Ramadhan 2013 : MInggu Pertama

Ramadhan yang bermula pada 10hb Julai disambut dengan tenang oleh saya dan anak-anak. Ketika ini, suami dah pun berlepas untuk mengerjakan umrah. 8 hari sempat dia berpuasa di sana.

Mentally I am ready to be alone with my only kids. So dengan rasa sayu dan tanpa rasa sedih kehidupan perlu diteruskan. Tiada sesi memborong stok lauk sebab saya dah tahu bagaimana persediaan memasak saya jika suami tiada/outstation. Hehe, jadi seekor ayam, sedozen telur ayam, setin sardin, 3-4ekor ikan sudah memadai untuk keperluan kami berempat selama seminggu. Sesekali saya tahu saya pasti akan singgah ke kedai runcit membeli sayur, dan tak ketinggalan beli udang. Saya memang boleh ke kedai runcit yang menjual stok lauk bebila yang saya mahu.

Alhamdulillah, dalam rengekan, Hannah bangun juga untuk bersahur selama 4hari ni.
"Mama, kakak makan sikit je tau"
"OK kakak, yang penting kakak bangun dan makan sahur untuk ambil keberkatan Ramadhan ni"

Selesai menyuap dia at least 4suap nasi, Hannah minta izin untuk kembali tidur. Saya bancuhkan susu mix dengan Mealshake dan dia kembali kekatil. Ops! Hannah memang masih minum susu guna botol :P

Hadif, saya tak kejutkan lagi. Cuma sesekali saya tanya dia, mahu bangun bersahur atau tak? Bila dia kata mahu, senanglah dia bangun. Dan bila dia kata tak mahu, memang susahlah dia nak membuka mata. Saya tak paksa dia berpuasa lagi diusianya 4 tahun ni.
Pernah satu hari, selesai saya solat Subuh, jam 6.15am Hadif bangun mahu bersahur. Mama layankan sahaja.

Setiap hari memasak dengan gembira. Walaupun kadangkala tiba dirumah jam 5.30pm sebab keluar menguruskan sesuatu. Tapi atas permintaan si kakak yang berpuasa saya masak juga.

"Mama, mama masak macam ni lagi sedap dari makan dekat kedai"
"Mama, ada lagi tak nasi. Hannah nak tambah sebab ayam pedas mama ni sedap sangat"

Berbunga riang berwarna warni hati mama bila dengar anak memuji dengan ikhlas. Alhamdulillah..alhamdulillah..

Berada dirumah ketika berpuasa memang banyak kelebihannya. Alhamdulillah, banyak masa yang dapat dimanfaatkan untuk amal ibadat yang sunat. Syukur. Bersama group Shaklee yang bukan hanya berbincang tentang marketing dan produk tetapi setiap hari ada selitan tazkirah dan galakan melakukan ibadat. Syukur kerana melalui bisnes Shaklee, saya berpeluang berkenalan bukan sahaja ramai kawan baru, tapi kawan baru yang semuanya bercaj positif. Syukur Ya Allah.

Hari ni hari ke4 berpuasa. Teringin juga makan lauk selain sup dan sambal. Cadangnya nak masak daging beriani dan cuba cuba masak nasi berwarna warni. Nantikan hasilnya. Ntah jadi ntah tidak. Hihi

Dalam hati sudah mula excited menunggu hari Selasa. Suami sempat berhubung dengan saya hanya ketika dia di Madinah. Sejak bertolak ke Mekah, dah tiada berita sampai ke handphone saya.


"Bismillahi Tawakal to al Allah, Wa La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah"

Saya bertawakal dan yakin suami berada dalam lindungan Allah dan sedang khusyuk beribadat di sana. Jadi sepanjang beberapa hari tanpa khabar, saya panjatkan doa agar mereka dipelihara sebaiknya ketika sedang menjadi tetamu Allah.

Jauh di sudut saya memang sangat cemburu akan kejayaannya kesana. Ke sana tanpa saya pulak tu. Memang jelesss.. tapi tak apalah, maybe belum tiba rezeki saya untuk kesana bersama dia. Insya Allah, mungkin tahun depan tiba giliran saya. Sobs sobs.

OK. Sekarang nak membelek resepi sekejap sebelum keluar beli stok daging

Selamat berbuka dan selamat beramal ibadat semua.




3 words from u:

amirah said...

en hubby gi umrah? wahhh bestnya merasa puasa kat sana..takpe lydzar, kejap je tu. pejam celik pejam celik dh balik sini..bagusnya hannah..dh pndai dh puasa

me a name i call myself said...

Insyallah..Nad pun mengidam sangat2 la nak kesana...bila ek turn kita pulak? hehe..

Sharinginfoz said...

baguslah tak berbincang mengenai bisnes aja kan

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®