Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Luka Melukai

Tajuk terluka yg menyayat hatiku..HukHukHuk!

Malam tadi lepas spray bilik dengan Ridsect supaya bebas nyamuk, maklumla dalam rumah aku tu ada 2 orang mangsa faveret nyamuk ---> Hannah dan Abg. Hadif dan mama dia selalunya selamat. Apsal entah mcm tu. HiHi!
So lepas spray bilik, aku tutup lampu dan keluar dari bilik. Tengah nk tutup pintu, tiba-tiba Abg menjerit. 

"Baik baik tutup pintu tu!! " 

Masa tu aku dah almost done with kerja nk tutup pintu. Dan tiba-tiba juga Hadif menjerit dan menangis.
Alamak rupa-rupanya dia pon pegang jugak pintu tu. Dan jari kelingking dia dah tersepit hampir dengan engsel pintu. Aku pon terus tolak semula pintu tu sampai terbuka. Terus sambar si handsome aku tu. 

Menangis kuat sungguh dia. Sakit sangat la tu. Bila aku check, mmg jari kelingking dah merah dan bercalar. Nasib baik je tak berdarah. Abg amek turn pujuk dia bila tengok aku tak berjaya pujuk dia. Sambil dukung, sambil tiup-tiup jari dia dan sambil suruh dia tengok lampu kelip-kelip kt Blok 4 tu, baru la dia diam. Aku pulak bergegas capai je minyak yg ada kt rak dapur tu. Nasib baik capai minyak gamat, bukan minyak Alfiat..hehe!

Beberapa ketika lepas letak minyak gamat, Hadif dah boleh bermain semula. Tapi dia keep on pegang jari dia yg sakit tu. Mungkin masih terasa sakit dan berdenyut-denyut tempat yg tersepit tadi. Kesian anakku :( 
Sorry dear..mama tak sengaja.

Pagi tadi pulak, lagi sekali aku telah melukakan. Apalah masalahnya eh?

Aku agak menggelabah sebab turun bawah agak lewat pagi ni. Lepas hantar anak-anak ke taska, aku teruskan perjalanan ke tempat kerja. Tempat biasa aku beli breakfast sebelum ni baru bukak hari ni. Gembira sungguh rasa hati. Dah lama teringin makan nasik kerabu RM2 yg ada dijual kt situ.

So aku pon singgah la. Tengah adjust parking tetiba je aku dengar DUMMM!

Alamak!! Apa pulak ni!!!! Dengan segera aku reverse kan kereta..
Rupanya aku tak perasan yg muncung depan WUH dah terlalu hampir dengan batu divider parking tu. Dan bunyi itu adalah bunyi  muncung WUH melanggar batu tersebut. ADOI!!!!!!!

Terluka la si dia WUH. Calar yg agak panjang. Bab ni yg buat aku cuak. Apelah ayat sesuai utk aku bgtau Abg. Mesti dia upset bila tau WUH pon terluka :(

Mood aku pon tercalar dan terluka sebab perbuatan sendiri.

Our new baby

Salam Isnin semua..

Kembali ke opis setelah 5hari bercuti :)

Tak sempat berinternet pon selama cuti ni sebab balik Chini. Bukan kawasan jajahan Celcom Broadband la katakan. Sket signal pon tak keluar. Maka terpaksalah bercuti dari membukak blog.

Dalam sejuk lepas Subuh kami gerak khas balik kampung. Tengok tu, gelap lagi kan.

 * Abg the cool driver :) *

*hannah pon sememeh je lagi, pagi-pagi dh kena bangun*

Di samping nk tayang kegelapan subuh dan kesememehan Hannah tu, sebenarnya aku nk tayang our 'new family member'. Yang baru je join. Welcome DEAR :)

 *WUH - the new born baby*
Ingat tak kata-kata aku dalam entry INI dulu ? Ala entry pasal aku gi kemekkan montot Kelisa tu la.

p/s : Pagi tadi aku telah secara tak sengaja TERkemekkan montot Kelisa kami dgn TERmelanggar sebuah kereta Myvi yg doubleparking side sebelah sana parking kereta aku. Siyes ya Allah, aku tak perasan langsung ada kereta tu kt belakang sana. Daripada pemerhatian aku, kereta tu takdek pape. Cuma Kelisa kami dh bertambah cacatnya :(

Abg, jangan marah yer..Jom lah kita beli kereta lain..hehe!

Alhamdulillah makbul permintaan makyong kali ketiga ni..hehe!

Eceh actually bukan la sebab aku kemekkan montot kelisa, kami tukar kereta. Hajat dihati nk tukar memang dh lama giler. Bak kata Abg, cerita nk tukar kereta, dah bertahun-tahun lama..tp tak jugak tukar :D 

Since family pon dah bakal bertambah-tambah, maka kami pon bulat kan azam dan tekad utk tukar jugak kereta berjasa yg bernama Kelisa WNA5045 tu kepada kereta lain yg lebih family oriented.

Dapat je kereta baru terus bawak balik kampung..lalalallalaa..seronok rasanya hati :) Selesa lah sikit journey 4jam lebih tu. Kt kampung pon, cuma sempat bawak my parents pi lepak-lepak kt Tasik Chini je. Dorang takmo pegi Kuantan bershopping. Lagipon aku belum prektis lagi nk bawak kereta auto ni. Cuak sungguh nk bawak pi opis nnt. So kt kampung, dorang suruh training bawak kereta tu je, instead of bawak dorang pegi jalan.

Mak mentua aku pon tak merasa lg naik ni, semalam konon-konon hint dh sedih ekekekek!  Takpa lah mak, kami kan tiap weken balik Kajang, nnt anak kesayangan mak tu bawak la mak naik. Tak lari kemana pon kereta tu :P



Kurma dan Susu Blended

Sebenarnya aku dah ala-ala muak nk makan kurma. Padahal kalau ikutkan kurma mmg feveret aku dari dulu. Mari kita salahkan hormon. Yang sedap pon jadi tak sedap kan.. Tapi aku cuba jugak telankan sebanyak mana yg aku mampu bila mengenangkan khasiat dan sunatnya.

Timbul idea nk buat satu resepi 'penambah susu badan' yg berkhasiat yg aku selalu tgk BF mommas buat. Walaupon aku sebenarnya tak la berniat sgt nk tambah susu badan dah. Tau dah buat ape pon, dia akan tetap menyusut. So buat just for the sake nk rasa dan nk cuba minum susu dan makan kurma.

So aku pon blend lah 1 jug susu Dutch Lady Full Cream bersama-sama 10bijik kurma yg dibuang bijik.




Aku campurkan jugak dgn kismis dan buah tin yg ada kt dalam peti ais tu. Wah meriah pulak isi kandungan milk blend aku nih..Dh siap-siap blend aku pon simpan la dalam peti ais. Nak kasik efek sejuk nyaman bila masuk tekak.

Waktu berbuka, aku pon bagi la secawan kt Abg, dan secawan utk aku. Abg kata sedap. Aku pon kata sedap gak. Maka bersantaplah kami juadah seadanya itu. Boring jugak santap tanpa kuih muih. Tp nak buat cemana, aku malas sangat nk gi pasar ramadhan. Letih lah. Crowded!

Siap-siap makan dan minum, macam biasa edisi mengemas dan basuh pinggan pulak. Baru je berdiri mengadap sinki, aku dah mula rasa tak sedap kt tekak. Sesak kt dada. 

Terus bukak pintu toilet yg jaraknya 50inci je ~haha aku rasa salah kot anggaran aku ni, tp mmg dekat ler sinki ngn toilet tu~ dan terus lah terkeluar semula sepinggan nasik dan lauk pauknya berserta secawan susu kurma blend tadi.

Adoi la! Rugi je makan dengan berselera tadi. Abes keluar balik.

Aku syak sebab unsur-unsur susu tu kot yg membuatkan tekak aku loya. Hmm susu kurma yg sedap tinggal kenangan je la nmpk nya. Ada lagi dalam separuh botol susu yg aku dh blend ngn kurma tu. Bagi Abg je lah minum kot.

Nasik dan susu yg telah terbuang tadi, aku ganti ngn makan jajans - Roller Coaster + cheezels + mangga muda cicah kicap + air suam. Tak kenyang pon, tp puas hati dapat makan makanan rapu :P


p/s : Pagi tadi aku telah secara tak sengaja TERkemekkan montot Kelisa kami dgn TERmelanggar sebuah kereta Myvi yg doubleparking side sebelah sana parking kereta aku. Siyes ya Allah, aku tak perasan langsung ada kereta tu kt belakang sana. Daripada pemerhatian aku, kereta tu takdek pape. Cuma Kelisa kami dh bertambah cacatnya :(

Abg, jangan marah yer..Jom lah kita beli kereta lain..hehe!


Pancit lagi!!!!

Ape pasal la asal laki aku outstation je, tayar kereta dia suka nk melepet??? Kali ni dh kejadian keberapa ntah.

Eh tayar, ko pon rindukan dia ke? Kot ye pon rindu, takyah la susahkan aku!!!

Dah tayar pancit, mamat-mamat kt bengkel ni pon tak reti-reti angkat call. Ke bengkel tak bukak lagi ek?
Jam dah kol 9.45am dah pon. Takkan la bengkel blom bukak. Ishh mushkil!

Hmm nk tukar sendiri. Owh tidak mungkin. Kederat aku seorang wanita berstatus mak yong walaupon belum obvious keperutannya tak mampu melakukannya seorang diri. Lagi pulak nat dia memang ketat. Mamat yg datang rescue renjes aku dulu pon berpeluh-peluh ketiak bukak nat tu. Kalau aku, ntah2 terus terberanak kt situ. Hihihi!

Sebaiknya aku terus keep calling the numbers. Kalau by 11am pon tak angkat, maka saya akan EMERGENCY LEAVE lah..hehehhe..boleh aku tidur terus. Takyah tunggu hari Sabtu..YIIIIHAAA! Mwahahahahaahahahahah!!

Gelak sukahati ku riang pulak dah..

p/s: upsss...dh ada yg angkat call laaa..maknanya sekejap lagi aku kena jugak pi keje..abes gelak sukati aku terbehenti setakat ini..



Arghhhhhh tensen!

Mencik lah! kereta pancit lagi..

Aritu baru jer pancit..ni dah jadi lagi..

Aaaapsal lah ko wahai kereta..nak suruh kitorang jual ko ke!! huhuhu

Terbang melayang bak layang-layang

Lepas lunch hour semalam, Abg datang amek kereta. Nak bawak pegi jumpa pakar katanya. 

Tengs Abg, ai yang guna kereta tp yu yang pegi setel kalau rosak etc. I LAP YU lah dear!

Dah petang, dia sms bgtau kereta dh OK. Bill adalah RM180..
Sebagai seorang isteri solehah anggun dan canteks sekali aku offer utk bayarkan bill itu! Uhuks uhuks..there goes my shopping allocation bulan ni. Tak pa lah, aku jugak yg pakai hari-hari bawak p kerja.

Jadi pergi kerja pagi tadi adalah sgt lega. Tiada lagi adegan berhenti-henti di tepi jalan menunggu temperature kereta turun.

Lagi satu kesah semalam yg membuat RM aku terbang melayang bak layang-layang adalah kerana ini :

hehe..tipu..yg ni sharing is caring with Abg la. Sorang RM50..

Nampaknya lepas ni aku akan aktif semula di Facebook. YEAY!!

Actually ini adalah persediaan utk aku keep in touch with Abg ujung bulan ni. Dia akan 'fly away' from us again. Fly to a place yg kalau nk calling-calling selalu melepas rindu akan membuatkan bil Maxis aku mencekik leher aku..

Yang tu nnt aku update : alkesah PJJ berulang lagi sobs sobs!

*agenda belanjawan kami semalam ~ korang kira la sendiri hiihih!~*




LAGI!

Selagi tak bawak g jumpa pakar, selagi tu la dia akan JADI berkali-kali..lagi dan lagi kot..

Tadi dh la jam. Traffic light masuk ke simpang Kota Damansara rosak. Berdebar sungguh aku menghadap situasi mcm ni. Berenti sekejap tepi jalan kt ladang getah tu tak sampai 15minit. Bila tengok tetiba ada orang keluar dari ladang dan berjalan menghala kejalan besar, bukan menghala ke aku pon, tetiba rasa cuak nk mati. Takut tetiba dia tukar haluan menghala ke arah kereta aku pulak. Tak boleh jadi ni. Aku kena beredar. Agak-agak line agak clear aku bagi signal ke kanan dan teruskan perjalanan ke opis.

Abg pulak kata nk datang rescue renjes. Tp sampai laa ni tak tiba lagi. Nasib baik dh sampai opis. Sempat minum Milo secawan dah..



 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®