Showing posts with label Kedai TripleS. Show all posts
Showing posts with label Kedai TripleS. Show all posts

Jutawan Magic Session Kuantan : Pertama Buat Diriku

Sabtu jam 4pagi, anak-anak dah kena paksa bangun mandi, sebabnya kol5am nanti dah nak mulakan perjalanan ke Kuantan. Mama tak harap lah nak mandikan dorang dekat R&R sebab tiga HM ni konpem menjerit sejuk.

Senang juga lah nak kejutkan mandi sebab ada perkataan "kita nak pegi jalan jalan kat kuantan". Cuba kalau perkataan 'skolah' yang keluar, konpem liat liat ajer.

Tragedi pagi pagi buta, mama dah lock pintu tapi rupanya mangga dan semua kunci ada kt dalam rumah. begitu juga dengan slides presentation mama. Tawakal je lah kami tinggalkan rumah dengan 1 je pintu berkunci. Grill tak bermangga.

Singgah solat dekat R&R Maran kalau tak silap, dan tiba di The Zenith Hotel jam 8.30am. Just nice timingnya. So terus registerkan diri dan suami. Masuk dan cop tempat sementara menunggu majlis bermula. Berdebar je masa ni sebab nk kena bagi sepatah dua kata. Segala yang dirancang nk di slideshow kan akhirnya hanya menjadi nota kecil didalam henpon sahaja.


RichMaster in action. Debar tak debar, tanggungjawab harus dipikul. Hehe. Bolehla bercakap juga depan crowd begini akhirnya. Dah la turn pertama.. layan..
At last i can control my fear. Topik MASA ITU NYAWA yang saya sampaikan pada mereka.


Majlis berjalan lancar dengan pelbagai topik dari semua Master Coordinator dan bakal master yang hadir. Antaranya adalah Master Farihah, Master FarahWahida, Master Wan Muliani, Master Lyana Mansor, Master Iffah Anuar yang sememangnya sangat bersemangat. Walaupun masih dalam mode bercuti sakit, beliau tetap hadir utk sama-sama memberikan kata semangat kepada semua SID di Kuantan. Semua Master berkongsi tips-tips rahsia masing-masing dengan aura tersendiri. Alhamdulillah banyak nya ilmu yang kami didalam dewan dapat serap dan simpan.

Diselangi dengan forum dari pada Shaklee Independent Distributor, kuiz dan juga perkongsian daripada wakil kaum adam. 

Kat dalam gambar ni, nampak macam semua menyanyi je kan? Hehe Menyanyi lagu kejayaan la tu

Majlis berhenti rehat untuk lunch dan solat Zohor dan bersambung pula pada jam 2.30petang dengan sharing daripada Masters lagi. Selepas lunch, kami check in ke hotel. Sesi petang mama tinggalkan HMs dengan papa di bilik sahaja. Bagi mereka peluang untuk berehat especially encik papa yang keletihan driving di awal pagi.

Berbalik kepada acara, kalau dah kesana sini, memang tak sahlah kalau tak amek gambar kenangan kan. Dengan Supervisors saya, Farahida dan Sarah Aisha. Farah datang dari KL dan Sarah datang dari Kemaman. Di Kuantan kami bertemu muka, terutama sekali Sarah. Pertama kali saya bertemu dengan anak didik saya ni setelah lebih setahun beliau register menjadi ahli RichFamily.






 
Sempat bersalam dan berkenalan sekejap dengan cucu cucu dari group BigDream


Menarik sangat perkongsian dari Ustaz Taufiq (yang berjaket lengan merah tu) , beliau adalah bekas pelajar Universiti Al Azhar dan beliau telah berkongsi banyak perkara tentang Shaklee diblognya. Dan menurut beliau, bisnes Shaklee memang mematuhi syariah dan anda semua tak perlu ragu untuk cuba buat bisnes ni. Antara kata-katanya yang saya suka nak kongsikan disini..

"kita berdosa kalau pandai berniaga tp kita tak tolong org pandai berniaga sekali.
kita berdosa kalau kita dpt 4angka tp kita tak tolong org dpt 4angka."

ada betulnya tu..kan? berjaya biar bersama sama, kaya pn biar bersama sama. Dan ini jugalah matlamat saya kini. Insya allah, sepanjang tahun 2014, saya akan cuba lahirkan seramai mungkin 4-5figures income housewife. :)




Akhir sekali, majlis ditutup oleh acara memotong kek ini.



Sebenarnya, majlis Magic Aura Kuantan dan juga acara memotong kek ini pernah menjadi salah satu faktor saya untuk terus mengejar impian. Nampak simple je impian ni, tapi untuk melayakkan diri berada di sini, saya perlu lakukan banyak perkara, perlu korbankan banyak masa dan tenaga dan akhirnya ia sangat berbaloi kerana akhirnysaya ada gambar ini. :)



Promosi Oktober ESP di K3S!!

Salam 1 Oktober semua !

Salam ceria di pagi Isnin. Saya ceria sebab dapat berita gembira ni dari Shaklee (hehe selit selit iklan sat naaaaa)

Bulan ni adalah bulan PROMOSI bagi ESP. Memang ramai dok tunggu bila la promosi ESP nak ada, dan kini dh tiba masanya. Bagi yang belum tau apa dia ESP ni, ESP adalah produk suplemen berasaskan soya. Killer product nih..Saya sendiri pon memang tak pernah miss minum ESP setiap hari. Lebih lebih lagi dikala susu ala-ala merudum nih, Saya amalkan 3sudu sehari untuk up kan production susu saya.

Dan sekarang dh standby 1 canister di opis dan 1 canister lagi kt rumah. So ESP ready anywhere any time :)

So ni antara kata-kata penggemar ESP ..bukan setakat untuk penyusuan. Tp juga utk kecantikan kulit, utk keanjalan kulit, untuk slimming purpose, utk pesakit Diabetes, untuk yang gastrik dsb.



Antara testimoni ESP

resepi ESP kegemaran saya

Boleh baca lanjut pasal ESP kt blog SemuaSihatSelalu saya

So kalau nk tau apa promosi yg saya offer di K3S tu, sila silalah emel enquiry di lydzar@gmail.com atau  sms/whatsap di 013 3583424 jer.

Balik kampung checklist

Dah ramai yang memulakan perjalanan pulang ke kampung kan.

Sebelum balik kampung, dh pastikan semua checklist ini di 'tick' Salam Aidilfitri dan semoga selamat dalam perjalanan dan percutian dari saya mewakili team Kedai Triple S.


VITAMIN C DAN PENYUSUAN SUSU IBU

Sebenarnya sambil-sambil nak share kepentingan Vitamin C pada para ibu menyusu, saya nk selit iklan kejap ni hehehe:

VITAMIN C DAN PENYUSUAN SUSU IBU:

Vitamin C memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu, menjadikan ia penting untuk tumbesaran bayi yang sedang menyusu. Ianya sangat penting dalam pertumbuhan tulang, gigi dan kolagen, protein yang terdapat dalam saluran darah, tulang rawan, tendon dan ligamen.

Ia juga membantu meningkatkan keupayaan sistem imun untuk melawan penyakit.

Vitamin C ada dalam banyak jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk buah-buahan sitrus, beri, paprika dan tomato, dan anda juga boleh mengambilnya melalui suplemen Vitamin C. Sebagai vitamin larut air, nutrien ini  mengalir ke dalam susu ibu, dan akan disalurkan kepada bayi melaluinya.

Dan sebab itulah, Vitamin C ada didalam semua Set Breastfeeding ke Kedai Triple-S:
Set B, Set E, Set Eu Four Pack, Set Eu Four Pack Plus dan Super Dooper Set Triple M.

Ibu boleh mengambil extra dose Vitamin C terutama sekali waktu bayi anda sedang demam dan selsema. Dose tinggi ini akan membantu bayi anda meningkatkan sistem imunnya dan demam yg dialami akan cepat kebah.

So apalagi!! Rebut peluang utk memborong Vitamin C di bulan Julai ini.
PM saya untuk harga ISTIMEWA.





Sekian, terima kasih. Kalau berminat dgn set-set dalam iklan ini, atau berminat nk beli sebotol Vitamin C..boleh hubungi saya dgn cara-cara dibawah yer.

Sambil-sambil tu jom LIKE  Kedai TripleS dan jom FOLLOW blog Semua.Sihat.Selalu!!!!

THANKS YOU IN ADVANCE.. LOVE U ALLLLL!!! :)

  Lydzar Rusman,
Mobile: 0123103787
lydzar@gmail.com
http://semuasihatselalu.blogspot.com
https://www.facebook.com/KedaiTripleS
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Bulan Baru ~ bulan Jun!~ Genap Setahun K3S

Salam Jumaat semua!!

Wahhh cepatnya masa berlalu. Jap lagi pejam celik dan bulan July, its time for me to upgrade to version 3.0. Hoihh lambat lagi, ada masa lagi sebulan sebelum upgrade pon. Awat nak nervous awal sangat plak kan. Hihi

Hari ni agak releif. Sejak-sejak berjualan ni, kalau otak tak ligat pikir kerja, mesti ligat pikir pasal sale. :)
Alhamdulillah, untuk bulan May target-target saya semuanya tercapai. Alhamdulillah, 6hb 6, 2012 genap la setahun saya aktif berShaklee. Syukur lagi Ya Allah, target saya untuk mendapat bonus bulanan melebihi gaji basic saya diopis ni tercapai bulan ini. Terima Kasih Ya Allah.

Jadinya Insya Allah bersempena Anniversary Kedai TripleS saya ni, akan ada promosi-promosi, giveaway dan segalanya yg hebat akan berlangsung. Tunggguuuuu yer...hanya di : Kedai Triple S




Jemput Like Page  Kedai TripleS saya untuk lebih info pasal vitamin Shaklee, tips kesihatan, tips kecantikan, tips kelangsingan dan juga tips jana pendapatan melalui Shaklee..upps yg last tu baik PM je saya directly.

OK peeps, selamat meneruskan hari Jumaat. Selamat berweekend!!



Steambot pot FREE!

Free lah sebab tak kena keluarkan duit untuk dapatkan periuk ni.
Tapi I spend a lot kt CC. Tau CC tu apa? Card credit hihi. So ni lah hasil redemption lepas berbulan-bulan guna kad kedit.Tak sabar-sabar nk redeem. Padahal kalau tunggu point membiak lagi, boleh dapat something yang lagi best kot. Tak pa lah, memang stimbotpot ni salah satu idaman kalbu pong!!


Memang favourite stim bot ni. Thanks Kak Fidah sudi share resepi kuah stimbot Chinese style. Insyaallah ada masa weekend nnt boleh try. On the way ke opis tadi nampak pulak kedai yang jual frozen food ni.  So dah tau kemana harus diterjah utk acara stimboat nnt. Aduhai sedapnyaaaa!!!




Published with Blogger-droid v1.7.4

Ragam bakal customer

Salam Rabu :)

Ceria dgn seluar jeans basah kena tempias hujan pagi tadi. Punya lah lebat. Turun dari rumah dah nampak mendung gelap.

"Mama, kalau nak hujan, memang malam kan.." kata Hadif
"Bukan malam lah abang, gelap.." bidas mama
"OOOOOOooo..." angguk angguk paham dengan senyuman handsome dia.

Saya nk cerita pasal customer harini. Alhamdulillah dh almost setahun saya berkecimpung dalam bisnes Shaklee ni. Awal-awal dulu, enquiry datang dari kengkawan rapat je. Semakin lama, semakin luas coverage nya. So enquiry datang dalam pelbagai cara; emel, PM FB, Gtalk, dan paling banyak via SMS lah.

Saya memang suka orang bertanya, dan saya akan jawab sehabis baik. Alhamdulillah, saya suka sharekan kebaikan vitamin Shaklee ni dengan semua especially yg memang approch saya sebab nak tau more info about Shaklee products.

Cuma sekarang ni kekadang terasa juga annoyed dgn backout buyer. Hihi blom boleh kategorikan sebagai backout buyer sebab dia belum place order, saya tak tau term hehe. Ada sesapa boleh bantu??

Ok, memula dia sms tanya pasal skincare set Nutriwhite. Nak tau harga utk setiap item dalam set tu, jadi gigih la saya type kt sms tu satu persatu. Kalau nk tau, Nutriwhite set tu ada 7 item. Kalau kt emel/PM/YM/Gtalk senang, copypaste aje :P Dah dpt info, sesi konsultasi plak kulit dia jenis mcmmana..blabla. Lepas tu, dia tanya pasal Slimming set pulak. Gigih lagi saya type produk yang berkaitan dengan slimming ni ofcourse la Lecithin dan Afalfa (paling basic) siap dgn harga. Tetiba dia reply 'saya nk order ESP je lah'..
OK no problem, saya bg tau harga dan cara order. Lepas tu dia diam. Diam sampai sekarang. Hahahah!!


Saya tengah kumpul koleksi Nutriwhite ni juga :)
So nk kategorikan dia sebagai apa ye? Saya rasa kalau tak serius nak beli, baik tanya kt emel je kot. Maybe dia nk survey-survey harga je. Kalau takat 1-2 SMS memang tak kesah, ni rasanya lebih kot rm3-4 utk balas SMS dia je.

Dugaan meniaga kan :)

Tapi takpa, saya akan follow up lagi dengan dia hari  ni. Hihi.


TEPUK DADA TANYA SELERA : ASK YOURSELF WHY

Saya ni perlukan suplemen ke?

ADAKAH ANDA...

  • Bertenaga sepanjang hari untuk segala aktiviti yang anda lakukan?
  • Berfikir dan mengambil berat tentang tahap kesihatan anda dimasa depan?  
  • Tertekan dengan gaya hidup masa kini yang pantas?
  • Mahu melindungi diri anda daaripada pelbagai pencemaran alam?
  • Mengambil berat tentang penyakit keturunan yang bakal diwarisi oleh anak cucu anda?  
Jika jawapan anda YA, maka anda perlukan suplemen!

TAHUKAH ANDA...
  • Hampir 95% jenis penyakit boleh diwarisi oleh anak-anak anda?
  • Terdapat banyak bukti dari kajian saintifik bahawa nutrisi berkait rapat dengan pencegahan penyakit?  
  • Hampir  80% penyakit kanser berpunca daripada pencemaran alam? ( udara yang kita sedut, air yg kita minum, dan baha-bahan kimia yg terdapat dalam makanan)
  • Surirumah adalah golongan yang sangat hamper dengan risiko-risko ini?  
  • Hanya beberapa peratus manusia sahaja yang betul-betul dalam keadaan yang sihat?
KENAPA SAYA TAK DAPAT KHASIAT DARI PEMAKANAN SAYA?
  • Makanan telah hilang khasiatnya kerana cara pemprosesan dan cara penyimpanannya.
  • Makanan yang kita makan penuh dengan lemak, tinggi kandungan gula dan garam, dan kekurang nutrient yang badan kita perlukan.  
  • Menurut survey USDA  hanya seorang daripada 21,500 orang yang mendapat 100% khasiat melalui pemakanan mereka.
  • Disebab tempoh pemprosesan dan penyimpanan, 57% daripada bahan segar dari lading telah kehilangan khasiatnya.
  • Makanan berisiko untuk dimakan kerana penggunaan racun, pencegah fungus dan juga bahan-bahan pengawet.  
Ada jalan penyelesaian tak?
YA!!, Anda boleh makan makananyang segar, baru dipetik dari ladang, makanan organic, sayur-sayuran yang ditanam dengan baja tanah yang telah dirawat, proses masakan yang tidak ‘over-cooked’, dan pilihlah makanan daripada punca yang paling semulajadi. Tapi adakah anda meluangkan masa untuk semua ini?
Nampak tak praktikal, nak petik sayur dari ladang, nk sembelih ayam ternakan, nak tangkap ikan sendiri. Betul tak? Kita semua sudah terlalu sibuk dengan urusan seharian.

So apa nak buat? Ada cara lain tak?
YA, anda boleh melengkapkan diet dan pemakanan harian anda dengan makanan tambahan dari sumber semulajadi dan organik yang ada dipasaran. Ini bukan satu cara mengelak, maknanya bukan lah tak perlu makan makanan lagi, masih perlu makan dan ditambah dengan pengambilan beberapa jenis suplmen. Sesungguhnya suplemen akan dapat membantu tubuh  anda untuk mendapatkan yg terbaik.

SAYA PILIH SHAKLEE!!


Wajah baru K3S

Akhirnya siap juga projek renovation blog K3S ni. Amek masa jugak sebab maybe designer agak busy. Apepon saya suka dgn rumah baru saya. Rasa seronok jer nk update blog nnt.



Jemput singgah yer. Laagi selalu singgah lagi bertambah ilmu pengetahuan kalian tentang kesihatan :)

Buat para ibu bapak kt luar sana, bulan ni K3S ada buat promotion, satu produk yang SUPER-BEST untuk anakanda kalian. Sesuai sgt utk semua anak-anak yg umur atas setahun, utk anak2 yg sedang aktif membesar dan especially anak-anak yg ada problem kurang selera makan, memilih makan, sering demam dan selsema, nampak tak aktif dan sembelit. Mak bapak yang ada masalah yg sama mcm ni pon, boleh juga ambil.

Saya sangat mencadangkan lah bagi anak-anak minum Mealshake ni utk atasi masalah dorang tu. 1/2 sudu teh sehari dah memadai. Memang ramai yg dah cuba sangat berpuas hati dengan taraf kesihatan dan selera makan anak dorang..



Grab one canister sementara tengah promo nih. Promo setahun sekali..lepas ni kena beli harga asal balik laaa.
Hehehhe..promosi jap kt sini. Nnt saya update kesah lain pulak


Kenapa saya pilih Shaklee??

Saje saya nk share pasal ni hari ni.
Rupanya dah masuk bulan ke-9 saya ber-parttimebisnes dengan Shaklee dan bergelar Managing Director of Kedai TripleS.

Alhamdulillah, sejak join saya tak pernah rasa 'kekeringan' duit poket sebab set-set vitamin saya sentiasa ada permintaan. Tambah lagi, tiap 15hb saya akan dapat cash bonus dari Shaklee. 25hb dah pay day :)

Mula-mula sekali saya nak cerita pasal apa saya pilih Shaklee sebagai sumber dan punca pendapatan sampingan saya. Saya tersedar yang saya perlu ada pendapatan sampingan sejak deliverkan Hilda. Sebelum tu, tak pernah kisah pon pasal side income ni. Ye la kan, anak dah bertambah, maknanya yuran taska pon dah bertambah. Begitu juga dengan keperluan lain. Memang kami suami isteri bekerja, tapi jika kami ada extra income, kan lebih bagus.

Saya memang agak takut nk mula berniaga. Macam biasa, tak yakin boleh jual sesuatu. Boleh ke? Laku ke? Skeptikal juga dengan bisnes-bisnes MLM nih, tp boleh pulak terjebak dengan Shaklee. Kenapa ye???

Sebab-sebabnya :

1- Saya yakin dengan keberkesanan vitamin semulajadi Shaklee sejak dari pek pertama saya makan. Badan rasa sihat, segar, tidak letih walaupon bekerja dan berulang alik jauh dari tempat kerja waktu itu. Production susu pon sangat meriah. Saya suka vitamin Shaklee. Ia adalah yang terbaik dari segi kualiti, harga, natural vitamin tanpa kesan sampingan. Paling penting tiada silika gel menunjukkan bahawa ia adalah semulajadi.

2- Upline saya tidak menetapkan target headhunting - tak perlu sibuk sibuk carik downline. Tidak dipush oleh upline utk capai target sales tertentu. Ini bisnes saya, dan saya letakkan target sendiri. But still, upline saya memang bagi banyak sangat guidances, kata-kata semangat dan aura positif untuk saya terus bertahan dalam bisnes ni.


3. Berniaga secara santai dengan medium Internet (blog, FB, emel) sebagai perantaraan. Saya tak perlu potpetpotpet secara live sebab saya sendiri pon bukannya suka bercakap sangat.

4. Banyak bersharing. Sharing kebaikan yang telah saya rasa dari pengambilan vitamin. Bermula dengan vitamin asas untuk breastfeeding, kini saya dh start share lebih banyak produk yang lain.

5. Masa yang flexible. Sambil-sambil buat kerja rumah, saya boleh jawab PM, reply sms, update sharing di FB dan blog dan sebagainya. Tentunya dibantu oleh teknologi Internet dan smart phone.

6. Tak perlu attend class tertentu. Ye lah, kebanyakan MLM kena attend class, buat target tertentu (upline paksa), kadang kelas jauh, waktu tak sesuai, malam dan lain-lain. Kami ada juga buat kelas untuk tambah ilmu marketing, ilmu produk tapi sangat santai dan dalam suasana di rumah aje.

7. Tak perlu beli stok ala-ala stokis. Shaklee ada delivery system yang efficient. Bila ada customer order barang, saya hanya hantarkan emel order tersebut dan buat bayaran ke akaun Shaklee. The next day customer dah terima barang yang dipesan.

8. Saya suka konsep trial pack yang disediakan oleh kumpulan kami. Ini adalah utk memenuhi permintaan rakan-rakan yang mempunyai kekangan wang. Ye lah kan, memang ada orang yg teringin sangat nak beli vitamin, tp nak beli set lengkap fullpack memerlukan kos yang agak besar. Kos besar tapi berbaloi sebab tahan lama. Jadi dgn adanya konsep macam ni, memang dh banyak bantu kawan-kawan yang punya pendapatan kecil.

9. Beli vitamin utk makan sendiri bersama ahli keluarga, Mealshake dan Omega Guard untuk anak-anak, dapat point dan tengah bulan nnt dapat cash bonus. Best kan?

10. Saya berada di dalam kumpulan yang sangat positif auranya. Terasa juga diri sentiasa dekat dgn Yang Maha Memberi kerana kami sentiasa diingatkan supaya berdoa, berusaha, bertawakal dan berserah kepadaNya agar perniagaan kami sentiasa berjaya dan maju.


Haaa panjang lebarnya saya huraikan KENAPA saya suka SHAKLEE.

Ada yang berminat nak sertai kumpulan saya? Hubungi saya untuk maklumat lanjut ye.




4 hari cuti

Assalamualaikum!!

Selamat kembali bekerja bagi semua warga kerja yg baru abes cuti 4hari. Negeri-negeri yg tak tak terlibat cuti, maybe semalam dh masuk kerja kan :) Well memang best jadi warga Selangor, sebab ada byk public holiday hihi. Teringat dulu masa kerja kt Putrajaya, sungguh jeles dengan cuti-cuti orang Selangor.

4hari bercuti, kami tak kemana-mana sangat. Memang tak plan for any trip atau balik kampung. Simpan duit utk trip awal bulan 3 nnt :)

So apa kami buat???

Sabtu : ke opis Shaklee di Empire Subang untuk beli stok vitamin. Then singgah ke Popular membeli buku mama dan art materials utk HMs.

My current reading. Alhamdulillah dedua buku dh abes separuh dibaca dalam masa cuti aritu. 



HMs Art projects. Belikan diorang kertas lukisan, watercolour dan brushes. Lukis lah apa yang dorang suka. Dan mama potong kentang jadikannya art-stamps. Main cop-cop kata Hadif. Memang HM enjoy the activity. Adik Hilda pon tak ketinggalan. Sudahnya kaki, tangan dan badan penuh colour. Kena stopkan dia bila dia mula masukkan tangan ke dalam mulut. Haih!! Lepas berkaler bagai, terus masuk toilet, main air plak.



Ahad : Lepak kt rumah je, papa betulkan pipe toilet dan Hadif tolong mama buat kerja rumah. Tengok lah tu, ngn stokin dan kasut futsal papa, dengan baju bola dan penyapunya. Anak bujang mama ni memang rajin orangnya. Time mama nk simpan baju yang Papa dh lipat masuk almari pon, dia ringan tulang nk tolong angkatkan :) Untung sapa jadi isteri dia bila besar nnt Hihi!

Dh petang baru keluar pegi survey set katil utk Hannah dan Hadif. And spent few hours waiting dekat DEMC, bawak Hilda yang semakin teruk batuk dan selsemanya.


Sempat juga susun stok-stok vitamin di sudut SOHO mama. Seronok tengok diri sendiri yang agak konsisten dengan part-time job ni. Alhamdulillah berbaloi-baloi terjebak dengannya. Berminat dengan mana-mana vitamin? Hubungi saya ye!

 

Isnin : Ke Emerald West, kenduri doa selamat sempena masuk rumah baru dan pegi umrah kawan Papa. Seronok tengok rumah baru orang. Tak sabar menanti rumah baru kami pulak siap 2014 nnt.  Then ke Kajang rumah nenek.

Selasa : Misi menghantar order ke Kota Damansara dan terus ke Giant carikkan kasut lampu-lampu untuk Hadif dan Hannah. Seronok Hadif dapat hadiah dari papa :)
Dah malam pon dorang berdua ni boleh sarung stokin dan kasut, main bola berdua. Hihi itu bukan kasut bola la sayang oi! Itu kasut jalan-jalan!!

Rabu : Alamak!! Dah kerja laaaaaaa


WW : Kelas EUPHORIA

 28 Jan 2012. 9am-5pm. Hotel Singgahsana.



Kelas yg pertama tahun 2012.

Semoga terus maju dan berjaya. Amin


Published with Blogger-droid v1.7.4

The HMs santai

Petang petang layan keropok ikan sira pedas kecuali cik Hilda layan rice baby bite sambil temankan mama yg rasa kesian sgt dekat Azmi, bengang betul dekat Melly dan kagum dgn kesabaran Kamadhia. Tak kurang juga melting melting tengok si maskulin Zikir. Rafee? Alhamdulillah terbuka pintu hatinya kembali ke jalan yg lurus. Kesian mak Melly kan?

Mama mmg suka cerita melayu. Takpela kalo ada yg tak suka tengok anggap cerita melayu ni sekadar drama. Huhu mmg la drama je cik abg oii. Sekadar nk relax relax sebelum bz semula dimalam hari. Slot yang ni je pon dapat layan sejak dari zaman peknenkan hannah dulu. Mama mmg malas nk tgk Buletin Utama, lagi lagi siri Terowong tu. Takut ahh¡

Oklah tu je nk taip. Petang ni santai cara lain sbb Tentang Dhia tak bersiaran dihari Jumaat.

Lunch time nnt nk pegi carik legging untuk Hannah si rama-rama.

Owhh Promosi Disember Kedai Triple S dah pon diwarwarkan. Sape nk tau, pm je saya. Send email ke lydzar@gmail.com dgn subject Promosi Disember ye. Ahaaa bulan ni bulan berawet muda pulak!

Published with Blogger-droid v1.7.4
 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®