Jutawan Magic Session Kuantan : Pertama Buat Diriku

Sabtu jam 4pagi, anak-anak dah kena paksa bangun mandi, sebabnya kol5am nanti dah nak mulakan perjalanan ke Kuantan. Mama tak harap lah nak mandikan dorang dekat R&R sebab tiga HM ni konpem menjerit sejuk.

Senang juga lah nak kejutkan mandi sebab ada perkataan "kita nak pegi jalan jalan kat kuantan". Cuba kalau perkataan 'skolah' yang keluar, konpem liat liat ajer.

Tragedi pagi pagi buta, mama dah lock pintu tapi rupanya mangga dan semua kunci ada kt dalam rumah. begitu juga dengan slides presentation mama. Tawakal je lah kami tinggalkan rumah dengan 1 je pintu berkunci. Grill tak bermangga.

Singgah solat dekat R&R Maran kalau tak silap, dan tiba di The Zenith Hotel jam 8.30am. Just nice timingnya. So terus registerkan diri dan suami. Masuk dan cop tempat sementara menunggu majlis bermula. Berdebar je masa ni sebab nk kena bagi sepatah dua kata. Segala yang dirancang nk di slideshow kan akhirnya hanya menjadi nota kecil didalam henpon sahaja.


RichMaster in action. Debar tak debar, tanggungjawab harus dipikul. Hehe. Bolehla bercakap juga depan crowd begini akhirnya. Dah la turn pertama.. layan..
At last i can control my fear. Topik MASA ITU NYAWA yang saya sampaikan pada mereka.


Majlis berjalan lancar dengan pelbagai topik dari semua Master Coordinator dan bakal master yang hadir. Antaranya adalah Master Farihah, Master FarahWahida, Master Wan Muliani, Master Lyana Mansor, Master Iffah Anuar yang sememangnya sangat bersemangat. Walaupun masih dalam mode bercuti sakit, beliau tetap hadir utk sama-sama memberikan kata semangat kepada semua SID di Kuantan. Semua Master berkongsi tips-tips rahsia masing-masing dengan aura tersendiri. Alhamdulillah banyak nya ilmu yang kami didalam dewan dapat serap dan simpan.

Diselangi dengan forum dari pada Shaklee Independent Distributor, kuiz dan juga perkongsian daripada wakil kaum adam. 

Kat dalam gambar ni, nampak macam semua menyanyi je kan? Hehe Menyanyi lagu kejayaan la tu

Majlis berhenti rehat untuk lunch dan solat Zohor dan bersambung pula pada jam 2.30petang dengan sharing daripada Masters lagi. Selepas lunch, kami check in ke hotel. Sesi petang mama tinggalkan HMs dengan papa di bilik sahaja. Bagi mereka peluang untuk berehat especially encik papa yang keletihan driving di awal pagi.

Berbalik kepada acara, kalau dah kesana sini, memang tak sahlah kalau tak amek gambar kenangan kan. Dengan Supervisors saya, Farahida dan Sarah Aisha. Farah datang dari KL dan Sarah datang dari Kemaman. Di Kuantan kami bertemu muka, terutama sekali Sarah. Pertama kali saya bertemu dengan anak didik saya ni setelah lebih setahun beliau register menjadi ahli RichFamily.






 
Sempat bersalam dan berkenalan sekejap dengan cucu cucu dari group BigDream


Menarik sangat perkongsian dari Ustaz Taufiq (yang berjaket lengan merah tu) , beliau adalah bekas pelajar Universiti Al Azhar dan beliau telah berkongsi banyak perkara tentang Shaklee diblognya. Dan menurut beliau, bisnes Shaklee memang mematuhi syariah dan anda semua tak perlu ragu untuk cuba buat bisnes ni. Antara kata-katanya yang saya suka nak kongsikan disini..

"kita berdosa kalau pandai berniaga tp kita tak tolong org pandai berniaga sekali.
kita berdosa kalau kita dpt 4angka tp kita tak tolong org dpt 4angka."

ada betulnya tu..kan? berjaya biar bersama sama, kaya pn biar bersama sama. Dan ini jugalah matlamat saya kini. Insya allah, sepanjang tahun 2014, saya akan cuba lahirkan seramai mungkin 4-5figures income housewife. :)




Akhir sekali, majlis ditutup oleh acara memotong kek ini.



Sebenarnya, majlis Magic Aura Kuantan dan juga acara memotong kek ini pernah menjadi salah satu faktor saya untuk terus mengejar impian. Nampak simple je impian ni, tapi untuk melayakkan diri berada di sini, saya perlu lakukan banyak perkara, perlu korbankan banyak masa dan tenaga dan akhirnya ia sangat berbaloi kerana akhirnysaya ada gambar ini. :)



FB Bento Club

Bento dalam bahasa Jepon. Bahasa Melayunya bekal.
Jadi FB Bento Club yang saya join baru-baru ni, sebenarnya terbuka pada mana-mana parents yang sedang mempraktikkan / berminat untuk mempraktikkan budaya membawa bekal ke tempat kerja atau untuk anak ke sekolah.

Sebelum ni pun, selalu bekalkan HMs dengan kuih-kuih melayu atau nasi lemak yang dibeli di gerai sahaja. Since masuk 2014, terasa macam nk bekalkan home made food, dan ter tak sengaja terjumpa bento club ni. Kalau bekalkan anak nasi goreng, memang takpernah ada apa-apa hiasan pun


Setiap hari mesti ada saja gambar bento yang di decorate dengan cantik oleh para ibu yang kretif. Saya pon teruja. Tapi so far belum berjaya nk mendeco-deco sebegitu. Banyak rupanya gajet deco untuk bento yang selama ni saya tak pernah tahu. Hihi..

Antara kenalan blogger yang aktif mendeco ialah AYU KHAIRY.. 
Tengoklah hasil kreatif beliau :) Comel kan.. Roti bentuk bear.


Yang ni pulak antara gambar-gambar bento comel orang lain. Actually ini dari cover group bento ni lah. Teruja tau menengoknya. Comel comel semuanya.. Anak anak pon mesti excited nak makan kalau macam ni.


Sebenarnya banyak juga gadget menarik yang boleh digunakan dan dijual di merata rata tempat. Asalkan si mama rajin nak mendeco, boleh la mula mencari peralatan ni. Saya? Insya allah kalau terjumpa nnt kat mana-mana boleh la cuba beli, cuba deco.. hihi

Buat masa ni masih di cara lama, letak aje dalam bekas bekas kartun.


Kalau ada kawan-kawan berminat nak join kelab bento ni, boleh ler pegi request join group kat sini
KELAB BENTO.. selamat mencuci mata, selamat berkongsi idea..

Hadif balik 'kampung'

Cerita cuti Thaipusam baru-baru ni.
Kami berpeluang ikut papa outstation dekat 'kampung' Hadif. :) Kampung Hadif sebab dia lahir di sana. Mana lagi kalau bukan Pulau Pinang.

Bila ditanya, "kita nak pegi mana ni mama?"
Mama jawab.."kita nak balik kampung Hadif. Visit uri Hadif kt sana.."

Lepas tu memang bertubi-tubi lah soalan, apakah uri, uri duduk mana, nak pegi rumah uri..etc etc. LOL!

Menginap di Hotel UiTM.. "ni hotel abang, tau kakak. Sebab kita kan balik kampung abang.." kata Hadif.

Kakak mula nk tension.."Mama kenapa kita tak pernah tidur kt hotel kt kampung Hannah? Kampung Hannah tu Putrajaya kan.. kenapa mama tak bawak kita tidur kat sana?.. "

Si adik menyampuk..  "Hilda pon takpenah tidur hotel kt kampung Hilda.."

Hahaha, buang duit mama je kot tidur kt hotel kt kampung kakak dgn adik tu.

Layan gambar. Memang senang bawak dorang ni travel so far. Lepas gurau-manja-kasar adik beradik, mata masing-masing mula layu lalu tertidur :)



Bergerak dari Subang Suria pagi Jumaat around 11am, sampai almost pukul 5petang. Terus check in Hotel Uitm dan lepas solat, keluar pekena char kuay teaw. Dah ada banyak kedai charkuayteaw around UiTM Penang ni. Dan tak perlu pegi jauh-jauh dekat Sg Dua pekena CKT Telur Ayam DiBasuh pun dah takpa dah. Sedap juga.



Hari Sabtu, papa mula berkursus/bermeeting/berseminar.
Mama dengan kuasa pemanduan ditangan, dan juga ingatan tentang Jusco Perda yang masih belum padam, mengajak HMs bertiga lepak dekat Jusco.

Masuk je Jusco terperangkap plak kt bahagian playground ni. Selagi tak masuk selagi tu lah anak-anak bertiga ni merayu rayu nak main taman. OKlah layan seround.


Tak lama pun dekat Jusco. Mama pon tak sempat shopping apa-apa, ada orang dah bosan ajak balik. Nak tidur kata dia. Iyer lah sangat tidur. Balik bilik tak tidur pun, dorang pi bantai main 'swimmingpool' dalam bilik tu. Sampai terketar-ketar sejuk, dan lepas tu tiga-tiga kena selsema.

Sambil menyelam mama minum air. Sambil ikut papa outstation, mama pegi jumpa 'anak' Shaklee mama dekat Penanti. Setelah setahun lebih berkomunikasi melalui sms / whatsap / FB, akhirnya bertemu juga dgn Ku Hasnah ni, geng RichFamily kt Penang. Memang biasa pn, mostly mama kenal anak2 Shaklee ni thru online jadi mmg ramai yang mama belum pernah jumpa lagi.
(psst.. kalau ada blog reader mama dkt Penang nak beli vitamin Shaklee, boleh juga kontek Ku Hasnah ni ye.. ).

Kalau kawan-kawan nak tanya dengan Ku Hasnah ni pengalaman dia handle anak ekzema, sila lah ye,

Plan asalnya nak kerumah dia hari Sabtu petang. Tp sebab papa punya meeting sungguh lama (katanya habis jam 1.30am malam Sabtu tu), maka sesi ziarah ukhuwah ni kena pospon ke hari Ahadnya. Alhamdulillah ada juga rezeki berjumpa.

Owh ye! Sebelum kami singgah rumah Ku Hasnah, kami sempat jugak la singgah ke kedai Jeruk Madu Pak Ali. Tak memborong pon, sebab kami mmg jarang makan jeruk dan jeruk bukan feveret mama. :)



Insya allah next week, kita berjalan ke Kuantan pulak. Boleh la dorang mandi 'swimming pool' kt sana plak. LOL.


Anak oh anak :)

Lama rasanya tak cerita pasal anak ni hehe..

Insya allah this March, Hilda Marissa will turn 3. Sekarang ni, kalau bercakap memang fasih. Dah gaya orang besar. Vocab pon memang banyak tanpa pelat. Cuma kekadang datang mengada-ngada dia, dia buat juga bercakap gaya pelat.

Banyak beza Hilda dengan kakak dan abagnya dalam banyak segi.
Garang pon ye, veto pon ye, manja pon ye jugak. Hanya dia sorang lah yang macam ni antara 3 HMs

Maybe peel anak paling kecik ::cannot read as bongsu lagi:: hihi

Tengok aje lah betapa kretifnya budak sorang ni.

Dia kata dia pakai skirt :P
Kaki Hida sejuk, best la pakai stokin papa ni

video 





DOUBLE Happiness..

1) Payday.
Tak lain tak bukan lah tu.. siapa lagi yang bak bagi saya gaji bila dah duduk rumah ni :)
Alhamdulillah, tak putus Allah sampaikan rezeki. Samada melalui daily sales, dapat juga untung runcit setiap hari. Dan yang masuk setiap tengah bulan ni, orang kata bonus. Tapi saya kata gaji.
Sebab memang most of my bills saya bayar dengan 'gaji' ini. :)

Seronoknya bekerja dirumah.
Kadangkala memang saya masih perlu drive keluar ke Pejabat Poslaju untuk pos barang. Belum pernah lagi call posmen datang pick up. Cuma yang seronoknya, saya drive bukan di peak hour. Jadi perjalanan adalah lancar dan laju. Siap urusan saya boleh segera balik.

2) Rumahku Syurgaku
Insya allah, bakal memiliki sebuah rumah di bandar idaman -> SHAH ALAM.
Saya cukup suka dengan bandar ini. Persekitaran yang terancang, kawasan melayu dan islamic sesuai untuk perkembangan anak-anak saya, jarak yg dekat dengan opis suami dan opis HQ Shaklee. Apa yang kami berdua cita-citakan kami dapat disini. Lagipon kami berdua dulu pernah sama-sama spend hidup (masa bujang dan belajar dululah) di bandar ini. Kenangan tu..

Pagi tadi salesperson call saya bagitau letter offer untuk loan rumah dah approve. So we are one step closer to it. Insya allah, semoga setiap urusan utk kami miliki rumah ni lancar. Lepas ni boleh mula survey sekolah baru untuk anak-anak pulak. Perancangannya berpindah dalam tahun ini juga.

Smile and smile.


Jadi emak kena banyak sabar :)

Sesi sekolah berjalan lancar. Last week dua hari sahaja so tak rasa apa sangat. Dua hari je eh dah cuti semua. Dan minggu ini bermula lah sesi penuh seminggu bersekolah.

Alhamdulillah, pagi-pagi dibantu suami utk menyiapkan anak-anak. Suami handle Hannah bangun, mandi dan menghantarnya ke sekolah. Walaupun kadangkala meragam juga cik kakak kita ni dipagi hari.

Mama yang kononnya sangat bersemangat nak jd surirumah hebat pada tahun 2014 gigih bangun menyiapkan sarapan utk anak makan sebelum keluar rumah sekaligus jadi bekalan waktu rehat di kantin. Dugaan sungguh bila di reject oleh anak-anak. Mereka sikit pon tak mahu jamah apa yang mama dah masak. Bila mama pack and minta bawa ke sekolah, kata Hannah.. "takyah lah mama.. Hannah nak beli kt sekolah"

To be frank, mama merajuk hihih. Bukan setakat Hannah, Hadif pon sama tak mahu makan.
OK fine. Mama dah tak nak masak dah. :P

Mungkin mereka perlukan masa untuk adjust dengan budaya bawa bekal. Selama 2tahun ke tadika, bekalan mereka mama hanya beli dari kedai-kedai. Culture shock gitu apesal mama ni tetiba je rajin masak pagi-pagi? haha


Dari mama yang stress di pagi Jumaat.
Apa yang mama masak, sama je dgn apa yang dia beli kat kantin tu :(

Wrap Up 2013 : Coaching santai dengan RichFamily

Untuk tatapan dan kenangan saya dan juga anak- anak didik Shaklee saya. Nak abadikan kenangan bergambar dengan mereka, walaupun dah ada album dekat FB. Hehe

Sesi coaching santai ni bertujuan untuk bagi personal human touch. Komunikasi secara online memang berguna, tapi sesekali kami bertemu untuk merapatkan ukhuwah dan berkenalan dengan keluarga masing-masing secara lebih dekat. Intipati sesi bersembang tentulah bukan sembang kosong, tp sembang berinformasi :)



Alhamdulillah, a great closing for 2013.

Saya pon dah berjaya mencapai impian saya bergelar Master Coordinator pada bulan Nov 13.
Dan kini saya sedang membantu anak anak didik saya pula mencapai impian mereka.

In Shaklee, the success is shared together.

Mungkin akan lebih banyak travelling pada tahun 2014, sambil kita matchingkan dgn schedule persekolahan kakak Hannah, i believe semua nya Allah permudahkan. Amin.

Leave the EXCUSE behind, grab all CHANCES around.


Hai 2014..

Gambar terbaru kami berlima Masa ni, kami hadir ke majlis Master Celebration Master Laila.

Kebetulan kt luar dewan, ada booth amek gambar ni. So apa lagi, lets give them a post, also give them the money hehe. Props semua dah ada, apa kita buat cuma saya cheeeeeseeee..

Hilda punya cheeese tak bukak mulut. so lain macam sket dia senyum tu.



Cerita lain di 2014

Alhamdulillah, kakak Hannah dah start sekolah. Darjah 1.
Sempoinya kanak-kanak sekarang, memang tak de kot yang menangis di hari pendaftaran sekolah. Semuanya riang ria sebab most of them jumpa balik kawan-kawan yang ke tadika. Mak ayah pon dah tak perlu risau. Mereka secara automatik pandai adapt dan bergaul. :)



Abg Hadif masih ke Tadika Delima Ilmu. Dan adik Hilda, masuk ke playschool juga kt TDI.
Dah start kena pakai uniform kuning, tapi belum sempat ambil gambar Hilda dgn uniform. Sebabnya pegi sekolah dia tak mandi lagi.. hihihi.. mata masih tertutup mama dah angkat masuk kereta. So dia mandi dan dress up kt tadika aje.




 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®