18 May : Happy 4th birthday Hadif

Nasi suku, tak kenyang dan tak puas penangan kesan diserang demam minggu lepas. Makan nasi suku pinggan je. Memang tak kenyang dan memang tak puas. Tapi nak buat macam mana, selera dibawa angin lalu. Dah seminggu lebih macam ni. Nasiblah memang makan Vitalea, at least dapat gak la nutrisi yang kurang sebab tak makan ni.

Dan sejak-sejak kebah demam ni, saya perasan tiba-tiba macam timbul bintik-bintik halus tp bukan ruam pada kedua-dua tangan saya. Kadang-kadang terasa gatal yang tak serius.
Apa benda lah ek.

Btw, nak masukkan gambar small celebration Hadif pada 18hb May lepas. Dia beriya tanya, bila nak ajak ayam Chiki datang masa birthday dia. But mama stick to the rules, umur 5 tahun je buat party. So wait for next year ye sayang.







Serangan keatas Hilda.

Salam Isnin semua.

Ni gambar belakang badan cik Hilda.

 

Serangan sakit kulit yg mama pun tak arif apa sebabnya. Since Rabu lepas perasan macam ada ruam-ruam kecil kt belakang badan dia. Ingatkan ruam biasa. Masuk hari Khamis dan Jumaat, baru perasan ruam ni makin merebak, dan biji-biji kecil berair pulak timbul.

Petang Jumaat tu, pergi lah ke kedai baby dan farmasi nak carik apa yang sesuai utk disapu pada ruam ni. Owner kedai baby suugest gunakan krim utk ekzema. Okla, since mama dah kehabisan stok Herbal Blend, beli jugalah krim jenama Buds tu. 


Pos gambar ni dekat FB, ada kawan mama kata, maybe ini Kayap Ular. What!
Terus menggeletar rasanya bila kawan cakap macamtu. Bergegas bawak Hilda ke klinik. Doktor pun suspect kayap. So dia cuma bagi ubat demam dan calamine lotion.

Hmm ni yang maleh pegi klinik ni. Setakat ubat demam dengan calamine lotion aje dia bagi. Hasil bacaan dan suggestion kawan lain, mama beli pulak Virgin Coconut Oil.
So calamine lotion tu memang mama letak tepi dan bagi Hilda makan sket VCO dan sapukan kt kulit dia. So far tak nampak any progress bila sapu VCO. Nampak kulit dia lebih lekit dan berminyak adalah. Dan satu malam tu dia memang tak boleh tidur.
Sakit sakit kata dia.

Esok paginya PM dengan member Shaklee. Dia pulak suggest letak sket Basic H. Sebab Basic H boleh keringkan luka luka berair macam ni. So mama stop sapu VCO, dan mula sapu Basic H pula. Oklah, memang nampak kering sket compare sebelum ni. Tapi VCO tetap mama bagi makan, selain suplemen harian Hilda.; Omega Guard, Vitamin C dan Mealshake. Bagi juga dia minum bancuhan Nutriferon untuk elakkan dia dari demam.

Semalam pulak, pegi klinik pakar kanak-kanak kt Kota Damansara. Doktor pun kata, tak pasti apa puncanya. Cuma Doktor start bagi antibiotik dan ubat sapuan ini. Dan katanya tengok keadaan dalam masa seminggu ni macam mana. Kalau tak berkurang dia suruh datang lagi. Hmmm actually mama tak favor krim-krim yang ada unsur steroid nih. Ni pun baru je sapu sekali kt badan Hilda. Tengah tunggu jugak kawan mama post kan Herbal Blend.



Yang penting, Hilda tetap aktif bermain dan celoteh bercakap. Dan dia juga tak dapat nak menggaru sebab tangan tak sampai..cuma kat rumah dia memang taknak pakai baju lah..

Get well soon anak mama.
La ni tengah tidur lagi walaupun dah almost 11.30pagi. Huhuh


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®