Breastfeeding : Atasi Susu Ibu Kurang Di Awal Kelahiran

Kita teruskan dgn pembelajaran pasal breastfeeding yer..

Untuk yg sedang mengandung, tak kiralah anak pertama atau kedua dan seterusnya, boleh take note..

Aku cedok directly dari blog MySuperkids yer.. Atasi Susu Ibu Kurang Di Awal Kelahiran

Saya sering berjumpa ibu-ibu baru yang menyatakan bahawa..
“Dah buat macam2, dah makan macam2, dah berurut.. tapi susu masih kurang”
Bila saya bertanya kembali “Berapa kerap kamu menyusukan bayi? Bagaimana kamu tahu susu ibu yang kamu hasilkan tak cukup?”
Jawapannya “Macamana nak susukan kalau susu tak ada? Dari hari pertama tak keluar apa-apa. Hari ketiga baru ada sedikit. Mana cukup”
Ini adalah kesilapan terbesar seorang ibu yang berhasrat untuk menyusukan anaknya – tidak menimba ilmu penyusuan susu ibu sebelum mula menyusukan anak.
Apabila tidak mendapat ilmu yang sebenarnya, kita lebih senang membuat anggapan.
  • Anggap penyusuan adalah proses semulajadi yang amat mudah.
  • Anggap ibu ‘yang bertuah’ saja boleh menyusukan anaknya, iaitu yang anaknya lahir saja terus susu memancut-mancut macam air paip.
  • Anggap diri tiada susu kerana tiada susu yang mengalir keluar.
  • Anggap tidak boleh menyusukan kerana tiada susu dan bayi dah menangis lapar.
  • Anggap setiap tangisan bayi adalah kerana kelaparan.
Saya tidak salahkan ibu-ibu ini.. mungkin mereka tidak mendapat akses untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya tentang penyusuan.
Malah, biasanya bila kita cari maklumat tentang ‘cara membanyakkan susu’, kebanyakan petua yang diberi lebih kepada pemakanan untuk membanyakkan susu, urutan dan sebagainya; dan hampir tak ada (merujuk kepada petua2 tersebut) yang menyebut tentang:
  • Menyusukan bayi seawal setengah jam pertama kelahiran.
  • Susu awal atau kolostrum adalah susu yang paling berkhasiat dan diperlukan untuk membina antibodi si manja.
  • Kerapkan menyusu bayi untuk mendapatkan stimulasi atau rangsangan yang secukupnya.
  • Banyaknya susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, oleh itu ibu perlu kerap menyusukan bayi dan mengepam bagi menghasilkan demand ini.
Secara tak langsung ia membuahkan salahtanggapan terhadap ibu-ibu baru yang kekurangan akses kepada maklumat yang betul (biasanya website2 pejuang susu ibu dan buku2 tentang penyusuan ibu).
  • Mula mengambil makanan penambah susu ibu sejak dari kehamilan dengan harapan dapat menyusukan anak kelak.
  • Menunggu payudara bengkak/rasa ada susu baru nak mula menyusukan bayi.
  • Memulakan episod ‘penyusuan ibu’ dengan mengambil milk booster dan mengurut tapi tidak menyusukan bayi dengan susu ibu.
susu ibu
Bercakap soal rezeki, ya memang benar, setiap orang ada rezeki masing2. Mungkin ada ibu yang rezeki susu anaknya dari ibu yang lain. Mungkin ada juga ibu yang rezeki susu anaknya dari makhluk Allah yang lain… namun sebagaimana kita boleh belajar dan berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan semasa di sekolah, atau di universiti, atau di tempat kerja, pasti ada jalan penyelesaian dalam memberikan bayi kita susu ibu, susu yang terbaik.
Walau bagaimanapun, ini adalah cabaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, dan mengakui diri sebagai penggiat susu ibu, untuk menyampaikan pengetahuan tentang penyusuan susu ibu terhadap ibu2 ini. Pandanglah mereka dengan empati, bukan niat mereka untuk ‘salah anggap’ terhadap konsep penyusuan, mungkin kerana penggiat susu ibu tak cukup banyak buat kerja?
Semoga kita mendapat manfaat daripada artikel diatas.

psssstttt : dan bagus jugak kalau kawan-kawan baca sekali komen-komen dalam artikel Mommylyna ni - Atasi Susu Ibu Kurang Di Awal Kelahiran..


15 words from u:

♥ Che NamNam ♥ said...

memang banyak info berguna dari momylyna.sayer pon banyak merujuk belog beliau kalo ader masalah penyusuan..:)

eija_sweetmama said...

okey..me take note..sbb masa zaquan dulu..susu mmg kurang..tp alhamdullillah zaquan still menyusu badan smpai 2 thn.

afni+hafiz=dani said...

smpai skang ralat sgt bila fikir kan psal bf =(

ayukhairy said...

gud info lydzar...moga akan berjaya nanti ye..all the best..

ashra said...

btul..
saya ngandung kedua ni,saya tau saya takder baby,susu sendiri tak nak kuar.more pada psikologi sendiri kan..

kalu kita ada baby,kita kuat semangat,mampu atasi anggapan diri sendiri yang bukan2,insyaallah,susu boleh terhasil lagi byk..

mrs Fahmi said...

ooo...bagus ni..second baby ni mmg hajat nak full breastfeed selagi termampu...harap2 bole la...;-)

Unknown said...

@shi3la sama la kita. hari2 mesti berkunjung ke sana

Unknown said...

@EiJa ZaQuaN insya allah kita belajar dari experience lepas..semoga anak2 akan datang kita lebih bersedia

Unknown said...

@afni hafiz=dani kenapa afni? cerita la sket :)

Unknown said...

@ayu tq ayu..tak sabar nk mula BF semula

Unknown said...

@ashra sabar yer ashra..ada hikmah disebalik semua kejadian yg berlaku kan..betul psikologi sendiri mmg kita kena kuat nak handle

Unknown said...

@mrs Fahmi Yakin boleh! Go go go mommy!! Insya allah kita boleh buat kan :)

Ibu Ilyanie(s) said...

sy mengalami perkara yg sama masa first week even sy terpaksa top up FM sbb bb tak puas.. tp tak penah give up nk bg bb isap, at last minggu kedua smpi skrg NO FM!!! :D

Unknown said...

@Ibu Ilyanie(s) thumbs up!! semangat mcm ni la yg kita carik. never give up..alhamdulillah berjaya kan :)

Tupperware Lovers said...

Salam tuan rumah, mohon nak kongsi info yer, tq

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®