Selamat hari Jumaat semua! Ceria kan hari ni sebab esok dah wiken. Boleh la meluangkan lebih masa bersama keluarga dan buat aktiviti bersama-sama...Memang byk aktiviti tertangguh saya iaitu mengemas rumah hehe! Lost tune jugak la sebab baru mula kerja seminggu. Letih betul bila malam menjelma..
Ok kita back on track yer. Cerita pagi-pagi ni pasal EBM.
Jatuh dalam bahasa melayu adalah sama dengan drop dalam bahasa inggeris. Tp cerita ni bukan pasal 'drop' a.k.a merudum yang sangat sinonim dalam dunia penyusuan, tp dalam erti kata sebenar jatuh dari tempat tinggi a.k.a drop from my freezer. Haha beria bagai nk explain bahasa melayu bahasa inggeris. Saya dengan Hannah memang selalu main bahasa melayu-bahasa inggeris macam ni. LOL.
Dah 2 kali tau EBM saya ni terjatuh dari tempat tinggi tu. Maknanya dh 2 botol EBM dan storage bottle saya terkorban. Maklumla bila EBM yang keras tu terjatuh kebawah, maka impak yg kuat juga telah menyebabkan botol saya pecah..Uwaaaa nangis! So total setakat ni dalam 8oz terbazir begitu sahaja.
Saya tak tau kalau ada recovery plan utk menyelamatkan dan EBM tu masih boleh digunakan.
![]() |
| Yang bulat merah tu la area botol yg terserpih |
Secara logiknya saya pikir, bila dia dh jatuh, pecah dan botol telah terserpih, maka kuman pon dah masuk kt bahagian yang 'luka' tu. Kalau saya basuh dulu botol tu, air paip pulak boleh sama-sama meresap dalam EBM yg beku melalui bahagian yang 'luka' tu jugak. Kalau saya nk thaw kan EBM tu, tanpa rendam dalam air dengan meletakkan botol tu dalam cawan besar kemudian letakkan dalam peti ais..boleh pakai lagi ke susu tu? Saya tak berani nak amek risiko Hilda cirit-birit akibat susu tercemar, jadinya saya buang ajelah EBM tu ..sedih sedih..
![]() |
| Mangsa pertama - kusemadikan di dalam sinki |
2 insiden ni berlaku masa saya tengah menyelenggara peti ais saya. Nak kedepankan stok bulan Mac dan kebelakangkan stok bulan Mei. Adoi la, gerakkan sket botol/pack yang lain pon gerak sekali sebab saya susun padat-padat. Huhu itu je ruang yang saya ada, so kena susun betul-betul supaya muat. Sekarang ni saya dh mula susun EBM dekat bahagian yang sepatutnya saya simpan lauk-pauk basah. Hmm nampaknya, makin sempit la tempat ayam tu nanti.
Dan selepas 2 insiden ni, saya rasa macam saya perlukan pembantu. Ohhhh deep freezer...







