WW : Doa amalan setiap pagi dan petang

Assalamualaikum dan salam ceria semua :)



"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang."

Fadhilat Wirid
Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Amamah di dalam keadaan ketar, maka baginda bertanya: "Apakah sebab aku lihat kamu berada di masjid yang bukan masa sembahyang?"
Jawab Abu Amamah: "Beberapa urusan hutang telah menyebabkan aku resah gelisah wahai Rasulullah."
Maka jawab baginda : "Tidakkah sepatutnya aku beri satu bacaan yang apabila engkau baca,akan dihilangkan oleh Allah (SWT) penyakit kebingungan itu dan akan terbayar hutang-hutangmu?"
Jawabnya: "Ya!"
Lalu baginda bersabda: "Apabila pagi dan petang, hendaklah membaca (bacaaan di atas)."
Kemudian Abu Amamah berbuat seperti yang diarahkan oleh Rasulullah (SAW), maka Allah (SWT) telah menghilangkan penyakit resahnya, dan segala hutangnya dapat diselesaikan.
(Dikeluarkan oleh Abu Daud).


Alhamdulillah setiap kali memulakan hari dengan doa ini, mood saya sagnat ceria sepanjang hari. Kalau terlupa baca, mesti terasa ada je yg tak kena.

Jom amalkan!! :)

6 words from u:

Izwa Kamaruddin said...

nice :)

Hanis Azla said...

terima kasih untuk doa yg baik ni lydzar. semoga kita sama2 dapat mengamalkannya.. insyaAllah..

Madam iEeDaZ said...

amin..thanks for sharing yer lydzar!

Anonymous said...

Tq sudi berkongsi ilmu... sgt bagus utk diamalkan...

amirah said...

memang patut diamalkan doa ni

Raz said...

thanks for sharing sis!

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®