Salam Jumaat.
Nak hias entry hari ni pasal anak bongsu ai.
Now umur dia 2 tahun 7 bulan.
Sangat petah berkata-kata. Kalau ajak sembang tu memang ada ajelah idea dan jawapan dan juga soalan dia. And among the three, dia lah juga yang paling dominan. Apa-apa dia WAJIB menang.
Orang kata, anak no 3 memang lain dari orang lain. Hmmm hmmm agaknya lah kot. Mama pon anak no 3, papa juga anak no 3. Haha..
Always act macam baby. Kalau turun dari rumah, nak kemana-mana mesti nak berdukung lagi. Tak kasi can mama hands free.
Kalau beli aiskrim, memula dekat kedai, dia pilih aiskrim yang berbeza dengan aiskrim kakak. Tapi nanti bila nak makan, dia yang nangis-nangis nak kan kakak punya aiskrim. Kakak terpaksa lah mengalah.
Kalau mandi, abes semua cawan dan tupperware mama kat dapur dia nak angkut masuk ke toilet, buat jadi bot dia. Bila mama amek semula nak simpan dia sound "eh mama, jangan simpan.. ida nak guna lah"
Kalau makan, dia pilih pilih..mama kena suap nasik putih saja jangan yang kena kuah. Ayam, ikan, lauk saja, jangan campur nasi. Haiiiyaaaa.. banyak pilih pilih ooooo
Aha. aunty tengoklah muka saya masa saya good mood nih. Ceria
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...