Yang ringan tulang :)

Cerita semalam, si ringan tulang buat adik dia lebam kan..Hari ni nk cerita pasal si ringan tulang yg suka tolong mama. 'Eh..adik jangan main benda tu!!' saya jerit dekat Hilda. 'Kenapa breastshield ni ada kt lantai??' hati terdetik sebab rasanya belom kemas lagi dedua cooler bag. Tengok dalam besen, dh penuh. Besen tu selalu digunakan untuk isi botol-botol storage Hilda untuk dibasuh.. 'Mama, abang dh letak botol susu Hilda dalam tu' sambil tunjuk besen. Cair mama. 'Ais dia mana?' refer kepada icepack Colemann 'Abang dh simpan dalam peti ais..dekat sini..' bukak peti ais bahagian chiller. Cair mama. 'OK yang ni bukan letak kt bawah, tp letak kt atas..' 'Sini sini biar abang buat..' dia ambil meja study plastik dia, panjat dan letak icepack dalam freezer. Cair mama. Satu waktu lain, tengah angkat bakul baju kotor dari bilik. 'Mama, biar abang yg tolong' Dia tarik bakul tu sampai dapur, mintak tolong mama bukak penutup mesin basuh dan load baju kedalam. Mama kebilik kejap, kembali ke mesin basuh tengok-tengok dia dah ON kan mesin basuh dan mesin tengah isi air. Hihi pandai jugak dia ni. Cuma tak reti letak sabun lagi. ALHAMDULILLAH, dia berminat nk tolong mama buat kerja-kerja rumah. Memang saya dh berniat, kalau dapat anak lelaki..dia perlu juga tolong mama buat kerja rumah. Insya allah akan didik dia supaya terus ringan tulang macam ni :) Seronok bila anak-anak mula take part dalam urusan rumah. Walaupun selalu fail bab kemas rumah. Baru 10minit kemas sudah bersepah..sane menan sini menan.its ok..maafkan saje la all the mess. Dh besar nnt, baru mama lancarkan perang mulut laser pada anak-anak yg taknak berkemas. Hihi

Lebam!

Ini cerita last week.

Mama bz masak lauk berbuka. Adik excited nk sambut Papa, Abang and Kakak balik dari Pasar Ramadhan.

Adik dok tunggu depan pintu didalam rumah, dan Abang tolak pintu sekuat tangan budak keciknya itu. Hah! dapat bayangkan apa terjadi??

Pecah lah tangisan Adik. Mama dan semua orang yang lain pun terkejut. Terus tinggalkan kuali dan dapatkan Hilda yg menangis tak ingat. Sakit!

Nasib baik memang mama ada 'ubat' mujarab. The one and only boleh comfort dia.

Okeh dh diam, inilah kesannya..Lebam dan bengkak sket kt kening dia. Cian anak mama.
Sapu minyak gamat sket dan dia dh boleh senyum senget :D


Hannah @6 Ramadhan

Salam 7 Ramadhan.

Cerita petang semalam. Hajat nk makan Pizza Hut tertunai. Balik kerja, pick up HMs dan terus ke Pizza Hut Subang2 utk tapau. Masa kt taska, saya perasan Hannah agak pucat dan kelihatan letih. Cikgu kata dia puasa tak makan nasi, cikgu lagi satu kata tadi dia minum air masak je sikit :)

Sampai je Pizza Hut, terus saya buat order. Order menu biasa je, bukan Pizza Ramadhan tu. Belikan sekali cikgu-cikgu taska. Sama-sama merasa juadah dari dapur orang (dapur Pizza Hut lah kan hehe). Lepas je setel order, Hannah ajak pergi KFC kt sebelah. Saya ingatkan dia nk ajak g main kt taman. Rupanya dia request "Hannah nk ayam KFC dengan nasik sekali".

Saya dh agak dia lapar. Bibir pun nampak pucat dan kering. Orang tak ramai, so cepat je dapat juadah. Terus Hannah duduk dan makan dengan selera sekali. Selera ke lahap eh?? Hihi. Sket pon tak offer adik-adik dia makan. Nasik KFC tanpa sup tu pon memang sedappp je dia telan. Ayam  dicubit sikit-sikit je.

Sambil layan adik-adik Hannah, saya tengok nasi dalam pinggan dia dh habis. Wahhh memang lapar sungguh ni!!

Dia memang puasa rupanya semalam (kecuali kes air masak tu). Dia bangun sahur dan dia tak bagi mama letak susu dan sebarang makanan dlm beg dia. Dia nk puasa. Alahai anak mama, semangat juga dia rupanya. Alhamdulillah, waktu tengok dia berbuka jam 5petang tu, rasa syahdu dan terharu dengan semangat seorang anak kecil untuk puasa.

Balik rumah, sempat lah saya baring-baring sekejap. Maklumlah dapaat cuti masak berelaun kan. Sekejapan je, bila saya keluar saya tengok Hannah dh tertidur. Lagi satu hal, rupanya lepas sahur sampai lah ke jam 6petang tu dia tak tidur lagi!!!

Hihi macam-macam la cik Hannah ni :D

Bersahur dan berbuka

Dah 6 hari bersahur dan berbuka dengan home-made lauk pauk. Sup daging, kari ayam, ikan siakap semua pon dh masak. Tetiba rasa nk cuti masak.

Tapi mcm tak berapa nk boleh jugak sebab time berbuka boleh la nk pegi beli or makan kt luar kan, kang time sahur nk makan apa pulak kalau tak masak. Dh balik berbuka baru nak masak..hmm macam malassss je hehe.

Suami gembira si isteri hari-hari masak, time bukan Ramadhan si isteri byk kali cuti sebab busy. Haha alasan kan! Tu lah hikmahnya bulan Ramadhan pada rumahdanlif kami. Balik awal jam 4pm memang bagi saya banyak ruang untuk bekerja kt dapur sambil diselangi bantuan anak-anak read:tumpahkan air, bukak tutup peti ais, dan mencorakkan lantai dengan pelbagai bahan.

Its OKAY, mama ampunkan je. Ramadhan kan bulan baik utk mengajar kita erti sabar. Anak-anak dengan niat nk explore what's inside the kitchen, dgn niat nk tolong mama basuh cawan dan sebagainya lah.

Back to cerita berbuka, hari ni terasa-rasa nk mintak orang tu belanja benda-benda kt bawah ni jeeee.



So untuk sahur kita makan menu ni jer lah.

pinjam gambar terima kasih tsukasachronicles.blogspot.com
 Setuju???? Hihi

Terawikh di rumah

Azam saya Ramadhan ni, untuk jadi berbeza dengan Ramadhan lepas.

Tahun-tahun selepas mempunyai anak, saya tak berkesempatan nk solat terawikh di surau atau masjid. Dah tak solat terawikh kt masjid, kt rumah pon culas. Alasan mengelek anak dan anak ganggu kalau solat.
HUH ALASAN!!

Alhamdulillah tahun ni saya kuatkan juga semangat dan syukur dipermudahkan. Makan tak perlu terlalu kenyang. Pastikan anak-anak juga dh makan. Kadang-kadang terlambat sikit start. Mudah dengan surah-surah yg pendek saja. Dan meriah dengan background dan sound effect anak-anak bergurau senda sambil bercekau sambil saya menahan sabar dengar tangisan bergilir-gilir lepas kena buli ikut turn masing-masing. Hihih!

Dia tolak dia, dia gigit dia..nasib baik ada si tukang pujuk dedua pihak bila tangisan mula kedengaran. TQ Kakak Hannah. Adik-adik dia dh mula pandai bercekau dan tak puas hati. Tak padan kecik si Hilda tu.

Ya Allah semoga kuat untuk teruskan berterawikh dirumah sampai habis Ramadhan nnt..INSYA ALLAH. :)

4 Ramadhan

Dh tenghari baru sempat nk update blog. Dah 4 Ramadhan dah pun :)

Cerita Hannah. Hari pertama je dia bangun bersahur sebab dh 3-4hari sebelum tu diingatkan oleh cikgu dia hari Sabtu nnt kena bangun sahur dan pergi terawikh. So hari Sabtu je lah yg dia bangun. Hari kedua, ketiga dan keempat, liat sungguh lah nk suruh bangun.

Hari pertama pon dia cuma bertahan sampai jam 10.30pg. Banyak soal dia kenapa Hadif boleh minum susu, kenapa Hilda boleh makan kerepek, kenapa itu kenapa ini. Bila mama kata, atleast kena puasa sampai kol1 petang..setiap seploh minit dia tanya bila nk kol 1. Haha! Last-last terus terang dia kata dia lapar dan mintak mama buatkan susu.

Walaupon Hannah tak nak bangun, hari-hari gak mama kejutkan dia untuk bangun sahur. :)
Nak jugak pujuk dia belajar berpuasa.

As for mama, Alhamdulillah manage untuk masak makanan berbuka. Best sebab opis hour 8.30am-4pm. Tepat jam 4pm berdesuplah saya balik, amek anak-anak kt taska dan masak. Yang simple simple saja. Beli kuih 3-4ringgit. Bancuh air kat rumah, dan siaplah menu berbuka kami.

SELAMAT BERPUASA dan BERBUKA SEMUA!

Balik Kampung Safety Campaign and Makan Buat @PBJV

Event last Thursday, speaker jemputan adalah Dr Kamal Afendi Penganalisis Jenaya. Serius lawak sangat dia ni. Memang tak kering gusi sepanjang talk dia.

Saya turun pon dh lewat. Macam biasalah, event start kol2pm. So nak solat dulu, nak pumping dulu :)

Baru je duduk kt kerusi, dh pecah gelak. And very enjoy talk sepanjang almost 2 jam tu. THUMBS UP!
Talk on keselamatan ruah waktu kita cuti raya, keselamatan diri waktu nk balik kampung, cerita ragut dan teori-teorinya.

Dan menurut kata Dr Kamal, adalah lebih baik perempuan pakai handbag bertali pendek untuk elakkan risiko pada keselamatan diri compare to beg sling tali panjang tu. Lagi bagus bawak beg plastik je. Takdek la mat ragut dok aim kita nnt. Heheh!


Demo ragut
Demo pecah rumah

Dah abes talk, kemas-kemas beg nk g makan durian
Lepas acara safety talk ni, ada acara makan buah. Sorryy takdek plak picture.

Okeh, short entry sahaja. Salam 3 Ramadhan..nnt nk update cerita cik Hannah puasa plak :D

Salam Ramadhan 2012

Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semuayang singgah ke blog Mommalydzar ni.

Semoga Ramadhan kita sentiasa berkat, Insya Allah. Short update saja :)
Selamat beramal ibadat!!

ppsst : Sesiapa yg nk bersahur dengan ESP, boleh kontek saya untuk dapatkan stok anda!
ESP ni bagi kita rasa kenyang lebih lama dan bagi kita berpuasa dengan keadaan lebih bertenaga..insya allah :)

Jadual Waktu bersahur dan berbuka negeri Selangor

Cerita kain pelekat lagi!

Cerita kain pelekat lagi!

Kalau ada cerita ni, maknanya pemilik kain pelekat tgh outstation.
"Kenapa papa selalu pegi Singapore, Papa tak pegi Indon ke?" soklan Hadif.
Ahhh sudah, mana pulak dia tau negara Indon ni? Hahaha.

Especially boy papa lah kan, nk tidur mintak kain pelekat papa. Yang girl papa tu ikut trend je. Hadif mintak kain, dia pon nak. Then yang kecik tu tumpang-tumpang berlindung dari nyamuk, maklumla kain tu kan besar.

Mula-mula je elok susunan cenggini. Lama-lama sorang kesana sorang kesini. Sorang lagi carik mama nk dok bawah ketiak.


Mereka adalah dipaksa tidur jam 9.30malam, awal jugak la diajak masuk tidur sebab mama taknak layan mereka menyepahkan ruang tamu kalau tidur pukul 11malam.


Training 2 hari

Training kt opis je. Dekat. Tapi tak sempat nk update blog. Ni pon sebab saya mendelaykan kehadiran diri dari ke training tersebut hehehe!

I DON'T LIKE TRAINING :P

Tapi nak buat cemana, nama dh tersenarai, kena lah pegi jugaaaa..

Esok update cerita lagi okeh :D

Boy Papa



Papa outstation dari Isnin, balik kejap malam tadi, dan pagi tadi pergi lagi esok baru balik. Tuntutan tugas. Busy.

Anak papa yg sorang jer boy ni, sebelum tidur tanya Papa balik pukul berapa.
Mama kata, papa tak balik harini. OK jawab dia sambil tarik kain pelikat papa selubung badan dia. Papa takdek, kain pelekat pon jadi lah. Tapi macam biasa la, kejap ke berkelubung dgn selimut, bila dh tidur pusing sane sini, tersingkap lah kain pelekat ni tak jadi selimut dah.

Syahdu tengok kan dia.

Mama dulu pon ada memori selimut dgn kain pelekat Papa hihihih


Published with Blogger-droid v1.7.4

Cubicle yg wangi

Sebab ada 2 botol perfume :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

HAPPY 30 TO ME!!


اللَّهُمَّ ارْزُقْهُ مَالًا، وَوَلَدًا، وَبَارِكْ لَهُ
Ya Allah, tambahkanlah rizki padanya berupa harta dan anak serta berkahilah dia dengan nikmat tersebut.” (HR. Bukhari no. 1982 dan Muslim no. 660)

Alhamdulillah,  bersyukur dgn nikmat usia yg dipanjangkan ALLAH pada hari ini. Terima Kasih ALLAH.

9 JULAI 2012 : I am 30!! :P

Detik bersejarah jugaklah kan, sebab menginjak dari angka 20-an ke 30an pulak. But still I am young at heart hihihih.

Incik Sudin dah belikan kek malam tadi. Kan saya dh cerita Jumaat lepas, hari ni dia start pegi outstation.

Surprise jugak lah kekdahnya. Dia keluar kata nk kekedai kol 6.45pm gitu, padahal kami baru je balik dari Giant. Ntahapa nk dicarik lagi, saya pon tak pasti. 3 jam keluar, balik-balik dia bawak kek ni. Pegi carik kek rupanya :)


Gambar pertama diusia 30an. Hihi perlu ke???


Tak pon sebenarnya, tp saja nk bagi tau. Yg sunglass itam tu la hadiah birthday as per requested. Hubby nk hadiahkan jam, tp saya request sunglass. Saya memang jenis tak pakai jam, tp walaupon begitu saya masih punctual orangnya ye!! Hehe.

My first sunglass kekdahnya, sebab tu saja nk tempek gambar kt blog ni. Kalau harap nk beli sendiri, tak tau la umur berapa baru g beli. Hihi.

Padahal hari-hari dok kesilauan masa tengah drive pegi dan balik keje. Ye lah kan, orang lain workaholic balik keje dah malam tak nampak matahari. Tp saya sharp 6pm,saya dh angkat kaki hihih. Memang berpeluangla menghadap terik matahari time cuaca kering tu. Alhamdulillah, nikmat Allah kan. Kita kena la nikmati :)

Itu saja update dari mama yg dah umur 30 tahun beranak tiga ni..Enjoy ur days u all!!

Taklupa, terima kasih pada deretan message di FB dan sms wish me for my birthday.

Bangun awal!

Ada orang hari ni bangun sangat awal. Sebab dia excited nak bawak Angry Bird dia pegi sekolah.

Kt sekolah ada jamuan birthday celebration for kids bulan April, May, Jun..kalau tak silap bulan la..so Hadif ni salah sorang yg bdaynya jatuh pada bulan May..cikgu pon dh highlite nama dia dalam kertas tu.

Beli kek readymade je dekat  Ummu Bake Shop, tak banyak pilihan yang ada yg sesuai dgn tema kanak-kanak. So Angry Bird ni jer lah the best :) Beli aje lah sebijik.
Itu pon cik abg Hadif dh seronok sangat. 


Penuhla kek kat sekolah nnt. Macam celebration yg lepas, cikgu cerita ada lagi 4biji kek belum dipotong menjelang petang.

Cerita lain:

Mama : Hannah, minggu depan birthday mama.
Hannah : Mama nk hadiah apa?
Mama : Hannahnak bagi mama hadiah apa?
Hannah : OK, mama nk belon ke nk yg tiup bunyi-bunyi tu ke...
Mama : Mama nk coklat.
Hannah : Bukannnn...mama nk belon ke nk yg tiup bunyi-bunyi tu?
Mama : Hihihi mama taknak yg tu.
Hannah : Belon dengan tiup tu kan kita boleh beli kt kedai kek tadi...~refer to party pack~ hihihih

Cerita lain lagi :
Sepanjang minggu bday mama next week, papa busy outstation sepanjang minggu hukhuk :(

VITAMIN C DAN PENYUSUAN SUSU IBU

Sebenarnya sambil-sambil nak share kepentingan Vitamin C pada para ibu menyusu, saya nk selit iklan kejap ni hehehe:

VITAMIN C DAN PENYUSUAN SUSU IBU:

Vitamin C memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu, menjadikan ia penting untuk tumbesaran bayi yang sedang menyusu. Ianya sangat penting dalam pertumbuhan tulang, gigi dan kolagen, protein yang terdapat dalam saluran darah, tulang rawan, tendon dan ligamen.

Ia juga membantu meningkatkan keupayaan sistem imun untuk melawan penyakit.

Vitamin C ada dalam banyak jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk buah-buahan sitrus, beri, paprika dan tomato, dan anda juga boleh mengambilnya melalui suplemen Vitamin C. Sebagai vitamin larut air, nutrien ini  mengalir ke dalam susu ibu, dan akan disalurkan kepada bayi melaluinya.

Dan sebab itulah, Vitamin C ada didalam semua Set Breastfeeding ke Kedai Triple-S:
Set B, Set E, Set Eu Four Pack, Set Eu Four Pack Plus dan Super Dooper Set Triple M.

Ibu boleh mengambil extra dose Vitamin C terutama sekali waktu bayi anda sedang demam dan selsema. Dose tinggi ini akan membantu bayi anda meningkatkan sistem imunnya dan demam yg dialami akan cepat kebah.

So apalagi!! Rebut peluang utk memborong Vitamin C di bulan Julai ini.
PM saya untuk harga ISTIMEWA.





Sekian, terima kasih. Kalau berminat dgn set-set dalam iklan ini, atau berminat nk beli sebotol Vitamin C..boleh hubungi saya dgn cara-cara dibawah yer.

Sambil-sambil tu jom LIKE  Kedai TripleS dan jom FOLLOW blog Semua.Sihat.Selalu!!!!

THANKS YOU IN ADVANCE.. LOVE U ALLLLL!!! :)

  Lydzar Rusman,
Mobile: 0123103787
lydzar@gmail.com
http://semuasihatselalu.blogspot.com
https://www.facebook.com/KedaiTripleS
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Cake in cup

Saya memang suka makan kek, buat tak reti tapi makan memang terror.

Dah 2-3hari last week, kengkawan asek tayang gambar kek dalam cup di Facebook buat saya owhhh sunggu sangat terliur!! So daripada gambar yg salah sorang kawan pos tu, saya track no the baker. Dan saya pon terus la kontek the baker direct to the point :)

Kenal-kenal kejap, deal-deal lama sket..sebab memasing busy. PM ktFB tu bersambung-sambung dari hari Jumaat sampai ke Ahad dan last sekali close deal. Senang je kot deal ngn saya kan Elynn hihiihihi

Saya order 15cup. 5 untuk saya, 5 untuk Top Achiever business K3S saya ~downline saya la tu~, dan 5 lagi untuk cikgu-cikgu anak-anak saya. Share tau, jangan rebut-rebut. Hihihi

Elynn bagi mix 2 jenis kek je. So saya pilih rainbow cake dan carrot walnut cake. 

Saya cilok gambar dorang. Kek saya belum terusik lagi. Malam tadi tak sempat nak makan! Dah tu pegi opis lupa nak sambar satu. Dan sekarang dok teringat je kek dalam peti ais saya. hukhukhuk!!
Seb baik petang semalam saya sempat makan yg dalam packaging hijau tu. Its carrot walnut.

Sedap juga. Rasanya 1st time saya makan carrot cake. Saya tolak tepi krim cheese tu. Masam sket.




Kalau gambar ni tunjuk gambar kek sebenar, i mean lapisan-lapisan dia, sure lebih tempting kan?

heheh..kalau dh ada yg start terliur tu, dan yang memang tak reti baking macam saya..pegi la kontek Elynn.. kalau yg memang pandai, g masuk dapur dan buat sendirikkk!! Hehhe

.Iron baru

Salam Isnin :) Malam sabtu lepas sempat pegi Home Deco Expo dekat Stadium Shah Alam.
Saja jalan cuci mata tak bawak balik set wardrobe pon. haha!

Dah nk keluar tu, kami tertarik dengan demo pasal steam iron nih. Terasa menarik sebab baju kemeja kain cotton yang komot ya ampun boleh jadi straight dan nampak kemas. Maklumlah ini adalah salah satu masalah saya bila menggosok baju kerja cik Abang saya tu. Memang ada 2-3helai kemeja yang degil takmo go-straight bila saya gosok dengan seterika Panasonic tu.

Lama juga kami tengok demo yg dorang buat. Katanya just letak baju kemeja tu elok-elok atas rion board, gosok baju dgn cara meratakan wap panas serata baju. Wap tu akan resap ke bahagian satu lagi baju, so takyah buat dua kali kerja..gosok one side, siap two side...Wallah..memang cepat la siap kerja menggosok saya kalau macam ni. Dan  iron ni siap boleh act as dry cleaning, dan boleh buat face sauna :)

Harga promosi haritu katanya RM99, harga biasa RM200+. Saya tak pernah tengok pon iron brand ni sebelum ni, tp kata si promoter dah lama ada. OKlah, atas persetujuan bersama, saya beli satu.

Pagi tadi gosok baju. Amek baju super komot Abang. Tapi rasanya tak leh apply kot cara iron 1 side siap 2 side tu kt baju super komot tadi, sebab saya masih perlu gosok kedua2 side, baru la nmpk elok sket. Bila saya apply cara sama kt baju kurung saya, OK pulak. Maklumla kain baju kurung ni lembut dan bukan jenis cotton. Sepanjang menggosok sepasang baju kerja kami masing-masing,3 kali saya refill air utk steamdia tu.
Hmm 1st impression, OK lahh :)





Published with Blogger-droid v1.7.4
 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®