Sebenarnya Prosante ni nama kepada rangkaian produk penjagaan rambut. Dalam set ni ada shampu, conditioner dan jugak serum. Ada beberapa jenis dan saya baru je membeli dua produk ni : Revitalizing Shampoo dan Lightweight Conditioner. Dan pagi tadi buat first timenya saya guna.
Bau dia best :D Saje nk compare bau sebab saya penah guna shampu B***** tp tak boleh blah sebab saya tak tahan bau dia. Of course la nk yang wangi-wangi sket, sebab rambut memang dekat sangat dengan hidung. SO kalau asek terbau (after shampoo) sesuatu yang kita tak suka, boleh bikin jiwa ini kacau! Haha!
Haaa ni lah dia koleksi terbaru produk Shaklee selain vitamin yang saya dh start guna. (selain lagi adalah Basic H dan Herbal Blend).
Saya bertukar daripada shampu R****** sebab ia tak dapat bantu problem scalp-fall like snow-fall saya (kelemumur jatuh macam salji ~ade kot!) :D
Nanti saya review lagi pasal shampu ni. Soon saya akan tambah lagi satu iaitu Nourishing Scalp Treatment.
