Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Remove bloglist

Sekali lagi saya terpaksa removekan bloglist saya.

Sebab ada few friends komplen dorang tak boleh nak masuk blog saya ni. Ada malware kata mereka. So untuk membolehkan dorang terus singgah tanpa ragu ke blog ni, terpaksa lah saya remove dulu sementara waktu blogslist tu. Hukhuk! Kurang sudah satu aksesori kt blog saya. Rasa kosong je kt tepi tu.

So kawan-kawan jangan terasa saya sombong sebab tak pamerkan blog link kalian kt blog saya ni ye. 





Congrates team Harimau!!

Salam..

Mood nk berblog mmg ada merudum skg ni. Asal bukak je dashbord, terus blur. Asal blur, bukak Facebook hihi! Saya akui saya lebih banyak berFacebook skg ni. Seronok mengikuti discussion group-group yang saya join kt sana. Tapi bloghoping tetap saya jalankan walaupon hanya sekadar reader.

ApokonoehJang perasaan kureng melekat pada blog 2-3hari ni?

Saya nk bgtau, saya tengok bola sebelah mata je malam tadi walaupon saya tengok suami saya menonton penuh emosi. Maknanya sebelah mata saya tengok TV, sebelah mata lagi tengok suami kah?? Haha!

Apepon TAHNIAH diucapkan pada team Malaysia sebab dh jadi juara. Bergegar seluruh Apartment dgn jeritan para penyokong dari dalam rumah saya juga dari rumah jiran. Terkejut gak la saya yg dah tidur masa tu. Btw, saya rasa lagu Harimau Malaysia yg saya dengar kt radio semalam agak catchy dan seronok didengar.

OK sekian. 




Kenapa saya tak leh nk komen blog orang ????

Dari tengahari tadi lagi saya tak dapat nk komen blog-blog yg saya dh terjah. Blog yg keluar popup window utk komen dorang. Even saya nk balas komen kt blog saya pon, takleh nk buat..Kenapakahh??

Ada byk blog yg saya dh pegi, bersungguh-sungguh idea keluar nk mengkomen, tp malangnya tak dapat. GERAM ok!!  Especially latest entry kt blog mamasue..Kuikuikui!!

Esok lah ye saya sambung percubaan saya :) Hari dh petang ni ready to go aje. Papa HM dah sms dia pegi tengok bola dgn kawan-kawan dia. Tengok kt kedai mamak je kot tu..Sila sila..

Tengok sorang kt umah tak feel sbb bini dia tak join melayan bola. Maklumla bz-women. Kehulu kehilir entah-kerjakan-apa takdan nk stay tune depan TV.. hikhik!

Dia datang menjenguk saya setelah sekian lama menyepi

Setelah sekian lama dia tak menjenguk saya, akhirnya terbuka jugak hati dia utk kembali. Alhamdulillah.

Serius lama sungguh dia menyepi. Tak ceria juga hidup saya tanpa dia. Dah la dulu, dia berlalu pergi tanpa pamit, tanpa bicara. Tau-tau je dh hilang. Sedih tau!


Kini dia kembali, wajib lah saya happy.



Saya perasan kehadiran dia pon, masa saya tengah working on my new blog ~ Shaklee-Dzar~ tu. Meh lawat blog baru saya, tengok apa yg best.

Harap-harap lepas ni dia stay lama sikit dan saya lagi suka kalau dia invite kawan dia ramai-ramai lepak kt rumah saya ni :)

Blogger

Menonton siri House ulangan ntah kali keberapa.

Episod kali ni berkisar tentang seorang patient yg sedang di diagnosis. Menariknya patient itu adalah seorang blogger. Bertemankan boyfriend nya sepanjang masa di hospital. Berselang seli dgn lawatan dari sekumpulan doktor yg menganalisa penyakitnya.

Seperti biasa, layaknya seorang blogger. Setiap alkesah tentang dirinya tercatit didalam blog. Hampir segalanya. Setiap kali ada lawatan dari kumpulan doktor, terus diminta laptop daripada boyfriendnya utk dicatitkan setiap patah kata dari doktor-doktor. Untuk dikongsikan bersama para follower dan reader. 

Baginya comment yg diperoleh dari pembaca blognya adalah sebahagian daripada kegembiraannya. Sebahagian dari hidupnya. Kerapkali juga, pendapat dari pembaca blog mempengaruhi keputusan dalam kehidupan hariannya.

Tiba-tiba dia diminta utk membuat satu keputusan oleh para doktor. Kemudian dia ditinggalkan bersama boyfriendnya utk berbincang. Dalam masa yg sama dia minta laptop utk mencatatkan perkara tersebut. Tapi si boyfriend menghalang. Si boyfriend  menganggap adalah keterlaluan jika keputusan utk masa depan mereka berdua turut dikongsi bersama pembaca blog. Dan si boyfriend hampir pasti jika kisah itu dikongsi di blog, si patient akan membuat keputusan berdasarkan pandangan pembacanya. Dia tidak mahu. Dia mahu teman wanitanya membuat keputusan berdasarkan pendiriannya sendiri.

"Its not about sharing, but its about fame" 
Si boyfriend menganggap teman wanitanya gile glemer. Gilakan perhatian daripada pembaca blognya.

Akhirnya, sesuatu yg tidak dikongsi oleh patient di dalam blog adalah simptom sebenar penyakit yg dihidap. Si patient akhirnya mendapat diagnosis yg tepat dan bakal sembuh.

Apa pendapat anda blogger sekalian? Adakah anda sgt transparent dgn blog anda? 
Suka duka semua dikongsi?



Dah petang!

OOOOOhh rupanya dah petang..dan rupanya aku blom update blog utk hari ni..Hihi..
Konon busy lar sangat tu..busy siapkan dinner invitation card design sambil busy ushar baju-baju yg sesuai utk wanita gemorks macam aku utk ke dinnner nnt..hukhukhuk!

Walaupon busy, dh sempat dah jenjalan sane sini sikit mana yg sempat dan tinggalkan senyuman manis kt beberapa blog yg sempat itu hehe..

Ok nk gi meeting pulak. Have a nice Wednesday all!!



Follower > 100 dah

Toche toche korang seramai 100 orang tu sbb sudi follow blog aku ni. Actually 100 je, sebab aku pon ada follow blog aku ni jugak. Muwahahahahah!

So 101 - 1 = 100

Aku nk bagi penghargaan berbentuk material dan ongkos, mcm nk kena bagi kt semua je. Sebab aku hargai semua follower ku itu. Tak mampu la pulak. Lagipon aku belum ada pendapatan dari Nuffnang lagi. Nak cash out pon tak mampu lagi.

Pendapatan bulanan aku, biasala lepas tolak itu ini bayar segala mcm mak nenek hutang, sila tunggu gaji bulan depan pulak utk berjingga ramba. Itu pon kalau ada belen lah. Bila la gaji nak naik jadi 8K nih!!!

So here is a note for U ALL my dear Followers





Punca trafik tinggi minggu lepas

Memang tak salah jangkaan aku hari tu, memang betul pon entry pasal wedding mereka ni - Perkahwinan Mereka Yang Kaya Raya - Nur Nadia SM Nasimudin telah kasik UP kan trafik ke blog Mommalydzar ni. 

Then petang Jumaat lepas aku post entry pasal video perkahwinan dia yg ala-ala fairy tale pulak, bertambah-tambah la rekod blog ni. Utk hari Jumaat tu UV adalah  1611, dan total visitor pada minggu lepas adalah 4014.


Trafik mmg tinggi, tp pendapatan daripada akaun Nuffnang aku, langsung tak meningkat. 1 sen pon tak!
Yang aku perasan, dh almost 3 weeks angka RM XX.XX tu kekal statik, beku dan keras disitu. Kenapa ek?
Jauh lagi angka tu utk capai target aku boleh cash out :(

Maybe lepas dh surut demam wedding fairy tale ni, UV aku bakal kembali back to normal aje lah.


New Header from Incredible Design

Masih ingat akan entry aku yg dan BOSAN dengan header boring ini?

Dah ada yg perasan rupanya, 'tudung' baru blog aku :)


Korang rasa cantik tak? 

Aku rasa CANTIK!! Hehe sapa lagi nk puji kalau bukan tuan empunya badan kan :) 
Tengok tu, ada kami sekeluarga naik kereta berempat lagi, walaupon sampai terkeluar-keluar kepala aku dari kereta tu. Erkk itu tidak menggambarkan bahawa aku 'terlebih berat' yer, cuma kereta tu terlalu kecik. Aku tetap maintain slim tau haha!!~  


Diana tanya, aku buat header ni sendiri ke?

Ouh..aku tidak merekacipta 'tudung' or blog header ni sendiri yer..
Sungguh aku tak pakar dgn application Photoshop..nk crop, nk cantum sini sana, layer 1 sampai seploh..ohh aku memang buta Photoshop. Jadi utk memudahkan kerja aku..ORDER saja! Senang kan? Tak yah susah payah aku pikir cemana nk design huhu! Aku memang tak suka kerja-kerja design ni, sbb kompom ke laut. HaHa!

Sempena Birthday yg pertama blog ni, aku dgn suka hatinya telah membelikan hadiah utk dia. Beli pon online je. Aku beli dekat Incredible Design.


Actually aku blogwalking..memang amalan mulia la tu kan, blogwalking. 

Terserempak, heh tak lah ..aku mmg type adress blog Jemah tu, sekali tengok template baru dia, kan main bling bling pink lagi. Cun ooohh!! Pastu dia pon ada cerita pasal situkang design template baru dia. Custom design tu..

Dengan pantas, aku terjah blog yg dimaksudkan. Aku rasa dia baru lg berbisnes online ni. Sbb blog pon nmpk baru lagi. Ok dia offer service design for watermark, header dan template utk para blogger sekalian. Sama ada custom design atau pon ready made punya. :)

Terus carik sebutharga..eh bukan, carik price list. Kena tengok dulu, kalau affordable boleh la order. Kalau mahai, stay tune lah aku dgn header lama yg DULL dan BORING ya amat tuh! 

Tengok sini utk Header Design
Ok harga utk reasy made design bersamaan rm15.
Untuk personalized atau pon custom ikut suka hati tuan punya blog, adalah rm40
Ok dalam bajet nih! Aku kalau boleh, memang nk carik yg paling murah punya. Korang pon mesti buat mcm tu gak kan :) So rm40 adalah dalam bajet aku.. Boleh la ni, contact sat ngn tuanpunya Incredible Design.

Tengok juga disini untuk watermark design.  Dan disini utk blog design.
Aku pasti portfolio dia akan bertambah merentasi masa. Cewah ayat ~ merentasi tak boleh blah..

Sepantas kilat juga dia memberikan respon. Liza juga namanya. Ouwh disana Liza dan disini juga Liza. Cuma Liza disana amat kreatif, dan Liza disini amat sensitif.. HaHa!

Diskusi cuma ambil masa beberapa hari, dan kerjanya siap segera juga. 

So korang, ape lagi. Kalau agak-agak korang diserang perasaan AKU DAH BOSAN dengan header anda, dan ingin kan 'tudung' sesuatu yang baru, boleh la terjah Incredible Design. Berdiskusi lah anda dengan Liza disana, dan anda pasti berpuas hati dengan servisnya.

Enjoy!

Happy FIRST Birthday 'Alkesah Kehidupanku' !!


It was actually on last Friday, 25 Jun.

Ohh my god, i was really really forget about it..

Huhu nasib baik 'ia' tidak berperasaan. So tak dek la episod merajuk kecik hati menangis tutup muka takmo cakap sebab 'ia' telah di terlupakan. My bad, seyes tak ingat.. Lupa nk letak dekat reminder la katakan.

Anyway, I would like to dedicate this wish to my blog - Alkesah Kehidupanku


~HAPPY 1ST BIRTHDAY!!!~

Or was it :


~HAPPY BELATED 1ST BIRTHDAY!!!~
 
 
Mana-mana pon tak palah.. Ok pi tiup kek kat atas tu yer..ekekeke wajarkah sebuah blog meniup lilin?
 
Dah pon setahun aku simpan diary maya ni. Sebenarnya aku mula berjinak-jinak dgn dunia diary maya ni since 2005, my first blog  My mind's talking here. Rambling pasal tempat kerja lama huhu. Ntah kt mana silapnya blog tu terhenti kt situ je. Malas nk update pon yer kot :) 
 
Owh aku tau, terhenti sebab aku berenti kerja kt tempat tu, then join program utk lepasan ijazah kt Cosmopoint (ACCP) tapi tak abes. Life mmg bz time masuk kelas ni dan aku segan-segan nk update blog time kt kelas. Kemudiannya join kerja kt Teliti yang sekarang dh go international. Masa mula-mula join projek SAP kt Putrajaya, kami takdek access pada internet langsung. Ada ka tak dak eh, tp nk bukak internet tu memang takut-takut la. Sebab nnt bos sound huhu!
 
Lepas tu aku beralih arah ke photoblogging pulak. Fotopages @ Tentang Aku Tentang Dia Tentang Kami Tentang Mereka. 

Yang ni actually, aku bukak akaun together2 ngn blog My Mind's Talking Here. Rajin jugak, ker rajin sangat eh.. post gambar. Dan aku terus keep on update the album+photoblog. Kisah-kisah bujang, aku bertunang, kahwin dan  bersalinkan Hannah, progress perkembangan Hannah, tetiba mengandungkan Hadif ~tetiba kah!~ dan melahirkan dia, experience PJJ ngn Abg dan cerita time kami duduk Penang ada tercatit dalam tu..

Dan yg terakhir buat masa ni adalah Alkesah Kehidupanku. Aku create masa tengah dalam pantang Hadif. Tengok blog orang lain lebih interesting buat aku bersemangat nk godek template2 yg ada. Maka pada 25 th June 2009, lahirlah 1st entry di sebuah blog baru :)

Kat sini lah aku membebel-bebel macam mak nenek sampai sekarang.
Memang best bila baca balik entry-entry lama. Harap blog ni kekal lama :)
 

Blog Header Menarik Untuk Ditatap

Dah lama dah aku nk bgtau ni. Dah lama jugak aku memendam perasaan.

Setelah sekian lama, aku rasa tak boleh dah nk tanggung sorang-sorang lagi dah. Makin dipendam semakin menyakitkan. Itu lah kesan-kesan bila menanggung perasaan sorang-sorang kan?

Sebab tu la ada istilah "Sharing is Caring" supaya sesuatu itu dapat dikongsi.
Jika ia adalah benda baik, dapat la kita sama-sama merasa kebaikannya dan jika ia adalah suatu yg kurang baik, maka dapat berkongsi mengurangkan bebanan perasaan yg ditanggung.

Aku kan, dh rasa tak boleh blah tengok header blog aku nih. Design mcm tersangkut tergantung je. Dah la besar spacing dia amek kt atas tu. Kosong pulak tu. Orang nk baca entry aku pon terpaksa skroll down byk sket.

Hmm sudah semestinya blog header aku tak terkategori mcm tajuk diatas. Aku tau, mesti ramai je sependapat dgn aku hihih. Ai tak marah, sebab ai pon tak sukak tengok blog header tu. Yang ai sukak cumalah layout blog ni saja. Malas dah aku nk pikir tukar2 layout buat masa ni, Yang aku dok pikiaq cemana la nk tukar header tu.

Aku suka tengok blog yg ada identiti dan imej tersembunyi dorang yg tersendiri. Sebagai contoh, blog MommyLyna, Melromeo, dan  FitriHadi. 

Macam best je kan? Header aku mmg tak best haha! Gelakkan aku sebab tak reti buat header lawa-lawa.

So guys, ada tak cadangan dan boleh tak bgtau aku sesiapa yg boleh tolong aku ubah sket penampilan header aku tu. Ada tak sesapa yg mmg keje dia buatkan header blog orang? Habaq mai kat aku plis!
Or aku patut buat pertandingan mereka-cipta?

Hmm..idea idea..mari ku mari!



Disclaimer saya dah siap!

Ok, satu lagi improvement di Alkesah Kehidupanku. Dah ada disclaimer. Hehe!

Penting ke ada disclaimer? Errmmm penting kot..
Penafian adalah kenyataan umum bertujuan untuk menentukan atau menyekat ruang lingkup hak-hak dan kewajipan yang boleh dilaksanakan dan ditegakkan oleh para pihak dalam suatu hubungan undang-undang yang diiktiraf. Berbeza dengan istilah lain untuk bahasa undang-undang operasi, istilah penafian biasanya menyiratkan situasi yang melibatkan beberapa peringkat ketidakpastian, pengabaian, atau risiko.
Sumber dari Wikipedia yang telah di-direct translationkan oleh Google Translate :)

Panjang lagi explaination Wikipedia tu. Aku pon malas nk baca muwahahaha!

Secara ringkasnya, berguna utk melindungi hak-hak cipta dan rekaan seseorang daripada digunakan/di copypaste sesuka hati tanpa keijinan tuan empunya barang dalam situasi ini adalah blog. Siap guna untuk menyertai contest bagai lagi. Kalau ada yg melanggar undang-undang disclaimer ni, maka tuan empunya ada hak utk mengambil tindakan sewajarnya.Contohnya boleh saman itu orang sebanyak 5juta ~uuuuuu...makcik kayo lah kalau macam ni~ tembak sedas dua atau pon pukul dengan batang penyapu.

Walaupon buat masa sekarang, aku rasa tiada penyalahgunaan telah berlaku pada Alkesah Kehidupanku ~yer la blog ai tak glemer, sape nk beria copy paste pon kan..~ aku rasa elok juga aku letakkan Disclaimer ni supaya yg membaca tahu limitation mereka terhadap blog aku nih..

Bukan tak boleh copy paste, BOLEH.. tapi sila nyatakan info/gambar/cerita tersebut datangnya dari blog aku atau sesapa punya blog tersebut lah. Dengan cara meletakkan credit ataupun back link. Si empunya cerita asal pon akan berbesar hati berkongsi jika diberi penghargaan begitu.. Tak gitu kawan-kawan?

Presenting my Disclaimer.

Sila skroll sampai bawah sekali yer utk menyaksikannya secara langsung. Ponat jugak eden dok menggodam dan menggodek HTML coding tadi. Almaklum, aku nih mmg zero-to-hero bab-bab programming. Berbekalkan setitik ilmu yg pernah aku belajar dolu-dolu kt Matrix n Uitm, dapatla aku menyiapkan Disclaimer aku nih..


*klik gambar utk paparan yg lebih jelas :) *

Sekian. Sila patuhi undang-undang alam maya yer

Dah tukar baju

Salam ISNIN!

Dengan rasmi hari ni Alkesah Kehidupanku pakai baju baru. Bau kedai lagi... Ermmmmm wangiiiii...

Jenuh jugak nk tukar baju baru ni semalam. Maklumla duduk kt rumah. Pasti kosentrasi itu tiada.

Kejap-kejap "mama, hannah nk tengok gambar hannah main kt pantai" .. lepas tu " mama, hannah nk tengok gambar lembu" ... lagi "mmamamama..mamamama..." Hadif panjat belakang badan.

Sebab itu lah, kerja-kerja menukar baju belog ini terpaksa disambung diopis pagi ni. hihihi!

Tak siap lagi pon. Sesungguhnya ia amat memerlukan perhatian dan concentration. Nak tambah widget-widget lagi..

*Baju lama simpan dalam lemari*


*baju baru nk alter lagi*


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®