011
 psst : OMG OMG!! masih terserlah kegemukan aku uwaaaaaa!

Simple Majlis for Hilda Marissa & Aisyah Humaira

Alhamdulillah, lepas dh hajat mak abah nk buat kenduri sempena kedatangan cucu baru mereka bulan Mac yg lepas. Untuk pengetahuan, dorang dapat 2 cucu last march.

Aisyah Humaira bt Ahmad Fitri, my brother daughter  born on 4 March 2011 and of kos la korang semua dh tau, Hilda Marissa bt Kamaruddin 13 March 2011 :)



A simple majlis. 
Dimulakan dengan bacaan Yassin oleh kawan-kawan mak a.k.a jiran tetangga kemudian bacaan doa.
Lepas tu ada acara berselawat sambil renjis-merenjis baby.

Sket gambar.










Kalau - Part II

Malam ni rasa nk nyanyi lagi lagu Kalau.

Esok pon maybe akan nyanyi lagi..kira esok acara kemuncak lah. 
Tapi rasanya hari-hari seterusnya pon nak nyanyi jugak, sampai la rasa stress ni hilang. 

Untuk kamu-kamu yg konpius kenapa saya asek nak nyanyi lagu Kalau ni, maafkan saya sebab tak dapat nk jawab. Entry sekadar merekod perasaan hati sendiri atas satu perkara.

Enjoy your weekend my dear blogger friends! Korang takyah la nyanyi lagu Kalau ni sama-sama ngn saya..


ppstttt : Nanges!




Jumaat sudah

Sungguh la mengantuk. Malam tadi Hilda berjaga agak lama. Puas tidur siang sebelumnya lah katakan. Lepas susukan dia, aku ingat dia akan tidur. Rupanya tak lagi. Nak ajak berborak-borak la tu.

Maklumla esok, nenek dia nk buat kenduri doa selamat sempena menyambut kehadiran dia dalam family besar kami.

Esok juga papa nak balik.

Pagi tadi pon awal dia bangun. Jam 7am mata dh bulat. Berjaga sampai la kol 9.30am, lepas mandi baru boleh tidur. Nasib baik abg Hadif dh main kt laman rumah. Kalau tak, mmg semakin panjang la masa nk tidurkan Hilda sebab abg Hadif suka sgt duduk tepi si adik dan cubit-cubit pipi. Kadang-kadang dia korek mulut Hilda. Geram sungguh!

OKlah update sket je lah utk hari ni..nak join cik Hilda kejap.. :D

psstt : jarang sungguh bercerita pasal kakak hannah skg ni..


MODU : Sarakids new product

Mak ai, terlampau cantik sungguh bag set MODU ni. PINK ok!

Pic  and info credit to : SARAKIDS

Oleh kerana projek tabung botol susu aku dah tergendala. Ntah berapa ringgit je ada dalam tu hukhuk! 

Aku rasa nk tukar lah target utk mendapatkan FS kepada target utk mendapatkan set MODU ni  :) 

Set MODU ni berharga RM699. Maaaanyak MURAH compare to FS kan.

Set ini mengandungi ;
  • 1 Stylo Mama Shoulder Bag (worth RM139.00)
  • 1 Stylo Mama Era Cooler Bag  (worth RM75.90); Dimension: 29cm (L) x 22cm (H) x 12cm (W)
  • 8 (4oz) Stylo Mama Breastmilk Storage Bottle (worth RM35.60)
  • 3 pcs Stylo Mama Gel Ice (worth RM30.00)
  • 1 Modu Breastpump (worth RM499.00)

Tapi sebelum proceed, aku nk saksikan depan mata sendiri dulu function MODU ni. 
Kalau berkenan, proceed dgn target dapat kan MODU. If not, tukar ke target dapatkan deep freezer. If not lagi, tukar utk mama shopping je lah haha!

Tak sabar nk ke Gathering dan Open Day Sarakids 24 April ni. Hari launching MODU, Malaysia Book of Record for 400 mothers breastfeeding dan pelbagai aktiviti lain.

SARAKIDS OPEN DAY

Jom kengkawan kita pi meriahkan gathering ni :) 

pssst : saya belum ada nursing blouse kaler pink, hilda pon belum ada baju kaler merah (demi nak ikut tema majlis). Maafkan saya kalau saya dtg dgn baju hitam yer :)



Blogger

Menonton siri House ulangan ntah kali keberapa.

Episod kali ni berkisar tentang seorang patient yg sedang di diagnosis. Menariknya patient itu adalah seorang blogger. Bertemankan boyfriend nya sepanjang masa di hospital. Berselang seli dgn lawatan dari sekumpulan doktor yg menganalisa penyakitnya.

Seperti biasa, layaknya seorang blogger. Setiap alkesah tentang dirinya tercatit didalam blog. Hampir segalanya. Setiap kali ada lawatan dari kumpulan doktor, terus diminta laptop daripada boyfriendnya utk dicatitkan setiap patah kata dari doktor-doktor. Untuk dikongsikan bersama para follower dan reader. 

Baginya comment yg diperoleh dari pembaca blognya adalah sebahagian daripada kegembiraannya. Sebahagian dari hidupnya. Kerapkali juga, pendapat dari pembaca blog mempengaruhi keputusan dalam kehidupan hariannya.

Tiba-tiba dia diminta utk membuat satu keputusan oleh para doktor. Kemudian dia ditinggalkan bersama boyfriendnya utk berbincang. Dalam masa yg sama dia minta laptop utk mencatatkan perkara tersebut. Tapi si boyfriend menghalang. Si boyfriend  menganggap adalah keterlaluan jika keputusan utk masa depan mereka berdua turut dikongsi bersama pembaca blog. Dan si boyfriend hampir pasti jika kisah itu dikongsi di blog, si patient akan membuat keputusan berdasarkan pandangan pembacanya. Dia tidak mahu. Dia mahu teman wanitanya membuat keputusan berdasarkan pendiriannya sendiri.

"Its not about sharing, but its about fame" 
Si boyfriend menganggap teman wanitanya gile glemer. Gilakan perhatian daripada pembaca blognya.

Akhirnya, sesuatu yg tidak dikongsi oleh patient di dalam blog adalah simptom sebenar penyakit yg dihidap. Si patient akhirnya mendapat diagnosis yg tepat dan bakal sembuh.

Apa pendapat anda blogger sekalian? Adakah anda sgt transparent dgn blog anda? 
Suka duka semua dikongsi?



 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®