Tajuk pertama :
Saya lupaaaa!!!
Saya belum wish kalian semua HAPPY NEW YEAR 2012 lagi. Huhu maafkan saya. Maklumla seronok sangat cuti wiken baru ni. Seronok berdiner, seronok bergolek-golek dgn anak-anak dan suami dirumah, seronok berjalan sane berjalan sini..sampai terlupa la nk update blog walaupon sepatutnya taksusah mana nk update thrugh Blogger-droid nih.
So
HAPPY NEW YEAR 2012 to all of u ! Saya doakan agar semua azam baru dan lama kalian bakal diaccomplish tahun ini.
Azam saya utk tahun 2012 adalah :
1) Mem'pause' misi produksi. Ehem ehem pahamkah??
2) Membeli sebuah rumah landed ~azam bersama suami~
3) Menjana bonus bulanan Shaklee dari 3 angka ke 4 angka.
4) Mem'potty-training' Hadif.
5) Mengadakan jamuan birthday utk Hannah yang ke-5 sempena date istimewa12-12-12
6) Meneruskan perjuangan 2 tahun penyusuan Hilda
7) Mencari keje lain???
Hehe itu sahaja kot. Azam tak boleh ada banyak sangat supaya azam sedia ada tercapai. Memang boleh mimpi sampai ke bintang supaya walaupon jika terjatuh kita masih di bulan. Tapi saya nk mimpi sampai bulan dulu sebab saya yakin saya bakal jadi astronaut wanita yang berjaya mencapai misi mimpi kebulan saya :) Hihi.
Kedua :
Cer tengok anak dara saya yang comel ni.
Ia adalah aksi apabila duduk atas stroller. Tak challenging la duduk kt stroller. Lagi fun kalau berdiri kt stroller. Huhu! Dia akan duduk bila dia rasa dh penat. Akan berdiri semula kalau ternampak sesuatu yang menarik perhatian dia. Maybe kalau berdiri akan nmpk objek itu lebih jelas kot.
Contoh sesuatu yang menarik perhatian : air pancut dikolam hiasan shopping complex, lampu lampu, toys dan sebagainya.
Seb baik la awak ringan nak oi! Berdiri macam ni pon stroller ringan ni masih boleh balance.