Showing posts with label diner. Show all posts
Showing posts with label diner. Show all posts

Retro Diner : Sneak Preview lagi!

Jeling jeling sket yer..sat lagi bila dh free saya type entry khas Retro Diner 2011 nih.


PBJV 2011 Diner : Sekilas sebelum

Layan kan jer lah ye. Mood makan free sudah mari hahaha!!




Tengah pikir cara pakai tudung dan cara mekap sendiri nih..


Back to WORK!

Assalamualaikum..

Selamat kembali ke opis kepada saya :) Syok kan cuti lama-lama nih. Walaupon tiadalah vacation atau kemana-mana tempat yang menarik sgt pon, tp as long berulit dengan anak-anak dan suami pun dh cukup menyeronokkan.

Dan dalam tempoh cuti 4hari yg nenek dok tanya kenapa tak balik kampung ni,  sebenarnya kami ada jugak la keluar jalan-jalan berlima-beranak. Sabtu jenguk nenek dekat Kajang, keluar makan malam dengan family maklong-paklong kt San Francisco Pizza Bangi, Ahad meronda Sungai Wang carik baju utk mama tp hampa sebab mama ni tak reti nk pilih baju apa sebab baju idaman yg macam dh post dalam entry sebelum ni tak dijumpai. Isnin pegi Giant Kota Damansara beli groceries sambil sempat layan HM Sr main motor RM4/10minit kt playground. Dan hari Selasa, sesi mama jalan berduaan dengan papa setelkan urusan maintenance Apartment Cahaya Permai yang bakal bertukar hak milik tak lama lagi. Tak lupa sambung sesi carik baju dekat The Summit Subang. Dan akhirnya dengan bantuan dan idea dari suami setelah penat kaki dia berjalan sane sini dalam mall, saya beli jugak lah sehelai baju disitu.

So dengan ini officially, gambar baju pink yang telah dipost dalam entry terdahulu tidak menjadi milik saya, sebab memang tak jumpa baju serupa itu. So kita pakai apa yg dh beli semalam aje lah. Nak tau baju apa?? Tungguuuuu entry selepas Diner nnt :)

Suka jugak tengok fesyen baju yang ada dekat Sg Wang tu cuma malangnya, saya rasa saya dh grow older matang utk berfesyen seperti itu :D Banyak fesyen ala ala remaja chinese kan. Dahla harga baju memang murah. Best! Rm15, RM25..LAI LAI LAI!!

Dan hari ni, sambil-sambil buat kerja opis, baca blog, berfacebook, berbisnes Shaklee , saya nk carik idea utk pakaian anak-anak pulak :D


Diner : The Idea

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Sebelum virus blur merebak hari ni, baik saya cepatcepat mengarang kt Dashboard nih. Layan jap gambar tuan rumah. 


Nampak ceria je hari ni dengan kaler hijau. Even cermin pon hijau!! 

Orang kata, bukan saya kata sebab saya jarang amek port pasal warna ni ahaks! :: 

Warna Hijau : Warna penyembuh, keseimbangan kasih sayang, kesihatan, kecantikan, kegembiraan dan pemikiran yang tegas

HIJAU - ini warna tenang.kalau korang jenis yg kelam kabut kan,cube pakai hijau ni lebih sikit.mudah2an lebih tenang.warna hijau juga tandanya romantik,cemburu,banyak kerenah tp baik hati.tp,sygnya selalu terlepas peluang.
Saya dh dapat idea pakaian ke diner opis nanti. Lupa nk bgtau tema tahun ni RETRO.Berialah saya google fashion tahun 60an, 70an dan 80an. Terjumpalah website nih. http://www.fashion-pictures.com/

Ala-ala gambar kt bawah  ni. Yang kaler pink tu. Tapi ofkos la nk carik yg labuh sampai buku lali. Simple je kan. Orang lain kompom merelip dengan retro party dress nya. Hehe. So idea dh ada, so wiken nnt boleh la hunting kt memana kedai baju. Doa doa adalah kedai yg jual baju macam ni.


Pastu saya berangan nk pakai topi macam ni jugak. Sweetkan. Bunga kecik kt topi ni. Hihi. Tapi kompom tak sempat makan lagi dh kena letak topi kt tepi. Biasalah kan, alangkan kristal-kristal kecik kt tudung saya ni ada orang beria nk tolong kopekkan, lagikan pulak kalau ada bunga besar kt kepala mama.

  
Hmmm taktau la boleh ke idak bertopi tu. Verangan saje dulu!!


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®