Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

AJL, Maxis vs Celcom, GT-Max Lucky Draw

Mana nak mula dulu yer..?

Ok yg terhangat di pagi Isnin ni  of course adalah result AJL 2010 kan? Sapa menang???
Ana Rafali?? Owh ye ke??

Aku pon baru je tau pagi ni, sebab malam tadi aku tak tengok sangat. Yang sempat aku hadap cuma persembahan dari Tomok saje. Selainnya sambil bz masak kue teow goreng dan mengemas dapur dan lepas tu bz menyidai kain. Tambah pulak lagi, Abg dok selang tukar chanel tengok game MU lawan Liverpool. Aku memang tak gemar tengok tv sambil tukar-tukar chanel ni. Ada baiknya aku tak yah kosentret tengok tv langsung. Dan bila jam dah kol 10.30pm, mata semakin berat. Terus aje la aku masuk bilik nk layan badan yg letih ni.

Letih?? Buat apa??
Kata aritu, wiken nk layan tidur jer. OK nak diberitahu disini, bahawa plan utk tidur sepanjang hari adalah tidak berjaya. As EXPECTED :P

Tak 100% berjaya dgn plan ketiga tu, tp at least berjaya gak la bangun lambat dikedua-dua hari. Sabtu sempat short nap jugak la...Jadi laaa..Apa yg buat aku letih sangat tu??

Begini ceritanya;

Sabtu petang, kami ke SACC Mall. Misi adalah utk buat full settlement bil Maxis aku dan berpaling tadah kepada servis provider yang lain. Phone aku telah dibarred since 29/12/2010 lagi. Giler tensen aku tak boleh nk sms and call out selama 2minggu ni. Padahal bukan aku tak bayar bil yg tertunggak tu. Bayar cuma tak buat full payment je lah :P

Oleh kerana aku telah patah hati, hati terguris dan tercarik luka berdarah..maka aku nekad utk menamatkan perkhidmatan Maxis ku. Setelah bertahun-tahun menjadi loyal customer ~since 2006~ aku takkan berpaling lagi dari keputusan ini. Puncanya boleh baca kt entry ini

Latest bil, aku masih di caj utk penggunaan data, padahal lepas je kejadian bil naik mencanak-canak aritu, henpon C3 aku dh jadi dumb-phone instead of smart-phone. Walaupon latest charge cuma rm20..Memang cekik darah la tu kan!!! Senyap-senyap je nak caj aku lagi padahal aku tak ada buat sebarang attempt utk connect ke Internet or wi-fi pon.

Lepas visit melangsaikan hutang dengan Maxis ~tq dear pinjamkan kad kredit yu hihihi~, kami berkunjung ke Blue Cube Plaza Alam Central pulak. Misi adalah utk melanggan perkhidmatan Celcom dgn menjadi sub-line Abg tetapi mengekalkan nombor phone yg sama.

Panjang jugak prosedur dia rupanya. Ada a few borang yg kami kena isi dan submit. Maybe processing time will be in 3 to 4 days. Semoga urusan ini dipermudahkan. Takpa, aku akan bersabar.

Dapat 2 sim card. 1 utk prepaid (kena tukar no maxis postpaid kepada Celcom prepaid dulu). Bila Celcom prepaid dah active, in 2 hours, Celcom postpaid pulak akan active. Yang besar tu, simpack Celcom yang baru. Ada sesapa nak beli tak? hehe!

Otw balik dari Plaza Alam Central, Abg usik aku. 
"Dah boleh senyum dah ke? Kalau tak, asek muncung je kt rumah tu" 

Hahaha..mana tak muncungnya, Abg balik lambat, bukan nk sms or call bagitau. Kita kt rumah dok tertunggu-tunggu pastu nk buat call out or sms tanya keadaan tak boleh plak. Terpaksa la muncung ketensenan..Cuba awal-awal cakap, hati orang kt rumah ni tak la risau dan runsing sangat..

Habis la cerita letih badan hari Sabtu. Kita beralih kepada cerita letih badan hari Ahad pulak.

Abg ajak pergi GT-Max Motor Grand Lucky Draw Day dekat Taman Sri Muda, Shah Alam. Ni actually kedai motor. Abg baru je beli motor kt situ dan baru je dapat motor last week utk menggantikan Moskito yg dh uzur tu.. So Abg entitle la dapat sekeping kupon lucky draw. Hadiah yg ada memang best-best jugak la. Grand prize adalam rm10k cash. Phewww kalau dapat bestnyaaaa!!!

Kami sampai jam 1pm plus. Baru je melangkah ke area depan kedai GT Max Motor ni aku ditegur oleh seseorang. Dan orang itu adalah Kak Akuzle. Teman dalam dunia blogger. 1st time jumpa nih. Insya allah lain kali kalau ada kesempatan kita jumpa lagi ye, boleh sembang panjang sikit hehe..

Huhu tak sangka, akak cam muka hubby saya. Say hai dan sembang-sembang sekejap aje. Congrates yer kak..menang jugak satu hadiah cabutan bertuah tu. Hadiah apa dia menang? Boleh baca kt dalam entry kak Akuzle dan kemenangannya :). 

Sempat ronda-ronda tengok motor yg dorang display kt situ;
motor idaman si dia

budak cranky semalam
dengan topi GT Max
Ada hati gak tu nak naik. kaki tak sampai laaa
pose hensem la tu yer

my heroes

scrambler

ralit tengok apa ntah

oo tengok papa naik scrambler rupanya
Kami tak tengok/join apa-apa aktiviti pon kt situ, sebab lepas je Abg pegi masukkan kupon kt kaunter registration, kami menuju ke Seksyen 18 utk solat Zohor dan makan tengahari. 

Aktiviti yg berlangsung sepanjang hari tu adalah colouring contest, pertandingan meniti paling lama dengan motor Yamaha dan jugak easy-rider motor show dari Lang Biker club.

Jam 3pm, baru ke GT Max semula. Terus carik kerusi kt khemah dan duduk menunggu masa utk cabutan bertuah. Ramai sungguh umat kt sini. Semua nk menunggu kot-kot bertuah dapat rm10k. 

Memang banyak hadiah yg GT Max bagi. Hamper adalah dalam 20 pcs. Vacuum cleaner, microwave oven, griller etc 10 pcs each. Handphone pelbagai model 20pcs. Big LCD screen 3bijik. Peti ais dan mesin basuh 2pcs each. Sebab tu la memang ramai yg menunggu.

Di akhir hari kejadian, kami pulang dgn tangan kosong dan badan yg letih..hukhukhuk!! Tak apa lah, takdak rezeki.



Jejak kami dihujung minggu

Jejaki kami? Kenapa pulak?

Eheh saje je. Macam biasala, kaki jalan mcm aku ni, mana betah duduk rumah sepanjang hari. Especially weekend. Walaupon selalu je kain baju belum dilipat. keje rumah belum siap sepenuhnya.. Resah gelisah je kalau tengok cik abg duduk relax tengok tv lepas makan. Rasa nak naik angin je kalo tengok budak-budak dh bangun tido, dah siap mandi tapi masih menonton tv.. Nasib badan la Abg, dapat bini suka berjalan ni. Utk memuaskan hati, terpaksa la dia bgn, bersiap hensem-hensem dan memandu kemana si bini arahkan tunjukkan.. 

So jejak kami lepas sesi photoshoot tergendala, adalah pulang ke rumah.. Anak-anak dan si papa mau sambung tidur. Mama yg agak frust sebab hujan pon join tidur jugak. Malas nk fikirkan kerja rumah. Malas nk fikir juadah apa utk lunch. Yang ada dalam kepala, nk join tidur sebab frust..

Jam 3petang, terjaga dan terus tunaikan solat. Sempat juga la lipat 2 bakul kain lepas tu. Sambil tengok tv, sambil lipat kan dan juga sambil tunggu anak-anak+Abg bangun tidur.

Dorang bgn jer, siapkan dan pack kan barang-barang. Hari ni nk balik kampung Abg :) 
Tak jauh, kat Kajang jer. Setelah sekian lama tak bermalam kt sana.. Bila semua dh ready to go, kami pon bergerak gerak khas ke sana. Minggu depan kita balik kampung mama pulak hokeh..

Ok tak la directly ke Kajang. Singgah dulu rumah Aini, my ex-semesta friend. Dia jemput datang makan free sempena 1st birthday anaknya Alya Qaisara. Disinilah kami sekeluarga lunch..hihihi.
Balun makan nasik lemak. Hannah n Hadif pon makan dengan selera. Maklumlah mama korang tak masak tadi..

HAPPY BIRTDAY DEAR SARA!!

*luvly aini & sara*

Abes sembang sepatah dua kata, kami pun beransur. Kajang here we go!

Sampai kajang almost 8pm, solat magrib then lepak-lepak. Pi pasar malam carik makanan lagi sebab MIL masak ikan jer. Anak MIL yg bongsu tu - suami aku ler, tak makan ikan. Makanya perlu mencarik makanan lain hahah!

Layan Akademi Fantasia. Aku layan tak berapa nk layan la sebab sambil tgk tv, sambil peratikan anak-anak main. So kosentrasi adalah 40% saje. Dh nk ujung-ujung cerita, Hadif dh merengek ngantuk. Sambil suruh dia sabar, mesti dia bengang giler ngn mama dia ni. Dah la saya ngantuk, saya lapar, saya nk nenen..mama suruh saya SABAR?? sebab nk tau result AF8 tu!! Mama tak patut betul la..

Eniwey, congrats lah dekat ko dik SHAHIR..menang dah..

sumber : http://media.mit.net.my

Kemudian, acara seterusnya adalah TIDOR.

AHAD :
Bangun tidur, mandi dan turun bawah bawak rombongan biasa Mak Kiah..Abg ajak p Giant carik ketam. Dia ngidam ketam masakan mak dia kot. Bini dia ni pernah sekali je nk masakkan ketam. Tu pon 2 tahun lepas kot :P 

Hari Ahad, sempat terjah rumah 2 orang sahabat. Baya yg masih on MC sebab accident last 2 months. Dari seminggu ke minggu depan asek terdelay je nk visit dia. Alhamdulillah she's recovering. Ngeri gak tengok kesan parut operation kt tepi lutut dia tu. Get well soon dear!

Dan ke rumah Mamad+Lily. Now i know one great news from both of u..Diam-diam jer dia yer, kita dok chatting ngn dia hari-hari. Tp sket pon tak tau yg dia PEKNEN lagi!
Kita doakan its a safe pregnancy.. ~Lily dh 2 kali misscarry before this~
Take care yer!

Destinasi terakhir adalah mencuci mata tak cuci wallet sebab dalam wallet takdek duit di Jusco Equine. hihi!

Dan akhirnya kami pulang ke pangkal jalan lagi..

p/s: Tak lupa, nk wish congrates jugak for pregnancy of Ila Ila MyKhalish.com. This is their 2nd junior juga..



 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®