Sakit dan kesembuhan itu milik Allah

Sakit itu anugerah Allah. Kesembuhan juga adalah milik Allah. Allah hanya ingin menguji ketahanan fizikal dan mental hambanya yang kerdil ini.


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

Alhamdulillah, sepanjang minggu  lepas keluarga kecil kami diuji. Mama letih dan lesu seluruh badan, sakit kepala dan bahu. Ditambah batuk dan selsema yg tidak menyelesakan. Papa pulak sakit perut sepanjang minggu.. Angin menderu deru menyerang sesekali. Tapi sakitnya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Nasib baik juga, anak anak sihat belaka.

Teringat saya tahun lepas pun kami ada episod sakit bersama-sama ni.

Hari Jumaat lepas, saya berkesempatan pegi urut refleksologi. Dan juga upah mesin Gintell urutkan badan. Dapat cukup tidur sepanjang weekend, dan syukur hari ni saya rasa lebih sihat. Suami pon nampak semakin sihat hari ni. Tapi dia masih berMC.

Nak ulas sikit pasal urut tu. Personally saya tak berapa puas hati dengan cara dia consult dan bersembang tentang 'diagnos' sepanjang sesi berurut. Maybe sebab saya compare kan dia dgn tukang urut suami. Yang mana diagnosnya semua tepat dgn simptom-simptom yg suami saya rasa.

Ada ke dia kata, maybe saraf saya byk yang rosak. Sebab tu bila dia tekan beberapa bahagian kt kaki saya, saya tak rasa geli or sakit. Nampak relax je. Serius rasa kelakar. Saya memang jenis tahan diurut. Kalau takat 'kekuatan' mcmtu, mmg saya boleh bertahan dr rasa sakit dan geli. So takdek la reaksi apa-apa. Dia suruh datang ulang urut lagi. Tengok lah macam mana. Kalau datang lagi, mungkin request tukang urut yg lain.


Menu kami 2-3hari ni, tak lain tak bukan bubur nasi dan sup. Sup ayam dan sup sayur. Elok utk mama dan papa, bagus jugak untuk anak-anak. Saya tengok dorang makan lebih banyak bila menu macam ni berbanding lauk-lauk lain. Cuma insya allah lepas ni, kena carik menu pedas-less, santan-less, minyak-less sesuai utk tahap kesihatan perut suami.


Apepon, doakan kami diberi kesihatan yang baik lepas ni ye

17 words from u:

ayukhairy said...

Moga cepat sembuh ye lydzar..ayu pun batuk gak ni..

Eliss said...

semoga sihat semua yer . orang kata sakit tu kifarah dosa kan :) take care :)

kemma said...

a'ah kan..makan yg rebus2 or sup2 mmg lebih sihat..tp kekdang cam buntu gak nak masak apa..mcm akk abg x ske yg kuah2 jernih ni...

adianiez AIDA said...

moga lydzar sekeluarga cepat sembuh ye. alhamdullillah episod tak sihat dlm keluarga aida da abis. as at now, aida 'dera' anak2 minum air byk tiap hari and no ice!

Iela Fazielah said...

bkn selalu dpt sakit sama2kan...lebih2 lg kita perempuan..jarang betul nak sakit...berbanding lelaki ni... psal urut tu...sure mmg xbest tu...leh kali xyah dtg dah...

Hanis Azla said...

semoga lydzar dan suami akan cepat sembuh sepenuhnya.. makanan2 yng semuanya less tu mmg elok utk kesihatan kan..

Atia said...

semoga cepat sihat....anak2 saya pun suka makan sup...bdk2 mmg suka sup agaknya

amirah said...

kenapa agaknya ye tu lydzar? dah pegi check dr ke belum? moga semuanya sihat2 semula ye..

wahida said...

sabo je la bila dia kata saraf ko byk rosak...aiyak!!

Unknown said...

@ayu thnks ayu. semoga kita berdua cepat baik. hehe suara mmg dh hilang ni

Unknown said...

@Eliss Mie betul tu elis. ya allah semoga Kau mengampunkan dosa hambamu ini..amin

Unknown said...

@kemma tu la kak, kalau hari2 sup mmg bosan gak la kot. tp sementara tgh tak sihatni, layan ajelah. L

Unknown said...

@adianiez AIDA alhamdulillah. dh sihat dh korang. doakan kami pulak ye

Unknown said...

@Iela Fazielah haah kak, setahun sekali kot demam. takper lah allah nk uji kan..alhamdulillah saya demam ringan aje.

Unknown said...

@Hanis Azla less is well. :D
terima kasih atas doa itu

Unknown said...

@amirah cuba masak kari, mmg slow la suapan ke mulut dorang :D

Unknown said...

@wahida tu la. geram je. terasa macam orang sakit saraf plak bila dia kata gitu. hampes

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®