Showing posts with label hospital sg buloh. Show all posts
Showing posts with label hospital sg buloh. Show all posts

Jaundis

Semalam, at day 7.. kami bawak Hilda ke Emergency Department Hospital Sg Buloh (ED HSB) utk buat checking jaundis.

Oleh kerana takdek lawatan dari nurse dari klinik desa dekat sini, maka kami pon agak confuse anak kami ni ada jaundis ke tak. 

~alasan takdek rutin visit to newborn house = staff klinik tak cukup sebab kena cover kawasan yg besar dan penduduk yg padat. Kalau nak nurse datang, sila jemput mereka di klinik dan bawa ke rumah~

Sepanjang beberapa hari diawal kelahiran Hilda, kulit dia memang merah. Bila kulitnya ditekan-tekan, memang takdek tanda kuning muncul. Sekejap je terus back ko kaler merah semula. So aku assume blom ada jaundis la. Sampai la hari ke 5, mata dia ada nampak sedikit kekuningan.

Dek kerana kebizian si Papa, kami cuma berkesempatan bawak Hilda semalam.

Punya lah ramai orang kt ED HSB. Hari Ahad kan Klinik Kesihata tutup. So semua kes la bertumpu kt situ. Nampak la kelibat pakcik-makcik dan anaknya berdarah-darah baru lepas accident, dgn patient dewasa dan kanak-kanak yang demam menggigil. Rasa crowded sangat.

Malas nk cerita perihal doktor marah patient sebab tertinggal buku klinik anak. ~hehe kes kami lah ni~

Reading jaundis Hilda agak tinggi semalam = 277. Menurut Doktor kalau bacaan lebih daripada 289 terpaksa admit. Bila aku google, kalau kt private medical practitioner, bacaan 250 dah kena tahan dah pon.

So balik tu, lepas mandi aku pam susu. Dapat lebih kurang 6oz. Ketepikan dalam botol lain 1oz utk diberi kepada Hilda. Nyotnyot dia abeskan 1oz tu. Mak dan Abg request suruh tambah lagi. So letak lagi 1oz dalam botol.. Amek masa sket nak dihabiskan. Dia dh kenyang kot.

Lepas tu, setiap 1jam setengah aku kejutkan dan paksa dia minum. Nasib baik la dia memberikan kerjasama. Hisap gak la walaupun terpaksa. Mama dah lalok dah tadi sebab mengantuk sangat.

Pagi tadi, kami repeat check dekat Klinik Kesihatan Sg Buloh. Alhamdulillah, bacaan dh turun kepada 212.
Banyak turun tu. Dan kami diminta datang lagi Rabu nnt utk make sure masih ada jaundis atau tidak.

Syukur, memang tiada selainnya utk mengubat jaundis. SUSU MAMA adalah yg terbaik. :)




My first feeding

Tengkiu for all wishes dari kawan-kawan yg datang melawat me and my baby hilda kt blog ni.. sorry yer, belum dapat nk reply komen satu persatu..tgh mengadap sakit perut merengat lagi esp time Hilda tengah nenen (proses rahim mengecut dan perasaan sakit mcm ala-ala contraction tu laa)

Apapon, terima kasih sangat atas kunjungan kalian yer :)

Hari ni nak cerita pasal breastfeeding pulak.  Alhamdulillah, bersalin kt Hospital Rakan Bayi memang niat utk 1hour feeding terlaksana. Ditambah lagi keadaan yg tiada komplikasi semasa bersalin, lebih memudahkan proses breastfeeding.

Selepas beberapa minit skin to skin dgn Hilda, dan selepas proses mengeluarkan uri selesai. Kaki aku diselimutkan dan Hilda terus diberikan kepada aku utk disusukan. Kekok jugak sebenarnya. Maklumlah dh beberapa bulan meninggalkan arena ni :)

Nasib baik Hilda pon pandai nk latch walaupon belum terror, dapat la masukkan niple dalam mulut dia. Seronok sangat bila tengok dia pandai menghisap. Masa ni kolostrum aje lah yang ada. Itu pon tak banyak mana. Sesekali terasa sakit juga dengan hisapan Hilda yg agak kuat.

Waktu Abg masuk ke labor room, Hilda masih lg melekap didada. Abg ambil wudhu dan mintak Hilda utk diiqamatkan. So berpisah seketika kami berdua. Hilda berpindah kedalam pelukan papa pulak.

Selesai sesi iqamat, Abg pass semula Hilda pada aku. Dan aku teruskan lagi breastfeeding sampai la nurse pulak bgtau yg kami akan dipindahkan ke ward.


Breastaurant  in labor room
Ditolak ke ward pulak. Macam biasa kt hospital government, baby and mama akan room-in together.

Punya la mama excited dapat baby baru, sikit pon dia tak boleh tidur dari jam 11pm sampai ke 5pagi tu. Asek la nk suruh anak dia nenen je. Yang si anak pulak, nk tidur aje. 
Yang penting, ku rasa amat bersyukur sebab hajat dan azam nk breastfeed seawal sejam pertama telah terlaksana..

Alhamdulillah, as at hari ni, production susu semakin bertambah baik. Vitamin Shaklee confinement set pon dah ku mula consume since balik dari hospital hari tu. Dah mula mengepam utk mengurangkan rasa bengkak juga..dapat la 2oz per session :)


Labor story

11.03 - Jumaat : Pegi dan balik kerja seperti biasa..

12.03 - Sabtu : Pegi kenduri kawen sepupu di Hutan Melintang, Perak. Amek my parents dari sana dan bawak balik ke rumah.

13.03 - Ahad : Bawak mak abah pegi pasar tani beli lauk dan barang-barang dan preparation utk tanam uri. Balik ke rumah buat kerja rumah dan exercise terakhir iaitu cuci toilet.

Lepas solat Zohor, join semorang tidur..
Jam 6pm..Sedang melipat kain dengan mak, tetiba terasa sakit diperut dan dibelakang pinggang.
Kejap datang kejap pegi. Tak teringat pon nk rekod masa. Then mak tengok muka aku menahan sakit, disuruh aku  rekodkan masa. Sah sakit tu datang 10 minit sekali.

Kol 6.45pm, bgtau abg nak ajak dia pegi hospital.

8pm, bersiap-siap gerak ke Hospital Sg Buloh. Singgah beli diapers utk baby dan beli burger.

8.25pm register dikaunter PAC dan terus buat check CTG.

Sejam lebih dalam bilik bacaan CTG..contraction datang kerap jugak. Zikir dan selawat sentiasa basah dibibir.

9.45pm, Keluar dari bilik CTG, aku diminta tunggu diruangan menunggu. Tiba-tiba terasa sakit perut yg amat, nak BERAK!!

Terus menuju ke toilet, sambil buang air tetiba 'POP' dan air meluncur laju. Confuse, ni air kencing ke air apa ni? Keluar dari toilet, 'air' masih keluar laju. Sakit perut pon semakin kuat. Baru lah aku pasti, yg keluar tadi adalah air ketuban. Tak boleh dah nk duduk menunggu. Aku carik nurse nak bagitau tp takdek sesiapa pon berada diruangan tu. Yang ada cuma 2 orang patient je.

Bila nampak je sorang staff berbaju biru, terus ku panggil dan bgtau air ketuban dah pecah dan aku rasa sangat sakit. Aku diminta baring di katil yg ada kt situ. Datang seorang Doktor perempuan nak checking bukaan. Rupanya dh 9cm dilated.

Kebetulan juga, masa aku sedang dicheck ada emergency. Seorang patient lain ditolak diatas wheelchair dalam keadaan tak sedar. Doktor yg periksa aku tadi terus beralih pada patient tu. So another staf arahkan take over aku dan diusung ke dalam labor room.

Dalam labor room, aku diarahkan bertukar katil dan ready utk proses meneran. Ada beberapa orang staf masuk dan prepare peralatan utk labor process. Tak dihiraukan sangat aku yg sakit ni. Bila aku mengerang kesakitan, baru lah ada yg advise bukakkan kaki dan berkata yg aku boleh push dah sbb dan nampak kepala baby. Aku agak blur masa tu. Macam la tak pernah meneran je.

1st push, terasa kepala baby kt 'pintu' tu, aiseh tak keluar la plak!
2nd push, push sekuat hati dan terus terasa kepala baby keluar..Lega..

10.15pm, terdengar suara baby HM menangis.

Baby HM ditunjukkan kepada aku. Lepas dibalut, aku diminta memeluk dan memegang baby HM sementara nurse uruskan uri dibawah sana. Masa ni lah yg dikatakan skin to skin contact walaupon tak directly to skin. Aku pakai baju kan hehe!

Alhamdulillah, kali ni takdek sikit pun luka. Dan tiada jahitan episotomi.

Abg tak sempat menyaksikan kelahiran kali ni sebab semuanya berlaku terlalu pantas. Dia tak sempat dipanggil oleh nurse walaupon dia memang ada standby diruangan menunggu tu. Dia cuma dipanggil selepas proses mengeluarkan uri baby selesai. Nampak reaksi frust abg. Salah satu faktor adalah sebab doktor tadi attend emergency kes tadi. Doktor tu agak kelamkabut..Tak apalah, yang penting isteri dan anak dan selamat.

Sementara menunggu urusan masuk ke ward, aku dan abg diberikan masa bersama-sama dalam labor room. Abg ikamatkan baby HM dan selepas tu aku terus breastfeed baby..

Jam 11pm, kami ditolak masuk ke ward. Dan bermula lah episod mama and papa of three kami :)


Alhamdulillah..lega lepas semua urusan labor selesai..



 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®