About MommaLydzar

Saya adalah seorang wanita..hahaha! tulen tau! 
Nama betul saya Norliza bt Rusman. Nama glemer di alam maya Lydzar, dan sekarang saya angkat sumpah tukar nama kepada MommaLydzar :) 
Kenapa Lydzar?  Ala saje-je..instead of spelling L.I.Z.A saya mahu glemerkan sikit ejaannya. Lagi D ditengah-tengah itu melambangkan kecintaan saya pada si dia kekasih hati saya.
Dan dh terbukti ketulenan saya sebab Incek Kamaruddin b Mahad sudi bersalam tangan dengan Tok Kadi untuk menikahi saya :) Tarikh bahagia itu adalah 10 Mac 2007. Sila ingat tarikh ini supaya kalian boleh wish kami "HAPP ANNIVERSARY" setiap tahun. Dan kalian boleh mendoakan kebahagiaan rumahtangga ini sehingga hujung nyawa kami.
Dan sila bear in mind bahawa Incek Kamaruddin b Mahad adalah suami saya. Jika kalian terjumpa orang lain yg mengaku bahawa Incek Kamaruddin b Mahad adalah suami mereka, sila bagitau saya ok. Maka edisi siasat akan dilaksanakan sesegera mungkin.
Terbukti lagi, bila saya telah 2 kali mengandung dan melahirkan anak-anak saya. Maknanya memang saya mempunyai rahim :) Setakat ni baru dua lah..Alhamdulillah, syukur kepada Allah yg memurahkan rejeki saya dan suami. Insya allah lepas ni boleh tambah lagi. Ouh anak-anak saya buat masa sekarang adalah Hannah Marissa dan Muhammad Hadif Mifzal.
Saya lahir di Selangor. Tarikh lahir saya 9 Julai tahun dirahsiakan. Sesapa yg dah tau, harap maklum ajer lah yer.. Sila ingat juga tarikh ini kerana anda semua boleh mengucapkan "HAPPY BIRTHDAY" dan memberikan doa kalian supaya hidup saya sentiasa dirahmati ALLAH. TQ in advance saya ucapkan atas doa-doa kalian. Semoga ALLAH juga merahmati kalian. Aminn..
Tetapi saya membesar di Pahang kerana orang-tua saya membawa kami adik-beradik berhijrah ke sana. Saya ada 6 orang adik beradik dan saya adalah anak ke tiga. 
Saya belajar dan bersekolah ditempat-tempat seperti berikut sepanjang hidup saya setakat hari ini :
  • Tadika Felda Chini 4
  • Sek Rendah Kebangsaan Chini 1 & 4
  • Sek Menengah Sains Tengku Abdullah
  • Kolej Matrikulasi Melaka
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Cosmopoint (separuh jalan)
Kini saya sedang bekerja di dalam industri IT. Kerja kerja kerja. Selagi tak tutup mata, sila lah berkerja! 
Apa yg menarik tentang saya? Saya hanyalah seorang wanita yg sedang-sedang saja. Berusaha sehabis daya utk menjadi isteri solehah dan mama mithali. 
Saya adalah seorang yg sangat berminat dengan penyusuan eksklusif utk anak-anak saya. Kegagalan menyusukan anak pertama saya secara eksklusif membuatkan saya begitu berazam utk menebus kegagalan itu. ALHAMDULILLAH, saya telah berjaya menyusukan anak kedua saya tanpa susu formula sehingga kini (13bulan). DOA kan perjuangan saya. Insya Allah saya akan berjaya.
Saya juga suka berkawan. Jadi sesiapa yang mahu berkawan dengan saya, mari lah singgah ke blog ini. Sebagai titik perkenalan kita :) Blog ini adalah wadah dan tempat dimana saya bercerita tentang kehidupan rutin dan yg tak berapa nk rutin atau juga luar biasa yg berlaku kepada saya, juga orang-orang terdekat dengan saya..
Ada apa-apa yg ingin anda tanya kepada saya? Email kan saja soalan ke lydzar@gmail.com



 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®