Showing posts with label pizza hut. Show all posts
Showing posts with label pizza hut. Show all posts

Pizza Hut Promo at 50%

WOW!!  Mau mau mau!! Macam best je ni..

Wow Saver prices applicable from Mondays to Fridays.
•  Valid for dine-in only.
•  Each person can choose one item at 50% discount.
•  Promotion not valid at Pizza Hut KLCC and Genting Highlands.
Menu adalah berbeza mengikut hari. 

Ai tak kesah, hari memana pon boleh aje..dh lama dah tak merasa makanan sedap-sedap nih. Hari ni dh day 40 of my confinement. Kompom next week boleh angkut anak beranak pegi Pizza Hut Subang 2.. YEAY!!

psstt : walaupon kerapkali upset dgn service Pizza Hut, tp tekak ni tak penah serik nk pegi lagi

New Pizza Hut @Seksyen U5

At last ada new Pizza Hut outlet kt area rumah aku tu. Tak perasan bila pulak construction and renovation process dia. Tiba-tiba tersergam je logo KFC berdiri tegak kt tepi tu. Biasalah KFC dan Pizza Hut duduk sebelah menyebelah kan. Dorang kan bawah satu management.

Lokasi adalah berdekatan dengan entrance Subang 2, Jalan Shah Alam-Sungai Buloh. Kalau dari jalan besar tu, mmg boleh nampak dah restoran ni tersergam.

Meaning lepas ni dah adalah delivery to our door step :) Teringat pulak kt entry lapar dan bengang aku aritu

Malam tadi pasang niat nk dinner kt sana, tp tak sempat. Takpa lah, tunggu Abg balik dari Sabah nnt je lah.

Hehe tu je update lewat pagi ni..Kang aku mengarang cerita lagi.


~Pizza ~

Salam Isnin!!

Ingat tak? Konon-konon aritu aku kata, aku merajuk ngn Pizza Hut kan. Haha! Sekali bila datang mood malas gila nk masak sambil terkenang dh takdek stok lauk dalam freezer tu, maka aku pon sms sang suami tercinta ajak pi diner kt Pizza Hut hari jumaat yang lepas.

Walaupon Pizza Hut Kota Damansara punya servis tak pernah memuaskan hati, tapi terpaksa jugak ke sana sebab itu je yg paling dekat dengan rumah. Ape daaaa..restoran besar tp staff tak ramai so servis adalah lambat. Sape setuju dengan aku?? Angkat tangan!

Dapatla makan pizza baru tu. Extreme Cheesy 6 Pizza..
Ingatkan nk la join contest Nuffnang pasal pizza ni tp setelah ditimbang tara, mcm takdek experience luar biasa pon time pizza masuk ke mulut aku. Rasa mcm makan pizza flavor lain-lain jer..Tak rasa pon ape yg extreme ye ..Rating adalah 5/10..Bukan selera aku lah gamaknya. Orang lain punya cerita, ada yg explain mcm sedap yang amat-amat..
So cancel la nk mengarang. 

pssstttttt: cepatla gaji masuk..


U5, Shah Alam..out of our delivery coverage

Tension jugak la last nite disebabkan oleh tajuk di atas. Punya la lama menunggu tak kunjung tiba. Rupa-rupanya kawasan kami tinggal bukan dalam jajahan mereka. 

Ingatkan dh duduk kt kawasan maju dah. Pembangunan semua pesat berjalan. Bangunan sane sini terbina. Kereta pon berdesap-desup berjalan. Rupanya ala-ala duduk kt ceruk perantauan juga. Aku tak tau la sampai bila dorang takkan cover kawasan kami ni, sedangkan servis HSBB yang masih baru tu pon dh mula menular kt tempat kami. Inikan pula servis yg aku rasa dh berkurun lama bertapak kt Malaysia ni.

Bebel punya bebel, ini la dia yg tak boleh sampai ke rumah kami malam tadi..



Setelah lebih sejam menunggu, terpaksa aku call lagi sekali nombor 1-300-88-2525, alasan yg diberi adalah "KAMI TAK HANTAR KE KAWASAN AKAK TU.."

Cis sungguh lah! Awal-awal hang habaq mai kat aku, tak la aku rasa nk mengamuk. Ni dah kebulur lapar baru aku tau kenapa dia tak sampai! Poor customer service!! 
Memang aku pangkah la tempat ni buat beberapa waktu sekarang. 

Tp kalau ada orang belanja, aku telan aja laaa.. :)



 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®