New Header from Incredible Design

Masih ingat akan entry aku yg dan BOSAN dengan header boring ini?

Dah ada yg perasan rupanya, 'tudung' baru blog aku :)


Korang rasa cantik tak? 

Aku rasa CANTIK!! Hehe sapa lagi nk puji kalau bukan tuan empunya badan kan :) 
Tengok tu, ada kami sekeluarga naik kereta berempat lagi, walaupon sampai terkeluar-keluar kepala aku dari kereta tu. Erkk itu tidak menggambarkan bahawa aku 'terlebih berat' yer, cuma kereta tu terlalu kecik. Aku tetap maintain slim tau haha!!~  


Diana tanya, aku buat header ni sendiri ke?

Ouh..aku tidak merekacipta 'tudung' or blog header ni sendiri yer..
Sungguh aku tak pakar dgn application Photoshop..nk crop, nk cantum sini sana, layer 1 sampai seploh..ohh aku memang buta Photoshop. Jadi utk memudahkan kerja aku..ORDER saja! Senang kan? Tak yah susah payah aku pikir cemana nk design huhu! Aku memang tak suka kerja-kerja design ni, sbb kompom ke laut. HaHa!

Sempena Birthday yg pertama blog ni, aku dgn suka hatinya telah membelikan hadiah utk dia. Beli pon online je. Aku beli dekat Incredible Design.


Actually aku blogwalking..memang amalan mulia la tu kan, blogwalking. 

Terserempak, heh tak lah ..aku mmg type adress blog Jemah tu, sekali tengok template baru dia, kan main bling bling pink lagi. Cun ooohh!! Pastu dia pon ada cerita pasal situkang design template baru dia. Custom design tu..

Dengan pantas, aku terjah blog yg dimaksudkan. Aku rasa dia baru lg berbisnes online ni. Sbb blog pon nmpk baru lagi. Ok dia offer service design for watermark, header dan template utk para blogger sekalian. Sama ada custom design atau pon ready made punya. :)

Terus carik sebutharga..eh bukan, carik price list. Kena tengok dulu, kalau affordable boleh la order. Kalau mahai, stay tune lah aku dgn header lama yg DULL dan BORING ya amat tuh! 

Tengok sini utk Header Design
Ok harga utk reasy made design bersamaan rm15.
Untuk personalized atau pon custom ikut suka hati tuan punya blog, adalah rm40
Ok dalam bajet nih! Aku kalau boleh, memang nk carik yg paling murah punya. Korang pon mesti buat mcm tu gak kan :) So rm40 adalah dalam bajet aku.. Boleh la ni, contact sat ngn tuanpunya Incredible Design.

Tengok juga disini untuk watermark design.  Dan disini utk blog design.
Aku pasti portfolio dia akan bertambah merentasi masa. Cewah ayat ~ merentasi tak boleh blah..

Sepantas kilat juga dia memberikan respon. Liza juga namanya. Ouwh disana Liza dan disini juga Liza. Cuma Liza disana amat kreatif, dan Liza disini amat sensitif.. HaHa!

Diskusi cuma ambil masa beberapa hari, dan kerjanya siap segera juga. 

So korang, ape lagi. Kalau agak-agak korang diserang perasaan AKU DAH BOSAN dengan header anda, dan ingin kan 'tudung' sesuatu yang baru, boleh la terjah Incredible Design. Berdiskusi lah anda dengan Liza disana, dan anda pasti berpuas hati dengan servisnya.

Enjoy!

22 words from u:

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

Nice!
aku punye kerajinan nak hapdet aku punye 'baju' dan 'tudung' tu belum tiba aaaa..
nnt bila rajin dtg, aku terjah gak blog incredible design tuh..
best ah,terer photoshop,bole buat bisnes..aku?walaupun degree IT,tapi hampessss...huhuu

Unknown said...

@.: Ain Rusli :. terjah jgn tak terjah :)

ala sama je ngn aku..duduk kt fakulti sc comp, tp satu barang pon tak reti haha! rasanya photoshop ni lg byk pakai kt fakulti design2 ni kot kan

Sumijelly said...

memang comel header baru.... sesuai warna pink..hehehe


Sumijelly.com

Incredible Design said...

thanks liza untuk entry yang menarik ni..hehehe..Tersenyum-senyum baca..hehehe

Unknown said...

@Sumijelly sumi..comel kan pink..biru pon cun gak, tp kelihatan lebih matang :)

Unknown said...

@Incredible Design sesama liza..semoga bisnes terus maju jaya yer..

harap2 adalah antara kengkawan saya yg terjah dan tangkap liza utk makeup blog mereka :)

Eliss said...

wow,chantek! pasni semangat lagilah nak berbelog :)

erin emariza said...

aku suka part korg anak beranak mcm naik keta kecik tue.comel sgt..

Unknown said...

@e.l.i.s.s.m.i.e yeah, semangat membara! tinggal satu lagi misi belum terlaksana hehe

Unknown said...

@erin emariza aku pon suka erin! dan yg paling comel adalah hadif yg control macho bawak kereta sambil pegang bola-kengkonon-stereng kan..hihihi i like!

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

lizaaaaaaaa........cantik sgt header tu.....pagi tadi dtg sini dah...tp, tak nak komen lagi sbb tak de entry lagik!hahaha...sumpah lin ingat liza wat sendiri header tu!hahaha suka la...cantik..sweet...macam poster filem pun ada!filem "mari naik kereta ku" hihihi..nanti la tunggu kot ada untung cake lagi, baru tukar tudung lin!huhuhu hadif and hannah sgt comel..suka!suka! :)

Che Yah said...

memang cantik... suka tgk... :)

Unknown said...

@.::NiK's WiFeY n MoMmY::. tengs lin! of kos la ada untung lovelin creation tu..lgpon tak mahal mana kot header nih. affordable kan

Unknown said...

@Nuha-aila tengkiu ! i pon sukak jugak!

Kancilbiru said...

wah cantikla...jeles ai...tingin nak ada header tapi tah la...hehehe

hah said...

cantik...bru nk tanye wat sendiri ker..ihihi ada gak bisnes wat header yer.

Unknown said...

@Kancilbiru tengkiu tengkiu..takpa kancil biru amek masa dulu perah otak nk pikirkan header cemana..nnt2 timbul 'ting' mentol idea tu :)

Unknown said...

@hah tak hah, seperti yg telah diceritakan tu..tangan keras.. :P

ada je, kalau tere photoshop boleh je buat bisnes tu..byk kot permintaan nnt

Unknown said...

@Kancilbiru letak la jugak..mesti lg best blog kancilbiru tu nnt

Unknown said...

@hah
hehe tak pandai la buat sendiri

Unknown said...

niza : buatla, mesti blog kancilbiru semakin meriah nnt

Unknown said...

lin : kompom ada untung punya, nnt buat tau :)

nuha : sama la, i pon suka tengok hihiih

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®