Showing posts with label pumping. Show all posts
Showing posts with label pumping. Show all posts

Beg hitam

of cos la bukan brand Coach.

Yang pasti nilainya sgt tinggi pada saya. Kalau tertinggal memang tak keruan dibuatnya. Sanggup saya berpatah balik kerumah kalau berlaku kejadian tertinggal ni.

Kt dalam beg ni la ada most accessory yang saya wajib pakai setiap hari. Kalau xde mmg boleh stressss dibuatnya.

Pagi td boleh pulak beg hitam ni join dgn beg2 HMs duduk kt taska. Dh sampai opis, baru perasan beg hitam ni takdek. Apa lg hormon menggelabah terus menyerang. Otak terus memberi arahan utk kembali ke taska setelah dikenalpasti beg ni join geng bag HMs. Nasibbaikla agak dekat. But still, perasaan mmg tak keruan.

Nk tau apa didalam?

Sepasang breastshield Spectra3, 5 biji storage bottles, dan 2 ketul icepack Coleman.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Breastfeeding - Pumping at office

Ok entry pasal breastfeeding lagi!!

Saya sedang konpius nk buat drawing pakai Visio ni, so saya relax-relax dulu carik mood buat kerja dengan menaip entry..Taip jangan tak taip! Hehe!

Cerita ni berkisar BF journey saya bersama opis yang agak tidak sempurna selepas kejadian kebakaran hari tu. Tanpa lampu, tanpa aircond dan tanpa proper wiring. Saya tak dapat buat 'aktiviti' disurau sebab surau gelap gelita. Apapon saya bersyukur sebab saya dapat work-station yang agak strategik. Agak tersorok dan tanpa staff lelaki yang 9-6 ada didalam bilik ini.

Ini meja baru saya.  Meja paling hujung dan agak terlindung dari penglihatan public.


Nampak tak pashmina atas kerusi saya tu. Itu pon salah satu helper saya. Walaupon dalam keadaan hangat dan panas, saya masih perlu berselimut sebab nk melindungi 'aktiviti' saya daripada kelihatan terlalu public. Lagipon sekali sekala bilik ini akan dikunjungi oleh staf lain yang ada hal nk rujuk/tanya/diskas etc dgn staf HR. Dengan kawan-kawan HR saya pon, dorang tak tau saya sedang buat 'aktiviti' kalau saya tak bgtau..Betapa senyapnya Spectra3..

Saya akan berselimut, memalingkan kerusi menghadap meja, memasang peralatan dan seterusnya berlangsunglah 'aktiviti' selama 20minit. Dan, Tadaaaaaaaaaaa..inilah hasilnya - hasil double pumping.


Sepanjang jam 8am hingga 6pm saya diopis, saya buat 3kali sesi.. 
Sesi pertama - 8.30am, 
Sesi kedua - 11.30am - 12.30pm (diantara waktu ini)
Sesi ketiga - 3pm-4pm (diantara waktu ini)

Selalunya sesi pertama hasil kutipan adalah lebih memberangsangkan berbanding sesi kedua dan ketiga. 

Saya akan tambah lagi satu sesi tandem-pumping bersama Hilda dimalam hari ~directfeed sebelah dan pump sebelah~ Biasanya ketika saya dh bersedia nk tidur ataupon jam 12malam. Sesi directfeeding jam 3pagi dan 6pagi saya dh tak mampu nk pegi dapur amek pam dan buat tandem-pumping.

Dan ini pulak adalah benda-wajib-ada diatas meja saya. My milk booster.

Air masak, air Horlick dan Alfalfa.
Botol air masak saya ni berukuran 750ml saje. Saya cuba pastikan saya akan habiskan air masak ni sebelum tiba waktu lunch. Bila dah habis, lepas lunch saya akan refill dan cuba habiskan sebelum saya melangkah keluar dari opis jam 6petang. Hehe tak cukup pon 2 liter air masak saya minum kt opis. Tapi cadangan 2 liter tu utk seharian kan..Saya tak mampu lah nk minum terlalu banyak air masak .

Tapi takpa, sebab waktu lunch saya suka minum air sirap panas ataupon air limau suam. Sampai rumah pon saya akan minum segelas dua air lagi. Lepas dinner pon minum air lagi. Before tidur minum lagi. So lebih kurang kasik diskaun lah tu, at the end of the day saya rasa saya tetap dapat minum 2liter air setiap hari.

Air horlick pulak saya minum time breakfast. Kalau kt rumah saya campurkan dengan oat, tp selalu rushing time bersiap nk pegi kerja, saya cuma sempat isi 2sudu Horlick saje dalam botol shaker tu. 

Dan Alfalfa pulak, saya akan telan 2 bijik setiap kali lepas pam. Setiap hari saya akan amek sekurang-kurangnya 4biji alfalfa. Dah jadi rutin pon.

Yang kt bawah ni pulak adalah bekas saya letakkan aksesori pam saya. Kt gambar tu adalah Spectra shields dan juga pam Medela Harmony. Saya tetap bawak manual pam for any back up plan. Risau juga dalam keadaan recovery kt opis ni, macam-macam kemungkinan terjadi.


Utk simpanan pulak, saya simpan EBM tu dalam cooler bag MLO saya.  Dalam coolerbag tu saya letakkan ice pack brand Coleman yang berlekuk-lekuk tu. Cantik tersusun je saya simpan botol-botol EBM saya dicelahan lekuk tu. Saya memang akan bawak 6biji botol setiap hari. 

Dan utk efek sejuk berpanjangan, saya letakkan juga thermafreeze ice ni. Thermafreeze ni asalnya agak besar, so saya potong ikut saiz yang boleh saya muatkan sekali dalam coolerbag. Yang tak berapa nk bestnya pasal Thermafreeze ni, dia mudah koyak. Bila dh koyak, gel dalam Thermafreeze ni akan terkeluar sket. Bila dah jadi macam tu, memang jadi mangsa tong sampah jugaklah.

 


Alhamdulillah, setakat ni my BF journey di opis masih berjalan lancar tanpa sebarang dugaan yang menggugat jiwa dan buat kepala otakku stress. hehe semoga berpanjangan la macam ni hendaknya.

Ohh ye, total collection biasanya sekitar 14oz sahaja setiap hari. Alhamdulillah..

Hilda minum hanya 10oz di Taska ~2oz x 5kali~. Selagi supply meet demand I should be happy enough. 

Jangan stress-stress bila tengok orang lain punya collection melambak-lambak. Kalau stress memang susah la nk collect. 
Jangan buat perbandingan melulu antara hasil collection sendiri dengan orang lain yer, tp jangan berhenti berusaha.


Pumping during confinement


Ayoyoyohhh!! Budak laki ni pon pumping ke???
Aku berazam nk start pumping utk stok bermula esok. Pump secara berjadual dan rutin.

Beberapa hari sebelum ni, ada gak pump..tp hanya utk bagi Hilda minum dalam amaun yg banyak utk turunkan jaundis dia. Since balik kampung ni, baru 2 kali aku pump. Dengan alasan, baby belum sebulan..takpa kot kalau tak pump pon Hehe! Dasar pemalas ekekeke..

Tp semangat kembali membara lepas bershopping online di One Baby World.


Aku borong storage plastik Autumz ni 4 kotak. Tengah SALE sekarang ni. Harga asal RM12.90, harga sale RM10.32 ..Banyak gak jimat kalau beli. So apa lagi, sape nk beli..cepat g terjah One Baby World. SALE sampai 10 April 2011.

Bukan order ini saja, ada lagi benda lain yg aku order..Tu belakang cerita lah ~beringat-ingat sket bila online shopping, bill masih blom dibayar!!~

So, bermula esok ..insya allah akan ku mulakan operasi mengumpul stok EBM secara berdisiplin dan konsisten.

Pemerhati yg sukses

Drama sebelum ni :

Hannah : Hari ni mama tak buat kerja ke?  (kerja : milk pumping)
Mama : Ermm tak..
Hannah : Kenapa?
Mama : Baby Hilda dah minum dah tadi.


Drama selepas ini:

Hannah : Hari ni mama tak buat kerja ke?
Mama : Nak buat la ni. Ermm Hannah tolong mama amek towel kecik dalam bakul tu boleh tak? Nanti mama nk lap kerja mama ni.

Mama : Lepas tu, boleh tak Hannah tolong letakkan barang mama ni kt sinki. Jap lagi mama nk basuh

Mama : Lepas tu, tolong mama blablabla bla bla..

Hahaha padan muka, Byk tanya lagi, nnt mama bagi banyak giler arahan kerja kt Hannah LOL


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®