Selamat Hari Guru.

Selamat Hari Guru pada semua yang bergelar GURU. Terutamanya cikgu saya dari Tadika Felda Chini 4, Sek Ren Keb Felda Chini 1 dan 4, Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Kolej Matrikulasi Melaka dan juga pensyarah-pensyarah course ISE, di UiTM Shah Alam.

Juga kepada guru-guru saya dalam bisnes Shaklee, Mommylyna, Kak Cery dan juga Kak Norita. Terima kasih daun keladi!

Tak lupa pada cikgu cikgu di Tadika Delima Ilmu. Cikgu Yani, Cikgu Atiqah, Cikgu Sakinah, Cikgu Nurul, Cikgu Sal..dan cikgu-cikgu baru  yang lain yang saya belum kenal namanya. Juga ex-cikgu HMs, Cikgu Aida, Cikgu Farah dan Cikgu Ida.



Lilin pink tu khas untuk cikgu-cikgu kt TDI. Ini ajelah yg saya sempat siapkan.

Pagi tadi sebelum keluar dari rumah, Hannah bagitau.

"Mama, cikgu suruh bawak makanan dalam tapuwe"
"Ye ke??? Kenapa Hannah baru bagitau mama sekarang?"
"Mama tengok la dalam buku hijau Hannah"

Hmmm betul lah, memang ada nota cikgu minta bawa sedikit makanan untuk jamuan hari guru. Bukan tu je, rupanya ada pertandingan mencipta kad hari guru dengan bantuan parents. Huhu.
Too late Hannah, mama tak tau semua tu. Bahana tak rajin nk check beg sekolah anak!


Nasib baik pagi masih awal, jadi saya bawak dorang ke gerai sarapan untuk beli kuih. Mana yang ada ajelah. Terserempak pulak dengan kawan sekolah Hannah, mama dia tgh shopping kuih muih yg sama. Hihi. So saya batalkan niat nk beli kuih dan berlalu ke gerai roti canai. So bawak roti canai aje lah ke sekolah.

Pasal kad tu, hari ni mama print mana yg patut, malam ni kita kaler-kaler lah. Belated card pon ok kan :)
Cuma Hannah dh kalah tanpa bertanding sebab tak sediakan kad pada hari sepatutnya. Lepas ni wajib belek buku hijau -Message book-  tu hari-hari!


5 words from u:

amirah said...

huhu...takpela hannah..next year ada lagi kan.. : )

dah naik keje la lydzar..start naik keje hari khamis lepas..sekrng mmng liat dah nak update blog

Afasz said...

terlepas plak nak join contest kad tu :D

tkpela maybe next year :D


salam singgah n folow sini

dr
afasz.com

Iela Fazielah said...

bagus taska hannah sbb ada aktiviti n ada buku hijau utk mota apa2 utk parent..harus dipuji taska tu..nnt nak cdgkan kat taska irfan pulak la..

finizaini said...

nabihah kn klu ade message book tu kdg tak sempat sangkut henbeg dia dh memekak..bitau ade message book...selagi ambil & baca mmg bising lh dia..eheheh..tp kdg bg awl, tp boleh lupa..sampai la skang kami buat..lps baca..apa mesej yg cikgu sampaikn kami tampal note kt petisejuk..ehehhe

Eliss said...

nuha hari ni baru sambutan di tadika nya, sebab baik bukan semalam sebab mak dia mc :p

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®