Jutawan Magic Session Kuantan : Pertama Buat Diriku

Sabtu jam 4pagi, anak-anak dah kena paksa bangun mandi, sebabnya kol5am nanti dah nak mulakan perjalanan ke Kuantan. Mama tak harap lah nak mandikan dorang dekat R&R sebab tiga HM ni konpem menjerit sejuk.

Senang juga lah nak kejutkan mandi sebab ada perkataan "kita nak pegi jalan jalan kat kuantan". Cuba kalau perkataan 'skolah' yang keluar, konpem liat liat ajer.

Tragedi pagi pagi buta, mama dah lock pintu tapi rupanya mangga dan semua kunci ada kt dalam rumah. begitu juga dengan slides presentation mama. Tawakal je lah kami tinggalkan rumah dengan 1 je pintu berkunci. Grill tak bermangga.

Singgah solat dekat R&R Maran kalau tak silap, dan tiba di The Zenith Hotel jam 8.30am. Just nice timingnya. So terus registerkan diri dan suami. Masuk dan cop tempat sementara menunggu majlis bermula. Berdebar je masa ni sebab nk kena bagi sepatah dua kata. Segala yang dirancang nk di slideshow kan akhirnya hanya menjadi nota kecil didalam henpon sahaja.


RichMaster in action. Debar tak debar, tanggungjawab harus dipikul. Hehe. Bolehla bercakap juga depan crowd begini akhirnya. Dah la turn pertama.. layan..
At last i can control my fear. Topik MASA ITU NYAWA yang saya sampaikan pada mereka.


Majlis berjalan lancar dengan pelbagai topik dari semua Master Coordinator dan bakal master yang hadir. Antaranya adalah Master Farihah, Master FarahWahida, Master Wan Muliani, Master Lyana Mansor, Master Iffah Anuar yang sememangnya sangat bersemangat. Walaupun masih dalam mode bercuti sakit, beliau tetap hadir utk sama-sama memberikan kata semangat kepada semua SID di Kuantan. Semua Master berkongsi tips-tips rahsia masing-masing dengan aura tersendiri. Alhamdulillah banyak nya ilmu yang kami didalam dewan dapat serap dan simpan.

Diselangi dengan forum dari pada Shaklee Independent Distributor, kuiz dan juga perkongsian daripada wakil kaum adam. 

Kat dalam gambar ni, nampak macam semua menyanyi je kan? Hehe Menyanyi lagu kejayaan la tu

Majlis berhenti rehat untuk lunch dan solat Zohor dan bersambung pula pada jam 2.30petang dengan sharing daripada Masters lagi. Selepas lunch, kami check in ke hotel. Sesi petang mama tinggalkan HMs dengan papa di bilik sahaja. Bagi mereka peluang untuk berehat especially encik papa yang keletihan driving di awal pagi.

Berbalik kepada acara, kalau dah kesana sini, memang tak sahlah kalau tak amek gambar kenangan kan. Dengan Supervisors saya, Farahida dan Sarah Aisha. Farah datang dari KL dan Sarah datang dari Kemaman. Di Kuantan kami bertemu muka, terutama sekali Sarah. Pertama kali saya bertemu dengan anak didik saya ni setelah lebih setahun beliau register menjadi ahli RichFamily.






 
Sempat bersalam dan berkenalan sekejap dengan cucu cucu dari group BigDream


Menarik sangat perkongsian dari Ustaz Taufiq (yang berjaket lengan merah tu) , beliau adalah bekas pelajar Universiti Al Azhar dan beliau telah berkongsi banyak perkara tentang Shaklee diblognya. Dan menurut beliau, bisnes Shaklee memang mematuhi syariah dan anda semua tak perlu ragu untuk cuba buat bisnes ni. Antara kata-katanya yang saya suka nak kongsikan disini..

"kita berdosa kalau pandai berniaga tp kita tak tolong org pandai berniaga sekali.
kita berdosa kalau kita dpt 4angka tp kita tak tolong org dpt 4angka."

ada betulnya tu..kan? berjaya biar bersama sama, kaya pn biar bersama sama. Dan ini jugalah matlamat saya kini. Insya allah, sepanjang tahun 2014, saya akan cuba lahirkan seramai mungkin 4-5figures income housewife. :)




Akhir sekali, majlis ditutup oleh acara memotong kek ini.



Sebenarnya, majlis Magic Aura Kuantan dan juga acara memotong kek ini pernah menjadi salah satu faktor saya untuk terus mengejar impian. Nampak simple je impian ni, tapi untuk melayakkan diri berada di sini, saya perlu lakukan banyak perkara, perlu korbankan banyak masa dan tenaga dan akhirnya ia sangat berbaloi kerana akhirnysaya ada gambar ini. :)



1 words from u:

Anonymous said...

semoga sukses selalu momma!

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®