Kursus Muslim Profesional

Alhamdulillah, Isnin lepas berpeluang join training Muslim Profesional ni. Anjuran department HR untuk mana-mana staff yang berkelapangan. Actually ada dua sesi, saya masuk sesi yg kedua.

Trainer bernama Zakaria Yasin, dia suruh panggil Pak Ya. Sory tak teringat langsung nk amek gambar.


Permulaan kelas yang ceria, kami diminta berdiri dan sebutkan HEBAT! CERIA! SUKSES! YES!! dengan bersemangat sekali.

Dan seterusnya, pengisian rohani of course la agenda utama sesi ini. Memang tersuntik lah semangat insaf, semangat yang cergas (sebab Pak Ya ni gaya dia tak duduk diam. Ala-ala ready nk buat sparring je hehe) dan rasa mahu memperbaiki diri :) Insya Allah, akan saya cuba perbaiki mana-mana ruang kelemahan dalam diri ini.

Satu tips yang best dia bagi, jika berdepan dengan bos atau sesiapa pun yang sedang marah. Amalkan teknik taichi.

"Jika apa yang saya lihat, apa yang saya dengar, apa yang saya rasa, bukan datangnya dari saya..maka IA BUKAN saya"

Dengan gaya menunjuk pada mata, pada telinga dan pada dada..

Sewaktu sedang dimarahi, jangan pandang tepat pada matanya, tp pandang dagunya. Waktu sedang bertoleransi mencari penyelesaian, juga jangan pandang matanya tapi pandang dahinya :)

Tips bagaimana menjadi seorang yang positif dan ikhlas :
BACA SURAH AL-IKHLAS (QUL HUALLAH HU AHAD) 100X SETIAP HARI SAMPAI MATI.
dengan niat supaya dapat ikhlaskan hati ni.

Tips untuk keberkatan anak-anak.
 BACA SURAH AL-IKHLAS (QUL HUALLAH HU AHAD) 70X SELAMA 7HARI UNTUK SEORANG ANAK.
sambil berdoa agar anak memperoleh keberkatan dalam hidupmya, menjadi anak yang soleh dan solehah juga berjaya dalam kehidupannya.

Ada selingan keratan-keratan video sepanjang training ni. Memang kelas :)

Dan insya allah tips-tips yang Pak Ya bagi saya cuba applykan dalam kehidupan harian saya. Baru la Muslimah Profesional namanya :)


2 words from u:

amirah said...

bagusnya pergi kutip ilmu

ayukhairy said...

bagus tips2 tu..thanks for sharing..

lamanya tak singgah sini..hehe

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®