Babywearing : Boba 3G Soho in the house!

Yeay, finally!

Dah lama dah SSC ni jadi idaman kalbuku. Cuma kekadang rambang mata nak cuba yang mana satu. Ada banyak sangat jenisnya, design pon cantik cantik belaka.

Waktu dalam perjumpaan dengan geng-geng Shaklee, dok memerhatikan jugaklah kaum ibu yang berbaby-wearing ni dan mostly mereka gunakan Boba. So bila ramai yang pakai, tentulah produk tu bagus..kan? Just quick survey sajalah.

Dan semenjak dua menjak menjadi-jadi peel si Hilda takmau berjalan, maka dengan tekad jugaklah mama berPM dengan owner MamaPanda dipagi hari. Tak cerita banyak, tanya sket-sket sudah untuk mengelakkan lebih rasa keliru :)

Yang pasti Boba ni boleh carry newborn sampai lah toddler. Easy for nursing juga. Boleh tengok tutorial dekat Youtube. Dan ia boleh digunakan pada toddler up to 20kg. Hah berat tu! Nak kendong beras sebeg pon boleh aja.

Inilah dia design pilihan, actually more kepada warna. So in LOVE dgn warna merah sekarang ni kan. Hihi. Boba 3G Soho. 



Yang ni baru je pick up dekat GDEX Sungai Buloh. Tu yang malas shopping online bila dok kat rumah. Kita dh bayar duit postage, sekali kita jugak kena pegi pickup. Tapi nak buat cemana, memang tak dapat nak tunggu pak posmen sampai. Tunggu dari pagi tak sampai-sampai, maka petang kena jugak la keluar pi buat kerja.
Sungguh tak sabar nak bukak dan terai this gadget.

Yang tu cara-cara back carry. Of course the model bukan saya dan Hilda. Bila masa plak la rambut Hilda jadi blonde..


Yang ini cara-cara front carry. Dan Hilda masih lagi tidur dengan aman dan selesa dalam Boba ni.


My first impression, MEMANG BEST! Berbaloi beli benda alah ni. Lepas ni takdek la mama merungut-rungut sakit tangan lagi bila Hilda asek nak suruh mama dukung bila jalan-jalan dekat Mall.

"Mama, kakak dgn abang boleh tak naik benda ni? "
adehhh !!


4 words from u:

amirah said...

bw memang best kan lydzar. takdela sakit tgn sgt. aritu pun ada gak intai2 boba yg ni. tapiiii dh lama x guna sejak arissa dh pndai jalan ni. skrng ni dia tgh syok brjalan jad terperamla ssc amie tu. pernah gak try back carry ahmad yg 19 kilo tu...perghhhh..

Anonymous said...

Boba tu nmpk pun mcm best je...selesa je budak duduk dlm tu...Baby Na mmg tak de dukungnye...sila jln sendiri =)

mommyNadia said...

Wee..I loike this!
Ada tempat letak kaki kan..super cool!

ayukhairy said...

Suka sgt boba!!!

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®